Tanggungjawab seorang lelaki yang bergelar suami dan bapa sangat berat. Bukan sahaja perlu mencari rezeki tetapi dalam masa yang sama mendidik isteri dan anak-anak dengan didikan yang sebaiknya.
Rezeki setiap orang berbeza-beza. Ada orang rezekinya di depan mata, ada orang rezekinya perlu ‘digali’ lebih jauh demi menyara kehidupan seisi keluarga. Walau apa pun usaha yang dilakukan oleh si suami, perjuangan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga amatlah dihargai.
Melalui satu perkongsian diakaun TikTok yang dimuatnaik oleh Snowerrewons, wanita ini berkongsi tentang seorang lelaki yang sanggup meredah perjalanan jauh demi mencari reseki untuk keluarga.
“Terserempak dengan adik ini di kawasan lebuh raya Sungai Buloh. Penuh roti atas motosikal. Mesti nak pergi berniaga ni.
“Anak teringin hendak makan aiskrim roti pula. Jadi kami terus ikut dari belakang. Hati tertanya-tanya di manalah dia ni berniaga.
“Nampak dia berhenti di R&R Tanjung Malim. Jauh perjalanannya dari Sungai Buloh ke sini. Terpaksa berpanas dan berhujan.
“Ingatkan saya seorang sahaja yang ikut adik ini. Rupanya adik orang lain pun sama turut ikut. Sempatlah kami bersembang bercerita tentang betapa hebatnya insan yang berjuang demi mencari rezeki buat menyara keluarga,” cerita pemilik akaun TikTok yang memuat naik video ini.
Menurut lelaki yang sudah berkahwin dan bapa kepada dua orang cahaya mata ini, ayahnya sudah 20 tahun berniaga di sini. Kini dia pula yang menyambung perniagaan ayahnya itu.
Ads
“Bukan mudah untuk meredah perjalanan yang jauh dengan menaiki motosikal setiap hari. Nampak ceria sahaja adik ini. Apa pun kami mendoakan semoga diperluaskan lagi rezekimu.
“Betullah rezeki ada di mana-mana yang penting mesti ada usaha. Roti yang adik ini jual sangat lembut dan sedap. Jika anda singgah di R&R Tanjung Malim, jangan lupa beli aiskrim roti adik ini ya,” kata wanita ini lagi.
Perkongsian video ini turut mendapat respon daripada isteri lelaki ini. Si isteri meminta warga maya mendoakan urusan mencari rezeki suaminya dipermudahkan.
Ads
“Terima kasih support husband saya. Dia rasa tersentuh,” tulis isteri lelaki ini di ruangan komen.
Video tersebut juga turut menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang memberi sokongan dan kagum dengan kerja keras lelaki ini.
Berikut antara komen warga maya:
“Apa la amalan baik dia ya smpai Allah izinkan rezeki yang follow dia.. mungkin berkat sedekah, sabar dia.”
Cabaran lepas kahwin, ada banyak sangat kalau nak disebut. Apa yang anda nampak sebelum berkongsi hidup, langsung tak sama.
Maka, tak perlu terkejut. Lagi-lagi buat pasangan yang baru mendirikan rumahtangga. Pada awalnya pasti akan berasa terkejut kerana rutin harian di rumah sewaktu bujang akan berubah 100 peratus.
Bila sudah bergelar suami dan isteri, kita tak perlu lagi sembunyikan sikap kepada pasangan. Laluinya dengan menjadi diri sendiri. Kita terima si dia seadanya, dia pun kena terima seadanya.
Cabaran Lepas Kahwin, Semua Perangai Sebenar Pasangan Akan Keluar
Setiap hari ada saja isu yang akan kita dengar di kalangan pasangan muda. Antaranya masalah penceraian dan masalah kewangan. Ujian kewangan adalah ujian paling kerap dihadapi oleh kebanyakan pasangan yang baru berkahwin. Maklumlah, orang muda yang baru mulakan hidup baru.
Jadi sangat penting dalam setiap keputusan perlu berbincang dan mendapat persetujuan kedua belah pihak.
Menerusi perkongsian Puan Safura Ahmad Sharkawi menerusi Facebook banyak manfaat terutama buat pasangan pengantin baru.
“Kajian Phd saya adalah tentang pasangan baru berkahwin. Ini saranan saya..”
Adjust your expectation, adjust cara hidup dan realistik dengan perubahan selepas berkahwin. Kadang pasangan yang kita kahwini tak serupa seperti dia yang kita kenali masa buat keputusan untuk kahwini dia dulu. Bukannya dia orang yang berbeza tapi perkahwinan mencetus reaksi dan tindakan berbeza. Dua-dua kena realistisk. Konteks perkahwinan dan demands di dalamnya memerlukan tindakan dan reaksi berbeza dari zaman bujang. Its normal and adjustable. Ia adalah proses pembelajaran.
Lebihkan masa berdua, beri tumpuan pada diri dan pasangan. Apa-apa tindakan, perancangan, keputusan atau aktiviti, libatkan pasangan. Ini fasa mengenali. Banyak benda yang anda nak kenal tentang pasangan. Perangai kita sendiri yang dulu tak keluar pun akan keluar bila dalam konteks perkahwinan. Cabaran agakberbeza bila berlaku dalam konteks perkahwinan, maka tindakan juga kena selari.
Kerap berinteraksi dan komunikasi jujur dan telus. Selalunya jika kita memang ikhlas dan dedikasi pada perkahwinan, tak banyak yang kita sembunyikan, cuma kita tak keluarkan dulu sebab masih nak bina kepercayaan. Berkomunikasi ada kaitan dengan rasa percaya. Kurang komunikasi akan jarakkan hubungan. Hubungan yg ada jarak selalunya petanda ada trust issue. Samada hubungan tu sendiri ada isu atau kita ada kisah silam yang menghalang diri kita dari mudah percayai orang.
Jalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing. Allah bagi tanggungjawab masing2 gunanya utk mengikat rasa saling perlu dan bergantung. Jika ini diabaikan, hubungan mudah renggang dan menjauh. Konflik pun mudah tercetus bila hati menjauh.
Apa-apa masalah yang mendatang jangan biar pasangan lalui sendirian dan jangan hadapi sorang-sorang walaupun mungkin masalah tu berkait dengan keluarga anda. Tangani sama-sama samada dengan sokongan emosi, sokongan semangat atau cadangan solusi.
“Awal perkahwinan memang demanding sikit. Tapi kalau kita dan pasangan kekalkan fokus pada pasangan masing-masing, fokus pada hubungan perkahwinan dan tanggungjawab masing-masing insyaallah kalian akan dapat bina tapak kukuh dan masuk ke fasa selanjutnya dengan lebih aman. Untuk fasa seterusnya teruskan apa yang dah terbina kerana semua ini asas dalam semua perkahwinan.
“All the best. Moga Allah sentiasa bersama kalian,” kongsi Puan Safura Ahmad Sharkawi.
Jadi kepada anda yang bakal berumahtangga, kena buat persediaan dari awal bab mental dan fizikal. Jangan terkejut pula bila nampak perangai sebenar pasangan. Terima seadanya dan belajar melengkapi, inshaa Allah akan bahagia.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, memang cair la bila isteri baut ucapan sempena hari lahir kemudian diakhiri pula dengan ungkapan ‘I love you’. Semalam Fazura memuat naik sebuah video kompilasi bersama suami tersayang, Fattah Amin bersempena hari lahir Fattah yang ke-32.
Kredit foto: Instagram Missfazura
Here’s to the love of my life.. as we celebrate you today, I hope you know just how precious of a human being you are. Thank you sayang for being the light of my life, my backbone, my advisor, my tough guy and at times-clingy-hubsbaby.
Thank you sayang for being my biggest supporter through my happiest and for being the one I run to during my trying times. I feel lucky everyday that Allah SWT chose you as my husband and the best daddy to our Fatima.
So, here’s to you my love.. Semoga Allah SWT sentiasa melindungi, merahmati, memberi petunjuk dan hidayah serta mengurniakan keredhaanNYA buat sayang di dunia akhirat.
Wooden storage bench bukan sekadar tempat duduk, tetapi juga menjadi solusi pintar untuk menyimpan barang di dalam rumah. Dengan rekaan yang kemas dan moden, ia mampu menjadikan ruang lebih teratur serta menaikkan seri dekorasi dalaman.
Kenapa Pilih Wooden Storage Bench?
Ramai memilih wooden storage bench kerana ia menawarkan dua fungsi utama dalam satu perabot. Selain menjadi tempat duduk, ia juga mempunyai ruang simpanan tersembunyi yang sangat berguna untuk menyimpan mainan, kasut, atau barang-barang kecil yang mudah berselerak. Inilah sebab ia semakin digemari dalam hiasan rumah moden.
Inspirasi DIY Wooden Storage Bench
Tidak semestinya anda perlu membeli perabot ini di kedai. Seperti yang dikongsikan oleh sepasang suami isteri, mereka berjaya menghasilkan DIY wooden storage bench dengan kos sekitar RM400 sahaja. Menariknya, projek ini bermula ketika mereka tinggal di kuarters guru dan kini menjadi salah satu hasil kerja pertukangan yang membanggakan.
“Kami bermula dengan projek DIY kecil-kecilan di kuarters guru. Masih banyak lagi ilmu bidang pertukangan yang boleh dipelajari,” kata mereka. Hasil kemas dan cantik membuatkan ramai yang teruja dan terinspirasi untuk turut mencuba.
Bahan & Kos
Kos kayu yang digunakan hanyalah sekitar RM400. Untuk menyempurnakan lagi rekaan wooden storage bench ini, kayu jenis rubber wood digunakan sebagai kemasan bahagian top. Material ini tahan lasak, mudah dijaga, dan memberikan sentuhan mewah pada perabot DIY anda.
Idea Penempatan Wooden Storage Bench Dalam Rumah
Ruang tamu: Sebagai bangku tambahan dan tempat simpanan majalah atau selimut.
Bilik tidur: Sesuai diletakkan di hujung katil untuk simpanan cadar atau bantal tambahan.
Foyer/ruang masuk: Praktikal untuk menyimpan kasut sambil menjadi tempat duduk ketika memakainya.
Balkoni: Boleh dijadikan tempat duduk santai sambil menyimpan perkakas kecil.
Tips Menjaga Wooden Storage Bench
Bagi memastikan perabot ini tahan lama, pastikan ia dilap dengan kain kering secara berkala dan elakkan terkena air berlebihan. Anda juga boleh menambah kusyen lembut di atasnya untuk keselesaan berganda dan gaya yang lebih menarik.
Kesimpulan
Jika anda sedang mencari idea perabot yang praktikal, bergaya, dan jimat kos, wooden storage bench DIY adalah pilihan terbaik. Ia bukan sahaja menjimatkan bajet, tetapi juga memberikan kepuasan apabila dihasilkan dengan tangan sendiri. Jadi, tidak salah untuk mencuba projek DIY seperti pasangan suami isteri ini dan meletakkannya di ruang kegemaran anda.