
Kata orang, tempoh satu hingga lima tahun perkahwinan itu adalah tempoh yang banyak dugaan. Tempoh untuk saling mengenal buruk baik pasangan. Mengenal luar dan dalam dan jika kita dapat melepasinya, InsyaAllah, hidup berumah tangga lebih bahagia selepas itu. Benarkah?
Dan tentu untuk mencapai kebahagiaan itu, kita harus mampu melewati setiap ujian-Nya dengan sempurna dan sebaik-baiknya.
Kerana tidak mungkin Allah memberikan kenikmatan yang luar biasa kepada hamba-Nya tanpa diuji terlebih dahulu.
OLEH SEBAB ITU JADIKANLAH DOA SEBAGAI PENGUAT UNTUKMU TERUS BERSAMA-SAMA DALAM UJIAN-NYA, BERDOALAH SEMOGA JODOH YANG ALLAH GARISKAN BENAR-BENAR SAMPAI KE SYURGA-NYA KELAK. AMINN

Berdoalah semoga tidak pernah merasa bosan untuk terus bersama, walau masalah kadang datang menyapa.
Berdoalah semoga kau dan pasanganmu tidak pernah merasa bosan untuk terus bersama, walau sebenarnya rasa bosan itu kadang menyapa ketika masalah menimpa diri ini.
Berdoalah semoga Allah selalu memberi kesabaran untuk kamu dan pasanganmu dalam menghadapi setiap cubaan & dugaan
Berdoalah semoga Allah selalu memberi kesabaran untuk saling memahami antara satu sama lain, sehingga ketika dugaan datang menyapa maka kamu atau pasanganmu dapat menghadapinya dengan bijaksana.
Tidak saling mengeluh dan tidak saling menyalahkan, tapi sama-sama menghadapi masalah yang ada dengan rasa tanggungjawab.
BERDOALAH SEMOGA APAPUN MASALAH YANG TENGAH KAMU HADAPI TIDAK PERNAH MEMBUATMU MERASA PENAT UNTUK TETAP BERSAMA
Berdoalah semoga Allah selalu melimpahkan ketulusan bagi hubungan yang ada, agar hubungan yang dibina terjalin kukuh.
Berdoalah semoga Allah selalu melimpahkan ketulusan bagi hubungan ini, agar saling percaya, saling terbuka, dan saling setia.
Jangan Samakan Hidup Zaman Bujang & Zaman Dah Kahwin. Laungsung Tak Sama!

Mengharungi kehidupan alam perkahwinan bukanlah sesuatu yang mudah. Terlalu banyak onak dan duri yang terpaksa dilalui sepanjang hidup berumah tangga.
Persediaan awal dalam perkahwinan sama ada dari sudut kewangan dan cara hidup mampu merancang perjalanan hidup berumah tangga dengan lebih teratur dan dapat mengelakkan perselisihan faham yang bakal berlaku kerana masih belum biasa dengan alam baru ini.
Hakikatnya zaman bujang dan alam perkahwinan adalah satu kehidupan yang sangat berbeza. Di sinilah terletaknya realiti kehidupan yang penuh dengan tanggungjawab dan kebijaksanaan dalam mengatur satu perkongsian hidup.
Jika dulu ketika hidup membujang tanggungjawab banyak terletak pada ibu dan ayah. Kini bila sudah melangkah ke alam perkahwinan, tanggungjawab itu terletak pada diri anda sendiri. Perkongsian hidup antara suami dan isteri memerlukan kerjasama, toleransi dan kesabaran yang tinggi.
Antara tanggungjawab suami ialah menyara isteri, menyediakan tempat tinggal serta makan minum isteri dan anak-anak.
Bagi si isteri pula, tanggungjawabnya juga banyak, antaranya menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga dengan menjalankan tugas sebagai isteri seperti memasak, mengemas dan membantu menjaga ekonomi keluarga.
Jadi Isteri Memang Kena Ada Income Sendiri. Jangan Bergantung Dengan Lelaki 100%

Kalau pun suami kita baik, ada juga jenis perempuan yang suka ambil peluang. Tanpa dijangka kita dapat madu. Eh eh dapat yang jenis baik hati, Alhamdulillah… tetapi kalau dapat yang pelik-pelik perangainya. Allah, kita yang merana!
Jadi nak ingatkan kaum perempuan yang sudah jadi isteri orang, renungkan perkongsian Puan Anieyz Razami ini…
Kalau Tak Kerja…
Masa tengok video org interview intan, 1st thing dalam kepala masa intan cakap “saya redha, sebab saya sayangkan dia”
1st thing yang mummy fikir kenapa nak depends 100% kat lelaki… rupanya Intan ni tak keje, fully houswife. So memang dah tak boleh buat apa selain redha, dan terima walaupun hati sakit. Tapi ye lah, berkat sabar dia memang besar ganjaran pahala.
Mummy sendiri tak sebaik Intan. InsyaAllah kalau Ude betol macam yang intan cakapkan, bertanggungjawab dan mampu berlaku adil, Alhamdulillah la..
Tapi kat sini mummy nak pesan jika berlaku sebaliknya. Bukan kat Intan, kes dia dah tutup cerita sebab dia dah mention suami dia boleh berlaku adil. Ni untuk kami-kami. Isteri-isteri.
Ladies… meh mummy nak pesan.. walaupun baik, caring, BERTANGGUNGJAWAB macam mana pun suami kita, kita kena ada income sendiri!
JANGAN TUNJUK YANG KITA TAK BOLEH HIDUP TANPA DIA!
No! Tunjuk yang awk tak kisah pun kalau dia tak dok! Serious! Tak salah pun jadi suri rumah, mummy pun suri rumah sambil jaga anak 2 orang.
Mengikut pengalaman Mummy sendiri. Dulu Mummy jenis selamba pakai slipper jepun. Sebab fikir nak melawa kat siapa, suami dah ada. Tapi sayang-sayang… orang laki ni walau dia kata “Tak yah bergaya laaa isteri abang dah cantik” JANGAN PERCAYA! Mummy transform sejak situ jadi nak bergaya, jangan henti melawa untuk suami!
Sebab hakikatnya lelaki ni suka tengok yang cantik-cantik. Bila isteri cari duit sendiri, bila kita ada income, orang laki ni sayang nak lepas kita. Lagi-lagi kalau kita pandai jaga penampilan, pandai jaga luar dan dalam ! Diorg tak boleh lepas weiii…
Jangan depends 100% kepada lelaki. Buat la keje keci-kecil online ke, meh jadi dropship REBORN serum, agent ke, duit dapat, reward pun dapat! Tak payah tunggu suami bagi dah awak tunjuk kat depa dulu! Lama-lama awak dah ada income 4,5 angka dia tak jadi nk kahwin lain wei. Kalau dia nak kawen juga hang cakap boleh hidup sndiri.
Mummy selalu pesan kat daddy, kalau dia nk kahwin lain, lepas Mummy. Sebab Mummy pun gian nak kawen baru juga!
Sejak mummy kabo gini la dia tak boleh kalau pergi mana tak beritahu dia. Bimbang!
Apa-apa pun usaha kita jangan lupa doa kat Allah supaya rumah tangga kita terjaga.
Sumber: Puan Anieyz Razami
Sebenarnya Duit Suami Untuk Isteri Atau Ibunya

“Ustaz nak uji sikit boleh?” tanya Ustaz Wan kepada saya sambil tersenyum.
“Uji apa pula Ustaz?” tanya saya kehairanan.
“Uji tentang ilmu baitul muslim la, Sham kan tak lama lagi nak menamatkan zaman bujang.” Jelas Ustaz Wan. Masih tersenyum.
“Oh, kena uji-uji pula ye Ustaz, haa, tanyalah, saya ada juga baca buku, insyaallah boleh jawab soalan ustaz punya.” Balas saya dengan penuh keyakinan.
“Jangan yakin sangat.” Celah Ustaz Wan, seakan dapat membaca fikiran saya.
“Ok, Ustaz nak tanya, katalah tiba-tiba berlaku dalam rumahtangga, mak si lelaki minta anaknya untuk ceraikan isterinya, apa tindakan yang lelaki tersebut perlu buat?” Soal Ustaz Wan.
Saya terkejut, tidak sangka soalan begini pula yang dikeluarkannya.
“Ish Ustaz ni, pelik betul soalan, tak ada soalan lain ke.” Saya cuba membantah.
“Jawab soalan Ustaz yang ini dulu.” Arahnya, membuatkan saya menggaru kepala yang tidak gatal.
“Hmm, tak boleh la kot Ustaz kan.” Saya berfikir dan menyerkap jarang. Menjawab dengan logik dan pengalaman yang mentah.
“Kalau Ustaz kata ada dalil dalam hadis yang membolehkan perkara ini berlaku, macamana?”
Saya tersentak.
“Eh, ada dalil, biar betul Ustaz?”
“Ustaz, saya ‘surrender’ lah, tak tahu lah nak jawab soalan begini, kalau tanya rukun nikah tu tahu la saya. Tapi, kenapa Ustaz tanya begini?” Saya menyerah kalah.
“Baiklah, Ustaz terang dulu kenapa Ustaz tanya.”
“Ikut pengalaman Ustaz, dan ramai juga kawan-kawan ustaz yang lain, banyak krisis rumahtangga yang berlaku akibat campurtangan ibu bapa dalam rumahtangga.”
“Akhirnya rumahtangga jadi kacau bilau bila suami tidak cukup ilmu, tidak ada pendirian dalam rumahtangga untuk menangani krisis dengan ibu bapa hingga menyebabkan akhirnya banyak perceraian berlaku akibat campurtangan keluarga.”
“Tadi Ustaz kata ada dalil?” saya mencelah. Masih keliru.
“Benar, ada dalil dari hadis tentang pertanyaan sahabat kepada Rasul, ada juga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail, juga ada dalil tentang Saidina Umar dan anaknya yang kesemua kisah ini menceritakan tentang arahan untuk menceraikan isteri.” Terang Ustaz Wan, tanpa memperincikan hadis tersebut.
“Cuma, aplikasi dari kisah-kisah tersebut yang diriwayatkan daripada hadis, tidaklah boleh diaplikasikan terus dalam kehidupan umat Islam tanpa pemahaman yang jelas tentang banyak perkara.”
“Ketaatan kepada kedua ibu bapa memang suatu yang wajib, tapi tidak dalam bermaksiat kepada Allah. Terlalu menurut kehendak ibu bapa sehingga menzalimi isteri adalah jelas suatu perkara yang bercanggah dengan agama.”
“Nabi tidak pernah mengajar kita begitu kerana baginda adalah yang terbaik terhadap isteri-isteri baginda dan pada masa sama insan yang paling tegas dalam menyuruh anak-anak untuk berbuat baik kepada kedua ibu bapa.” Jelas Ustaz Wan, membuatkan saya termenung panjang.
Tidak saya sangka bahawa pesanan seorang murabbi 8 tahun yang lalu rupanya adalah realiti kehidupan rumahtangga yang saya lihat hari ini.
Banyak krisis yang berlaku dalam rumahtangga berpunca akibat gagalnya suami mengimbangkan tanggungjawab sebagai seorang anak dan seorang suami.
Ada yang menganggap bahawa ketaatan kepada ibu bapa adalah segala-galanya, sehingga segala kehendak ibu bapa dituruti hingga menyebabkan isteri terluka dan dipinggirkan.
Ada pula yang mengenepikan ibu bapa kerana terlalu sayang kepada isteri. Ibu bapa terluka, si anak terjatuh dalam lembah derhaka.
“Lepas kahwin nanti Sham, kena pandai dan kena kuat emosi dan rasional, kena ada pendirian.” Sambung Ustaz Wan lagi setelah melihat saya terdiam.
“Ustaz bagi contoh, kalau lepas kahwin, ibu suruh kita duduk serumah, hingga menimbulkan kegelisahan isteri sebab terkongkong dari segi aurat dengan ipar dan rasa tak selesa kerana selalu dinilai oleh mertua dalam apa jua tindakan.”
“Banyak kes begini berlaku, hingga menyebabkan isteri hilang sabar dan akhirnya menuntut cerai.”
“Dalam kes begini, suami kena pandai berbincang dan buat pertimbangan. Mungkin tak perlu tinggal serumah pun, hanya memadai dengan ziarah kerana ibu masih sihat dan ada anak-anak lain yang menemani.”
“Lainlah kalau ibu sakit atau ada sebab-sebab dharuri yang memerlukan untuk tinggal sekali.”
“Jangan atas nama ‘Birr Walidain’ (berbuat baik kepada ibu bapa), kita menzalimi dan menyakiti hati isteri.”
“Kena ada pendirian, kena selalu berbincang bila ada masalah.”
“Begitu juga kalau isteri naik kepala. Merajuk tak tentu hala bila di ajak pulang ke kampung untuk menziarahi ibu bapa yang sedang sakit dan memerlukan perhatian. Tak suka untuk berbuat baik kepada ibu bapa suami.”
“Dalam kes begini, suami kena tegas dengan isteri. Kasih kepada isteri tidak harus menyebabkan ibu bapa dilukai hatinya. Jangan atas nama berbuat baik kepada isteri, hak ibu bapa semuanya dilanggar.” Jelas Ustaz Wan lagi.
Saya mengangguk perlahan, dan hari ini saya mengangguk lagi mengingatkan pesanannya.
Banyak kes-kes perceraian yang berlaku akibat campurtangan keluarga. Kisahnya mungkin berbeza, tapi puncanya adalah sama iaitu suami tidak ada ilmu dan tidak ada pendirian dalam rumahtangga.
Gagal mencari imbangan tanggungjawab antara isteri dan ibu sendiri.
Lemah.
Suami adalah ketua dan pemimpin keluarga,
baik sang suami, baiklah rumahtangga,
buruk sang suami, hancurlah rumahtangga.
Sumber : Hisham Sharif