Meminang: Jika ia memilih untuk meneruskan hasratnya, maka mulalah langkah kedua untuk mendirikan rumahtangga. Meminang dengan maksud menyatakan hasrat untuk menjadikan anak perempuan pihak yang dirisik sebagai bakal isteri dan hasrat ini sama ada diterima atau ditolak oleh keluarga pihak perempuan,walaupun pada kebiasaannya kemungkinan diterima lebih banyak daripada ditolak. Dalam adat meminang biasanya pihak lelaki akan membawa sesuatu hadiah dan barang yang boleh dijadikan tanda pertunangan,seperti cincin pertunangan. Dengan kata-kata lain cincin itu menjadi tanda bahawa anak perempuan keluaraga tertentu telah pun diikat janji untuk dinikahkan dengan lelaki tersebut pada tempoh yang dipersetujui bersama antara pihak lelaki dan perempuan.
Perkara yang dibincangkan dalam merisik
1)Pengenalan keluarga lelaki dan perempuan
2)Pengenalan anak lelaki dan perempuan
3)Menyatakan hasrat merisik
4)Persefahaman antara kedua-dua belah pihak
5)Menerima atau menolak hasrat pihak lelaki
Perkara yang dibicangkan dalam meminang
1)Memperjelaskan hasrat dlm risikan dan persetujuan pihak perempuan menerima pihak lelaki
2)Membaca khutbah meminang
3)Melakukan pinangan iaitu menyatakn hasrat oleh pihak lelaki dan penerimaan oleh pihak perempuan
4)Memberi hadiah atau tanda pertunangan
5)Membincangkan perkara2 yang berkaitan dengan akd nikah dan majlis walimatul urus seperti:
Hukum meminang
Harus iaitu meminang gadis atau janda yang sudah habis edahnya atau yang telah ditalak tiga edah bain,edah wafat atau wathi syubhah
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah:235 Erti: