Kahwin ni….. Ada masa bahagia dan senyum sampai ke telinga

Ada masa bergaduh sampai rumah macam nak runtuh

Ada masa ribut datang dengan goncangan pelakon tambahan

Ada masa mak mertua datang bertandang dan tinggalkan sedikit kesan

Ada masa mak sendiri beri sedikit pandangan dan menantu pun tersenget hati sambil memendam

Ada ketika ipar duai mulut macam celaka

Ada masa rasa nak lari tinggalkan anak tinggalkan pasangan

IKLAN

Ada masa macam menyesal tapi tak boleh nak patah balik ke belakang

Ada masa rasa macam beruntungnya kahwin dengan pasangan

Ada masa rasa apasal lah macam ni kehidupan

Ada masa duit tak cukup nak makan jauh sekali nak berjalan2

IKLAN
Kahwin Ni Ada Masa Seronok, Ada Masa Menyakitkan Hati

Ada masa bila tengok anak rasa sejukk hati

Ada masa rasa romantik macam dalam dunia perfileman

Ada masa basah lenjun dua orang sebab naik motor dalam hujan. Berhenti kat traffic light nampak ada couple acah2 romantik dalam kereta padahal tak jadi kahwin in the future

IKLAN

Macam tu kahwin dik. Banyak suka dan banyak jugak duka Orang bertahan bukan sebab harta tapi sebab tanggungjawab to each other. Sebab sayang anak dan mahu anak ada ibubapa. Sebab dah janji pada diri akan bersama dalam duka dan suka.

Dalam filem cinta tu 2 jam aje. Dia tak tunjuk anak berak pukul 3 pagi. Dia tak tunjuk anak melalak tak henti2. Dia tak tunjuk korek tabung sebab nak beli nasi. Dia pun tak tunjuk waktu gaji selesai dalam masa sehari.

Realiti tak sama dengan fantasi

Kepada yang dah berkahwin, doalah perkahwinan kalian sampai ke jannah.
Kepada yang belum berkahwin, ada masanya jodoh tiada itu adalah rahmah.

Kepada yang nak sangat berkahwin, mohonlah kepada Allah.

Kepada yang tengah dalam proses penceraian, moga Allah yang memegang hati manusia menunjukan jalan yang betul dan benar.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI