Sebenarnya ramai wanita dan lelaki yang inginkan perkahwinan mereka bertahan dan kekal hingga ke usia tua. Dan masing-masing ingin mencari pasangan yang ideal dengan harapan rumah tangga akan kekal harmoni dan bertahan sehingga ke hari tua. Tapi apa yang di maksudkan dengan pasangan ideal ini sebenarnya?
Menggalas Tanggungjawab Bersama
Untuk memiliki rumah tangga yang kukuh dan harmoni, penting untuk anda dan pasangan saling bertolak ansur dalam pelbagai aspek. Oleh itu pasangan yang dapat menggalas tanggungjawab bersama merupakan salah satu aspek pasangan yang ideal bagi memiliki perkahwinan yang harmoni dan kukuh. Pasangan yang memahami maksud tanggungjawab yang sebenar akan menghargai pasangannya dan perkahwinan mereka.
Berusaha Memberikan Yang Terbaik
Apabila mendirikan rumah tangga, ianya bukan sekadar menyediakan rumah, barang keperluan asas, memperberikan keperluan nafkah zahir dan batin sahaja, ianya lebih dari itu. Rumah tangga yang kekal utuh dan kukuh adalah apabila pasangan saling memberikan yang terbaik di dalam rumah tangga.Dan saling menghargai diantara satu sama yang lain barulah diri dan pasangan anda berasa puas serta akan membuatkan anda serta pasangan secara tidak langsung bersemangat dalam melakukan apa jua tugas dan tanggungjawab.
IKLAN
Bijak Memainkan Pelbagai Peranan
Apa yang dimaksudkan dengan bijak memainkan pelbagai peranan ini adalah apabila pasangan anda dapat memegang pelbagai peranan mengikut keperluan. Sebagai contoh, seorang suami kadang kala memegang peranan sebagai seorang ayah kepada isterinya apabila memberi nasihat dan sabar mendidik sang isteri. Selain itu, si suami juga dapat memegang peranan sebagai seorang sahabat kepada sang isteri dalam mendengar segala masalah dan luahan hati serta memberi sokongan moral sebagaimana seorang sahabat lakukan kepada sahabat baiknya.
IKLAN
Seleksi peranan yang berbeza mengikut keperluan dan perbezaan situasi, baik bagi suami mahupun isteri jika anda bijak memainkan peranan mengikut keperluan serta situasi, rumah tangga anda akan dipenuhi dengan warna warni dan rencah kehidupan yang harmoni dan menarik.
Kejujuran Dan Kesetiaan Berpisah Tiada
IKLAN
Selain itu, pasangan yang ideal adalah pasangan yang saling berkongsi segalanya, jujur dalam segala hal. Apabila berumah tangga segala perkara perlu digalas dan dikongsikan bersama justeru itu kejujuran perlu ada dan tiada istilah “hal awak adalah hal awak dan hal saya adalah hal saya” dalam kamus perkahwinan.Kerana apabila telah memasuki alam perkahwinan segalanya harus terbuka dan masing-masing harus belajar untuk jujur dan menerima segala kekurangan dan kelebihan pasangan.Tambahan lagi, hubungan perkahwinan haruslah disucikan dengan nilai kesetiaan agar hidup lebih gembira dan harmonis.
Saling Berusaha Membentuk Keperibadi Yang Baik
Menjadi pasangan yang ideal bukanlah satu perkara ynag mudah, ianya memerlukan kerja keras dan komitmen yang serius terhadap pasangan serta rumah tangga. Apabila di alam rumah tangga, penting untuk anda serta pasangan saling berusaha membentuk keperibadian yang baik. Sifat peribadi yang baik akan saling mempengaruhi kehidupan anda dan pasangan. Malah dengan memiliki keperibadian yang baik ia akan membuatkan hubungan anda dan pasangan diselubungi dengan aura yang positif dan persekitaran yang aman dan gembira. Lihat sahaja bagaimana orang-orang dahulu kala yang dapat mengekalkan perkahwinan mereka sehingga nyawa tiada lagi di badan. Ini kerana mereka saling memahami dan membentuk keperibadian yang kukuh.
Bertunang sebenarnya salah satu kaedah untuk mengenali pasangan dengan lebih teliti. Ia merupakan fasa perkenalan dan persediaan bagi pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.
Islam memandang pertunangan itu sebagai satu jalan untuk mencapai matlamat yang besar iaitu berkahwin namun, ia bukanlah syarat sah sebuah perkahwinan.
Dalam kemanisan pertunangan, kita berisiko untuk melakukan perkara diluar jangkaan. Misalnya seperti bergaduh, syak wasangka buruk, cemburu buta, melanggari batas pergaulan dan yang lebih buruk ada sehingga ke tahap berzina.
Kadang kala apabila merasakan hubungan tidak lagi sehaluan, Akhirnya masing-masing mengambil keputusan untuk memutuskan ikatan pertunangan.
Benarlah kata orang;
“Bertunang penuh dengan dugaan dan cabaran”
Oleh sebab itu, dinasihatkan kepada pasangan yang sudah bertunang agar tempoh pertunangan hendaklah disingkatkan. bertunang merupakan jalan terdekat kepada perkahwinan. Di mana, seorang lelaki dan seorang perempuan sudah bertekad dan bersedia untuk membina keluarga sendiri.
Namun, ramai yang kecundang serta tidak mampu untuk meneruskan perjalanan panjang tersebut. dalam islam, bertunang bukanlah asbab yang membolehkan sesuatu hubungan yang haram menjadi halal.
Ada garis panduan yang perlu kita fahami dan ikuti untuk memastikan ikatan pertunangan itu mendapat redha dan rahmat Ilahi seterusnya membentuk rumahtangga yang sakinah, mawaddah dan rahmah.
Justeru itu, disediakan 7 tips bagi pasangan bertunang mengekalkan hubungan mereka hingga ke alam perkahwinan;
1- Menjaga Batas Pergaulan
Walaupun sudah bertunang, masih ada batasan antara kita dan pasangan. Masing-masing perlu faham tentang agama, adab dan akhlak dalam pergaulan. Tidak semestinya sudah bertunang maka segalanya boleh dilakukan.
Pasangan bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan, kecuali jika ada bersama mereka mahram. Tidak boleh berpegangan tangan dan tidak boleh menayangkan aurat kepada pasangan. Tidak sama sekali!
Dalam proses pertunangan, seharusnya kita dan pasangan perlu sehabis daya mengelakkan diri dari perbuatan dosa dan maksiat hatta berbalas pesanan ringkas sekalipun. Setiap batasan agama perlu dijaga, agar kita dan pasangan tidak terjebak dengan fitnah atau berzina yang boleh membinasakan.
2- Mengeratkan Hubungan Dengan Keluarga Pasangan
Kadangkala kita dan pasangan terlupa dek kerana terlalu sibuk bekerja dan sibuk menyiapkan persiapan perkahwinan. Ya! terlupa tentang keluarga pasangan.
Barangkali kita pernah dengar tentang ayat ini;
“Apabila seseorang itu berkahwin, dia bukan sahaja mengahwini pasangannya malah mengahwini seluruh isi keluarganya.”
Nah, oleh sebab itu, ketika bertunang, seharusnya kita mengambil peluang untuk mengenali keluarga pasangan dengan lebih dekat dan cuba mengeratkan hubungan silaturahim dengan mereka sebelum mendirikan rumahtangga.
Sama ada menelefon bertanya khabar ibu bapanya ataupun pergi sendiri menziarahi mereka dengan membawa buah tangan. Sekurang-kurangnya nanti apabila sudah berkahwin, tidaklah berasa janggal atau kekok dengan keluarga mertua.
3- Berbincang Ketika Berselisih Faham
Apabila kita dan pasangan berjauhan, maka muncul lah bisikan syaitan untuk memporak-perandakan hubungan. Ketika inilah saat paling getir dalam proses pertunangan.
Kadangkala timbul khabar angin yang memperkatakan perihal buruk pasangan. Baik dari percakapan langsung mahupun dari media sosial. Lantas, fikiran menjadi celaru dan buntu dalam membuat keputusan. Malah, mungkin juga terlintas dibenak fikiran;
“Apakah aku tersalah memilih pasangan?”
Seeloknya, bertemu mukalah dengan pasangan sambil ditemani mahram. Berbincang dengan cara baik dan sama-sama berusaha mencari jalan penyelesaian. Boleh juga meminta nasihat dan pandangan dari keluarga kedua belah pihak.
Bersikap rasional, banyakkan bertenang. Jangan bermain dengan emosi kerana ia boleh mewujudkan perasaan gelisah dalam hati dan terburu-buru dalam membuat keputusan.
4- Mengamalkan Sikap Bertolak Ansur
Setelah mengikat tali pertunangan, sesetengah orang sukar untuk bersabar dan bertolak ansur dengan pasangan. Jangan begitu. Rintangan dan cabaran dalam pertunangan tidaklah sehebat cabaran dalam perkahwinan.
Sebaiknya, masing-masing perlu banyak bersabar dan mengawal sikap buruk dalam diri. Semakin dekat dengan majlis perkahwinan, semakin tekanan demi tekanan muncul. Daripada perkara kecil sehinggalah perkara besar.
Masing-masing perlu bijak menangani masalah dan menunjukkan sikap bertolak ansur dengan pasangan. Jika pasangan tidak bersetuju dengan sesuatu perkara, maka dengarlah pula pendapatnya.
Walaupun kita berasa keputusan kita sudah tepat namun jangan pula berasa pandangan pasangan langsung tidak penting!
5- Memahami Situasi Pasangan
Banyak kes pasangan bertunang memutuskan ikatan pertunangan dengan sebab dan alasan tidak lagi sehaluan. Jika diamati, kebanyakan dari mereka adalah pasangan yang sudah pun mengenali antara satu sama lain mungkin sudah bertahun lamanya.
Sebenarnya, bukan tidak sehaluan tetapi kita yang tidak mampu untuk memahami situasi pasangan. Mana tidaknya, pasangan bekerja siang dan malam hanya untuk mengumpul wang hantaran tidak termasuk lagi yang lain-lain.
Tetapi kita pula menyangka pasangan tidak ada masa untuk kita. Kadangkala, kita marah atau cemburu tak tentu pasal apabila melihat pasangan kita berjalan dengan kenalannya ataupun rakan sekerjanya.
Kita selalu berfikiran negatif terhadap pasangan kita sedangkan pasangan kita langsung tidak seperti yang kita bayangkan. Cubalah untuk memahami situasi pasangan. Siasat atau bertanyalah dahulu sebelum membuat sebarang andaian yang merugikan.
6- Menerima Kelebihan Dan Kekurangan
Setelah bertunang, kita hanya memerlukan masa beberapa bulan atau setahun saja lagi untuk mengenali pasangan. Kadangkala, kita belum masak dengan perangainya atau belum melihat sifat tersembunyinya.
Namun, perlu kita setkan dalam akal dan hati kita bahawa setiap manusia pasti mempunyai kelebihan dan kekurangannya yang tersendiri. Ketika bercinta, komitmennya berbeza dan pasti berubah setelah berumah tangga.
Percayalah, apabila kita sentiasa bersyukur dan menerima pasangan apa adanya, pasti Allah tambahkan lagi nikmat yang tak disangka-sangka. Kata ustaz Hasrizal abd jamil dalam salah satu bukunya yang berjudul, Aku Terima Nikahnya;
“Dalam soal berumah tangga jangan terlalu memilih dan hanya mencari yang sempurna. Terimalah seseorang seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredai.”
7- Perancangan Selepas Berkahwin
Sebelum menginjak ke alam rumah tangga, pastikan kita dan pasangan terlebih dahulu memikirkan dan berbincang tentang perancangan setelah berkahwin. Misalnya, tentang tempat tinggal.
Setelah berkahwin, kebanyakannya si isteri perlu mengikut suaminya sama ada berpindah ke rumah mertua ataupun berpindah ke rumah sendiri.
Kalau perkara sebegini tidak dibincangkan terlebih dahulu, takut nanti apabila sudah berkahwin, perkara ini menjadi asbab kepada pergaduhan atau lebih teruk lagi jika ada campur tangan mertua.
Walaupun kelihatan remeh, namun jangan memandang enteng. Perincikan setiap perkara atau buat keputusan dan persetujuan awal kedua belah pihak ketika dalam fasa pertunangan lagi. Jadi, mudahlah bagi kita dan pasangan untuk membayangkan masa depan setelah berumah tangga nanti.
Tuntasnya, hakikat pertunangan dalam Islam membawa seribu satu hikmah. Dalam usia pertunangan, kita dan pasangan bakal berdepan dengan pelbagai perkara baru dan sentiasa mencuba untuk menyesuaikan diri menghadapi episod rumah tangga yang akan datang.
Kita dan pasangan perlu jadi lebih matang untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang kata orang, tiada penghujungnya.
Kekuatan iman juga bakal teruji ketika di alam pertunangan. Sama ada kita mampu untuk menghadapinya atau kita mengalah sebelum berjuang, jawapannya bergantung kepada diri kita sendiri.
Benarlah, berkahwin itu bukanlah satu penamat bahkan merupakan satu permulaan!
Tanggal 23 Februari merupakan tarikh yang menjadi memori indah buat Daruk Yusry Abdul Halim dan isteri tercinta, Datin Lisa Surihani. Mana tidaknya, pada tarikh ini pada tahun 2011, mereka sah bergelar suami isteri. Dengan sekali lafaz, Yusry yang ketika itu berusia 39 tahun bergelar suami kepada Lisa yang baru mencecah usia 26 tahun. Majlis pernikahan mereka telah berlangsung di Hotel Marriott Putrajaya yang dihadiri kira-kira 250 orang tetamu yang terdiri dari keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Pesona Pengantin kongsikan antara momen indah perkahwinan merpati dua sejoli ini ialah dari segi hantaran kedua belah pihak. Datin Lisa Surihani menerima seutas rantai platinum sebagai mas kahwin serta tujuh dulang hantaran berupa sirih junjung, bunga rampai, cincin, kelengkapan solat dan kek. Manakala hantaran untuk suami tersayang termasuklah sirih junjung, bunga rampai, sebentuk cincin, koleksi cakera padat Kumpulan Beatles, sebuah peralatan muzik keyboard, kelengkapan solat, pakaian lelaki, manisan dan kek.
Menerusi satu entri yang dimuat naik di laman media sosial Instagram milik Datuk Yusry, beliau meluahkan rasa bersyukur dan terharu kerana memiliki Lisa sebagai isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata. Pengarah yang kini menginjak usia 49 tahun itu menyifatkan isteri tersayang sebagai insan paling berharga dan bermakna dalam hidupnya.
Sebagai hadiah sempena ulangtahun perkahwinan ke 10, Datuk Yusry turut menghadiahkan sebentuk cincin kepada Lisa di mana majlis kecil tersebut diraikan di sebuah butik barangan kemas baru-baru ini.Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith.
“10 tahun dah kita hidup bersama. And throughout it, there isn’t a single minute that I don’t feel like the luckiest guy in the world.” “Thanks for the wonderful & meaningful times spent together.Thanks for always being there for me & our children” “You are such a wonderful person to be spending my life with; you are a fabulous & loving mother to our 3 beautiful kids. “Really don’t know how else to express my feelings as I am deep in gratitude . Thank you dear. “I love you & am madly in love with you. Selamat Hari Kita 10 sayang”. tulisnya.
Pesona Pengantin kongsikan petikan dari Prof Dr Muhaya Mohamad mengenai topik Isteri lihat kekurangan diri, pasti temui banyak kelebihan suami.
“Jika kita seorang lelaki atau wanita yang baik dan beriman berniat untuk mendapatkan pasangan soleh serta solehah, kita akan dapat sebagaimana yang diniatkan. Jika kita sudah berusaha menjadikan diri soleh atau solehah, Allah SWT akan menggerakkan hari orang yang bermiman mendekati kita.
Wanita yang memiliki suami, anak, rumah tangga aman bahagia, sihat tubuh badan dan harta secukupnya, ia adalah nikmat tidak terhingga. Ibarat telah mendapat syurga di dunia. Bersyukur kepada Allah SWT jika kita tergolong dalam kategori wanita bertuah seperti itu.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumahtangga pada tanggal 23 Februari 2011. Gubahan hantaran mendapat sentuhan dari Butik Cosry dengan kerjasama Eliza Elies Wedding. Team Pesona Pengantin mengambil kesempatan mengucapkan Happy 10th Anniversary untuk Datuk Yusry & Datin Lisa Surihani!
Ada orang lelaki bila masuk perihal kahwin sebab berkenan dengan perempuan cantik. Ada juga lelaki yang tidak memilih rupa paras seseorang wanita dan lebih mementingkan hati budi seseorang. Cinta itu buta, ye tak?
Namun, siapa sangka wanita berisi boleh memberi pasangan mereka berkali ganda kebahagiaan berbanding wanita yang kurus.
(sekadar gambar hiasan)
Ini adalah berdasarkan satu kajian oleh sekumpulan saintis yang merungkai perkara ini.
Kajian oleh Dr. Filemon Alvarado dan Dr. Edgardo Maroles dari Jabatan Psikologi Universidad Nacional Autónoma de México (UNAM) telah membuktikan bahawa wanita gemuk lebih membahagiakan.
Menurut kajian, lelaki berkahwin dengan wanita badan berisi akan tersenyum lebih dan lebih rasional apabila berurusan dengan apa-apa masalah berbanding lelaki yang berkahwin dengan wanita kurus.
“Wanita kurus cenderung menjadi pendiam, tidak peramah dan kurang pandai meluahkan perasaan mereka. Wanita gemuk pula lebih yakin.”
Kajian itu juga menunjukkan bahawa wanita gemuk lebih baik dalam memenuhi keperluan dan keinginan pasangan mereka.