Tulisan saya ini berkaitan video temuramah Daie Farhan (DF) oleh seorang lelaki berkaitan pernikahannya dengan seorang wanita sebagai isteri kedua. Jadi tulisan ini fokus pasal temuramah, bukan pasal bagaimana pernikahan selayaknya.

1. Perlu difahamkan bahawa saya menulis BUKAN untuk menghukum sesiapa, bukan nak nasihatkan DF secara spesifik apatah lagi nak mengkritik DF secara peribadi, tetapi saya kongsi ini sebagai pedoman kepada kita sebagai masyarakat, terutamanya saya sendiri yang mana saya juga seorang lelaki.

2. Perlu difahamkan juga bahawa saya TIDAK menulis secara ilmiah sebagai ustaz, ilmuwan atau seumpamanya, tetapi saya menulis sebagai seorang lelaki berstatus anak lelaki kepada seorang ibu dan seorang lelaki berstatus suami kepada seorang isteri. Jangan baca dalam konteks lain ye.

3. Dan perlu difahamkan juga bahawa sebagai seorang Islam, kita termasuk saya, tidak kira lelaki atau wanita, tidak boleh menolak poligami. Poligami ini syariat Islam, sama ada suka atau tak suka, setuju atau tak setuju, kita tak boleh declare kita anti-poligami. Cukup sekadar kita kata siapa nak buat, silakan, siapa tak nak buat pun silakan. Hak masing-masing. Jangan menghina orang yang berpoligami dan jangan menghina orang yang tidak berpoligami.

4. Juga perlu difahamkan juga bahawa apa yang DF buat, ada pihak yang setuju dan ada pihak yang tak setuju. Kedua-duanya mempunyai alasan tersendiri maka kita perlu hormati kedua-duanya. Jangan rasa pandangan kita lebih bagus daripada pandangan orang lain yang berbeza daripada pandangan kita.

5. Tulisan saya ini, mana yang baik dan setuju, ambillah sebagai teladan. Mana yang tak baik dan tak setuju, ambillah sebagai sempadan. Tak perlu kecam pun.

Kenapa banyak disclaimers kat atas? Sebab saya tak mahu timbul salah faham. Kalau masih ada salah faham, saya mohon maaf ye.

Pendek saja saya nak kongsi rasa hati dan cara fikir saya ni:

Saya teringat seorang gadis bernama Najihah yang merupakan tunang kepada arwah Adib Bomba, viral berita, gambar dan sebagainya menunjukkan si gadis ini menangis sedih ketika arwah sedang sakit, dan menangis lebih teruk lagi apabila arwah disahkan meninggal dunia.

Ramai netizen kata Najihah tak sepatutnya menangis, kerana arwah Adib yang meninggal dunia itu hanyalah tunangnya, bukan suaminya pun. Dan pelbagai alasan lain lagi.

Saya mempertahankan tangisan Najihah itu, bukan sebab saya sokong tangisannya, tetapi saya menulis tentang hakikat seorang wanita itu terasa kehilangan seorang lelaki BAIK yang sepatutnya menjadi suaminya.

Dalam dunia ni susah bagi ramai wanita nak cari lelaki baik untuk dijadikan sebagai suami.

Jadi tidaklah pelik Najihah menangis apabila arwah Adib meninggal dunia. Pasti susah baginya nak cari lelaki baik yang lain untuk dijadikan suami. Nak cari pengganti arwah tunang yang baik itu susah. Faham tak maksud saya ini?

Disebabkan sesuatu berlaku pada tunangnya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada ayahnya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada ibunya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada kawannya, dia menangis. Disebabkan sesuatu berlaku pada kenalannya, dia menangis. Bahkan disebabkan sesuatu berlaku pada kucingnya pun, dia menangis. Dialah wanita, memang sifatnya begitu, air mata adalah sahabat baiknya. Maka terbuktilah HATI WANITA ADALAH HALUS.

Saya kenal beberapa orang muslimat yang merupakan isteri pertama kepada suami mereka yang berpoligami yang mana mereka sendiri yang melamar wanita lain untuk menjadi isteri kedua bagi suami mereka sendiri. Maksudnya mereka sendiri izinkan suami mereka berkahwin lagi dalam keadaan mereka tidak diceraikan.

Dipendekkan cerita, selepas suami mereka menikahi wanita lain sebagai isteri, air mata mereka ada menitis tanpa dipinta.

IKLAN

Air mata gembira? Sedih? Redha? Kecewa? Hanya Allah SWT dan diri mereka sendiri sahaja yang tahu alasan di sebalik air mata itu, tetapi sedarlah kita air mata itu bermaksud hati seorang wanita telah terusik, tak kisahlah apa pun sebabnya.

Maka terbuktilah di sini bahawa hati wanita adalah halus, TETAPI HATI WANITA BERGELAR ISTERI ADALAH LEBIH HALUS.

Bayangkanlah apabila seorang wanita bergelar isteri ‘terpaksa redha’ apabila suami sekadar beritahu nak bernikah dengan wanita lain sebagai isteri kedua tanpa persetujuan atau keizinannya, sebagaimana yang DF ceritakan, hati wanita seorang isteri itu pasti lebih terusik. Menangis tak berlagu…….

DF itu seorang lelaki baik.

Pasti terbit dalam hati isteri pertama DF itu perasaan takut ‘hilang’ lelaki baik sebagai suami, maka dipaksakan dirinya menerima lelaki baik bergelar suami itu berkahwin lagi satu.

Hilang lelaki baik berstatus tunang pun hati wanita boleh menangissssss, apatah lagi jika hilang lelaki baik berstatus suami, hati wanita lebih-lebih lagi akan menangissssss. Kalau hilang betul-betul, lagilah menangisssss.

Ditambah pula DF bercerita kisahnya dengan isteri kedua adalah ibarat Rasulullah dan Khadijah… Tak boleh macam tu, perkahwinan isteri kedua takkan boleh jadi kisah Rasulullah-Khadijah walaupun faktor usia, lokasi di Makkah, bla bla bla, kerana perumpamaan Khadijah itu selayaknya disandarkan pada wanita pertama yang dinikahi, bukan pada wanita-wanita yang dinikahi selepas itu, walau se-sweet mana pun kisahmu.

Apatah lagi ungkapan itu disebut dalam keadaan isteri pertama masih bergelar isteri yang sah, dan tidak mati, sudah pasti hatinya diterlukai, walaupun sang suami tidak berniat nak melukai.

Lebih-lebih lagi pernikahan kedua adalah sekadar diberitahu kepada isteri pertama, tidak disahkan mendapat izin isteri pertama, hal ini juga penting untuk difikirkan, iaitu;

Benar, dalam Islam, suami nak buat sesuatu termasuk nak berpoligami tak perlu ada izin daripada isteri pertama. TETAPI TIDAK BERMAKSUD kita sebagai suami/lelaki perlu buat juga tanpa izin tu.

Maksudnya, disebabkan tidak/belum dapat izin, tak perlulah buat atau janganlah buat pada waktu itu, tunggulah dapat izin terlebih dahulu, barulah buat.

IKLAN

Sebab apa?

Sebab pertama, pasangan suami isteri yang saling berbincang, dapat persetujuan dan izin sesama mereka sebelum buat sesuatu perkara itu mempunyai keluarga yang lebih harmoni. Tak kisahlah dalam hal kecil atau pun besar, bincang je.

Sebab kedua, janganlah jadikan ‘perangai’ tak perlu minta izin isteri sebagai budaya. Isteri itu perlu jadi sahabat baik, teman seperjuangan, partner, soulmate, dan seumpamanya bagi suami mengemudi rumahtangga, isteri BUKAN orang gaji, bukan patung atau tunggul dalam rumahtangga. Bincanglah dengan isteri, dapatkan persetujuan dan sebagainya, barulah buat sesuatu.

Nikah dengan seorang lagi wanita supaya menjadi madu kepada isteri pertama, hal ni hal kecil ke? Hal besar, bang oi.

Sebab ketiga, DF ni kan ustaz atau pendakwah selebriti yang dikenali, berpengaruh, jadi ikon dan seumpamanya. Out of everything in the world, janganlah sebut seolah-olah nak didik atau ajar lelaki-lelaki seluruh dunia ini perkara tak perlu minta izin isteri untuk berpoligami.

Sebaiknya didiklah para lelaki dan suami supaya berbincang elok-elok dan dapatkan persetujuan isteri apabila lelaki/suami mahu berpoligami, barulah betul.

Kita tak mahu para suami semua ambil pendekatan tak minta persetujuan isteri apabila nak berpoligami, atas alasan mengikut kisah DF. Sedangkan sebenarnya poligami itu sunnah, menjaga hati isteri juga adalah sunnah. Benda boleh ajar cara lebih baik buat apa ajar cara kurang baik….

Sebab apa? Saya ulang, sebab hati wanita itu halus, tetapi hati wanita bergelar isteri itu lebih halus.

Saya nak pesan, kepada diri saya terutamanya dan secara umumnya kepada semua lelaki bergelar suami, janganlah terlalu rapat atau terlalu baik atau melayan wanita-wanita lain.

Tak perlu nak berlebih-lebih rapat atau baik, ambil berat, atau seumpamanya dengan wanita lain, tak kisahlah anak dara, isteri orang, balu atau janda sekalipun, ingatlah status kita adalah bukan mahram. Haram melayan, tahu?

IKLAN

Kalau diajak nikah oleh mana-mana wanita dalam keadaan kita berstatus suami orang, buat tak tahu je dan janganlah layan lebih-lebih. Tak kisahlah di lindungan Kaabah ke, lindungan apa ke. Apabila kita tak melayan, hidup kita pun akan lebih tenang.

Jodoh itu adalah apabila kita tak layan tetapi Allah tetap pertemukan.

Kalau kita memang layan dan akhirnya bernikah, itu memang jodoh juga tetapi kita yang layankan. Tak sama dengan situasi pertama (tak layan). Jangan jadikan jodoh sebagai alasan kerana dua situasi ini tak sama bandingan.

Bahkan kita sebagai lelaki bergelar suami, kalau terbit perasaan nak bernikah lagi secara poligami, ada baiknya jangan melayan perasaan itu walaupun sekadar perasaan atau rasa-rasa…

Panjaaaaang lagi saya nak tulis, tetapi rasa macam tak mahu tulis lagi. Biarlah tamat di sini, dengan satu tambahan pesanan penting ini, iaitu;

Wanita pun perlu ingat, tak kisahlah kita ini anak dara, atau balu atau janda, atau lebih-lebih jika kita ini isteri orang, janganlah layan atau rapat atau goda atau seumpamanya dengan lelaki berstatus suami orang. JANGAN!

Dah tahu dia tu suami orang, janganlah layan.

Dah tahu dia tu suami orang, janganlah mesej dia, sembang hal-hal tak berkaitan, dan seumpamanya. Perlu selalu ingat, dia itu suami orang.

Dah tahu dia tu suami orang, janganlah sembang ke arah perkahwinan dan janganlah ajak nikah.

Dah tahu dia tu suami orang, kalau dia ajak nikah pun janganlah melayan.

Jika benar jodoh, tak layan pun Allah akan pertemukan. Poin pentingnya adalah jangan melayan.

Sebab apa wanita tak boleh melayan lelaki berstatus suami orang? SEBAB HATI WANITA ADALAH HALUS, HATI WANITA BERGELAR ISTERI ITU LEBIH HALUS.

Tulisan saya ini sekadar luahan dan perkongsian,
Asbab kisah DF untuk diikuti sebagai teladan,
Dan dicegah atau dijauhi sebagai sempadan,
Kerana setiap kejadian ada hikmah yang Allah SWT izinkan.

Hati wanita adalah halus,
Sebab itulah lelaki perlu tulus,
Hati wanita bergelar isteri adalah lebih halus,
Sebab itulah lelaki bergelar suami perlu lebih tulus.

#KisahMasyarakat #JihadDrSyahr #SayaBukanSuamiSempurna #JagaKitaPunya #MaafPanjang 02/12/2019

Kredit : Syahr Musafir

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI