Rutin yang sama buat tetapi kalau dah penat, isteri kena pandai curi masa untuk bertenang dan ‘healing’ dengan cara paling mudah.
Jika semua benda isteri uruskan sendiri, macam mana dia nak rasa bahagia. Kena ingat, rumahtangga akan jadi sukar apabila suami isteri tiada lagi saling melengkapi antara satu sama lain.
Semua urusan rumahtangga diserahkan ‘bulat-bulat’ kepada isteri. Semua dilakukan rutin setiap hari tanpa lelah.
Tahun demi tahun, perkara ini jadi ‘ barah’ buat isteri apabila hidup mula berubah. Tiada masa untuk ‘belai’ diri sendiri sebaliknya sibuk dengan menguruskan anak-anak, suami serta rumahtangga. Suami pula umpama ‘raja’ tanpa membantu.
Realitinya situasi ini berlaku segelintir pasangan dalam masyarakat kita. Semoga perkongsian ini menjad iktibar. Buat isteri atau ibu, sayangilah diri anda, berbincanglah dengan suami.
Isteri Tak ada masa untuk diri
Perasan tak, isteri ini bila dah kawin dan ada anak, masa untuk diri sendiri pun sudah tak ada.
Ads
Tak sempat nak bergaya macam bujang dulu. Pakai dan tangkap muat apa yang sempat sahaja. Mekap ala kadar, letak yang asas saja dan diri pun dah tak brapa nak wangi dah macam dulu-dulu.
Sibuk nak siang ikan, memasak, nak buat kerja rumah, mengemas, uruskan anak-anak. Kemudian bila suami balik rumah, sibuk nak layan suami pula.
Bila lah nak ada masa untuk diri sendiri.
Nak rehat, lapangkan fikiran, tenangkan perasaan, dan hilangkan tekanan. Ingatkan bila anak-anak dan suami dah tidur, boleh lah nak buat semua itu tapi bila letak saja kepala, sedar-sedar dah pagi.
Berterusanlah hari ke hari macam itu.
Ads
Esok-esok ini, laki bunyi lah. Isteri dah tak cantik, berubah bentuk, badan isteri dah tak macam dulu dan sebagainya.
Tetapi suami tak pernah perasan pula yang isteri, rehat pun tak sempat. Apatah lagi ank ada masa untuk diri sendiri, memanjakan diri sendiri.
Beri Isteri Ruang Dan Masa Berehat
Bagi isteri rehat, pasti dia lebih bertenaga.
Ads
Cuba dalam seminggu tu, bagi isteri off memasak jap dalam 2 hari. Tak kisah lah hari apa pun. Tapi untuk hari tu kena gantung kuali dan biar dapur tak berasap.
Lauk suami beli untuk sarapan, tengah hari dan malam.
Suami pula duduk rumah, tak keluar mana-mana. Suami handle anak-anak, uruskan anak-anak untuk sehari.
Ambil 1 pakej spa untuk isteri, 2 jam ke, 3 jam ke, suruh isteri pergi rehat dan relaks sana. Saya penah buat macam ini dan bila dia balik, dia full of energy. Dia dah reset dan refresh diri dia, mental, fizikal dan emosinya.
Isteri kita itu penat sebenarnya. Tapi dia tak boleh rehat sebab kalau dia rehat, tak ada siapa yang nak buat kerja dia. Itu sahaja.
Setiap wanita tentu selalu ingin tampil cantik, menarik dan mengesankan di hadapan diri sendiri atau orang lain. Apalagi, jika di hadapan suami, seorang wanita akan berusaha menjadi secantik mungkin.
Agar terlihat cantik, segala perawatan dari hujung rambut hingga hujung kaki akan dilakukan termasuk perawatan untuk daerah organ intim. Salah satu perawatan untuk daerah intim ini sendiri adalah mencukur rerambut di sekitar organ intim.
Ramai wanita memang memilih untuk mencukur rerambut sekitar organ intim agar penampilan bahagian tersebut akan semakin menarik.
Tidak hanya membuat penampilan makin menarik, mencukur rerambut di sekitar organ intim rupanya juga sangat baik untuk kesihatan organ intim.
Namun sebelum mencukur rerambut di sekitar daerah organ intim, disarankan untuk tidak hanya mencukurnya terus.
Ada beberapa perkara yang perlu diperhatikan. Hal tersebut antara lain adalah:
Pencukur Yang Tepat Dan Berfungsi Dengan Baik
Ketika hendak mencukur rerambut di sekitar organ intim, sangat disarankan agar kita memiliki alat cukur yang tepat, berfungsi baik, bersih dan masih tajam. Dr. Heidi Waldrof dari Mount Sinai Hospital New York mengungkapkan bahawa penting untuk memilih alat cukur yang tajam dan bersih. Hal ini agar tidak terjadi iritasi atau melecet saat mencukur. Bukan itu sahaja, pencukur yang tepat dan bersih menghindarkan dari penyebaran bakteria di daerah organ intim.
Gunting Rerambut Sebelum Dicukur
Sebelum mencukur habis rerambut di bahagian organ intim, sangat disarankan agar menggunting rerambut terlebih dahulu. Menggunting rerambut bertujuan agar rerambut yang hendak dicukur lebih mudah dicukur. Semakin pendek rerambut maka semakin mudah untuk dicukur bersih.
Cukur Rerambut Selepas Mandi
Hal selanjutnya yang sangat perlu diperhatikan adalah waktu mencukur. Menurut Dr Heidi, waktu terbaik untuk mencukur rerambut di sekitar organ intim adalah setelah selesai mandi. Kenapa setelah mandi? Menurut Dr Ava Shamban dari UCLA, setelah mandi kulit menjadi lembut. Tidak hanya kulit, rerambut di sekitar organ intim pun juga akan menjadi lebih lembut daripada waktu lainnya. Jika rerambut berada dalam keadaan lembut, mencukur rerambut pun akan semakin selesa dan selamat. Iritasi atau pun melecet juga boleh dihindari.
Gunakan Perapi
Untuk mencegah iritasi atau melecet di sekitar organ intim, disarankan agar memakai sedikit perapi pada rerambut sebelum dicukur. Tujuan memakai perapi ini agar rerambut dan kulit menjadi semakin lembut serta semakin mudah untuk dicukur.
Itulah beberapa perkara yang perlu diperhatikan sebelum mencukur rerambut di bahagian organ intim. Selain itu, perkara lain yang sangat perlu diperhatikan adalah perawatan selepas mencukur dan perhatikan celana dalam yang harus digunakan setelah rerambut dicukur. Cukurlah rerambut di sekitar organ intim dengan cara yang baik agar kesihatan mahupun kecantikan organ intim dan sekitarnya selalu terjaga. Semoga informasi ini bermanfaat ya.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Punca orang perempuan pertahankan hubungan walau ada banyak ujian, bagi golongan ini, sekali kahwin, cukuplah! Tak perlu banyak kali walau disakiti.
Ya, itu lah sebab nampak seolah-olah orang perempuan kuat dan sabar berdepan dengan ujain. Nak tahu lagi jauh soal ini, jempute baca perkongsian Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah ini berkenaan sikap seorang wanita apabila bergelar isteri.
Punca Orang Perempuan Pertahankan Hubungan
Ada sebab kenapa seorang isteri masih mempertahankan rumahtangga yang kalian bina:
1. Kalau dah sayang, bukan senang nak benci dan pergi macam itu je. Seorang isteri akan cuba perbaiki kelemahan diri dan belajar untuk jadi yang terbaik. Dia perbaiki semua salah silapnya dan nak suaminya jatuh cinta dengannya lagi.
Walaupun pada dasarnya isteri itu tak salah apa. Suaminya yang beralih arah ke wanita lain.
Fitrah wanita, susah nak jatuh hati lagi dengan lelaki lain. Cukup satu je. Yang lain, fokusnya hanya pada anak-anak dan urus rumahtangga sahaja.
2. Mereka ini selalu berharap untuk kalian berubah. Berharap bahawa kalian sedar salah silap kalian. Dan jadi macam lelaki yang mula-mula mereka kenal dahulu.
Siang malam mereka berdoa supaya kalian dilembutkan hati, direndahkan ego dan menerima kasih sayang mereka dengan terbuka.
3. Perempuan ni, sekali kahwin cukup sudah tu. Nak ‘start all over again’ itu tak pernah ada dalam fikirkan mereka. Mereka rasa letihnya nak mulakan lagi hubungan baru.
Cukuplah seorang lelaki je yang mereka pilih sebagai pasangan hidup. Sebab mereka ni dah fikir 2-3 kali sebelum terima kalian tau.
4. Sungguhpun jika suatu saat nanti berumahtangga lagi, dia kena fikir macam-macam. Bukan sahaja nak terima seorang suami baharu, malah nak terima mertua baharu, keluarga baharu dan masa itu macam-macam pengalaman yang kena tempuh lagi.
Namun pada masa itu, mereka nekad juga terima lelaki lain atas dasar anak-anak perlu kasih sayang seorang ayah. Susah kalau nak lebih dari itu.
5. Bila isteri ni dah buat yang terbaik, maka dia akan pertahankan sungguh-sungguh. Walaupun dilayan macamana sekali pun, dibuat endah tak endah, tetap juga dia berusaha mempertahankan rumahtangga.
Dia tak putus asa selagi ada kudrat dan hati untuk diperjuangkan. Dia cuba sedaya upaya untuk pertahankan mahligai yang terbina.
Para suami di luar sana, kita kerap mendengar rintihan pelbagai latar belakang seorang yang bernama isteri. Masih ramai yang sehingga ke saat ini mempertahankan rumahtangga walaupun pada hakikatnya jiwa mereka telah kosong. Hati mereka telah berkecai dan remuk tak boleh dibaiki.
Namun mereka masih usaha dan tersenyum hanya demi rumahtangga dan anak-anak yang perlukan kehidupan berkeluarga yang bahagia.
Pesan Tok Abah, renung-renungkanlah. Sedarlah bahawa isteri kalian sedang berjuang tu. Jangan kecewakan mereka lagi. Ubahlah diri kalian selagi sempat.
Kerana hati yang bertahan tak selamanya kuat. Bila sampai hadnya, mereka juga terpaksa mengalah demi ego seorang suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ini Fasa Terbesar Janna Nick, Sebak Tengok Dia Peluk Atoknya
Pasangan sama cantik sama padan dinikahkan oleh bapa Janna, Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.
Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Berlangsung majlis doa selamat dan bacaan Yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.
Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah mereka melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” katanya.
Rasa Risau Bila Bertukar Status
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya yang sepakat memilih lokasi berbulan madu pertama mereka di Koh Lipe, Thailand.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya lagi.
Seronok Pesona Pengantin melihat kebahagiaan Janna Nick di hari persandingannya, moga terus bahagia hingga ke anak cucu bersama suami.