Rencah dalam dunia perkahwinan, enak pada mula perhubungan dibawa sehingga ke alam yang sah bersama. Setelah sekian lama lelaki dipuja berubah sekelip mata. Suami yang diagungkan selama ini boleh berubah seperti orang lain dalam hidup kita. Benar, tidak semua rasa bahagia sehingga ke akhir hayat, tetapi ramai wanita di luar sana terpaksa meninggalkan cita-cita demi kehendak suaminya, mereka akur namun terus diseksa jiwanya dengan kata-kata yang tidak sepatutnya. Adakah seorang isteri yang dulu kau sayang diperlalukan sebegitu? Ikuti perkongsian dari Sharifah Zahidah ini tentang perubahan hidup berumahtangga yang perlu dipersiap sedia oleh seorang wanita.
.
Di mana kita jumpa dia, sedikit sebanyak ‘bercerita’ tentang siapa dirinya dan bagaimana masa depannya.
Kita jatuh hati dengan pasangan kita juga kerana karakternya yang baik-baik. Karakter dan ciri-ciri orang yang mahu berjaya. Berjaya – adalah antonim kepada sia-sia. Itu sifir ringkas saya bagi menjawab, ‘Siapakah orang berjaya?’
Di sini ‘cerita’ bermula…
Kita jatuh hati dengan pasangan kita kerana karakter dan wawasannya untuk menjadi insan berjaya, bermanfaat dan jauh sekali dari ciri sia-sia. Kita lihat dia berwawasan, berdisiplin, berkebolehan, ada matlamat dan tujuan dalam setiap pelaburan masa yang dia berikan. Sehingga tercetus motivasi dalam hati, “Spesis macam ni wajib dibuat bini.!” Berjanji sehidup semati. Berjanji setia sampai hujung nyawa. Berjanji sedia korban segalanya.
.
“Kena hormat keputusan saya. Allah tak redha pada awak kalau awak langar arahan saya. Tak perlu lagi berniaga atau kejar cita-cita awak.” Walhal fikirannya cerdik, tapi kini kau caci maki dan balas penuh herdik.
“Tak payah nak terpengaruh sangat dengan drama dan cinta anta-anti. Nak solat, boleh solat sendiri, tak perlu tunggu saya jadi imam,” Walhal, dirinya yang baik ibadah itulah yang buat hatimu tergugah, kini hanya membuatkan dirimu kian rasa menyampah pada setiap luah hatinya, “Rindu nak solat jemaah..”
“Awak ni perempuan takda maruah. Duduk sajalah di rumah. Sibuk ke sana sini buat apa.. Jumpa laki tu jumpa laki ni. Syukur sajalah dengan apa yang kita ada.” Walhal, definisi syukur suami dan isteri penuh berbeza.
Definisi suami, sekadar apa yang ada itulah yang dinikmati. Itu syukur.
Definisi isteri, segala apa yang diberi, mesti dimanfaati dan ditukar sebagai budi dan bukti.Itu syukur sang isteri. Perbezaan definisi – kedua-dua mereka tak berada ‘dalam lembaran’ yang sama. (Not at the same page). Maka, si isteri tak betah duduk saja. Si suami lebih suka dalam zon selesa.
Konflik tercipta. Ternyata, selera keduanya berbeza. Bila pertembungan berlaku, diugutnya isteri dengan veto seorang suami. Kerana kita anggap, isteri adalah harta yang dimiliki. Ibarat seorang tuan memiliki abdi. Begitu juga kedudukan isteri.
Bagi seorang tuan yang melihat seorang hamba…
Dan semua ini..
SEBENARNYA….
Maka akhirnya, mesin yang sangat baik sekalipun – bila maintenancenya tidak dijaga, bila penggunaannya tidak ikut SOP selayaknya, bila diguna caca marba – akhirnya akan rosak juga. Dan TAK MAMPU lagi memberikan khidmat terbaiknya, sehingga tersadai menjadi mesin tak berguna. Hakikatnya, bukan mesin yang tidak berguna. Tetapi mesin itu DISALAH GUNA.
Isteri tak sama macam mesin basuh. Tapi ada persamaan pada soal ‘MEMILIKINYA’. Ini cuma sebuah analogi mudah. Manual dan maintenance seorang isteri bijak pandai, bukanlah wang. Mereka mampu cari wang mereka sendiri. Bahkan, di zaman ini, ternyata JAUH lebih banyak dari sang suami.
Habis, apa yang isteri-isteri cerdik pandai ini mahu? Masa bersama. Sokongan. Pengikirafan. Persefahaman. Hubungan yang matang. Peranan saling mendokong. Kesusahan sama ditangggung. Kesenangan sama dirampung. Hanya TEMAN dan KEBERSAMAAN hingga hujung nyawa.
Jika mahu isteri yang mampu berbakti walau tidak dihargai, carilah isteri yang tak kenal value diri, yang tak kisah tampil hodoh dan comot setiap hari. Boleh cari di jalanan yang melepak dengan laki-laki dari tengah malam sampai ke pagi.
Jika mahu isteri yang tak mahu disayangi dan didengari, carilah isteri yang telah keras hati, hard core dan penuh rekod jenayah-jenayah berat. Mungkin di penjara atau pusat serenti.
Carilah, isteri-isteri kalian di sini jika kalian mahukan isteri-isteri yang tidak mencabar kejantanan kalian sebagai seorang lelaki dan pemimpin.
Adapun isteri yang dah dijaga, dibelai dan dibesarkan dengan penuh kasih sayang, penuh value pada diri, penuh wawasan, penuh pendidikan tersusun, penuh adab keagamaan sehingga dia tumbuh membesar menjadi wanita berkualiti – mereka ini bukan untuk anda yang sekadar mencari isteri, ibarat anda mencari mesin basuh. Sesuatu untuk berkhidmat kepada anda – tanpa anda perlu berkhidmat kembali kepada dirinya.
ALLAHUALAM
Sharifah Zahidah