Di pasaran ada tiga jenis bedak asas iaitu dalam bentuk cecair, krim dan bedak padat. Bedak asas cecair adalah paling popular kerana ia bersifat lembut, paling mudah digunakan dan sesuai untuk semua jenis kulit terutama kulit kering.
Setiap individu memiliki tona dan warna kulit yang berbeza. Penggunaan bedak asas boleh dianggap sebagai penyelamat bagi menyembunyikan segala kesan cela pada kulit wajah. Pilihan penggunaan bedak asas cecair atau foundation yang betul akan menjadikan wajah anda seperti sebutir mutiara yang licin, lembut dan bersinar.
Berikut pilihan bedak asas seperti yang dikongsikan oleh Fadilah FS
TUJUH JENIS BEDAK ASAS/FOUNDATION TERBAIK
Kadang kadang rimas bila pakai foundation sebab tekstur tak best atau rasa heavy dan tebal. Pastu kalau formulation foundation tu tak kena mesti makeup jadi bercapuk dan berminyak
Berikut dikongsikan tujuh jenis foundation terbaik yang di review oleh seorang beauty influencer dari Indonesia. Sesuai dengan cuaca dan kulit kita orang Asia. Boleh dapatkan di drugstores terdekat.
ESTEE LAUDER (DOUBLE WEAR)
Ads
MAC STUDIO FLUID SPF 15
WET AND WILD FOUNDATION MATTE
LOREAL SATIN SMOOTH LIQUID FOUNDATION
Ads
MAYBELLINE MATTE PORELESS
TOO FACED FOUNDATION
Ini antara pilihan bedak asas yang mempunyai litupan solekan yang ‘kemas’ apabila diaplikasikan pada kulit wajah.
Ads
Semoga tip ini dapat membantu anda yang berhajat untuk merias sendiri wajah untuk majlis merisik dan bertunang yang lebih ringkas.
Untuk majlis nikah dan majlis resepsi, laburkan sedikit wang untuk mendapatkan solekan yang lebih cantik.
Perubahan yang ketara dibuat pasangan suami isteri, dari ruang kosong jadi cantik tersusun. Dari bahagian depan sampailah ke dapur, semuanya kemas.
Apa yang lagi menarik, pasangan ini cuma tinggal di rumah flat kos rendah dengan keluasan 650 sqft, tentu ada yang beranggapan agak sukar untuk dihias. Ini memandangkan ruang rumah sangat terhad.
Dari Ruang Kosong Sampai Nampak Cantik Tersusun
Namun bagi Nasrul Hisham Mat Anas dan pasangannya merasakan cabaran tersebut tidak mematahkan semangat mereka untuk memiliki kediaman impian dengan melakukan dekorasi hasil daripada kerja tangan sendiri.
Keadaan ruang asal
Setelah Diberi Sentuhan Dekorasi
Ini adalah bahagian ruang tamu bersekali dengan ruang menonton tv untuk keluarga. Nampak begitu tersendiri apabila perabot digayakan dengan penggunakaan kayu pallet yang dihasilkan sendiri.
“Saya kutip saja span tu, dan beli kain balut sendiri. Manakala langsir pula saya beli di kedai DIY sahaja. Dan lampu spotlinght tu beli secara di shopee,” jelasnya.
Melihat pada kemasan dinding pula, pasangan ini bermian dengan warna gelap dan perletakkan lampu spotlight memberi mood istimewa pada ruang kediaman ini.
Pun begitu, kemasan lantai tidak dilakukan sendiri tetapi pasangan ini lebih selesa menyerahkan pada yang mahir dengan menggunakan material spc.
Melihat pada gaya dekorasi ruang dapur pula, Nasrul Hisham dan pasangan turut mengilhankannya sendiri. Apa yang menariknya, walau ruang terhad, pasangan ini masih dapat menyediakan ruang kaunter bar yang sesuai untuk dua orang.
Apa yang pasti, hendak seribu daya tidak hendak seribu dalih. Sama ada rumah kecil atau sebaliknya, boleh sahaja dihias cantik dan kemas. Jadi bolehlah buat anda yang tinggal di rumah flat, jadikan dekorasi ini sebagai inspirasi buat anda.
Pertunangan adalah janji bagi kedua belah pihak iaitu bakal suami dan isteri dalam mengikat tali perkahwinan dan selalunya ia melibatkan waktu-waktu yang telah ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua belah pihak.
Antara persoalan yang selalu timbul di dalam pertunangan ini, adakah dibenarkan syarak untuk mengiklankan atau dihebahkan pertunangan tersebut sepertimana diiklankan majlis perkahwinan atau pun tidak.
Sebahagian ulama’ melihat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah suatu yang digalakkan. Ini kerana terdapat sebuah hadis daripada Ummu Salamah R.Anha yang mana Rasulullah SAW telah bersabda:
أظهروا النكاح، وأخفوا الخطبة
Maksudnya:Zahirkan (iklankan) pernikahan dan sembunyikan pertunangan.
Riwayat al-Imam al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus (1/1/27)
Disebabkan itu, sebahagian al-Malikiyyah berpendapat bahawa menyembunyikan pertunangan adalah digalakkan. Ini sepertimana yang terdapat di dalam kitab Syarh Mukhtasar al-Khalil yang mana al-Kharasyi Rahimahullah (wafat 1101H) menyebutkan:
Maksudnya:Adapun al-Khitbah (pertunangan), maka digalakkan untuk menyembunyikannya seperti al-Khitan. Digalakkan untuk menyembunyikannya kerana takut akan hasad yang mana boleh membantu merosakkan diantara orang yang bertunang dan ahli yang ditunangnya.
Adapun sebahagian pendapat yang lain menyatakan bahawa tiada masalah iaitu dibolehkan untuk mengiklan serta menghebahkan perihal pertunangan seseorang itu kerana tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Hadis Ummu Salamah R.Anha yang disebutkan sebelum ini, di nilai dhaif (lemah) oleh sebahagian muhaddis. Ini kerana terdapat perawi yang majhul (tidak dikenali) di dalam sanad hadis tersebut dan al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah juga tidak memberikan apa-apa komentar di dalam Mukhtasarnya (ringkasannya) terhadap Musnad al-Firdaus tersebut.
Al-Syeikh ‘Atiyyah al-Saqr Rahimahullah (wafat 1427H), mantan Ketua Lajnah al-Ifta’ al-Azhar di dalam satu soal jawab agama yang dikendalikan oleh beliau juga berpendapat bahawa tidak mengapa untuk menghebahkan pertunangan dan menurut beliau tiada nas yang sahih di dalam larangan berbuat demikian. Menurut al-Syeikh lagi, jika sahih sekalipun, yang dimaksudkan melaluinya adalah larangan untuk berlebih-lebihan dalam menghebahkan pertunangan.
Kesimpulan
Kami lebih cenderung untuk mengatakan bahawa perlunya agar pertunangan itu dihebahkan. Ini bagi mengelakkan berlakunya pinangan atas pinangan yang mana ianya jelas dilarang di dalam Islam. Dengan mengiklankan pertunangan, sedikit sebanyak boleh mengelakkan dari berlakunya perkara tersebut. Dalam sebuah hadis daripada Ibn ‘Umar R.Anhuma, Rasulullah SAW telah bersabda:
Maksudnya:Janganlah seseorang itu membeli atas pembelian saudaranya dan janganlah meminang atas pinangan saudaranya yang lain kecuali jika diizinkan.
Riwayat Muslim (1412)
Al-Imam al-Nawawi Rahimahullah (wafat 676H) mengatakan bahawa hadis di atas secara zahirnya menunjukkan haramnya meminang atas pinangan orang lain sekiranya pinangan itu telah diterima dan tidak mendapat keizinan dari orang yang meminang tersebut. Jika berlaku perkahwinan, maka sah perkahwinan tersebut namun perbuatan meminang atas pinangan orang lain itu adalah berdosa.
Tiada masalah untuk seseorang itu menghebahkan pertunangannya. Namun janganlah berlebih-lebihan dalam menghebahkannya serta menyambutnya seolah-olah seperti berlangsungnya majlis perkahwinan kerana pertunangan itu adalah perjanjian menuju perkahwinan dan boleh sahaja sesuatu pertunangan itu dibatalkan.
Oleh yang demikian itu, bersederhanalah dalam pertunangan itu adalah lebih dituntut dan boleh juga sekiranya seseorang itu untuk merahsiakan pertunangannya untuk aman dari berlakunya hasad dengki dan sebagainya selagi mana tidak timbulnya fitnah. Wallahu a’lam.
Akhukum fillah,
S.S Datuk Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah bertahun menanti zuriat, pelakon dan penyanyi Marsha Milan dan suami nekad untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) untuk salah satu usaha mendapatkan anak.
Marsha Milan Nekad Jalani IVF
Melalui perkongsian Harian Metro, Marsha dan suami yang sudah pun tujuh tahun menanti mencapai kata sepakat demi untuk zuriat mereka yang dinantikan sekian lama.
“Jika tiada halangan, Insya-Allah saya merancang untuk menjalani rawatan IVF tahun depan.
“Saya sudah membuat penyelidikan di beberapa pusat rawatan yang boleh mengikut syarat-syarat ditetapkan suami selain ada bertanya kepada rakan-rakan artis.
“Kos rawatan IVF ini mencecah lebih lima angka tapi ia bukan masalah utama sebaliknya saya perlu persiapkan diri daripada segi mental dan fizikal.
“Sebab itu saya fikir panjang dan perlu ambil masa yang tepat untuk melakukannya,” katanya.
Akui Marsha lagi, dia sememangnya seorang yang berfikiran positif malah tidak tertekan dengan pertanyaan orang sekeliling mengenai soal zuriat.
Malah dia tambah semangat dengan sokongan peminat yang selama ini mendoakan zuriat buat dirinya.
“Saya minta mereka doakan dan itu juga cara terbaik untuk saya berfikiran positif. Saya tak tertekan dengan pertanyaan orang sebaliknya lebih kepada diri sendiri kerana siapa yang tidak teringin nak zuriat,” katanya.
Sekadar info, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful pada 31 Disember 2015.