Pelbagai punca mengapa dalam satu hubungan rumah tangga boleh menjadi pincang hanya kerana perkara kecil sahaja. Kalau dahulu 'kaulah segalanya' tapi kini tidak lagi. Hanya sedikit kesalahan akan menjadi punca pergaduhan yang besar. Ini antara sebab kenapa rasa cinta kian pudar dan sukar diperbaiki lagi.

Kalau Dulu Tak Jumpa Sehari Dah Rindu, Lepas Kahwin Tengok Muka Masing-Masing Jadi Rimas

1.Kahwin secara tergesa-gesa

Ada pasangan mencari jodoh tanpa mempeduli hati budi dan budi pekerti pasangan masing-masing. Ditambah pula dengan tekanan masyarakat yang memandang sinis kepada mereka yang lambat kahwin.Konon-kononnya lambat kahwin seperti orang tidak laku dipasaran baik untuk para pria maupun wanita.

Sedangkan untuk mendapat pasangan hidup yang cocok perlu masa dan perlu mencari cinta sejati. Soal kahwin jangan bersikap tangkap muat.Kesannya amat pedih dan amat menuntun jiwa jika pasangan yang kita pilih tidak mencintai sepenuh hati. Kesan rumahtangga berantakan kepada anak-anak.Mereka menjadi mangsa keadaan biarpun ia bukan kehendak mereka. Kita akan tersedar dari mimpi ngeri.Kita silap memilih pasangan.Kita terlanjur mengahwini orang yang tidak mencintai kita setulus hati. Tidak mustahil kahwin yang tergesa-gesa penyumbang kepada penceraian pasangan suami dan isteri.

2.Masalah kesihatan yang cuba disembunyi

Tentu zalim dan sememang amat zalim sekiranya suami sanggup menyembunyi penyakit yang dideritai kepada bakal isteri. Isteri yang merasakan diri seperti Tipah tertipu atau ‘kena kencing’ akan berjauh hati.Cinta hilang entah kemana. Misalnya isteri mendapati suami tidak berkemampuan dari segi batin.’Adek’ tidak berfungsi dan segagah arjuna.Ironinya batin isteri terseksa akan mengundang kepada kehilangan cinta terhadap suami.

Apalah salahnya berterus terang untuk menguji bakal isteri sama ada mahu atau tidak jika ada kelemahan ‘adek’ tidak berfungsi. Bak kata pepatah lama .. “ berani kerana benar dan takut kerana salah” Bukan apa.Bila nasi sudah menjadi bubur rasa pun tidak sedap lagi melainkan kita pengemar bubur.Admin sekadar bergurau la.

3.Malas bekerja mencari rezeki

IKLAN

Apalah ertinya suami kepada isteri jika tergolong dalam malas bekerja untuk mencari rezeki.Tabiat mereka mengharap duit isteri jika isteri bekerja. Senario ini bukan suatu yang ganjil. Pernah berlaku sejak zaman sebelum media sosial lagi. Tugas hakiki suami mencari reseki untuk anak dan isteri.Biar isteri duduk rumah dan suami pula keluar rumah.Amalan begini agak klasik. Namun besar manfaatnya kepada keluarga.

Namun ada juga si suami tidak mahu bekerja.Tidak juga semua dan ini pasti mengecewakan isteri.Lama-kelamaan isteri berubah hati.Dari rasa cinta timbul pula rasa benci. Mana tidaknya jika isteri umpama mengendong biawak hidup.Aduhai si suami begitu tega disamakan biawak.

Kalau Dulu Tak Jumpa Sehari Dah Rindu, Lepas Kahwin Tengok Muka Masing-Masing Jadi Rimas

4.Suami kaki perempuan

Tanyalah mana-mana isteri, pasti mereka tidak mengingini lelaki maupun suami yang kaki perempuan. Memang benar inilah perangai buruk suami yang mematikan cinta seorang isteri. Jangan salahkan isteri jika terjadi hambarnya perkahwinan selagi ada suami yang ada tabiat kaki perempuan. Pantang tengok gadis berdahi licin, badan cun dan lenggang lenggok yang mengiurkan mulalah ulat bulu naik daun.

IKLAN

Sedangkan pakej seperti itu ada pada isterinya sebelum ini. Dulu segala-galanya mantap namun selepas melahirkan zuriat mereka seperti menjadi ‘almari hidup’. Jika nak isteri tetap steady maka keluarkan bajet khas untuk mencantikkan mereka luar dan dalam. Kalau berani cubalah dan jangan cuba-cuba pulak jadi kaki perempuan

Kalau Dulu Tak Jumpa Sehari Dah Rindu, Lepas Kahwin Tengok Muka Masing-Masing Jadi Rimas

5.Tidak menjaga penampilan

Perlu ingat dan ingat betul-betul.Isteri sama juga seperti suami suka kepada keindahan dan kemasan. Isteri akan tawar hati kepada suami sekiranya penampilan selekeh bagaikan kematian isteri 3 bulan. Bau busuk mengalahkan bau longkang dan pengotor bagaikan budak baru berumur 3 tahun.

Lihat contoh ini kepada penampilan lelaki yang tidak menjaga penampilan. Kesan akhirnya membawa kepada tiada perasaan cinta pada suami. Rambut panjang berserabai.Bulu atas dan bawah menjalar liar.Bau mulut mengalahkan bau lori sampah melimpas.Baju dan seluar entah beberapa tahun tidak bertukar baharu.Lusuh,remuk dan koyak rabak sudah serasi seperti kuku dengan isi.. Jika begitu jadinya bukan salah isteri tetapi salah diri suami yang tidak faham erti penampilan yang kemas dan menawan.

IKLAN

6.Perangai panas baran

Sungguh malang kepada isteri yang bersuamikan orang yang panas baran.Perangai yang diwarisi dari iblis laknatullah ini memang berlaku dari zaman purbakala sehingga zaman cabaran Keke sekarang ini. Siapa yang main instagram tahulah maksud cabaran Keke.

Perangai panas baran hanya pada suara pitching tinggi masih boleh dimaafkan. Ini tidak.Panas baran suami yang disertai dengan tangan untuk menampar dan kaki untuk menyempak mangsa.Siapa yang menjadi mangsa kalau bukan isteri dan anak-anak yang tidak terdaya untuk melawan.

Pantang silap sikit maka terimalah lebam-lebam pada muka dan badan sebagai harga kepada kesalahan tersebut. Isteri akan berjauh hati dengan perangai suami begini.Mereka memendam rasa dan akhirnya cinta yang indah sewaktu belum kahwin akan pudar lama-kelamaan.

KREDIT : mrhanafi.com

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI