
Memiliki harta dan wang ringgit adalah antara penyebab manusia berlumba-lumba untuk bekerja keras, baik dalam perniagaan ajtau bekerja makan gaji. Tetapi ada aspek yang kita lalai perhatikan sehingga kita sendiri tertanya-tanya mengapa kemiskinan yang semakin dekat.
Dalam satu perkongsian video, Ustaz Fawwaz menerangkan 14 sebab yang menjadi punca manusia jatuh miskin.
Menurut Ustaz Fawwaz, para alim ulama’ menjelaskan di dalam kitab yang diriwayatkan daripada hadith 14 perkara yang kita sering lakukan tanpa sedar.
- Tidak menjaga solat
- Solat 5 waktu adalah WAJIB tetapi jika solat itu tak cukup 5 dan tak cukup ‘sifat’, perlulah diperbaiki agar rezeki dimurahkan dan diberkati.
- Para wanita juga perlu tahu, bahagian dahi diletakkan pada lantai BUKAN di alas dengan telekung!
- Terburu-buru keluar dari masjid selepas solat subuh
- Kecuali jika ada urusan
- Untuk para wanita, luangkan masa selepas solat untuk panjangkan wirid, selawat dan berzikir kepada Allah
- Tidak membersihkan sawang yang terdapat dalam rumah
- Orang tua-tua selalu ingatkan supaya bersihkan sawang di dinding dan celah-celah meja. Ini sebabnya!
- Mengeringkan atau lap air yang terdapat di wajah dengan pakaian yang dipakai
- Di sunatkan menyediakan sapu tangan agar mudah untuk lap air atau peluh pada wajah
- Makan dan minum dalam keadaan berjunub/hadas besar
- Sebelum makan atau minum,eloklah mandi wajib dahulu dan membersihkan diri
- Isteri yang suka mencaci dan memarahi suami
- Berdiri tanpa menutup aurat
- Tidur dalam keadaan telanjang atau menutup aurat
- Suka melakukan maksiat
- Jika anda merokok, sila hentikan kerana merokok hukumnya HARAM!
- Suka menyapu sampah di dalam rumah pada waktu malam
- Terlalu banyak tidur
- Tidur terbaik adalah sebelum Zohor dan selepas Isyak.
- Duduk di pintu rumah
- Memakai sikat yang rosak
- Membiarkan pinggan mangkuk yang kotor di dalam sinki pada malam hari
Untuk menonton video ceramah Ustaz Fawwaz, bolehlah ke laman Facebook ini.
Kredit video: Facebook Tazkirah Ustaz dan Ustazah
“Saya Rasa Tak Happy Pun Lepas Kahwin.” Lelaki Ini Pesan Jangan Cepat Melatah!

Adatlah berumah tangga, awal-awal kahwin semua rasa tak kena. Lelaki ini kongsi, jangan cepat melatah. Hadapi dengan tenang!
“Saya penat la asyik gaduh je dengan isteri saya.”
“Saya penat la suami langsung tak faham saya.”
“Saya rasa tak happy pun lepas kahwin.”
***
Ayat-ayat macam ni selalu kita dengar masa awal-awal kahwin. Biasalah tu. Kita kahwin dengan orang yang tak pernah kita kenal pun sebelum ni. Bukan darah daging kita, bukan saudara mara kita. Jadi, untuk mengenali pasangan tu mengambil sedikit masa sebenarnya.
JANGAN STRESS, JANGAN CEPAT MELATAH. HADAPILAH SEMUA INI DENGAN TENANG DAN SABAR. KEBAHAGIAAN HADIR BILA KITA BERUSAHA MENCARINYA.
Cuba ingat balik. Kita yang pilih pasangan kita. Takde sapa yang paksa kita untuk kahwin dengan dia. Jadi, kita kena kuat dan sabar untuk melayari bahtera rumah tangga dengan insan yang telah kita pilih untuk sehidup semati kerana itulah jodoh Allah untuk kita.
Takde rumah tangga yang bahagia sentiasa. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Bawa berbincang.
Jangan bila ada masalah masing-masing nak tunjuk ego. Tak nak mengalah, tak nak bawa berbincang. Akhir sekali, perpisahan menjadi keputusannya. Sedangkan masalah yang dihadapi tu boleh diselesaikan jika dibincangkan bersama.
Kita tak akan dapat lihat pelangi jika tanpa diuji dengan hujan kan. Mungkin ada hikmah di sebalik ujian dan cabaran yang korang sedang hadapi tu.
Manusia mungkin boleh berubah. Bersabarlah sikit dan mungkin korang akan lebih bahagia selepas ini. Kah!
[ASY]
#AmirSyahir
Jadi Isteri Jangan Kedekut Nak Bersedekah, Nanti Rezeki Suami Tersekat

1. Isteri yang pandai bersyukur; Isteri yang bersyukur atas segala kurnia Allah pada hakikatnya dia sedang mengundang tambahan nikmat untuk suaminya. Termasuk rezeki. Punya suami, bersyukur. Menjadi ibu, bersyukur. Anak-anak boleh mengaji, bersyukur. Suami memberikan nafkah, bersyukur. Suami memberikan hadiah, bersyukur. Suami mencintai setulus hati, bersyukur. Suami memberikan kenikmatan sebagai suami isteri, bersyukur. “Dan ingatlah ketika Tuhanmu memaklumkan: jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu dan jika kamu mengingkari (nikmatKu) maka sesungguhnya adzabku sangat pedih” (QS. Ibrahim: 7).
2. Isteri yang tawakal kepada Allah; Di saat seseorang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupi rezekinya. “Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya.” (QS. Ath Thalaq: 3). Jika seorang isteri bertawakkal kepada Allah, sementara dia tidak bekerja, dari mana dia dicukupkan rezekinya. Allah akan mencukupkannya dari jalan lain, tidak semestinya Allah memberikan rezeki secara terus kepada si isteri. Boleh jadi Allah akan memberikan rezeki yang banyak kepada suaminya, lalu suami tersebut memberikan nafkah yang cukup kepada dirinya.
3. Isteri yang baik agamanya; Rasulullah menjelaskan bahwa wanita dinikahi karena empat perkara. Kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. “Pilihlah kerana agamanya, nescaya kamu beruntung” (HR. Al Bukhari dan Muslim). Beruntung itu beruntung di dunia dan di akhirat. Beruntung di dunia, salah satu aspeknya adalah dimudahkan mendapatkan rezeki yang halal. Cuba kita perhatikan, insya Allah tidak ada satu pun keluarga yang semua anggotanya taat kepada Allah kemudian mereka mati kelaparan. Lalu bagaimana dengan seorang suami yang banyak bermaksiat kepada Allah tetapi rezekinya lancar? Boleh jadi Allah hendak memberikan rezeki kepada isteri dan anak-anaknya melalui dirinya. Jadi berkat taqwa isterinya dan bayi atau anak kecilnya yang belum berdosa, Allah kemudian mempermudah rezekinya. Suami semacam itu sebenarnya berhutang pada isterinya.
4. Isteri yang banyak beristighfar; Di antara keutamaan istighfar adalah mendatangkan rezeki. Hal itu boleh dilihat dalam Surat Nuh ayat 10 hingga 12. Bahwa dengan memperbanyak istighfar, Allah akan mengirimkan hujan dan memperbanyak harta. “Maka aku katakan kepada mereka, ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu’, sesunguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, memperbanyak harta dan anak-anakmu, mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) sungai-sungai untukmu”(QS. Nuh : 10-12).
5. Isteri yang gemar silaturahim; Isteri yang gemar menyambung silaturahim, baik kepada orang tuanya, mertuanya, sanak saudaranya, dan saudari-saudari seaqidah, pada hakikatnya ia sedang membantu suaminya memperlancar rezeki. Sebab keutamaan silaturahim adalah dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya. “Siapa yang suka dilapangkan rezekinya dan dipanjangkan umurnya hendaklah dia menyambung silaturrahmi.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).
6. Isteri yang suka bersedekah; Isteri yang suka bersedekah, dia juga pada hakikatnya sedang melipatgandakan rezeki suaminya. Sebab salah satu keutamaan sedekah sebagaimana disebutkan dalam surat Al Baqarah, akan dilipat gandakan Allah hingga 700 kali ganda. Jika isteri diberi nafkah oleh suaminya, lalu sebagiannya ia gunakan untuk sedekah, mungkin tidak langsung dibalas melaluinya. Namun boleh jadi dibalas melalui suaminya. Jadilah pekerjaan suaminya lancar, rezekinya berlimpah. “Perumpamaan orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa saja yang Dia kehendaki. Dan Allah Mahaluas lagi Maha Mengetahui.” (QS. Al Baqarah: 261).
7. Isteri yang bertaqwa; Orang yang bertaqwa akan mendapatkan jaminan rezeki dari Allah Subhanahu wa Ta’ala. Bahkan ia akan mendapatkan rezeki dari arah yang tak disangka-sangka. Sebagaimana firman Allah dalam surat Ath Talaq ayat 2 dan 3. “Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Dia akan mengadakan jalan keluar baginya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka” (QS. At Thalaq: 2-3).
8. Isteri yang selalu mendoakan suaminya; Jika seseorang ingin mendapatkan sesuatu, ia perlu mengetahui siapakah yang memilikinya. Ia tidak boleh mendapatkan sesuatu tersebut melainkan dari pemiliknya. Begitulah rezeki. Rezeki sebenarnya adalah pemberian dari Allah Azza wa Jalla. Dialah yang Maha Pemberi rezeki. Maka jangan hanya mengharapkan usaha semata-mata namun perbanyaklah berdoa memohon kepadaNya. Doakan suami agar senantiasa mendapatkan limpahan rezeki dari Allah, dan yakinlah jika isteri berdoa kepada Allah untuk suaminya pasti Allah akan mengabulkannya. “Dan Tuhanmu berfirman: Berdoalah kepadaKu nescaya Aku kabulkan” (QS. Ghafir: 60).
9. Isteri yang gemar solat dhuha; Shalat dhuha merupakan shalat sunnah yang luar biasa keutamaannya. Shalat dhuha dua raka’at setara dengan 360 sedekah untuk menggantikan hutang sedekah kepada setiap sendi badan kita. Solat dhuha empat rakaat, Allah akan menjamin rezekinya sepanjang hari. “Di dalam tubuh manusia terdapat 360 sendi, yang seluruhnya harus dikeluarkan sedekahnya.” Mereka (para sahabat) bertanya, “Siapakah yang mampu melakukan itu wahai Nabiyullah?” Beliau menjawab, “Engkau membersihkan dahak yang ada di dalam masjid adalah sedekah, engkau menyingkirkan sesuatu yang mengganggu dari jalan adalah Maka jika engkau tidak menemukannya (sedekah sebanyak itu), maka dua raka’at Dhuha sudah mencukupimu.” (HR. Abu Dawud) Allah ‘Azza wa Jalla berfirman, “Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu, niscaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.”(HR. Ahmad).
10. Isteri yang taat dan melayani suaminya; Salah satu kewajiban isteri kepada suami adalah mentaatinya. Sepanjang perintah suami dia taatinya. Apa hubungannya dengan rezeki? Ketika seorang istri taat kepada suaminya, maka hati suaminya pun tenang dan damai. Ketika hatinya damai, ia boleh berfikir lebih baik dan kreativiti dalam pemikiran juga muncul. Semangat kerjanya pun menggebu. Ibadah juga lebih tenang, rezeki mengalir lancar.
Sumber: islamituindah
Apa Nak Buat Bila Cinta Kita Tak Dapat Restu Orang Tua? Ustazah Ini Kongsi Tips

Dilahirkan di Pasir Puteh, Kelantan Darul Naim. Mula mendapat pendidikan di Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan. Memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Undang-Undang) dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) pada tahun 2000 dan Ijazah Sarjana (Undang-Undang Perbandingan) pada tahun 2001 dari universiti yang sama.
Kemudian, menyambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah (Ph. D.) dalam bidang undang-undang di Keele University, United Kingdom. Kini, menjawat sebagai Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) juga memegang jawatan Timbalan Pengarah, Pusat Permata Insan USIM, serta Ketua Kluster dan Felo Penyelidik INFAD. Di samping kini menumpukan sepenuhnya dalam bidang akademik dan sangat aktif dalam menulis buku.
Kelihatan cukup tegas dalam setiap kemunculannya di kaca televisyen. Berpadanan dengan tanggungjawabnya sebagai penceramah. Dalam masa sama, tugas hakikinya adalah sebagai Pensyarah Kanan Fakulti Syariah dan Undang-Undang di Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
Biarpun begitu, kemunculannya di kaca TV sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat setianya. Itulah ‘kekuatan’ auranya dalam menarik perhatian. Bagaimanapun, dalam kehidupan sebenar, wanita ini adalah seorang yang mudah mesra, biarpun baharu pertama kali bersua muka.
Orangnya pula cukup ramah-tamah. Penampilannya juga cukup sederhana. Setiap tutur katanya tersusun rapi, malah, sesekali bercanda dengan media. Dan kerana itu jugalah, Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleh sangat disenangi dalam kalangan rakan sejawat dan para pelajarnya.
Apabila ditanya tentang perlukah perkahwinan mendapat restu ibu bapa? Jawapanya cukup mudah.
Redha Allah ialah pada redha ibu bapa. Kebahagiaan hidup setiap anak-anak adalah apabila dapat membahagiakan ibu bapa. Persetujuan ibu bapa adalah penting kerana ada sebab mengapa ibu bapa belum bersetuju anaknya berkahwin dengan pilihannya. Tidak semua ‘sebab’ itu boleh dijelaskan mereka dengan mudah.
Ibu bapa adalah orang yang paling memahami dan mengetahui sikap dan personaliti anak-anak. Hanya mereka yang tahu sama ada anaknya mampu atau bersedia untuk mengharungi kehidupan berumahtangga yang penuh liku.
Kebahagiaan dalam rumah tangga ialah apabila hubungan terjalin erat antara pasangan, ibu bapa, anak-anak dan keluarga kedua belah pihak. Jika tidak, sukar melalui kehidupan berkeluarga dengan tenang dan gembira.
Doktor Nik Salida turut berkongsi beberapa kesan jika anak-anak meneruskan perkahwinan tanpa restu, antaranya hubungan anak dan ibu bapa semakin menjauh dan pastinya anak hilang rasa hormat pada ibu bapa dan ibu bapa hilang rasa kasih pada anak.
Tiada kebahagiaan yang sebenar dalam kehidupan berumahtangga tanpa kasih sayang yang berkekalan antara ibu bapa dan anak menantu juga adik beradik.
Selain itu, cucu akan kehausan kasih sayang datuk dan nenek malah akan wujud banyak prasangka, fitnah, iri hati dan sifat-sifat mazmumah yang lain kerana tidak menghormati dan mempercayai antara satu sama lain di kalangan ahli keluarga.
Apabila ditanya, bagaimana untuk ambil hati ibu bapa hingga merestui hubungan tersebut, Doktor Nik Salida berpesan, anak dan menantu hendaklah merendah diri dan terus mengambil hati selain berusaha gigih menambah baik taraf ekonomi keluarga supaya dapat meyakinkan ibu bapa kedua belah pihak bahawa mereka tidak akan menyusahkan ibu bapa.
Selain banyakkan berdoa, sentiasa memberi hadiah atau wang ringgit sebagai ingatan dan penghargaan. Tunjukkan sikap yg baik kepada adik- beradik dan saudara mara sehingga menjadi contoh kepada orang lain
Paling penting, jangan mudah berkecil hati dengan layanan ibu bapa yang mungkin berbeza dengan adik beradik yang lain, sebaliknya jadikan sebagai cabaran untuk berusaha lebih keras mengambil hati mereka.