Jika anda nak merancang perkahwinan anda sendiri adalah lebih baik anda sediakan Checklist/senarai semak keperluan majlis perkahwinan anda sendiri. Checklist ini untuk pastikan anda tidak tertinggal perkara yang penting. Mulakan Checklist dengan membahagi kepada 2 kategori. PENTING dan KURANG PENTING. Perkara penting ini maksudnya perkara yang perlu ada untuk memastikan majlis berjalan lancar. Kalau tak ada perkara penting ini, majlis anda akan kelihatan cacat.
Manakala perkara kurang penting ini, jika tak ada dalam majlis anda pun ia takkan menjejaskan perjalanan majlis perkahwinan anda nanti.
Perkara yang terletak dalam kategori PENTING adalah seperti:
1. Makanan (Katering atau Rewang)
2. Andaman (Persalinan dan Pelamin) – (Kurang penting jika anda lebih kepada Islamik)
3. Dewan (Beserta Kelengkapan Dewannya) atau Kanopi (Untuk Majlis di rumah atau taman)
4. Kad Jemputan
5. Door Gift
6. Lokasi Majlis (Dewan atau Di Rumah)
IKLAN
5 Perkara ini antara item yang PENTING bagi memastikan kelancaran majlis anda. Anda perlu tekankan lebih kepada 5 perkara PENTING di atas. Tak kirala berapa pun bajet anda itu tidak penting. Tak semestinya anda perlu membazir untuk melancarkan majlis anda. Yang penting semua yang PENTING ada.
Perkara yang terletak dalam kategori KURANG PENTING adalah:
1. Sistem Audio (PA Sistem)
2. Persembahan (Kompang, Silat, Tarian atau Gamelan mahupun Live Band)
IKLAN
3. Candy Buffet
4. Photo Booth
5. Bertukar-tukar persalinan
6. Photografi
7. Ustaz Pembaca Doa
IKLAN
7 Perkara ini adalah KURANG PENTING, tetapi ia bergantung kepada individu dan bergantung pada BAJET individu juga.
Sekarang kita pergi kepada perkara TERPENTING semasa majlis anda berlangsung, iaitu penyusunan aturcara majlis. Walau sebajet mana sekalipun anda, pasti anda inginkan kelancaran di majlis anda nantikan? Anda pasti inginkan majlis anda berjalan lancar tanpa sebarang gangguan. Untuk pastikan kelancaran majlis persandingan anda, rancang aturcara sebaik mungkin. Sediakan seorang ketua di majlis anda nanti yang akan bertindak sebagai Floor Manager. Beliau akan berhubung dengan semua yang terlibat agar majlis anda lancar dan teratur.
Sebelum majlis tersebut, pastikan anda rancang aktiviti di majlis perkahwinan anda dengan terancang. Seperti contoh di bawah:
Jam 1.30 petang – Sanding
Jam 1.35 petang – Bacaan Doa
Jam 1.40 petang – Acara Merenjis
Jam 2.00 petang – Majlis Makan Beradab
Jam 2.30 petang – Majlis Memotong kek/pulut kuning (Jika Ada)
Indahnya, perkenalan di media sosial yang mengambil masa tidak lama akhirnya berakhir hingga ke jinjang pelamin. Siapa sangka Ahmad Afiq memberanikan diri menghantar text di Ig untuk berkenalan bersama Nor Farah Izzati akhirnya membuahkan hasil.
AKAD NIKAH
Tarikh: 17.11.2018
Lokasi: Shah Alam (Rumah Pengantin Perempuan)
Tema: Floral
Dekorasi pelamin: Indah Wedding
Busana: Teh Firdaus
Solekan & rambut: MUA @ynasakinah, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Indah Wedding
Fotografi: Omaroza
Videografi: Twinception
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 24.11.2018
Lokasi: Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK, Shah Alam
Tema: Gold & Pink
Dekorasi pelamin: Indah Wedding
Busana: Amazè
Solekan & rambut: MUA @Syedewa, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Indah Wedding
Fotografi: Andaq photography
Videografi: Twinception
RESEPSI LELAKI
Tarikh: 25.11.2018
Lokasi: Bangunan IDB, Institut DBKL
Tema: Traditional
Dekorasi pelamin:
Busana: Man Kajang
Solekan & rambut: MUA @naqiahrahim, @fyrosethehijabstylist
Bunga tangan: Man Kajang
Fotografi: Andaq Photography
1. Bilakah tarikh anda berdua berjumpa dan berkenalan? Nyatakan detik perkenalan anda berdua?
Kami kenal pada tahun 2017. 25 June 2017 Afiq first text di IG, terus terang nak berkenalan dgn Farah. Rupa2 nya dia dah follow farah lama di IG since 2014, cuma Farah tak sedar. Time tu bulan puasa dan selepas seminggu kenal dia ajak berbuka puasa. Second date kitorang pergi solat terawih together. Ecewah.
2. Berapa lamakah tempoh perkenalan sebelum anda berdua setuju untuk bertunang / nikah?
1 tahun
3. Bilakah tarikh anda berdua mengikat tali pertunangan?
28/7/2018. Bertunang selama 3 bulan lebih sahaja.
4. Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut.
Hahaha takde lah lamaran macam dalam movie tu. Cuma selepas 6 bulan kenal, Afiq bagitahu niat nak bawa Farah jumpa Ma & keluarga dia. Rupa rupanya dia dah perhati kita since 2014. Menyorok lama sangat nii ? Awal awal kenal boleh kata boring juga dia or maybe sebenarnya dia malu malu kucing. I am on the other side, the chatty and straightforward girl. I have never thought that he will be my husband, until one day he told me “I nak bawa you jumpa my mum” (hmm I guess he was just kidding ?) and after a while dia ajak beli cincin terus. His never-ending efforts to make me his wife, together with supportive family, we finally decided to get married last November. Jadi, from situ saya anggap hubungan ni serious dan kami usaha untuk ke next level. Alhamdulillah
5. Terangkan perasaan anda (perempuan) ketika lamaran dibuat oleh lelaki?
Excited. Happy. Sedih. Tak sangka jodoh dah sampai juga akhirnya ?
Terus teringat dekat arwah babah saya, tak sempat dia nak nikahkan dan tengok menantu dia sorang ni. Jadi, masa nikah, wali saya ialah adik lelaki saya. Moment nikah paling sedih..
6. Apakah keistimewaan pasangan di mata anda?
Walk the talk. Best advisor. Bertanggungjawab. Seorang yang organize. Romantic & sweet juga.
8. Ada tak sebarang simbolik di sebalik pemilihan tarikh nikah atau tarikh resepsi anda?
Tiada, ambil sebab cuti sekolah je. Tok dan nenek Afiq banyak di Terengganu. Jadi kami dua keluarga bersepakat ambil time cuti sekolah. Masa majlis resepsi, satu bas datang dari Terengganu untk dua dua majlis ☺
9. Ada tak anda berdepan dengan cabaran (cth: sakit, demam) atau detik-detik cemas atau melucukan sebelum atau ketika majlis perkahwinan berlangsung?
Ada.. malu nak cakap tapi saya panic, dengan masa yg sangat suntuk, tak tahu dapat tak jenis lace yang saya mahukan. Panic teruk, rasa nervous all the time. Jalan2 cari lace dekat semua kedai kain di Jalan Tar, Jakel, semua tak berkenan. Afiq lah yang rajin teman kemana2. Bridezilla moment sgt, mama dan Afiq banyak bersabar hehe. Sempat book last minute flight ticket ke Jakarta, finally jumpa lace yang suka di sana. Baju nikah saya dari Teh Firdaus, lace baju nikah ni lah yg saya beli di Jakarta. Teh Firdaus very accommodating dan sangat membantu, walaupun I forever panic dia layan je.
10. Ceritakan tentang tema kedua-dua majlis anda? Kenapa anda memilih tema dan warna tersebut? Alhamdulillah dalam pemilihan tema, keluarga beri keputusan penuh kepada kami. Bride Reception :
Tema warna Gold dan Pink. Saya suka combination color yang nampak sweet. Indah wedding menggunakan konsep ArtDeco untuk pelamin kami. Saya pakai simple dress warna baby pink dari Amazè dan long veil. Afiq pakai black tuxedo dari Azamoff. Groom Reception:
Traditional. Saya dan Afiq memilih tema traditional untuk side lelaki kerana nampak lebih sopan dan kemelayuan. Baju songket Traditional dari ManKajang.
11. Bagaimanakah tercetusnya idea dan tema bagi setiap resepsi? Inspirasi dari mana? Siapakah perancang perkahwinan untuk resepsi anda dan mengapa anda memilih perancang perkahwinan tersebut?
Bride Reception : Indah Wedding yang merancang dari A to Z. Dari sketch pelamin nikah, pelamin sanding semua sekali termasuk event flow. Pelamin Nikah tercetus idea dari pelamin anzalna ? Saya suka kan tema bunga2 pink putih untuk nikah saya dan Indah wedding did a great job! Pelamin Nikah di rumah dan ambience dirumah jadi sangat cantik dan romantic. Termasuk deco bunga putih di tangga rumah.
12. Siapakah yang mereka baju anda dan pasangan dan kenapa memilih beliau? Apakah yang anda sukakan tentang busana perkahwinan anda?
Baju Nikah Farah: Teh Firdaus. Hasil Teh Firdaus sangat halus dan teliti, dia baik sangat & very helpful. Rajin melayan I. 4 kali fitting dengan teh firdaus.
Baju Melayu Nikah dan Reception Afiq: Azamoff. Jahitan kemas dan berpatutan. Encik Azam memang ada style and taste tersendiri. Cutting dia sangat kemas.
Baju Reception Farah : Amazè.
Kemas dan teliti. Jahitan yg halus.
Baju reception traditional : Mankajang, kebaya labuh simple tapi cantik sangat. Kami pilih kain songket di Teh Songket, Jalan TAR. Play with accessories. Sangat berpuas hati. Memang kami pilih songket warna maroon dan rose gold utk majlis traditional ni.
13. Siapakah yang bertanggungjawab menata rias wajah anda dan kenapa anda menyukai sentuhan beliau?
Nikah : Ynasakinah. Saya memilih dia kerana hasil makeup dia semasa tunang saya pun dah cantik. So saya ambil dia untuk nikah jugak.
Reception bride : Syedewa. Syed memang amazing, tak perlu explain kenapa pilih dia hehe
Reception groom : Naqiah Rahim, her touch is absolutely stunning. Dia pandai buat mata saya dan match kan make up yang sesuai utk baju traditional.
14. Apakah harapan dan impian anda dengan perkahwinan ini?
Harapan saya, semoga perkahwinan ini yang terbaik dan menjadikan kami muslim dan muslimah yg lebih baik, lebih bertanggungjawab. Saya harap kami sayang menyayangi antara satu sama lain sampai lah ke nafas terakhir kami. Doakan perkahwinan dan kebahagian kami kekal sehingga ke syurga Amin..
15. Di manakah lokasi percutian bulan madu dan mengapa destinasi tersebut menjadi pilihan anda berdua?
Belum ada honeymoon lagi. Tapi InsyaAllah bulan 3 ni kami berdua akan menunaikan umrah untuk pertama kali. Boleh di kira honeymoon ke tu? Haha
Mendirikan rumahtangga merupakan keputusan paling besar yang anda perlu lakukan seumur hidup. Ini kerana ianya merangkumi cara hidup anda buat selamanya.
Perkahwinan bukanlah sesuatu perkara yang remeh-temeh. Ianya melibatkan dua insan yang bersetuju untuk sentiasa bersama tidak kira susah atau senang. Termasuklah saling membantu satu sama lain ketika menjaga amanah dari Allah, iaitu anak.
Lelaki ini kongsi, bagaimana seorang suami sebagai pemimpin patut tunjuk contoh pada isteri.
Walaupun pemberian hantaran hanyalah adat semata-mata, ia sudah dilihat seperti satu kemestian yang harus ada sebagai tanda pemberian di kedua-dua belah pihak. Tidak kiralah berapa jumlah yang dibalas mahupun jenis barangan yang diberi, ia terpulang kepada pasangan dan ahli keluarga dalam menentukannya.
Kali ini, Pesona Pengantin aturkan tip untuk tidak membazir pada hantaran yang dikirim agar pasangan mempelai dapat mengurangkan belanja perkahwinan.
Jangan Mengikut Trend
Trend kini lebih melihat gajet berteknologi untuk dijadikan barang hantaran buat pasangan mempelai. Benar! Ia dilihat sebagai mengikut arus teknologi dan pastinya bingkisan yang diberi kelihatan lebih mahal dari biasa seperti telefon pintar, kamera serta komputer riba. Namun, jika ia bukanlah satu keperluan dan sekadar untuk dilihat gah, ia merupakan satu pembaziran yang tidak harus dilakukan terutamanya buat pasangan yang bukan daripada golongan berkemampuan. Jangan disebabkan trend, anda sanggup mengikat perut sendiri.
Jualan Akhir Tahun
Kebiasaannya, jualan akhir tahun menawarkan barangan berjenama dengan harga yang lebih murah. Barangan dalam bentuk set seperti barangan kecantikan, wangian serta aksesori sememangnya disyorkan kerana potongan daripada setiap barangan adalah lebih banyak jika dibandingkan dengan pembelian secara satu.
Sekadar Memenuhi Adat
Ketahuilah bahawa memberi hantaran merupakan adat semata-mata. Jadi, ia bukanlah satu kewajipan yang mesti dilaksanakan dalam sesebuah perkahwinan. Oleh itu, sediakan hantaran secara sederhana dan mengikut kemampuan anda. Jumlah dan barangan yang menjadi hantaran harus difikirkan mengikut keperluan agar barangan itu dapat digunakan semula untuk masa akan datang. Paling penting ialah ikatan yang sah, bukannya bilangan hantaran yang hanya sekadar memenuhi adat sahaja.
Barangan Berjenama
Buat sesetengah pasangan mempelai, hantaran yang dihias indah haruslah diisi dengan barangan yang mewah dan berjenama. Tiada salah untuk anda yang benar-benar mampu untuk memilikinya, namun buat yang tidak berkemampuan tapi masih menginginkannya, itu akan mendatangkan masalah. Ingatlah bahawa kehidupan selepas perkahwinan adalah lebih penting daripada barangan hantaran berjenama yang boleh mendatangkan beban dan pembaziran.
Gubah Sendiri
Melakukan gubahan pada hantaran digalakkan di samping dapat menjimatkan belanja upah. Selain kos yang kurang, idea untuk menghiasinya dapat memenuhi kehendak anda sendiri. Buat rujukan menerusi majalah-majalah perkahwinan mahupun laman sesawang yang boleh memberi idea serta tutorial agar gubahan yang dihasilkan tampak lebih menarik. Gunakan barangan sendiri jika perlu. Siapa sangka, mungkin anda dapat menghasilkan magis pada ciptaan anda nanti!