Mencari pasangan hidup bukan sekadar mencari peneman untuk berjalan-jalan atau sebagai pengisi masa lapang anda. Perlu anda tahu bahawa memilih pasangan hidup merupakan urusan yang penting dan memerlukan tanggungjawab dan kejujuran yang tinggi.
Berhati-hatilah dalam memilih pasangan hidup. Jangan sampai anda tersalah langkah kerana ia akan memberi kesan kepada kehidupan anda di masa hadapan. Namun, semuanya pasti berbaloi jika anda bertemu dengan pasangan yang mampu memberi kebahagiaan seumur hidup.
Lihat Hubungan Dengan Allah
Dalam memilih pasangan, lihatlah hubungan dia dengan Allah. Jika hubungannya dengan Allah baik, maka insyaAllah pasti akhlak dan sikapnya juga baik.
Perlu anda tahu bahawa jodoh itu bukan sekadar pasangan hidup, tetapi dia juga merupakan pasangan ibadahmu. Maka, pastikan anda perhatikan betul-betul bagaimana dia menjaga agamanya.
IKLAN
Ketika anda sudah jatuh cinta, perkara utama yang perlu dilihat adalah bagaimana dengan agamanya? Bagaimana hubungannya dengan Allah? Adakah dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba Allah?
Kenali Dia Melalui Keluarga & Teman-Teman
Jangan kerana sudah jatuh cinta, anda tidak ambil peduli tentang hal-hal ini. Dikhuatiri anda yang akan menyesal di kemudian hari. Jangan mudah terpedaya dengan penampilannya yang kemas dan kacak sedangkan solatnya entah ke mana.
IKLAN
Selain itu, anda juga boleh tahu sikapnya menerusi keluarga serta teman-temannya. Melalui hubungan dia dengan keluarga dan teman-teman jugalah anda boleh mengetahui sikapnya yang sebenar. Jika dia memang baik orangnya, tentu orang-orang yang terdekat akan menilainya dengan baik juga.
Apa yang ingin ditekankan di sini, jangan sampai anda tersalah memilih pasangan kerana anda akan hidup dengan mereka seumur hidup. Pasti anda akan menyesal di kemudian hari. Dan ingatlah, menyesal pun sudah tiada gunanya.
Pilihlah Yang Baik Agamanya
IKLAN
Mahu berpisah selepas bernikah bukanlah satu hal yang mudah. Banyak perkara yang perlu anda fikirkan sebelum buat keputusan untuk berpisah.
Maka sebaik-baiknya, anda pilihlah mereka yang benar-benar baik agamanya, yang menjaga hubungannya dengan Allah, yang baik akhlaknya dan mampu menunaikan tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.
Sekacak atau secantik mana pun dia, tiada gunanya jika dia tidak memiliki rasa tanggungjawab dalam memunaikan kewajibannya sebagao seorang hamba. Jadi, bagaimana kalian mahu masuk syurga bersama-sama?
Duit belanja kahwin selalu jadi perbincangan utama bila pasangan sudah memasang niat untuk berumahtangga. Bukannya apa, itu soalan yang akan membuatkan masing-masing sedar bahawa perkahwinan ni bukan semata-mata kerana cinta dan kasih sayang tetapi lebih kepada tanggungjawab.
Kita pun dah tahu, duit mas kahwin dan belanja berbeza. Yang mahal biasanya belanja kahwin. Dengan majlis makan-makan untuk tetamu, pelamin, dekorasi dan sebagainya. Untuk segala perbelanjaan ini, ada yang meletakkan sepenuhnya pada pihak lelaki. Betul ke semuanya tanggungan lelaki?
Sebelum nak menjawab persoalan itu, cuba tanya semula pada diri sendiri, berkahwin ni untuk apa?
Kerana sayang, cinta dan ingin hidup bersama. Betul? Kalau dah macam tu maknanya kita juga bersedia untuk pikul segala tanggungjawab. Kita patut letakkan mindset, susah senang dalam perkahwinan ni kena sama-sama. Masa inilah nak uji ketabahan pasangan dalam menjaga kewangan keluarga.
Ini tak, yang lelaki sibuk buat overtime, ikat perut demi nak dapatkan wang belanja hantaran. Bukan murah-murah nak bayar duit makan tetamu dan perbelanjaan lain. Kalau ikutkan musim pandemik ni, boleh juga nak berjimat. Buat kecil-kecilan.
Yang wanita, janganlah ambil kesempatan nak buat majlis hebat-hebat. Yang nak kahwin tu kita dan pasangan. Tak cukup duit lepas kahwin, kita juga yang kena tanggung. Betul tak?
Renung-renungkan ya. Ajak Shiro pun nasihatkan jangan habiskan duit berbelas ribu semata-mata untuk sebuah majlis perkahwinan. Lagi parah kalau nak kahwin pun buat pinjaman!
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Bila masuk isu kahwin ni, nak tak nak kita cuba tengok balik pasal hukum perkahwinan. Tak silap saya ada diajar dalam subjek Pendidikan Islam Tingkatan 5.
Hukum kahwin ni setiap orang lain-lain. Ikut situasi kau. Harus ke, wajib ke, sunat ke, makruh ke, haram ke? Jom kita buat ulangkaji. Ramai dah lupa.
Harus
– Orang yang tak ada tuntutan mendesak untuk kahwin dan tak ada perkara yang mengharamkannya kahwin.
Wajib
– Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan dikhuatiri terjerumus kepada zina sebab tak dapat kawal nafsu.
Sunat
– Orang yang mampu tunaikan nafkah zahir dan batin, sihat tubuh badan dan ada keinginan untuk kahwin, tapi tak dikhuatiri terjerumus kepada zina dan buat kezaliman kat pasangan.
Makruh
– Orang yang tak mampu beri nafkah tapi ada keinginan untuk kahwin.
Haram
– Orang yang tak mampu beri nafkah zahir dan batin atau diyakini akan buat kezaliman kat pasangan.
Semua orang nak kahwin, tapi kalau benda asas macam tempat tinggal, kereta, duit nafkah pun kau tak dapat nak sediakan, kau fikir sendiri kau berada dalam situasi yang mana. Hukum sunat dan wajib adalah untuk orang yang mampu. Mampu kah engkau?
Kahwin akan buka pintu rezeki. Tapi itu bukan alasan untuk kau kahwin dalam keadaan kau tak ready.
Iya, memang ada orang yang kahwin dalam keadaan tak cukup serba serbi, tapi kini hidup kaya dan bahagia, sebab kita banyak disaji oleh kisah-kisah viral yang macam tu. Cerita penuh inspirasi, mestilah netizen gigih untuk share dan share sampai viral seantero Malaysia.
Tapi, kita tak boleh nafikan yang ramai juga kahwin tanpa ready, dan lepas kahwin hidup makin susah, sampai bercerai berai sebab masalah kewangan. Bukan sikit kes cerai yang penyebabnya adalah masalah kewangan.
Iya, kahwin memang buka pintu rezeki bagi orang yang merancang dan berusaha. Kalau lepas kahwin, kau jadi makin pemalas, tak cari jalan tambah pendapatan, tak jadi juga. Bertawakal saja tak boleh, usaha kena ada.
Tak cukup dengan hanya berdoa, “Ya Allah, aku sudah berkahwin, jadikanlah aku kaya sepertimana janjiMu.” Lepas tu, kau sambung tidur, malam tengok drama walaupun duit dalam bank tinggal RM100 saja.
Iya, kahwin memang buka pintu rezeki, sebab mungkin rezeki itu adalah milik anak yang bakal kau lahirkan. Kadang-kadang kita mendabik dada mengaku ini rezeki aku, itu rezeki aku. Padahal kita tak sedar sebenarnya kita menumpang rezeki anak-anak kita.
Well, semua orang dalam hati nak letak impian berkahwin dengan pasangan yang stabil kewangan, memang itu jalan short cut. Tapi, tak ramai yang nak usaha stabilkan kewangan diri sendiri dulu. Biasalah. Ha! – HF
Hanya ingat ‘8P’ sahaja. Nak tahu apa ‘8P’ tersebut? Jom baca ..
1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
Pssttt cuba kalau si suami menghadiahkan Audela atau Adore pada si isteri. Senyum sampai ke telinga si isteri.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Tips yang terakhir dari Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood adalah berdoa kepada Allah. Kak Dela sharekan kepada anda beberapa doa pilihan yang boleh diamalkan untuk memelihara diri dan keluarga agar sentiasa mendapat keberkatan dan rahmat daripadaNya.
“Allahumma habbib ilainal imaana wazayyinhu fi quluubinaa, wa karrih ilayyal kufro wal fusuuqo wal ‘isyaan, waj’alna minar raasyidiin.”
(Surah Al-Hujurah: 7)
Maksudnya: “Ya Allah, jadikanlah kami cinta kepada keimanan dan jadikanlah ia indah di hati kami, bencikanlah kami pada kekafiran, kefasikan, dan kedurhakaan, serta masukkanlah kami dalam golongan orang yang mendapat petunjuk.”
DOA 2: MEMOHON DIBERI KECUKUPAN & MENGHADAPI KESULITAN
Maksudnya: “Cukupkanlah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; kepada-Nya aku berserah diri, dan Dialah yang mempunyai Arasy yang agung.”
DOA 3: MEMOHON DIJAUHI HASAD DENGKI & DENDAM DALAM KELUARGA
Maksudnya: “Wahai Tuhan Kami, ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati kami sebarang perasaan hasad dengki dan dendam terhadap mana-mana orang beriman. Wahai Tuhan kami! Sungguhnya Engkau amat Pelembut dan Pengasih.”
DOA 4: MEMOHON PASANGAN & ZURIAT YANG MENJADI PENYEJUK HATI
“Rabbana hablana min azwajina wa dzurriyyatina qurrata a’yun waj’alna lilmuttaqina imaama”
(Surah Al-Furqan: 74)
Maksudnya: “Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.”
DOA 5: DOA MEMOHON ZURIAT YANG RAJIN MENDIRIKAN SOLAT
“U’izukuma bi kalimatillahit taammah min kulli shaytaniw wa haammah wa min kulli ‘aynil laammah”
(Hadis Sahih, Riwayat Al-Bukhari: 3371)
Maksudnya: “Aku memohon perlindungan dengan kalimat Allah yang sempurna untuk kalian (berdua), dari gangguan syaitan dan binatang berbisa, dan dari pandangan mata (‘ain) yang jahat.”
“Allahumma inni as-aluka hubbaka wa hubba man yuhibbuka wal ‘amala alladzi yubalighuni ilaa hubbika.
(Hadis Hasan, Riwayat Tirmidzi)
Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku memohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu amalan yang dapat menyampaikanku kepada cintaMu. ”
“Rabbi habli min ladunka zurriyyatan toyyibah, innaka samii’ud duaa’.”
(Surah Al-Imran: 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Jika anda sayangkan keluarga anda, pasti anda akan berusaha untuk kembalikan keceriaan dan kebahagiaan di dalam keluarga anda. Jangan kerana benda yang remeh anda mengambil keputusan yang tidak rasional. Fikirkan perasaan anak-anak anda, fikirkan perasaan isteri anda, fikirkan perasaan suami anda. Si suami fikirkan bagaimana susah payah anda dahulu sewaktu ingin memperisterikan isteri anda. Si isteri fikirkan segala pengorbanan suami anda, fikirkan tentang anak-anak anda. Jangan kerana diri sendiri anak-anak yang tanggung penderitaan tersebut. Belai lah mereka dengan kasih sayang. Ikhtiar cari jalan penyelesaian untuk setiap masalah. Kak Dela doakan semoga semua yang membaca entry kali ini dikurniakan kebahagiaan kepada diri dan keluarga