5 best places to experience fall in New York State (70)

Isteri hanya memperjuangkan apa yg sepatutnya dia dapat…

Benda yg dimintanya itu bukannya impian atau cita2 dia, tapi sesuatu yg dah ditetapkan oleh agama utk diberikan oleh seorang suami kepada seorang isteri…

Dia bukan mengada2 utk nak sesuatu yg diluar kemampuan seorang suami, TAPI apa yg dia nak tu, adalah apa yg sepatutnya disediakan suami kpd dirinya…

Kenapa kita tak nak bagi? Kenapa kita tak nak tunaikan? Kenapa kita tak nak penuhi? Kalau tak nak bagi, tak nak tunaikan, tak nak penuhi hak2 seorang isteri,

KENAPA KITA BERKAHWIN?

Apa tujuan sebenar kita berkahwin?

Bila kita nak mengahwini seorang wanita tu, kita perlu tetapkan niat yg kita BERKAHWIN KERANA ALLAH…ada tanggungjawab dan hak yg perlu dipenuhi apabila kita memilih utk berkahwin…

Tujuan kita berkahwin juga perlu jelas, antaranya ialah utk mencari redha Allah s.w.t, meramaikan umat Nabi Muhammad s.a.w, mendapat keberkatan dari doa anak2 yg soleh & solehah, terhindar dari godaan syaitan, menjaga kemaluan drpd melakukan sesuatu yg keji, mendidik & membimbing isteri dan anak2 ke jalan Allah, melayani & menggembirakan isteri dan anak2 dgn cara yg makruf…

Jika anda berkahwin bukan dgn niat dan tujuan utk mencari redha Allah, maka tanya diri anda, kenapa anda berkahwin…?

IKLAN

Kahwin Bukan Semata-Mata Nak Sedap, Banyak Perkara Perlu Dijaga

TUJUAN UTAMA PERKAHWINAN MENURUT ISLAM
#1-Berkahwin untuk Ibadah
Perkahwinan itu menyempurnakan sebahagian daripada tuntutan agama. Jadi, niatkanlah perkahwinan untuk menjalankan ibadah.

Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah S.A.W bersabda yang maksudnya:

“Benarkah kalian telah berkata begini dan begitu, sungguh demi Allah, sesungguhnya akulah yang paling takut dan taqwa di antara kalian. Akan tetapi aku berpuasa dan aku berbuka, aku solat dan aku juga tidur dan aku juga mengahwini perempuan. Maka barangsiapa yang tidak menyukai sunnahku, maka ia tidak termasuk golonganku.”
Berkahwin bukan kerana ikutan kawan-kawan, apalagi disebabkan masalah kewangan yang mendesak. Jangan cemari ibadah perkahwinan ini dengan niat yang salah dan melencong dari syariat Islam.

#2-Berkahwin untuk Memenuhi Fitrah Kemanusiaan
Islam sangat menganjurkan bagi mereka yang telah mampu untuk berkahwin, supaya segera bernikah. Nikah memenuhi fitrah kemanusiaan.

Jika naluri dalam diri tidak dipenuhi melalui jalan yang benar (iaitu perkahwinan), dikhuatiri akan membawa seseorang itu ke jalan yang sesat. Kecenderungan melakukan perbuatan yang Allah larang seperti berzina, merogol dan meliwat.

IKLAN

Dalam sebuah hadith sahih yang telah diriwayatkan oleh Ahmad, Bukhari, Muslim, Tirmidzi, Nasa’i, Darimi, Ibnu Jarud, dan Baihaqi, Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud:

“Wahai para pemuda ! Barang siapa diantara kalian berkemampuan untuk nikah, maka nikahlah, karena nikah itu lebih menundukan pandangan, dan lebih membentengi farji (kemaluan). Dan barang siapa yang tidak mampu, maka hendaklah ia puasa (shaum), karena shaum itu dapat membentengi dirinya.”

#3-Berkahwin untuk Memelihara Martabat Manusia
Seperti yang disampaikan dalam hadith di atas,berkahwin membantu menghindarkan seseorang dari perbuatan keji dan kotor yang dapat menurunkan atau merendahkan martabat dirinya.

Ikatan perkahwinan sebagai benteng kehormatan seseorang seterusnya memelihara martabat dan maruah dirinya di hadapan Allah S.W.T dan makhluk yang lain.

#4-Berkahwin Menjemput Ketenteraman Hidup
Sesiapa sahaja boleh jatuh cinta dan jatuh sayang kepada seseorang.

IKLAN

Hanya apabila cinta itu berlebihan membuatkan seseorang menjadi gila, stress, cemburu, kecewa ditinggalkan dan sakit hati ditolak. Lalu bagaimana mahu mendapatkan ketenteraman hidup?

Sebab itu kita disuruh bersolat untuk memohon petunjuk dari Allah agar diberikan penyelesaian dan ketenteraman jiwa. Jika sudah yakin dengan pilihan hati, persediaan juga sudah mencukupi maka jangan tangguh lagi untuk berkahwin.

#5-Berkahwin untuk Mendapatkan Keturunan
Dalam al-Quran, Allah S.W.T telah berfirman. Maksudnya:

“Dan Allah menjadikan bagimu pasangan (suami atau isteri) dari jenis kamu sendiri dan menjadikan anak dan cucu bagimu dari pasanganmu, serta memberimu rezeki dari yang baik. Mengapa mereka beriman kepada yang bathil dan mengingkari nikmat Allah?”
Surah an-Nahl: 72

Bermula dari memilih pasangan yang soleh dan solehah dan diharapkan zuriat yang lahir juga beriman, berakhlak dan ihsan sesama makhluk. Betapa pentingnya membentuk generasi yang beriman dan berkualiti supaya syariat Islam dapat ditegakkan.

#6-Berkahwin untuk Hubungan Silaturrahim Kekeluargaan
Tidak mungkin selepas berkahwin, kita hanya berhadapan dengan pasangan kita seorang. Pasti kita akan berkenalan dengan keluarganya, saudaranya sehingga ke sepupu-sepupu yang masih memiliki hubungan darah dengan pasangan kita.

Jadi, sekadar ingatan, bernikah bukan hanya menyatukan dua karakter pasangan yang berbeza tetapi juga menyatukan karakter, budaya, adat dan pemikiran kedua keluarga.

SUMBER : Firdaus Shakirin

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI