
Pelakon Julia Farhana Marin selamat bergelar isteri kepada Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum. Difahamkan, pasangan itu selamat diijab kabulkan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara pada 14 Disember lalu.
Pasangan pengantin teruja berkongsi hari bahagia mereka bergelar suami isteri. Dalam masa sama juga mereka meminta agar semua warga maya mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang baru dibina.
Berikut perkongsian Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum dilaman Instagramnya.
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum WBT buat semua.. Alhamdulillah sesi Akad Nikah (Ijab Kabul) saya dan juga isteri @juliafarhanamarin telah selesai dan berjalan dengan lancar.
Di sini saya ingin memohon maaf kerana tidak memberi sebarang jemputan di atas sebab sesi akad nikah ini hanya di hadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Saya juga mohon agar sahabat-sahabat semua dapat mendoakan semoga saya dan juga isteri menjadi pasangan yang sentiasa mendapat keberkatan Nya hingga ke jannah.
Juliana juga turut berkongsi kegembiraannya bergelar seorang isteri dilaman Instagram.
Assalamualaikum everyone,
I would like to share I am officially a wife to @drchehafiz and these are unofficial photos of our solemnization day with both sides of the family but mostly just the two of us for this announcement. We would like to apologize to everyone for the late announcement, to friends, our media friends and everyone who were not aware of our wedding because we wanted a very private gathering with only family members. Our sincerest apologies.
My husband and I would like to humbly request for everyone’s kind doas as we embark on this journey as a married couple. Thank you everybody.
PESONA PENGANTIN: Moga mahligai yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Semua Rumah Tangga Ada Masalah, Nak Bertahan Kena Berbincang

Isi Kandungan
ToggleHakikatnya semua rumah tangga ada masalah cuma yang bezanya macam mana kita handle dan bawa sesuatu isu sampai kepada titik penyelesaian.
Begitulah untuk mempertahankan sebuah cinta suami isteri, nak lagi faham boleh renungkan padangan saudara Firdaus Shakirin ini.
Semua Rumah Tangga Ada Masalah
Rumah tangga ni, bila banyak isu yang tak ada penyelesaian bersama.
Maka, end up akan hilanglah persefahaman. Bohonglah kalau kata, kau tak faham pasangan, pasangan tak faham kau, tapi boleh pula hidup bersama beranak pinak bertahun-tahun.
Atas dasar “persefahaman” apa kita bentuk dan bina keluarga kita sebelum ni?
Bila ada isu antara kita dan pasangan, seorang nakkan pilihan A, yang seorang lagi nak pilihan B. Cuba berbincang, cuba lagi cari yang mana ada titik persamaan, akhirnya tak dapat-dapat.
Masing-masing ada alasan kenapa bertahan di sebalik pilihan masing-masing dan masing-masing juga menganggap yang pilihan itu terbaik untuk dirinya atau diri pasangannya.
Berbincang hanya menyebabkan perbalahan. Berbincang hanya mengeruhkan lagi keadaan sebab tak dapat titik dimana dua-dua boleh bagi persetujuan untuk satu penyelesaian.
Maka disini, “hilang persefahaman” bersama sebab ada isu yang gagal mencapai kata putus, win-win untuk keduanya.
Nak Bertahan Kena Berbincang
Sayang sebenarnya andai rumah tangga yang kita bina bertahun-tahun diakhiri dengan isu yang kita tak dapat cari penyelesaian.
Penyelesaian itu adakalanya perlu datang dari pihak yang mampu menerima sesuatu pandangan untuk hubungan itu berubah ke arah yang lebih baik lagi.
Setiap rumah tangga ada masalah, andai kita mampu selesaikan masalah bersama, maka rumah tangga itu mampu kekal lagi.
InsyaAllah.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Anniversary Ke-37, Agong & Permaisuri Sambut Dengan Doa Selamat, Bacaan Yasin

Isi Kandungan
TogglePasangan diraja Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-37 secara sederhana.
Tiada majlis sambutan ulang tahun tahun tapi pasangan romantis ini mengadakan doa selamat dan bacaan Yasin sempena ulang tahun perkahwinan ke-37 pada 6 Mac 2023.
Majlis tersebut diadakan di surau utama, Istana Negara. Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah.
Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan putera puteri baginda berdua dan kerabat diraja Pahang turut hadir.
Yang di-Pertuan Agong berkahwin dengan Raja Permaisuri Agong yang merupakan puteri ketiga Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar pada 6 Mac 1986 di Masjid Negeri Sultan Abu Bakar, Johor Darul Takzim.
Hampir empat dekad melayari bahtera perkahwinan, seri paduka berdua diserikan dengan kehadiran enam cahaya mata.
Berikut perkongsian dilaman Instagram rasmi Istana Negara sempena meraikan ulang tahun perkahwinan diraja tersebut.
6 Mac 2023 – Merafak sembah ucapan tahniah sempena Ulang Tahun Perkahwinan Diraja ke-37 KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Binti Almarhum Al-Mutawakkil Alallah Sultan Iskandar Al-Haj.
Berikut antara komen-komen warga maya dilaman Instagram rasmi Istana Negara. Ramai yang mendoakan agar kedua-duanya diberikan kebahagiaan yang berpanjangan.
SEMOGA IKATAN PERKAHWINAN DIRAHMATI ALLAH
SEMOGA SENTIASA DALAM RAHMAT ALLAH SWT
Sumber: Sinarplus dan Instagram Istana Negara
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
ZIZI KIRANA Pilih Jalan Jaga Maruah Suami. Perkongsian Wanita Ini Undang Sebak!

Tidak mahu membuka kisah silam, kita harus pandang sisi jihad Zizi Kirana kini. Sentiasa manis dengan gaya baggy, Zizi Kirana meniti laluan untuk kembali ke fitrah. Tiada lagi baju mendedah, tiada lagi nyanyian yang tidak menggambarkan dirinya yang kini sudah berubah.
Penulisan Siti Suryani Yaakop dirangkumkan dalam bahasa cukup indah. Kita yang baca pun akan rasa terpanggil untuk buat apa yang Zizi sedang lakukan sekarang.
Zizi Kirana.
Dia cantik. MasyaAllah. Sungguh. Dari dulu pun dia memang cantik. Sekarang dia tukar pakaian dia. Dia ubah semua. Dari saiz paling kecik jadi baju paling besar.
Apakah dengan merubah pakai baju gedobos tu dia jadi tidak cantik. Langsung tidak. Cantik juga. Sama macam biasa.
Kali ni dia kata nak jaga maruah suami. Dia sedar dia ada bahu yang selain boleh disandar, bahu itu punya hak untuk dijaga. Jangan dihenyak berat berlebihan ke atasnya.
Wanita ini Allah ciptakan kuat. Dia diciptakan dengan bahunya sendiri. Yang di atas bahunya juga ada beban. Sebaik saja dia keluar dia dari rumah, dia bukan membawa dirinya semata-mata.
Tapi dia juga membawa nama baik keluarga. Maruah suaminya. Martabat ibu ayahnya. Juga tauladan mata anak gadisnya.
Pakai baju besar tak buat kita ketinggalan zaman. Pakaian besar tak buat kita hilang kecantikan. Pakaian besar tak buat kita lemas terbeban. Pakaian besar tak jadikan kita lambat buat pekerjaan.
Zizi membuktikan. Tak akan ada yang kurang dengan pakaian yang lebih.
Kita bukan sekadar wanita.
Kita adalah duta keluarga.
Macam mana nak jadi ISTERI SOLEHAH?
Rasulullah S.A.W bersabda:
“Mahukah kamu aku beritahu dari hal sebaik-baik barang yang perlu disimpan oleh seorang lelaki?” Iaitu isteri yang solehah. Jika suami melihat kepadanya dia akan gembira , jika suaminya menyuruh sesuatu dia akan taati dan jika suami tiada di rumah dia akan menjaga harta suaminya dan memelihara kehormatan dirinya.” (HR:Ibnu Majah)
Daripada Imam Ahmad dan Imam Muslim, daripada Umar r.a., Rasulullah S.A.W bersabda
“Bermula dunia ini ialah kesukaan dan keseronokan dan sebaik-baik kesukaan itu ialah perempuan yang solehah.”
Isteri yang solehah itu selalu memerhatikan akan tanggungjawabnya sebagai isteri, ia hanya berbuat sesuai dengan ketentuan Allah. Di antara ciri-ciri isteri solehah itu ialah bertanggungjawab terhadap kerja-kerjanya.
Pada dasarnya kewajipan isteri solehah itu ialah:
- Patuh dan taat kepada suami yang soleh
Rumahtangga bahagia sebenarnya terletak pada isteri yang solehah. Ia taat kepada perintah Allah dan Rasul serta setia kepada suami yang soleh.
“Wanita yang solehah ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri (tidak berlaku curang serta memelihara rahsia dan harta suaminya) di belakang suaminya, oleh kerana Allah telah memelihara mereka…” (Surah An-Nisa’:34)
Isteri yang solehah itu di samping patuh kepada perintah Allah dan Rasulullah S.A.W, ia patuh terhadap suaminya dan menyimpan segala rahsia baik di luar rumah mahupun di dalam rumah. Ia selalu tersenyum dan menunjukkan muka manis terhadap suaminya. Tabiatnya yang baik itu menambah kasih sayang suaminya terhadapnya. Ia tidak pernah membantah kata-kata suaminya yag baik, semuanya dikerjakan dengan patuh kerana Allah.
Isteri yang baik apabila berkata dengan suaminya dengan suara yang lemah lembut dan penuh kesopanan . Begitu pula tidak boleh memerintah kepada suami, kecuali diucapkan dengan suatu yang baik sebagai suatu pertolongan. Walau bagaimanapun, ketaatan isteri terhadap suami tidak dalam semua perkara. Sekiranya perintah suami boleh membawa dosa, maka isteri dibenarkan membantah.
Rasululllah S.A.W bersabda,
“Jika diizinkan seorang manusia sujud kepada manusia,tentu aku akan suruh wanita-wanita sujud kepada suaminya lantaran begitu besar Allah jadikan hak lelaki keatas wanita”
- Menguruskan rumahtangga
Seorang isteri Muslimah disuruh oleh Allah agar sentiasa berada dirumah dan tidak boleh pergi kemana-mana sesuka hati tanpa izin suami. Duduk di rumah bukan bererti hanya berdiam diri sahaja tetapi mengerjakan tugas sebagai isteri. Hikmah daripada perintah Allah tersebut iaitu, supaya para isteri dapat menjaga dan mendidik anak secara lebih sempurna ketika suami mencari rezeki.
Disamping itu isteri dapat melakukan pekerjaan rumah seperti menghias rumah dan sebagainya.Walaupun ianya nampak remeh, tetapi ianya amat bermanfaat untuk menjamin keharmonian keluarga.
- Berhias untuk suami
Menghias diri merupakan kegemaran wanita. Namun kadangkala wanita yang tidak faham akan kewajipannya,ia berhias diri ketika akan keluar rumah. Tetapi ketika di rumah ia dalam keadaan tidak bersih, kadangkala rambutnya pun tidak terurus. Padahal di dalam Islam menganjurkan supaya isteri berhias hanya untuk suami.
Tujuan isteri berhias ketika di rumah ialah supaya suami terhibur. Jika suami pulang dari tempat kerja dalam keadaan letih dengan melihat isteri dalam keadaan berseri-seri serta pakaian yang bersih, maka ia menjadi penawar kepada suami. Sehingga keletihan dalam mencari rezeki tadi menjadi hilang, dan bertambahlah kasih sayangnya terhadap isteri.
Sabda Rasulullah SAW:
“Dari Jabir ra. Ia berkata: Kami pernah pergi bersama-sama Rasulullah di dalam satu peperangan. Ketika kami sampai ke Madinah, kami ingin masuk ke rumah masing-masing. Maka Rasulullah SAW pun bersabda: Bersabarlah, iaitu masuklah pada waktu malam iaitu selepas Isyak, supaya isteri dapat bersikat rambutnya yang kusut dan supaya ia dapat berhias kerana telah lama telah ditinggalkan suaminya.” (HR:Muttafaqun Alaihi)
Berhias bukan sahaja bagi menyambut kepulangan suami dari tempat kerja tetapi juga ketika suami ada di rumah. Wanita Islam hanya boleh berhias untuk dirinya sendiri dan untuk suaminya. Berhias mestilah dilakukan secara besederhana, kerana tujuan berhias agar ia kelihatan bersih dan senang dilihat oleh suami.
- Melayani suami
Hubungan mesra merupakan penawar kebahagiaan rumahtangga. Ia dipandang sebagai punca keharmonian rumahtangga. Oleh sebab itu isteri hendaklah memberikan layanan yang baik kepada suami dan tidak boleh menolak kemahuan suaminya .
Seorang isteri akan dikutuk oleh malaikat apabila ia menolak kemahuan suaminya sehinggalah suaminya reda kepadanya. Mungkin dalam keadaan tertentu isteri boleh menolak kemahuan suaminya seperti dalam keadaan sakit, atau dalam keadaan yang dilarang oleh syara’ untuk melakukan persetubuhan seperti dalam keadaan haid dan sebagainya.
- Berpakaian menurut ajaran Islam
Isteri yang menutup auratnya merupakan isteri yang solehah, ramai wanita pada zaman sekarang ini yang berpakaian tetapi telanjang kerana ia menutup bahagian tertentu sahaja, kalau menutup semua pun tetapi bentuk badannya tetap nampak jelas.
Allah SWT berfirman, ertinya:
“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah sebagai perhiasan. Dan pakaian taqwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian daripada tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raar:26)
Jilbab merupakan satu fesyen pakaian wanta Islam yang menutup tubuh atau sebahagian besar badan wanita di sebelah atas, kecuali muka dan tapak tangan. Jilbab tidak menampakkan tubuh badan. Allah memerintahkan supaya berpakaian demikian supaya dapat membezakan antara wanita beriman dan tidak beriman, ia juga supaya terhindar dari golongan munafik.
Firman Allah yang bermaksud:
“Hai Nabi, katakanlah kepada isteri- isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: “Hendaklah mereka mengulurkan Jilbab mereka ke seluruh tubuh mereka.”Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha Penganmpun lagi Maha Penyayang.” (Surah Al-Ahzab:59)
- Memberi motivasi terhadap cita-cita suami
Isteri yang solehah adalah isteri yang mahu menjadi teman berunding bagi suami dan menjadi sahabat dalam menyelesaikan pelbagai masalah. Itulah hubungan suami isteri itu diertikan orang sebagai “teman hidup”. Jika suami menghadapi masalah untuk mencapai cita-citanya dan cita-cita keluarga maka bermotivasilah kepadanya dan hiburkanlah hatinya.
Isteri teladan disamping ia memberi dorongan dan bermotivasi kepada suami ia juga merupakan sumber ilham bagi suami. Ini membuatkan hati suami tenteram apabila bersama isteri dan segala masalah dihadapinya bersama-sama.
Kredit foto utama: Instagram Zizi Kirana
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI