Saat awal percintaan, semua nampak indah. Hati berbunga-bunga. Tiada yang buruk pada pandangan. Dia sempurna di mata. Tiada cacat cela. Kebahagiaan melimpah ruah. Kita orang paling bahagia di atas muka bumi ini.

Namun, bila kita dah lama bersama, baik buruk pasangan kita akan nampak satu persatu. Masa itu ujian akan datang sama ada kita mampu bertahan atau tidak.

Kahwin Sudah Lama Tapi Kurang Rasa Bahagia? Dengar Penjelasan Ini

Timbul perasaan ragu-ragu

Perasaan ragu ragu mesti wujud dalam jiwa setiap manusia , setiap yang kita lakukan atas dunia ini mempunyai pilihan masing masing , maka kita tak boleh lari dari bersangka baik atau buruk atas setiap pilihan yang dilakukan . Keraguan juga hadir atas bisikan syaitan , ia dinama sebagai was was , maka sebab itulah surah an nas ada menyebutkan cara menghalang was was dengan mendekat kan diri pada Allah swt .

Perkahwinan satu jodoh dan ketetapan dari Allah . Konsep berpasangan , sebelum kahwin rasa nak dekat tak boleh berpisah , bila kahwin bila dekat rasa menyampah , itulah kelaziman nya bila manusia terikat dengan nafsu semata mata . Nafsu kerana cinta kan rupa , bentuk fizikal , harta dan nama semata mata .

Pergaduhan antara suami isteri punca rezeki jauh

Pergaduhan dan peseslisihan dalam membina rumah tangga adalah lumrah kehidupan . Sedangkan dengan adik beradik sendiri , lahir dari rahim yang sama juga masih bergaduh , inikan pula manusia yang kita baru kenali dan berbeza watak juga kefahaman sudah tentu ada khilaf dalam mengurus kehidupan .

Isu nya bagaimana kita menanganinya ? Adakah dengan emosi atau ilmu ? Jika emosi merajai diri maka rezeki dan kebaikan tidak akan memberkati kehidupan pasangan . Jika ilmu dan iman yang diasaskan dalam setiap perselisihan maka pasti ada terjumpa hikmah hikmah yang istimewa dalam setiap pergaduhan kecil antara suami isteri . Selesaikan masalah rumah tangga dengan hikmah (kebijaksanaan ) bukan amarah (nafsu syaitan).

Ads

Kahwin Sudah Lama Tapi Kurang Rasa Bahagia? Dengar Penjelasan Ini

Sebab rasa tidak bahagia dalam rumah

Sudah tentu faktor luaran dan dalaman menjadi punca . Hati dan jasad yang tidak diaulam dengan ibadah pasti akan gagal ketika mengemudi bahtera perkahwinan . Persekitaran yang tidak baik seperti pergaulan bebas mendorong kepada keretakan rumah tangga . Kebahagiaan tidak boleh dibeli dengan material , tetapi ia timbul dari rasa syukur , redha , kasih sayang .

Banyak kan menghargai dari dihargai . Banyakkan memberi dari menerima . Paksa diri untuk melunaskn tanggungjawab daripada meimbincangkan hak dan tanggungjawab orang lain pada kita . Maka pasti , BAHAGIA tercipta .

Suami isteri perlu selesai cara baik  

Cari orang tengah yang boleh dipercayai . Rasulullah juga memanggip Saidina Abu Bakar untuk menyelesaikan beberapa konflik kecil antaranya dengan Saidatina Aisyah . Quran menyebutkan carilah orang yang baik yang boleh mengadili setiap kes kecil dalam rumah tangga seperti ibu bapa dan saudara mara . Namun jika impak dan kesan nya lebih besar dan menular cukup sahaja menyelesaikan sendiri .

Ads

Perkasakan solat jemaah bersama , ambil masa untuk ulang siar kembali saat saat indah ketika awal perkahwinan . Banyakkan berkomunikasi . Sihat kan cara bercakap dan bertutur . Gunakan perkataan yang baik dan meyenangkan . Pasti Allah akan buka laluan mudah untuk bahagia .

Terima baik buruk pasangan

Bersyukur seadanya . Tidak cukup itu suami wajib memberi pendidikan agama yang sempurna pada pasangan nya . Ini hak isteri dari suami iaitu pendidikan agama . Maka jika agama itu menjadi pedoman dan pasak yang kuat maka setiap buruk baik pasangan dapat diterima dan diubah dengan bijaksana . Hati manusia berbolak balik . Hanya ketaksuban kepada syurga dan ganjaran pahala sahaja akan melembutkan hati pasangan kita .

Bertolak ansur dalam mengurus rumah tangga

Seperti yang saya kata kan tadi , lebihkan tanggungjawab kita sendiri dari mempersoalkan tanggungjawab orang lain pada kita . Tanya apa yang kita beri berbanding apa yang kita dapat . Yang membuatkan manusia bergaduh adalah nafsu . Nafsu ni tak pernah cukup dan puas.

Kita rasakan hanya kahwin dapat melemahkan nafsu , namun ia berlaku sebaliknya , lepas kahwin lagi kuat nafsu tapi bukan pada pasangan sendiri pada perkara lain . Ini telah disebutkan dalam Al Quran . Cara kawalan nya adalah pendidikan agama dalam rumah tangga . Bacalah Al Quran bersama , ketika itu rezeki datang mencurah curah . Hati luntur dan sayang yang berpanjangan pada pasangan.

Ads

7 perkara perlu lakukan untuk mendapat keberkatan dalam rumah tangga

1- Komunikasi yang baik

2- Jaga hubungan dengan Allah

3- Jaga hubungan dengan manusia lain

4- Jangan terlalu berahsia

5- Jangan mudah curiga dan berprasangka

6- Doakan pasangan dengan menyebut nama pasangan.

7- Pasangan suami isteri kena selalu hadir majlis ilmu, cuci hati dengan majlis zikir dan hampirkan diri dengan ulama. Minta orang soleh doakan hubungan kita.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI