
Jangan terpengaruh dengan kata-kata kebanyakan orang yang mengatakan isteri tanggungjawabnya menguruskan rumah, jaga anak-anak dan suami hanya berikan nafkah saja. Alasan seperti itu sudah lapuk dan tak boleh digunapakai. Tiada gunanya berkahwin jika suami menganggap isteri sebagai ‘orang gaji’ di rumah sendiri.
Tidak banyak yang isteri minta, cukuplah suami yang tidak mengabaikan tanggungjawab dan selalu membahagiakan rumahtangganya. Sejuk hati isteri jika suami bersama-sama menggalas tanggungjawab di rumah dan menjaga atau mendidik anak-anak.
Lelaki ini kongsi, kalau isteri bahagia, inshaAllah satu keluarga akan bahagia.
Sungguh saya nak kongsi kepada para suami. Nak jadi suami yang sentiasa jatuh cinta terhadap isteri,suami penyabar,suami tenang selalulah masak untuk isteri dan anak anak. Dan paling penting setiap kali masak isteri yang tukang rasa,pasti akan dapat pujian yang oh bestnya isteri puji masakan kita.
Dah siap hidangkan untuk mereka suapkan makanan pertama yang paling sedap kepada isteri dan anak anak.
Sayangi dan cintailah isteri setiap hari,selalu ucap terima kasih kepada isteri kerana beri layanan yang baik kepada kita,sentiasa jaga segalanya untuk kita. Isteri bahagia insyaallah satu keluarga akan bahagia. Satu keluarga akan dapat rahmat Allah.
-EncikMatt-
#LelakiBurQa
#IsteriAnugerahTerhebat
Terasa Hati Dengan Pasangan, Jadilah Seperti Rasulullah Untuk Mudah Memaafkan

Rasulullah saw adalah insan pemaaf, tidak mudah merasa sakit hati walaupun diperlakukan dengan perbuatan yang sangat menyakitkan sekalipun. Beliau dicaci dihina disakiti tetapi dengan mudahnya beliau melupakan itu semua. Bukankah kita kerap kali merasa sakit hati, tersinggung dan kecewa hanya kerana hal yang kecil? Apakah sepuluh perkara tersebut, dan bagaimana kita mengusainya?

(1). Menahan marah
Perkara ini mengingatkan kita untuk dapat menahan amarah dalam semua aspek kehidupan. Allah swt berfirman dalam al-Quran surah Aali-Imran ayat 134;
وَالْكَاظِمِينَ الْغَيْظَ وَالْعَافِينَ عَنِ النَّاسِ وَاللَّهُ يُحِبُّ الْمُحْسِنِينَ
“Dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan(kesalahan) orang lain. Dan Allah mencintai orang-orang yang berbuat kebajikan.”
(2). Akhlak yang mulia
Perkara ini mengingatkan kita untuk dapat meraih akhlak paling utama. Rasulullah saw bersabda;
يَا عُقْبَةُ، أَلا أُخْبِرُكَ بِأَفْضَلِ أَخْلاقِ أَهْلِ الدُّنْيَا وَأَهْلِ الآخِرَةِ؟ تَصِلُ مَنْ قَطَعَكَ، وَتُعْطِي مَنْ حَرَمَكَ، وَتَعْفُو عَمَّنْ ظَلَمَكَ
“Wahai Uqbah tidakkah aku memberitahumu akan akhlak paling utama bagi penghuni dunia dan akhirat? Engkau menyambung hubungan terhadap orang yang memutus hubungan denganmu, engkau memberi orang yang tidak mahu memberimu, dan engkau memaafkan orang yang menzalimimu.” (Jami’ul hadis juz 37, hal: 309)
(3). Memaafkan kesalahan orang lain
Faktor ini mengingatkan kita untuk mudah memafkan kesalahan orang lain meskipun berat. Allah berfirman dalam surah al-Hijr, ayat 85;
فَاصْفَحِ الصَّفْحَ الْجَمِيلَ
“Maka maafkanlah (berlapang dada sesama manusia) dengan cara yang baik.”
(4). Mengharapkan ampunan Allah
Perkara ini mengingatkan kita agar sentiasa mengharapkan ampunan Allah. Firman Allah dalam al-Quran surah al-Nuur,ayat 22;
وَلْيَعْفُوا وَلْيَصْفَحُوا أَلَا تُحِبُّونَ أَنْ يَغْفِرَ اللَّهُ لَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
“Dan hendaklah mereka memafkan dan berlapang dada. Apakah kamu tidak suka bahawa Allah mengampunimu? Dan Allah Maha pengampun lagi Maha Penyayang.”
(5). Memperbanyakkan sabar dalam menjalani kehidupan
Perkara ini mengingatkan kita agar sentiasa bersifat sabar. Firman Allah dalam al-Quran surah as-Syuura, ayat 43;
وَلَمَنْ صَبَرَ وَغَفَرَ إِنَّ ذَلِكَ لَمِنْ عَزْمِ الْأُمُورِ
“Barang siapa yang bersabar dan memaafkan, sesungguhnya yang demikian itu termasuk perbuatan yang mulia.”
(6). Ingatlah Wasiat Nabi Muhammad saw
Perkara ini mengingatkan kita kepada sebuah wasiat Rasulullah saw bahawa dalam satu riwayat hadis disebutkan;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوْصِنِي، قَالَ: لَا تَغْضَبْ فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لَا تَغْضَبْ
“Dari Abu Hurairah ra bahawa ada seorang berkata kepada Nabi saw; Berilah aku wasiat. Nabi pun berkata; Janganlah engkau marah. Orang itu mengulangi berkali-kali permintaannya, Nabi pun berkata; Janganlah engkau marah.” (riwayat al-Bukhari)

(7). Bersikap lemah lembut dalam semua aspek kehidupan
Perkara ini mengingatkan kita akan kehebatan sikap lemah lembut terhadap sesama manusia. Rasulullah saw bersabda;
إِنَّ الرِّفْقَ لا يَكُونُ فِي شَيْءٍ إِلا زَانَهُ، وَلا نُزِعَ مِنْ شَيْءٍ إِلا شَانَهُ
“Sesungguhnya lemah lembut tidaklah berada pada suatu apapun kecuali akan menghiasinya, dan tidaklah dicabut sifat lemah lembut itu dari sesuatu kecuali akan menjadikannya buruk.” (riwayat Muslim)
(8). Menggunakan kekuatan hati dalam menghadapi kemarahan
Perkara ini mengingatkan kita bahawa kekuatan yang sesungguhnya adalah menahan amarah. Rasulullah saw bersabda;
لَيْسَ الشَّدِيدُ بِالصُّرْعَةِ، إِنَّمَا الشَّدِيدُ الَّذِي يَمْلِكُ نَفْسَهُ عِنْدَ الْغَضَبِ
“Kekuatan itu tidaklah diukur dengan menang dalam bergulat, akan tetapi orang yang kuat adalah orang yang dapat menahan amarahnya ketika ia marah.” (riwayat al-Bukhari & Muslim)
(9). Ihtimaalul adza (bersabar atas keburukan orang lain)
Faktor ini mengingatkan kita bahawa ihtimalul adza (bersabar atas keburukan orang) adalah pembuka pertolongan Allah. Sebuah hadis berbunyi;
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، قَالَ: أَتَى رَجُلٌ، فَقَالَ: يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِنَّ لِي قَرَابَةً أَصِلُهُمْ وَيَقْطَعُونَنِي، وَيُسِيئُونَ إِلَيَّ وَأُحْسِنُ إِلَيْهِمْ، وَيَجْهَلُونَ عَلَيَّ وَأَحْلُمُ عَنْهُمْ. فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لَئِنْ كَانَ كَمَا تَقُولُ، فَكَأَنَّمَا تُسِفُّهُمُ الْمَلَّ وَلا يَزَالُ مِنَ اللَّهِ مَعَكَ ظَهِيرٌ، مَا زِلْتَ عَلَى ذَلِكَ
“Dari Abu Hurairah ra bahawa seorang berkata kepada Rasulullah saw; Sesungguhnya aku mempunyai kerabat, aku selalu menyambung hubungan baik dengan mereka tetapi mereka selalu memutuskannya, aku berbuat baik akan tetapi mereka membalasnya dengan keburukan, aku berlaku bijak akan tetapi mereka berlaku bodoh. Rasulullah saw kemudian bersabda; Bila keadaannya seperti yang engkau katakan, mereka itu seperti meminum abu yang panas, dan sentiasa Allah akan memberikan pertolongan kepadamu selama kamu dalam keadaan demikian itu.” (riwayat Muslim)
(10). Memperbanyakkan do’a kepada Allah
Mendoakan orang yang menzalimi dan menyakiti kita dengan doa yang baik adalah suatu yang luar biasa, seperti yang dilakukan Rasulullah saw terhadap penduduk Taif. Orang tidak akan dapat mendoakan orang yang menyakitinya dengan doa’ yang baik kecuali orang yang berhati mulia, dan itulah salah satu ciri-ciri penghuni syurga.
Ya Allah jadikan kami sebagai hamba-Mu yang mampu menjadikan kehidupan ini sebagai ujian kepada kami. Berikan kepada kami kekuatan untuk terus berusaha dalam menghadapi cabaran kehidupan. Mudah-mudahan kesabaran akan sentiasa menghiasi kehidupan kami.
Biodata Penulis
Ustaz Sihabuddin Muhaemin (USM)
Buat Diet Sihat Dengan Makanan Organik Menjelang Majlis Kahwin, Baru Wajah Lebih Cerah!

Makanan organik tidak hanya baik buat anda yang sedang menjalankan diet agar kelihatan berseri dalam balutan busana pengantin. Mengambil makanan organik juga boleh membuat wajah anda tampil lebih cerah dan bersinar di hari perkahwinan.
Istilah organik sendiri hadir dari produk tanaman yang tidak menggunakan bahan kimia atau baja buatan, sehingga memberikan manfaat maksimum baik bagi tubuh. Ikuti tip sihat dengan makanan organik, agar manfaatnya dapat dirasakan.
1. Sesuaikan dengan keadaan tubuh
Jangan lupa untuk berbincang dengan pakar nutrisi atau doktor anda apabila mengikuti pola diet dengan makanan organik, kerana keadaan tubuh setiap orang tentunya berbeza-beza, begitupun dengan kebiasaan hidup sehari-harinya.
Jangan sampai diet makanan organik menjadi boomerang bagi kesihatan kerana dilakukan dengan cara yang salah.
2. Siapkan anggaran perbelanjaan
Makanan organik memang biasanya harganya lebih mahal daripada makanan biasa.
Namun, makanan organik biasanya mengandungi 25 peratus vitamin yang diperlukan, kerana pengambilan makanan organik akan lebih efektif bagi yang ingin mengurangi berat badan. Daripada harus mengambil suplemen kesihatan untuk diet yang juga terasa lebih mahal
3. Disiplin dalam memilih
Kawal pemakanan seharian. Sebaiknya ambil makanan organik di salah satu waktu makan besar saja, misalnya ketika sarapan atau makan tengah hari. Untuk jam makan lainnya, pilih menu makan yang rendah lemak dan rendah kalori.
4. Fahami kandungan nutrisinya
Walaupun hanya mengambil makanan organik satu kali dalam sehari, luaskan pengetahuan tentang nutrisi makanan.
5. Lakukan detoks
Detoks dimulai ketika mula mengambil makanan organik. Ini kerana makanan organik biasanya lebih sihat dan tidak mengandungi racun yang ada di dalam tubuh, imbangi dengan menjauhi kudapan berkalori rendah namun mengandungi bahan pengawet. Jaga tubuh tetap bersih agar manfaat makanan organik cepat terasa dan tidak sia-sia.
Itulah beberapa tip untuk melakukan diet dengan makanan organik yang boleh anda terapkan sampai hari perkahwinan tiba. Kalau boleh, jalani terus pola makan sihat ini bersama pasangan.
Hanya Selepas 4 Bulan Berkenalan, Mereka Yakin Inilah Jalan Terbaik

Pertemuan antara Mohd Fadli & Nurul Izzati yang terjalin di pejabat akhirnya temetrai di hari penuh bersejarah. Kini tangan digenggam erat menuju ke persada perkahwinan yang menjadi impian mereka.
AKAD NIKAH
Tarikh: 23 November 2018
Lokasi: Laman Kayangan Seksyen 7 Shah Alam
Berapa kali lafaz nikah: sekali lafaz
Tema: Arabian concept
Dekorasi pelamin: ig @ellysia.etc
Busana: Altelia Amani seksyen 7
Solekan & rambut: ig @bycahyasurfiqah
Bunga tangan: ig @bycahyasurfiqah
Fotografi: @sweetpictures_kl
Videografi: @sweetpictures_kl
RESEPSI PEREMPUAN
Tarikh: 24 NOVEMBER &25 November 2018
Lokasi: Laman kayangan shah alam & concorde shah alam
Tema: traditional & modern @english konseo
Dekorasi pelamin: ryns avenue wedding planner & MYJ by Nebies
Busana: MYJ by Nebies
Solekan & rambut: bycahyasurfiqah
Bunga tangan: bycahyasurfiqah
Fotografi: sweetpictures_kl
Videografi: sweetpictures_kl
1. Bilakah tarikh anda berdua berjumpa dan berkenalan? Nyatakan detik perkenalan anda berdua?
Lebih kurang berjumpa dalam bulan 4 dan berkenalan pada bulan 6/7 2017, pertemuan di hotel , suami kerja di hotel and saya praktikal di sana dalam department yg berbeza
2. Berapa lamakah tempoh perkenalan sebelum anda berdua setuju untuk bertunang / nikah?
Sebelum bertunang : 4 bulan
Ikatan pertunangan : 9 bulan
3. Bilakah tarikh anda berdua mengikat tali pertunangan?
11 February 2018
4. Bagaimanakah lamaran dibuat? Terangkan momen tersebut.
Tak pasti tapi kami mengambil berat antara satu sama lain dan bersetuju untuk bertunang
5. Terangkan perasaan anda (perempuan) ketika lamaran dibuat oleh lelaki?
Terkejut dan dalam masa yang sama rasa takut dan gembira
6. Apakah keistimewaan pasangan di mata anda?
Yang sentiasa memberi semangat untuk jadi lebih kuat, banyak bertolak ansur dan dia sangat hormat ibu bapanya . Dari situ saya rasa dia boleh jadi suami yang baik dan hormati orang tua saya juga.
7. Ada tak anda berdepan dengan cabaran atau detik-detik cemas atau melucukan sebelum atau ketika majlis perkahwinan berlangsung?
Ya ada. Saya demam seminggu, orang kata demam nak kahwin tapi sebenarnya saya berjangkit dengan adik saya.
10. Ceritakan tentang tema kedua-dua majlis anda? Kenapa anda memilih tema dan warna tersebut?
Bagi saya tema yang dipilih ini hasil daripada orang tua saya, bila tu mereka kata lawa, saya pun akan rasa lawa juga
11. Bagaimanakah tercetusnya idea dan tema bagi setiap resepsi? Inspirasi dari mana? Siapakah perancang perkahwinan untuk resepsi anda dan mengapa anda memilih perancang perkahwinan tersebut?
Tak pasti tapi bagi saya semua majlis yang diadakan, dgn tema yang berbeza sangat menarik hati saya dan pasangan serta semua para tetamu. Untuk nikah kami memilih @ellysia.etc resepsi 1 oleh @rynsavenuewedding dan resepsi ketiga oleh @myjbynebies . Setiap daripada wedding planner ni mereka mempunyai touch yang berbeza dan sangat berpuas hati
12. Siapakah yang mereka baju anda dan pasangan dan kenapa memilih beliau? Apakah yang anda sukakan tentang busana perkahwinan anda?
Untuk pernikahan saya memilih altelia amani disini mereka terkenal untuk menerima busans pengantin dan untuk resepi saya memilih myjbynebies dan mereka membantu untuk saya memilih baju yang sesuai dengan tema
13. Siapakah yang bertanggungjawab menata rias wajah anda dan kenapa anda menyukai sentuhan beliau?
Bycahyasurfiqah. Kak cahya sangat berbakat saya hanya memberitahu saya ada 3 majlis dan saya tiada makeup look yg specific dan hasil dari ketiga2 majlis sangat menyentuh jiwa saya, saya dan ambil makeup dengan kak cahya since saya bertunang lagi