Hubungan

Kalau Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tuanya, Tolong Bagi!

Share

Agak kritikal hubungan rumah tangga kalau isteri nak ziarah dan berbakti pada mak ayahnya yang masih hidup pun suami berkira. Boleh jadi rumit dan kudis!

Jadi untuk betulkan situasi ini, suami kena renungkan perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini. Bagi seimbang dan harmoni kedua belah pihak.

Isteri Nak Ziarah Dan Berbakti Pada Orang Tua

Kalau kahwin dengan perempuan yang masih ada ibubapa lagi, maka suami kena berlapang dada.

Dia nak berbakti kepada orang tuanya, tolong bagi.

Dia nak memberi kepada orang tuanya, tolong bagi.

Dia nak balik, nak ziarah orang tuanya, tolong bagi.

Jangan halang.

Benda yang dia nak buat itu, adalah tanggungjawab dia sebagai anak.

Dia masih ada mak bapak, maka biar dia nak jaga, nak layan, nak bagi mak bapak dia happy.

Usah Pentingkan Diri Dan Berat Sebelah

Jangan sesekali berat sebelah. Suami sahaja boleh buat itu ini pada mak bapaknya.

Bila turn bini, kita halang, suami tak bagi. Alasan suruh taat perintah lelaki itu, alasan orang tak mengaji.

Dia bukan nak buat kemungkaran, bukan nak buat kejahatan, bukan nak buat benda yang tak berfaedah.

Jadi kenapa nak halang?

Selagi yang dia nak buat kat mak bapaknya, itu tak memudaratkan dirinya dan orang sekeliling. Maka izinkan tanpa syarat.

Itu tanda suami yang mengaji, bukan suami yang buta hati.

Jadi pilihan anda macam mana nak jernihkan hubungan suami isteri atau terus ‘keruh’kan perasaan pasangan dengan sikap pentingkan diri sendiri.

IKLAN