
Hukum Berkahwin
Hukum ini terbahagi kepada 5 bahagian iaitu:-

1. WAJIB BERKAHWIN:
Sekiranya seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan untuk membayar “mahar”(mas
kahwin) dan mampu menyediakan nafkah isteri zahir dan batin. Beliau juga tidak berniat untk menganiya isterinya selama berumah tangga. Di samping itu, beliau juga yakin akan terdorong melakukan maksiat (zina) di sebabkan runtunan nafsu yang kuat jika tidak berkahwin.
2. SUNAT BERKAHWIN:
Kepada orang yang mampu, tetapi aman dirinya daripada terjatuh ke lembah maksiat. Ini adalah hukum asal perkahwinan.

3. HARUS BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang yakin tidak akan melakukan zina jika tidak berkahwin serta mampu.
4. MAKRUH BERKAHWIN:
Apabila seseorang itu bimbang jika dia berkahwin akan menzalimi isterinya. Di samping itu, dia mempunyai kelemahan fizikal yang tidak mampu memberikan nafkah batin kepada isterinya walaupun dari segi kewangan beliau mampu dan juga makruh berkahwin sewaktu negara sedang menghadapi peperangan.
5. HARAM BERKAHWIN:
Bagi seseorang yang tidak dapat menunaikan kewajipan-kewajipan terhadap isterinya zahir dan batin dan mempunyai keyakinan akan menganiaya
Bergaduh Seminggu Sekali Boleh Buat Hubungan Kekal Lebih Lama

Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, suami isteri mempunyai lebih banyak masa bersama di rumah. Tidak dapat dinafikan, pastinya akan ada berlakunya salah faham di antara suami isteri sehingga akhirnya mencetuskan pergaduhan.
Maklumlah, dah bosan kan. Carilah gaduh dengan pasangan pula. Hehe. Walau bagaimanapun, perbalahan antara anda dan pasangan akan menjadi lebih serius jika kalian tidak mahu mengalah dan keras hati. Keadaan ini amat bahaya untuk hubungan anda.
Jika kita lihat di negara China, ramai pasangan yang bercerai selepas munculnya wabak Covid-19 ini. Tentunya kita tidak mahu perkara yang sama terjadi dalam hubungan kita kan? Sedikit sebanyak, perkongsian dari Zaim Zin ini mampu membuka mata kita untuk lebih menghargai pasangan.
Perkara yang paling saya risaukan dalam fasa kuarantin ni?
Hubungan suami isteri kita.
Sayangkan isteri, tinggal-tinggalkan.
Bayangkan selama ni jarang jumpa pasangan, sekarang kena hadap muka pasangan dan kerenah anak-anak selama sebulan. Mungkin tiga bulan.
Tambah lagi duit makin berkurang. Memang boleh terganggu emosi masing-masing.
Kita cerita bab realiti la ya. Tolong la jangan sombong. Ini peringatan kita bersama.
Pengalaman saya awal perkahwinan dulu, banyak kali juga selisih faham sejak duduk bersama. Masa tu, tak boleh kuarantin berdua lama-lama. Ada je benda nak gaduh lepas beberapa hari.
Tapi kalau jarang jumpa, dia punya rindu tu, macam cari roti Gardenia.
Sekarang ni, dah tau sikit la games nak control pertengkaran dengan acik cantik tu.
Perempuan ni kalau kau diam, dia suruh jawab. Kalau kau jawab, dia suruh diam. Bertabah la bang. Bini kau, bukan bini aku. Hahaha.
Salah faham dan perbalahan ni lumrah la dalam kehidupan rumahtangga.
Tapi ingat pesan saya, “Amarah itu sifatnya memusnah!”
Its like two side of the coin. Pertengkaran ni ada baik dan ada buruk. Bergantung pada sejauh mana kita nak bawa dia.
Satu tips yang berkesan saya buat, belajar dari kesilapan pergaduhan lama. Jangan ulang benda yang trigger pergaduhan makin teruk. Kita sepatutnya ambil tahu apa suis amarah pasangan dan apa suis pelembut hati dia.
Perempuan ni senang je. Kau peluk dia, bawa masuk bilik, bincang suara lembut-lembut. Bergantung pada kau sebenarnya bang. Kau kena ingat, perempuan tak pernah terkalahkan. So, main game yang kau boleh menang. Ha.
Tapi kan, actually, pertengkaran boleh buat hubungan jadi makin rapat. Whattt?
Ya, kat India, memang diorang ada buat kajian mengenai ni dan hasil kajiannya, mereka anjurkan pasangan sekurang-kurangnya bergaduh sekali seminggu, untuk pastikan hubungan mereka bertahan lama.
Sebab apa? Sebab masa gaduh tu la masing-masing ikhlas bercakap guna hati dan emosi.
Bro Ohsem, Akhtar Syamir pernah kongsikan 11 perkara JANGAN buat ketika bertengkar.
Nak gaduh, gaduh la. Tapi ingat benda ni, jangan buat. Sebab impaknya besar.
- Elakkan sebut perkataan talak atau cerai.
- Jangan ungkit kesalahan lalu.
- Jauhi kekerasan fizikal.
- Elakkan cabar-mencabar.
- Hina kekurangan dan kelemahan pasangan.
- Kutuk dan menyalahkan ahli keluarga.
- Jangan membandingkan perhubungan lalu.
- Usaha elak memaki hamun.
- Jangan sesekali lepaskan kemarahan pada anak.
- Jangan mengelak dan melarikan diri.
- Jauhi bergaduh besar depan anak atau orang lain.
Jadi, kalau nak menampal semula luka, dan menyembuhkan hati yang lara, dia cadang korang buat lima perkara ini.
- Ucapan maaf yang ikhlas.
- Berikan ruang dan masa.
- Jangan ulangi kesilapan yang sama.
- Bersungguh-sungguh untuk berubah.
- Cuba ambil semula hatinya.
Kadar penceraian di China bertambah selepas Covid19 muncul. Prevention is better than cure, right?
Komunikasi adalah kunci hubungan.
Pasangan kita bukan milik kita, mereka amanah kita.
Awak mungkin bukan amanah saya, tapi saya rasa beramanah untuk kongsikan peringatan ni pada awak.
Sumber: Zaim Zin
Nak Rumah Tangga Kekal Bahagia, Bersederhanalah Sejak Dari Awal Perkahwinan

Setiap pasangan berkahwin mempunyai impian membina rumah tangga yang serba lengkap iaitu ada rumah, kereta dan peralatan moden yang memudahkan kehidupan mereka. Tetapi, tidak semua orang dapat mencapai impian hidup mewah dan senang selepas berkahwin.
Ini kerana sebelum berkahwin mereka sudah membelanjakan wang yang agak banyak untuk beberapa majlis. Umpamanya bermula dari majlis pertunangan sehingga perkahwinan. Hutang yang terbeban oleh pasangan yang baru berkahwin memang banyak.
Justeru bagi yang bijak mereka akan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan dan mengamalkan hidup sederhana bagi mengekalkan keharmonian rumah tangga dan mengelak konflik suami isteri kerana masalah kewangan.
Berikut adalah tip untuk mengamalkan hidup sederhana bagi pasangan yang baru berkahwin.
1. Jika belum mampu membeli rumah sendiri, sewa rumah yang mampu dibayar. Biar tidak besar asal selesa dan dapat dijadikan tempat tinggal buat sementara selagi belum mampu memiliki rumah sendiri. Tinggal sendiri boleh mengajar pasangan tentang ilmu berumah tangga kerana apabila sudah tinggal berasingan dari keluarga mereka perlu lebih bijak merancang kehidupan.
2. Membeli keperluan asas dalam rumah tangga, seperti set dapur, pinggan mangkuk, sudu garpu senduk, seterika dan sebagainya serta set bilik tidur dan keperluan harian yang bersesuaian dengan harga yang mampu dibayar. Buat sementara waktu beli yang tidak terlalu mahal harganya.
3. Kenderaan amat penting sebagai pengangkutan ke tempat kerja atau balik kampung. Jika ada duit simpanan boleh membeli motor untuk memudahkan perjalanan suami isteri ke tempat kerja atau membeli kereta yang kecil dan murah untuk kegunaan suami isteri. Jika tidak mampu naik kenderaan awam sahaja ia lebih menjimatkan kos hidup.
4. Masak di rumah dan tidak membazir dengan membeli makanan yang mahal dan sentiasa berhemah dalam perbelanjaan. Memasak di rumah bukan sahaja menjimatkan malah mengeratkan hubungan suami isteri. Kata orang tua, air tangan isteri akan membuatkan suami akan sentiasa mengingati isterinya.
5. Jangan membeli barang yang tidak perlu seperti hiasan rumah yang hanya bertahan beberapa bulan sahaja. Elakkan membeli peralatan rumah yang tidak kerap digunakan. Berbelanja hanya bila perlu sahaja.
6. Sentiasa mengamalkan konsep bersyukur dan tidak tamak serta iri hati melihat apa yang orang lain ada. Misalnya melihat orang lain membeli baju, tudung, kasut dan barangan berjenama, kita juga mahu yang sama. Memadai dengan barangan biasa yang boleh dipakai dan tahan lama.
7. Jangan selalu bandingkan kehidupan kita dengan kehidupan orang lain. Ikut kemampuan diri dan sentiasa berhemah dalam apa juga yang dibelanjakan. Jika ada wang lebih menabung sedikit demi sedikit.
8. Dari awal perkahwinan jika sudah mengamalkan gaya hidup sederhana ia akan menjamin kebahagiaan hidup di masa depan. Walaupun mungkin ada yang mampu hidup mewah selepas berkahwin, buang rasa sombong dan ego serta sentiasa mendidik anak-anak dalam suasana kehidupan yang sederhana bagi mendidik jiwa mereka menjadi mulia.
Kesimpulannya, memulakan kehidupan berumah tangga dengan cara hidup sederhana amat dituntut dalam agama. Mereka juga dapat menghayati konsep bersyukur dan sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang mereka mahu.
‘Bujang Senja’ Lelaki Dan Perempuan 30 Tahun Ke Atas Yang Belum Berkahwin

PAKAR sosiologi menjangkakan dilema bujang senja di Malaysia akan meningkat hampir sekali ganda menjelang pengumuman hasil Bancian Penduduk dan Perumahan Malaysia 2020.
Berdasarkan Laporan Bancian Penduduk tahun 2010 oleh Jabatan Perangkaan Malaysia, terdapat lebih 5.56 juta lelaki dan wanita berusia 30 tahun ke atas masih belum berkahwin di seluruh negara.
Malah, statistik 10 tahun lalu itu juga menunjukkan jumlah wanita bujang 30 tahun ke atas jauh lebih tinggi iaitu seramai 4.8 juta berbanding jumlah lelaki bujang 739,000 orang.
Pakar sosiologi merangkap Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Datuk Dr Mohammad Shatar Sabran berkata, jumlah bujang senja pada tahun 2020 ini mungkin lebih tinggi memandangkan trend berkahwin lewat semakin menjadi kebiasaan dan sudah diterima masyarakat berbanding 20 tahun dahulu.

Secara tepat kita tidak tahu jumlah angkanya, tetapi pasti akan meningkat mungkin sekali atau dua kali ganda. Kita wajar melihat punca-punca trend kahwin lewat dan cuba mengatasinya.
“Paling menakutkan isu ini menjadi punca kadar kesuburan penduduk Malaysia turun ke paras paling rendah dalam sejarah iaitu 1.8 bayi berbanding 4.9 bayi pada tahun 1971,” katanya kepada Sinar Ahad.
Mengulas lanjut, Mohammad Shatar berkata, jangkaan peningkatan itu adalah mengambil kira purata perkahwinan pertama bagi lelaki dan wanita sejak 1970 hingga 2014 yang terus melonjak setiap tahun.
“Bahkan, hasil analisis Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Kelima (KPKM-5) pada 2014 mendapati rata-rata lelaki mahu menamatkan zaman bujang pada usia 32 tahun manakala wanita 30 tahun,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ketua Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN), Abdul Shukur Abdulah berkata, isu gejala kahwin lewat perlu diperjelaskan dalam konteks sosio budaya dan psikologikal.
Ini kerana, kata Abdul Shukur, secara asasnya tiada satu takrifan yang jelas tentang apakah umur sebenar yang dirujuk sebagai umur lewat berumah tangga.
“Isu kahwin lewat ini akan terjadi apabila berlakunya konflik seseorang individu masih belum lagi bertemu jodoh pada umur tertentu yang dianggap usia yang sepatutnya seseorang individu patut berkahwin mengikut pandangan sesebuah komuniti.
“Tiada takrifan tetap umur lewat berkahwin. Berbeza dengan masa dahulu iaitu ramai pasangan berkahwin pada usia muda, kini umur kahwin kali pertama dilihat semakin meningkat,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, hasil kajian KPKM-5, umur purata perkahwinan bagi lelaki dan perempuan semakin meningkat iaitu kepada 29.3 tahun bagi lelaki dan 26.2 tahun bagi perempuan.
Abdul Shukur berkata, hasil analisis itu juga mendapati tiga sebab utama lelaki masih belum berkahwin ialah pertama disebabkan oleh masalah kewangan yang merekodkan sebanyak 56 peratus, diikuti tiada calon sesuai (18.4 peratus) dan mendahulukan kemajuan kerjaya (9.4 peratus).
Katanya, bagi perempuan pula isunya tiada calon yang sesuai iaitu sebanyak 35.7 peratus diikuti masalah kewangan (26.0 peratus) dan kemajuan kerjaya (18.1 peratus).
“Masalah kewangan ternyata merupakan salah satu sebab utama mengapa lelaki dan perempuan masih membujang.

“KPKM-5 mendapati secara keseluruhannya, anggaran purata perbelanjaan perkahwinan yang mampu disediakan penduduk bujang hanyalah sekitar RM14,000, lebih rendah berbanding RM20,000 yang diperlukan sebagai perbelanjaan minimum bagi melangsungkan perkahwinan,” katanya.
Beliau menambah, wanita merekodkan jumlah tertinggi belum berkahwin kerana penglibatan wanita terutama mereka yang berpendidikan tinggi dan berkemahiran.
sumber : sinar harian