Berhutang perlu dilakukan dengan berhemah dan mengikut keperluan. Jika tidak kerana satu keperluan mendesak, adalah lebih baik jika anda tak berhutang.

Ramai berhutang kerana terdesak untuk mendapatkan keperluan asas dengan kos ekonomi yang semakin meningkat, perbelanjaan kita masih lagi sesuatu yang berada dalam kawalan kita sendiri.

Kahwinlah Ikut Kemampuan & Jangan Berhutang! Kalau Tak Cukup Duit, Baik Tangguh Dulu

Persoalannya, adakah pinjaman dan ansuran bulanan itu menjadikan kita mampu?

Dalam ekonomi, wujud satu istilah untuk golongan pembeli yang tidak mempunyai kemampuan namun tetap mahu membeli iaitu golongan yang tidak sabar atau individual who is impatience to spend.

IKLAN

Maka jawapanya, TIDAK! Usah kelirukan kemampuan sebenar kita dengan kemampuan kita membuat pinjaman. Ramai individu mengalami masalah kewangan kerana dia tidak tahu perbezaan kemampuan sebenar dengan kemampuan membuat pinjaman. Malah terlalu ramai orang merasakan yang dia mampu membeli telefon pintar terbaharu pada harga RM2 ribu, RM3 ribu, RM5 ribu secara ansuran bulanan, sedangkan kemampuan sebenarnya hanya pada kadar telefon RM800 yang memerlukan dia menyimpan dan menunggu selama dua bulan, sebelum membeli.

Apa yang menakutkan, tabiat berhutang ini bukan hanya berlaku pada proses pembelian produk, malahan sudah menjadi kebiasaan pula bagi pasangan yang hendak melangsungkan perkahwinan di mana mereka membuat pinjaman peribadi bagi merealisasikan impian perkahwinan selama ini atau mungkin juga untuk melunaskan wang hantaran yang diminta.

IKLAN

Sudah terlalu ramai pasangan yang menghadapi masalah kewangan akibat perbuatan ini sedangkan solusinya cukup mudah iaitu:

Dirikanlah rumah tangga mengikut kemampuan

Kahwinlah Ikut Kemampuan & Jangan Berhutang! Kalau Tak Cukup Duit, Baik Tangguh Dulu

IKLAN

Agak kasar jika dikatakan, apabila anda memerlukan pinjaman wang untuk berkahwin, nasihat saya lebih baik anda tangguhkan perkahwinan dan kumpul duit dahulu. Andai generasi muda kita hanya mampu bernikah disebabkan sanggup terbeban dengan bayaran ansuran bulanan, jelaslah mentaliti itu sesuatu yang sangat perlu diperbetulkan, khasnya oleh pihak ibu bapa bakal pengantin.

Kepada generasi muda, ingatlah, pinjaman bukanlah jalan keluar kepada masalah tidak berkemampuan. Berkorban, menyimpan dan menurunkan permintaan adalah solusi terbaik untuk memastikan anda tidak terbeban.

Sumber : Islamituindah

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI