Perkahwinan telah terbukti boleh mengelakkan kemurungan, mengurangkan stress yang berlebihan dan juga membantu dalam memanjangkan umur seseorang.

Kajian terbaru pula menunjukkan perkahwinan boleh mengelakkan seseorang daripada mengalami dementia(Nyanyuk)

Kahwin Mampu Mengelak Seseorang Mengalami Nyanyuk

Dementia adalah sindrom dimana terdapat kemerosotan dalam fungsi berfikir, mengingat sehingga mana ia mengganggu kegiatan harian seperti mandi, makan, menguruskan diri dan sebagainya.

Mereka yang berkahwin mempunyai kebarangkalian yang rendah untuk mengalami penyakit yang dikatakan ini berbanding mereka yang telah bercerai, menjadi balu ataupun tidak pernah masuk ke dalam alam perkahwinan langsung.

Malah perkahwinan juga lebih terbukti melindungi daripada mereka yang mengamalkan ‘Cohabitation’ iaitu duduk dalam rumah yang sama, melakukan hubungan seks tetapi tidak berkahwin.

IKLAN

Mereka yang bercerai pula adalah 2 kali ganda lebih tinggi kebarangkalian untuk mengalami masalah mental berbanding mereka yang menjadi pasangan suami isteri.

Dan lelaki yang bercerai pula mempunyai kebarangkalian yang lebih tinggi menghadapi masalah ini berbanding wanita.

Dalam kajian ini, mereka melakukan pemantauan pada 15,000 peserta kajian yang berumur 52 tahun ke atas. Pada ketika itu, peserta tidak menunjukkan sebarang simptom dementia pada permulaan kajian. Selepas 14 tahun, mereka ditemuramah untuk mengukur fungsi kognitif dan mental mereka.

IKLAN

Mereka yang hidup berpasangan mempunyai risiko dementia yang rendah disebabkan
mereka sentiasa berinteraksi antara satu sama lain, berbincang dan sebagainya membuatkan korteks otak pasangan tersebut sentiasa mendapat stimulasi dan melindunginya daripada mengalami dementia.

Ia bukanlah bermaksud perkahwinan tersebut akan bebas 100% daripada stress, tetapi kelebihannya adalah terdapat jalinan perhubungan di situ yang akan mengurangkan risiko berlakunya masalah mental yang kita sebutkan diatas.

Bahkan diantara pasangan juga akan membantu pasangan masing-masing terutamanya memberikan sokongan emosi yang akan membantu mereka.

IKLAN

Kajian ini tidaklah merendah-rendahkan mereka yang masih lagi tidak berkahwin. Ia mungkin disebabkan jodohnya belum sampai.

Rujukan:

Hui Liu, Zhenmei Zhang, Seung-won Choi, Kenneth M Langa, Marital Status and Dementia: Evidence from the Health and Retirement Study, The Journals of Gerontology: Series B, , gbz087, https://doi.org/10.1093/geronb/gbz087

Penulisan :

Dr Latif Saad

Seorang pegawai perubatan dan masih berkhidmat di klinik kesihatan. Pengasas kepada page The Diagnosa dan Root of Science. Follow facebook saya di Latif Saad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI