
Bulan Februari, bulan yang penuh dengan cinta. Siapa kat sini yang bercinta atau berkahwin dengan individu yang lahir pada bulan Februari? Bulan kelahiran juga sebenarnya boleh menggambarkan karakter seseorang individu. Istimewanya bulan Februari kerana ia mempunyai 28 hari dan bila tahun lompat, akan jadi 29 hari. Unik kan?
Untung juga bercinta dengan mereka yang lahir pada bulan Februari, banyak ciri-ciri positif yang ada pada mereka. Nak tahu karakter individu yang lahir pada bulan Februari, jom kita baca kajian yang telah dibuat berdasarkan personaliti bulan kelahiran Februari ini.

- Berfikiran abstrak
- Sukakan benda yang realiti dan abstrak
- Seorang yang bijak
- Seorang yang mudah berubah
- Mudah menawan orang lain
- Agak pendiam, pemalu dan rendah diri
- Jujur dan setia pada segalanya
- Keras hati untuk mencapai matlamat
- Tidak suka dikongkong
- Mudah memberontak apabila dikongkong
- Suka kegiatan yang lasak
- Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif
- Mudah menunjukkan perasaan marah
- Tidak suka benda yang remeh-temeh
- Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya
- Sangat berani
- Bercita-cita tinggi dan suka berangan
- Pemerhatian yang tajam
- Suka hiburan dan sukan
- Suka benda yang bersifat seni
- Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran
- Cenderung pada benda tahyul
- Boleh menjadi terlalu boros
- Belajar untuk mempamerkan emosi
Walau bagaimanapun, ciri-ciri ini hanyalah berdasarkan kajian dan pemerhatian sekeliling. Mungkin ada yang tidak sama dengan personaliti anda yang lahir pada bulan Februari. Untunglah jika anda bercinta dengan individu yang lahir pada bulan ini, katanya mereka jujur dan setia. Apa komen anda?
Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) Berhak Dapat Bantuan Khairat Kematian Sebanyak RM1,000

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) berhak mendapat bantuan khairat kematian sebanyak RM1,000, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Abdul Rahim Bakri. Beliau berkata tuntutan itu boleh dibuat melalui pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain itu, Abdul Rahim berkata penerima BSH juga secara automatik mendapat MySalam, iaitu skim perlindungan sosial kesihatan bagi meringankan beban perubatan ditanggung sekiranya dikenal pasti mempunyai antara 45 jenis penyakit kritikal.
”Antara faedah perlindungan ialah RM8,000 akan dibayar kepada mereka yang didiagnosis oleh hospital dan pusat perubatan bertauliah bagi 45 jenis penyakit kritikal. Mereka juga berhak dilindungi apabila dimasukkan ke hospital RM50 sehari bagi tempoh 14 hari sebagai meringankan beban kewangan semasa sakit,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Abdul Rahim berkata penerima BSH di luar bandar dan pedalaman khususnya di Sabah dan Sarawak perlu mendapat maklumat mengenai pelbagai lagi faedah sampingan daripada kerajaan Persekutuan yang boleh dimanfaatkan bagi meringankan beban. Beliau berkata masih ramai penduduk layak di kawasan berkenaan belum menerima bantuan BSH terutama bagi mereka yang tidak memiliki akaun bank.
Kementerian Kewangan akan melaksanakan beberapa kaedah baharu bagi menyampaikan bantuan tunai kepada penduduk di kawasan terbabit, selain program turun padang dilakukan oleh Jabatan Perbendaharaan dan LHDN.
Ini termasuk menambah kiosk mesin juruwang automatik (ATM) Bank Simpanan Nasional serta melantik Pos Malaysia Berhad sebagai ejen BSN sebagai kemudahan penduduk luar bandar, katanya.
BERNAMA
Bila Isteri Gemuk Disisihkan, Kini Suami Meroyan. Jangan Ingat Dah Kahwin, Isteri Itu Milik Kita Sampai Bila-Bila.

Seperti diceritakan oleh seorang lelaki, lepas ngorat di FB, dia akhirnya dapat kahwin dengan wanita yang cantik. Tetapi sebab isterinya tiba-tiba jadi berisi, lelaki tu layan sambil lewa isterinya, nafkah zahir batin buat tak tahu je. Akhirnya bercerai.
Tapi lepas bercerai, isterinya terus kahwin baru dan lelaki tu menyesal bila dapat tau …
Teruskan baca cerita beliau ini.
Kahwin Selepas Ngorat Isteri di FB
Salam, saya guna akaun lain untuk privacy. Saya nak berkongsi cerita saya untuk dijadikan pengajaran kepada semua. Saya berkenalan dengan isteri dalam waktu yang sekejap. Saya add dia di Facebook. Dari Facebook saya tengok dia memang ramai peminat.
Ada saja kawan lelaki yang komen dia cantik, lawa dan macam-macam lagi pujian, tapi dia tak layan. Sememangnya isteri saya ini ada rupa. Saya pun tak tau macam mana dia setuju untuk berkawan dan dalam masa yang sekejap kami sudah bertunang dan berkahwin.
Tak Bagi Nafkah
Lepas kahwin, memandangkan saya banyak tanggungan dan hutang, saya tak bagi isteri duit nafkah dan dia juga bekerja dimana gajinya lebih tinggi dari gaji saya. Dia tak pernah meminta dari saya. Dia cukup baik dengan mak ayah saya dan melayan saya dengan baik.
Di tempat kerja dia selalu cerita kat saya yang ramai lelaki mengacaunya dan cuba mengajak keluar namun saya buat bodoh saja dengan cerita dia. Bagi saya selagi dia tak layan takkan ada apa terjadi. Isteri selalu mengajak saya solat berjemaah tapi saya suruh dia solat dulu.
Tak Selera Buat Hubungan Int1m
Makin lama saya merasakan yang isteri semakin naik berat dan jadi gemuk. Apabila isteri mahukan layanan di malam hari dan cuba memeluk saya, saya tepis kerana saya tiada selera untuk menyentuh dirinya. Lama-kelamaan isteri minta saya berterus-terang.
Saya katakan yang saya suka perempuan yang kurus macam ex-girlfriend saya dulu. isteri sudah gemuk dan badannya berbau, maka buat saya hilang selera. Isteri senyap dan berjanji akan cuba berubah.
Isteri Usaha Untuk Kurus
Sejak itu saya tengok dia cuba kuruskan badan dan rajin ke gym. Dia minta duit dari saya untuk ke pusat kecantikan dan jamu tapi saya suruh dia guna duit sendiri. Isteri hanya diam dan tidak membantah.
Setelah isteri kuruskan badan, isteri mengandung tetapi kerana kesibukan di tempat kerja, isteri gugur. Saya terlalu kecewa dan saya salahkan dirinya. Sejak itu saya menjauhkan diri dari isteri. Apabila saya balik ke rumah, saya langsung tidak mahu bercakap dengan isteri dan hanya main telefon.
Isteri cuba mengajak saya berbual namun saya hanya menjawab sepatah dua. Saya juga suka buka Facebook dan Instagram melihat gamar-gambar perempuan kurus dan cantik. apabila isteri sudah tidur saya akan membuka laman web. Isteri sedar akan hal ini namun dia tidak membantah.
Saya langsung tidak menyentuh dirinya sejak dia gugur kerana saya merasa geli dengan dirinya. Dia cuba untuk memeluk saya dan cuba untuk bertanyakan kenapa saya menjauhkan diri dari dirinya tapi saya diam dan terus berpaling. Sejak itu hubungan kami makin jauh sehingga saya tidak perasan lama kelaman isteri pun sudah berubah.

Isteri Mula Berubah
Isteri makin lama sibuk dengan telefon apabila saya pulang ke rumah. Dia sudah tidak kisah apabila saya terpaksa outstation. Kalau saya tak call dia pun tak call saya. Malam-malam kalau saya tak peluk dia, dia juga tak peluk saya. Saya nampak dia sibuk melayan Whatsapp tapi saya buat bodoh kerana ego dan saya pun layan telefon.
Akhirnya saya dapat tahu isteri sedang bercinta dengan rakan sekerjanya. Mereka sudah banyak kali keluar bersama. Saya confront isteri saya dan dia mengaku. Dia terus terang mengatakan kenapa dia berbuat sebegitu. Dirinya sunyi dan dia merasakan seperti disisih oleh saya sedangkan dia berusaha untuk menjadi isteri yang terbaik.
Lelaki ini memberi perhatian yang penuh kepadanya dan buat dia lupa akan kesunyian dalam diri. Baru saya tersedar betapa buruknya sikap saya sebagai seorang suami selama ini. Saya janji kepada dirinya yang saya akan berubah.
Peluang Kedua Tapi Akhirnya Bercerai
Dia kata akan beri saya peluang dan saya cuba menjadi lelaki yang terbaik. Saya mula beri nafkah, belikan baju dan barang-barang, balik awal dan belanja makan, ajak dia solat berjemaah, puji dirinya macam-macam. Namun setelah beberapa minggu, dia mengakui yang dirinya sudah tidak dapat terima saya lagi.
Hatinya sudah tawar dan dia sudah terlalu sayangkan rakan sekerja. Dia meminta saya melepaskan dirinya supaya dia dapat berkahwin dengan rakan sekerjanya. Akhirnya dengan berat hati saya menceraikan dirinya dengan talak satu. Sepanjang iddah saya seperti gila talak, kerap datang ke tempat kerja si dia dan merayu-rayu.
Ex-Isteri Bahagia Lepas Kahwin Lain
Saya mesej dia minta maaf dan mahu merujuk. Setelah habis iddah, saya dapat tahu dia terus dipinang oleh lelaki itu dan kini mereka hidup bahagia dan ada anak satu, sedangkan saya masih seorang diri.
Pengajaran
Janganlah melayan isteri kita acuh tak acuh. Ingat yang kalau kita tak layan isteri kita dengan baik, ramai lagi yang boleh layan dia sewajarnya. Hargailah isteri sementara mereka masih milik kita dan pastikan kita melakukan segala tanggungjawab kita sebagai seorang suami. Jangan fikir ingat kita dah kahwin, isteri itu milik kita sampai bila-bila. Kita tak tahu jodoh macam mana.
Ingat lelaki je ke boleh cari lain. Perempuan pun boleh cari lain jugak.
Sumber : viralkami
Bila Dah Kahwin, Tolong Jangan Lakukan Ini Kepada Ibu Bapa.

Pelbagai cara kita boleh buat untuk membahagiakan mereka. Biar setinggi mana pun kejayaan kita hargailah mereka yang berkorban untuk kita. Bagaimana anda menghargai ibu dan ayah anda? Jadikanlah panduan ini untuk anda menyayangi insan yang bernama ibu dan ayah.
.
1.Doakan Kedua Orang Tua
Doa merupakan senjata orang mukmin. Dimana-mana pun anda boleh berdoa . Allah swt tak pernah menetapkan sempadan untuk hambanya berdoa. Jadi walau jauh beribu batu pun anda jangan pernah anda lupa untuk mendoakan kesejahteraan mereka dunia dan akhirat.
Doa juga pengikat kasih sayang antara ibu, ayah dan anak-anak. Ibu bapa bukannya mahukan wang ringgit, mereka cuba mahukan perhatian. Jika kita tidak dapat melihat mereka selalu, hantarkan doa pada mereka pada bila-bila masa. Lebih afdal, setiap kali selepas solat, titipkan doa untuk mereka.
2.Hubungi Mereka Walau Dimana Kita Berada.
Mengambil berat terhadap ibu bapa anda;ah tanggungjawab setiap anak-anak. Sekarang ni zaman teknologi. Segalanya berada dihujung jari anda. Tak ada alasan untuk anda tidak menghubungi mereka jika anda berada jauh dari mereka. Waktu mereka masih ada ni lah peluang anda untuk mendengar suara mereka. Anda beruntung kerana masih memiliki kedua orang tua, jadi hargai mereka selagi nyawa mereka dikandung badan. Cintailah mereka tanpa syarat,kerana kelahiranmu di dalam hidup mereka juga tidak bersyarat. Berkat kehidupan kita dengan redhanya kedua ibu bapa kita.
3. Lemah-Lembut Semasa Berbicara
Jaga tutur kata anda sewaktu berbicara dengan mereka. Semakin meningkat usia seseorang, mereka akan menjadi lebih sensirtif dalam setiap perkara. Sebab itu, apabila ibu bapa kita telah meningkat usia, mereka seakan anak kecil yang memerlukan perhatian. Walaupun begitu, perkara ini tidak seharusnya menjadi alasan untuk anda mengetepikan atau meninggikan suara kepada mereka.
Ingat kembali sewaktu anda kecil dulu, ibu bapa anda sangat sabar dalam melayan kerenah anda. Tak pernah sekali mereka merungut untuk membesarkan anda. Jadi jagalah tutur kata anda setiap kali anda berbicara dengan mereka.
4. Hargai Mereka Pada Hari Lahir Kita
Selalunya bila tiba hari lahir kita, kebiasaannya ramai yang menyambut hari lahir dengan kawan-kawan betul tak? Kadang-kadang tu sambut dengan someone special dekat restaurant-restaurant mewah. Jarang lah kita nak dengar ada yang menghubungi ibu yang melahirkan kita. Kebanyakannya mereka keluar berseronok dengan kawan-kawan sehingga lupa tentang orang yang dah bertarung nyawa saat melahirkan kita dulu. Percayalah setiap ibu sentiasa menunggu anak-anaknya untuk mengucapkan “TERIMA KASIH MAK/IBU/UMMI/BONDA” pada hari lahir anak-anaknya.
.
5. Peluk Dan Cium Ibu Bapa Anda Selalu
Cuba imbas kembali bila kali terakhir anda memeluk kedua orang tua anda? Minggu lepas? Sebulan lepas? Setahun lepas? Atau tak pernah pun anda peluk mereka sepanjang hidup anda? Mungkin mereka tak pernah pun minta untuk dipeluk atau di sayang, namun fitrahnya setiap ibu bapa mahukan kasih sayang anak-anak yang semakin menjauh.
Dulu rumah selalu riuh dengan gelak tawa anak-anak sewaktu kecil, namun hari demi hari gelak tawa itu semakin suram apabila anak-anak sudah mula meningkat dewasa dan memiliki kehidupan dan tanggungjawab sendiri. Walaupun kini mereka sudah memiliki cucu namun pelukan daripada seorang cucu tidak sama dengan pelukan dari seorang anak sendiri. Anda akan rasa sebak bila memeluk orang yang bersusah payah melahirkan kita dan menjaga kita sehingga kita mampu membina hidup kita sendiri.
6. Sesekali Bawa Mereka Bersiar-Siar Dan Berikan Hadiah
Luangkanlah masa anda dengan membawa kedua orang tua anda bersiar-siar. Mungkin bawa mereka travel ke luar negara atau paling tidak pun bawa lah mereka ke tempat yang dapat menghiburkan hati mereka. Mungkin sewaktu muda-muda dulu mereka tidak berpeluang untuk melancong ke tempat orang kerana tidak berkesempatan atau tidak memiliki budget yang cukup untuk bersiar-siar. Jadi ini lah masanya anda menghiburkan hati mereka.
Selain itu, anda juga boleh berikan hadiah kepada mereka sebagai tanda anda menghargai mereka. Kalau dengan pasangan anda, anda boleh belikan segala macam hadiah kenapa tidak dengan ibu atau bapa anda kan? Mereka lagi berhak menerima hadiah daripada anda walaupun mereka tak pernah mintak. Nak hadiah yang paling eksklusif ? Berikan lah Audela atau Pomeg plus kepada mereka. Mesti senyum sampai ke telinga. Hehehe.
7. Bawa Ibu-Bapa Menunaikan Haji dan Umrah di Mekah
BONUS: Kalau dimurahkah rezeki dan ada duit lebih, hantar mak ayah pergi menunaikan Haji. Jika sudah, kumpul duit dengan adik beradik lain, hantar mereka pergi Umrah pula. ‘Join’ mak ayah sekali agar kita dapat menjaga mereka ketika di Makkah. In Shaa Allah, banyak pahalanya.2