Jom ‘Honeymoon’ Dengan 6 Tempat Menarik Ini Di Malaysia!

Share

Buat semua yang baru sahaja bergelar suami/isteri tahniag di ucapkan. Kehidupan anda pasti akan berbeza daripada yang sebelumnya. Sudah menjadi trend apabila pasangan yang baru sahaja berkahwin, mereka di nasihatkan untuk meluangkan masa bersama ke tempat yang lebih romantik untuk ber‘honeymoon’.

Namun, ada juga sesetangah pasangan yang mempunyai sedikit masalah kewangan oleh kerana duit yang dikumpul banyak berhabis kepada majlis resepsi.

Bagi anda yang sedang mengalami masalah kewangan tetapi masih inginkan honeymoon untuk anda dan pasangan dengan mencari tempat dan bajet yang rendah. Anda tidak perlu risau dan bersusah payah untuk menghabiskan bulan madu anda untuk ke luar negara semata-mata melihat pasangan lain.

Untuk maklumat anda, Malaysia juga mempunyai banyak tempat menarik dan sesuai untuk berbulan madu. Anda hanya perlu pilih sahaja yang mana satu dan tentunya ia tidak memerlukan passport! Dari situ anda sudah jimat dari segi kewangan anda. Jom kita lihat antara tempat menarik di Malaysia yang anda boleh berbulan madu. Confirm puas hati.

1. Pulau Mabul, Sabah

Ia adalah pulau kecil di pesisiran pantai timur Sabah di Malaysia. Pulau ini telah menjadi kampung nelayan sejak 1970-an. Pada tahun 1990-an, ia mula menjadi popular kepada penyelam kerana berdekatannya dengan pulau Sipadan. Terletak 15 km dari Sipadan, permukaan tanah seluas 20 hektar 2-3 meter di atas paras laut, kebanyakannya terletak di dasar rata dan pemandangan udara berbentuk bujur. Sekelilingnya adalah pantai berpasir, bertengger di sudut barat laut terumbu dua kilometer persegi yang lebih besar. Anda juga boleh melakukan pelbagai aktiviti di sini seperti, diving,snorkeling

, melihat terbit dan tenggelamannya matahari, dan banyak lagi.

2. Avani Goldcoast Resort, Sepang

Di vila di atas air anda boleh nikmati gabungan sempurna kebahagiaan pantai dan akses mudah ke semua tempat dan kedai. Banyak kemudahan di sediakan seperti berbasikal, aktiviti pantai, dan banyak lgo. Lokasinya jugak strategik dan dekat hanya 40-minit memandu dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

3. Pulau Langkawi

Langkawi, secara rasmi dikenali sebagai Langkawi, iaitu Jewel of Kedah (Melayu: Langkawi Permata Kedah), adalah sebuah daerah dan kepulauan 99 pulau (+ 5 pulau kecil yang kelihatan hanya pada air pasang) di Laut Andaman kira-kira 30 km dari pantai utama Malaysia barat laut. Pulau-pulau ini adalah sebahagian daripada negeri Kedah, yang bersempadan dengan sempadan Thailand.

4. Cameron Highlands, Pahang

Cameron highlands merupakan salah satu tempat yang menarik untuk berbulan madu. Sesuai untuk anda yang suka kan cuaca sejuk dan kehijauan alam.

5. Bentong, Pahang

 

Terletak di tengah persekitaran hijau yang subur di Janda Baik, Pahang, Embun Luxury Villas adalah destinasi percutian eksklusif yang kurang dari 1 jam dari kesibukan kota Kuala Lumpur. Direka untuk percutian yang sempurna, ia menawarkan pelbagai aktiviti pemandangan yang indah.

6. The Shorea, Negeri Sembilan

Hotel yang diperbuat dengan kayu kitar semula, batu semula jadi dan jubin yang ditebang telah ditetapkan di hutan hujan 17 km dari Toi Waterfall dan 7 km dari Jelita Ostrich Farm. Lapangan Terbang Kuala Lumpur terletak sejauh 58 km.

 

IKLAN