
Kalau kau kahwin dgn anak raja, anak menteri, anak tan sri, anak dato, anak org kaya…
Maka, lepas kahwin kau cuci kaki ja masuk rumah dia…
Tapi klu kau kahwin dgn org biasa, yg keje mkn gaji, keje sendiri atau berniaga, maka kau kena bersedia utk hidup susah dgn dia…
Bukan senang nk kumpul duit 20k, 30k dgn hanya berbekalkan pendapatan bulanan sebanyak 1000 sehingga 2000…nak bagi mak ayah, nak bayar sewa rumah, nak bayar ansuran kenderaan, nak bayar duit minyak, duit makan, duit top up…
Baki baru menyimpan utk kahwin…
Ada yg setahun bleh dpt 20k, ada yg 2 tahun, ada yg lebih…
Bila dah cukup duit, habis 20k digunakan utk majlis…mungkin ada la skit baki 1k, 2k utk honeymoon…pastu kembali kepada pendapatan bulanan yg selalu dapat…
Tapi lepas kahwin, nak kena beli mesin basuh, peti ais, dapur, almari, meja makan, sofa, tv, katil, tilam dan lain-lain lagi…dah ada isteri, xkan nak bagi isteri tdo atas lantai…
Susah diawal perkahwinan adalah normal…
Jika anda berkahwin dgn org biasa, bukan org kenamaan, tdo atas toto, biasa…pakai almari kain, biasa…tgh bulan makan megi, biasa…basuh baju guna tgn, biasa…kira duit syiling sebelum gaji, biasa…
Sementara nk ada kelengkapan yg mencukupi, maka kena susah2 dahulu…
Then satu persatu akan lengkap bila usia perkahwinan kita semakin berganjak tahun…cukup 5 tahun atau 10 tahun, dulunya moto ex5, sekarang dah berkereta…dulunya kereta myvi, sekarang dah mpv…dulunya kipas KDK, sekarang dah aircond Panasonic…dulunya tdo atas narita, sekarang dah tdo atas tilam ziana zain…
Dulunya menyewa, sekarang dah ada rumah sendiri…
Perubahan yg mcm ni normal dlm alam rumahtangga org biasa…jgn takut jika anda masih di fasa tdo atas lantai dgn pasangan atau rumah masih kosong tanpa perabot…usahakanlah utk perbaiki pendapatan bulanan supaya kita boleh mengubah kehidupan rumahtangga kita…
Susah2 dahulu, senang2 kemudian…
Nota kaki : Bila dah senang, jgn p umrah seorang diri….🤭
Kredit: Firdaus Shakirin
Siapa Yang Akrab Dengan Allah SWT, Maka Akan Intim Dengan Manusia

Tanda mudah untuk mengesan wujudnya nilai kasih sayang yang diredai Allah SWT dalam keluarga adalah dengan terserlah sifat lebih banyak memberi berbanding menerima dalam kalangan ahlinya.
Hakim Hiram RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda: Tangan di atas lebih baik daripada tangan di bawah, maka mulailah untuk orang menjadi tanggunganmu dan sedekah paling baik adalah daripada orang sudah cukup (untuk keperluan dirinya). Maka sesiapa berusaha memelihara dirinya, Allah SWT akan memeliharanya dan sesiapa berusaha mencukupkan dirinya maka Allah akan mencukupkannya. (HR Bukhari)
Pendakwah dan pengarang buku agama, Pahrol Mohamad Juoi, berkata kasih sayang sesama manusia tidak akan lahir melainkan dengan terisi nilai keimanan kepada Allah SWT kerana ia berjalan seiring.
“Siapa yang akrab dengan Allah SWT, maka dia akan intim dengan manusia. Ini kerana maksud berkasih sayang adalah individu boleh memberi dan menunaikan hak, bukannya bersikap sekadar mahu menuntut hak.”
Dalam melayari bahtera rumah tangga, tidak cukup sekadar menyediakan nafkah seperti menjaga makan dan minum pasangan atau menyediakan keperluan bersifat material. Rumah tangga ideal mesti berada dalam suasana rahmah, iaitu sentiasa berkasih sayang dan suami isteri saling menjaga hak, barulah hak dalam rumah tangga akan dipenuhi.
“Contohnya, isteri perlu ada sifat ketaatan dan kesetiaan kepada suami. Jangan ada orang ketiga dalam rumah tangga, termasuk membawa masuk orang tidak disukai suami ke rumah mahupun bercakap hal peribadi di media sosial.”
Segala unsur sama ada kebaikan mahupun kejahatan dalam diri seseorang dapat dikesan melalui kelakuan di rumah seperti jika baik terhadap keluarga termasuk pasangan dan anak, sikap sama ditampilkan dalam kerjaya serta kejiranan.
Bagaimanapun, jika di luar rumah menampilkan banyak kebaikan tetapi tidak berbuat demikian dengan keluarga, maka orang itu bukan insan berakhlak.
“Di rumah, warna diri sebenar akan keluar sama ada cukup sabar atau tidak dan pemarah atau pemalas, cuma pasangan serta anak sahaja mengetahuinya,” katanya.
Saidatina Aishah RA meriwayatkan Nabi Muhammad SAW bersabda: Sebaik-baik kalian adalah (suami) yang paling baik terhadap keluarganya dan aku adalah paling baik terhadap keluargaku.” (HR Tirmizi)
Pahrol berkata, akhlak baik umpama pohon berakar dan berbuah dengan akar bagi akhlak ialah akidah, manakala pohonnya ibadat.
Justeru, apabila suami melakukan kesalahan, dengan mudah akan meminta maaf, sekali gus petanda wujud kelembutan melahirkan kasih sayang.
Antara tanda keluarga hidup dengan pengisian akhlak adalah wujudnya ‘ulfah’ (kelembutan) dalam diri.
Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya jika Allah mengkehendaki kebaikan bagi sebuah keluarga maka Allah akan memasukkan kelembutan kepada mereka. (HR Ahmad)
Jika wujud kelompongan dan kekosongan dalam rumah tangga, suami isteri perlu melihat semula bagaimana ibadat kepada Allah SWT seperti apakah solat sudah dilaksanakan dengan baik dan sempurna.
“Jika didapati tiada masalah dalam ibadat, cuba nilai aspek akidah. Apakah ada persoalan akidah berhubung iman mahupun keyakinan belum selesai,” katanya.
Beliau berkata, antara perkara menyebabkan konflik rumah tangga yang tidak dapat diselesaikan dengan baik apabila dibelenggu sindrom penafian.
“Ada mengelak daripada masalah dengan menyifatkan hubungan rumah tangga dalam keadaan baik dan terkawal, sedangkan apa terjadi cuma hal picisan.
“Sebaiknya, perlu akui ada masalah kerana cuma dengan cara itu, kita akan bertindak untuk berubah,” katanya.
Katanya, sifat mukmin mesti sentiasa bermuhasabah diri dan memperbaiki kesilapan setiap masa.
Bebelan Isteri, Itulah Kebahagian Yang Suami Tak Sedar

SESETENGAH lelaki memang tidak tahan apabila mendengar bebelan si isteri, lagi-lagi apabila sama-sama penat balik dari tempat kerja, baru sampai rumah terus perit telinga terpaksa mendengar bebelan. Pasti ianya mengundang perbalahan.
Namun jika suami faham akan keadaan isteri, boleh bersabar dan bertolak ansur, pasti perbalahan tersebut tidak berlaku. Sememangnya sudah lumrah wanita, apabila dia rasa penat, mulut pun mudah mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Suami yang baik sudah tentu belajar bersabar dan menerima kerenah isteri.
Dikongsikan oleh Dr. Taufiq Razif, satu ilmu yang amat berguna untuk pasangan yang sudah berkahwin dalam memahami antara satu sama lain. Kami bawakan perkongsiannya untuk anda di bawah.
BEBELAN SI ISTERI
“Isteri balik aja kerja, saya akan matikan segala jenis bunyi bunyian CD ataupun radio dan saya akan fokus 100% apa yang akan berlaku nanti. Seperti yang dijangka, bila isteri masuk dalam kereta, dia akan mula bercerita.
Ya Allah abang, banyak nya la pesakit harini. Tidak berhenti yang datang! Hendak makan pun tiada masa ni bang walaupun sudah pukul 5 petang. Ada pesakit yang datang hendak suruh kita rawat dia tapi alih-alih dia ceramah kita balik. Ada juga yang baik. Suka bagi makanan.
BANYAK SUNGGUH CERITA DIA
Belum campur dengan penyakit budak yang muda muda dah kena kencing manis. Bila ditanya rupanya mak dia suka bagi minum air gas masa kecik-kecik. Tepuk dahi bang! Pastu kan bang…bla..bla..Pastu kan..bla bla bla..
Cerita ni akan berterusan sampai la wajah dia yang berkerut kepenatan tadi perlahan-perlahan menjadi tenang dan riang. Ye, saya cuma diam, senyum dan membuat anggukan kecil. Saya bahagia mendengar bebelan dan cerita bidadari saya yang kepenatan sebab walaupun benda tu nampak simple je tapi benda tu la sebenarnya terapi jiwa untuk seorang wanita.
CARA WANITA DAN LELAKI BERBEZA
Wanita tak sama macam lelaki. Lelaki berehat dengan berdiam diri di suatu sudut, minum teh panas bersama kopi dan suratkhabar. Wanita ni istimewa. Mereka berehat dengan berkongsi dan meluahkan beban jiwa yang menekan dada mereka kepada orang yang dia percaya.
Percayalah, hanya dengan mendengar sebenarnya kita dah membantu isteri kita untuk mendapatkan kebahagiaan terbesarnya dan percayalah isteri yang bahagia akan membuatkan rumahtangga jadi lebih bersinar dan bercahaya dan anak-anak pun jadi lebih tenang dan mendengar kata.
GAMBAR : AZFARINA
Petua Peroleh Zuriat, Bangun Satu Jam Sebelum Solat Subuh, Qiyamullail Dan Setengah Jam Kedua Istighfar

Rezeki manusia sudah disusun cantik oleh Allah SWT, namun ia tetap memerlukan kita untuk lebih berusaha dan bersungguh-sungguh mencapai apa yang dihajatkan termasuk melakukan amalan yang boleh membuka pintu rezeki.kelebihan beristighfar sangat penting dan besar.
Rasulullah SAW yang maksum dan dijanjikan syurga sendiri beristighfar dengan penuh penghayatan sebanyak 70 hingga 100 kali sehari. Walaupun rezeki, jodoh dan ajal berada dalam ilmu Allah SWT hingga manusia tidak tahu apa yang akan diterimanya, Allah SWT tidak menafikan usaha hamba-Nya berikhtiar, bertawakal dan berdoa sebagai kebergantungan kepada-Nya.
“Kita sudah tahu rezeki setiap bulan akan mendapat gaji dan ia masih dalam konsep tawakal. Kita mampu pergi kerja kerana badan sihat dan apabila sudah melaksanakan tanggungjawab, lalu diberi gaji yang menjadi rezeki kita.“Sekiranya Allah SWT mahu menukar takdir hamba-Nya, ia boleh sahaja kerana itu menjadi hak-Nya. Tugas hamba adalah melakukan setiap suruhan-Nya, jangan berputus asa dan bersangka buruk kepada-Nya,”
“Barang siapa yang sentiasa beristighfar, maka Allah akan memberikan kegembiraan daripada setiap kesedihannya, dan kelapangan bagi setiap kesempitannya, dan memberi rezeki dari arah yang tidak disangka-sangka.”
(Riwayat Abu Daud, Ibnu Majah dan Ahmad) Malah, dengan beristighfar juga mengundang takdir yang baik untuk kita. Kisah Nabi Yunus boleh disifatkan sebagai contoh terbaik manusia yang segera mendapat bantuan Allah SWT kerana Baginda sentiasa mengingati Allah SWT ketika senang.
Disini kami ingin berkongsi sebuah kisah yang agak menarik… rasa rugi kalau tidak dikongsi dengan rakan-rakan… kisah nie berkait dengan istighfar… banyak rupanya kelebihan beristighfar nie… banyak juga yang hendak dicerita hehe… tapi, kami akan ambil satu cerita yang sangat menarik… cerita mengenai kelebihan mengamalkan beristighfar untuk berjaya hamil…
LAMA BERKAHWIN TAPI MASIH BELUM PUNYA ZURIAT
Dua orang sahabat sedang berehat, salah seorang sahabat sedang bersedih… lalu sahabatnya terdetik ingin bertanya… sebelum bertanya dia berdoa kepada ALLAH supaya menghilangkan kesusahan sahabatnya itu… lalu dia meminta sahabatnya tidak menyembunyikan masalahnya. Selepas dirayu dia berkata, “wahai sahabatku Abu Mu’adz, terus terang aku nyatakan apa yang aku rasakan.
Sebenarnya aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mahu mengurniakan kami zuriat keturunan. Aku berjumpa dengan ramai doktor, namun belum juga aku menemui penawar bagi kekusutan yang kami hadapi. Apakah agaknya jalan penyelesaian yang terbaik wahai Abu Mu’adz?”
Abu Mu’adz menjawab, “wahai sahabat, mari aku ceritakan kisah ajaib untukmu dari seorang yang boleh dipercayai” Abu Mu’adz mula bercerita…
Disebutkan kisah, seseorang masuk ke masjid di luar waktu solat. Dia kelihatan sedang bersedih. Maka disapanya, “wahai anakku, mengapa engkau bersedih?”
Anak muda itu berkata, “wahai pakcik, aku sudah berkahwin sejak sekian lama, namun ALLAH belum juga mengurniakan kami anak supaya aku boleh bermain-main dengan mereka dan mereka bermain-main denganku. Tidak ada doktor di dunia yang tidak aku temui, namun masalahku tidak juga terungkai.”
Lelaki tua itu menyuruhnya duduk. “Aku akan memberikanmu ubat dan ubat ini sukar untuk dilakukan. Namun aku bersumpah kepada ALLAH, itu adalah ubat.”
BANYAKKAN ISTIGHFAR
Anak muda itu bertanya, “apakah itu?” Lelaki tua itu menjawab, “Engkau bangunlah satu jam sebelum solat subuh bersama-sama isterimu. Satu jam itu kamu bahagikan kepada dua bahagian. Setengah jam pertama adalah untuk qiyamullail dan setengah jam kedua untuk beristighfar, nescaya ALLAH azza wa Jallah mengurniakan kalian anak. Allah berpesan dalam surah Nuh ayat 10 – 12:
“Maka Aku katakan kepada mereka, “Mohonlah keampunan kepada Rabbmu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. Nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”
Anak muda itu menemui isterinya… “Isteri yang ku cintai, segala puji bagi ALLAH, aku sudah temui penawar yang dicari-cari. Aku telah menemuinya, namun ia sukar sekali”
“Apa maksudmu? Penawar apakah itu?” isterinya bertanya…
Si suami membaca surah Nuh ayat 10 -12 dan memberitahu isterinya…“Kita perlu bangun satu jam sebelum subuh. Setengah jam kita pergunakan untuk solat dan setengah jam lagi kita pergunakan untuk istighfar, apakah engkau sedia melakukannya?” si suami bertanya
Isterinya menjawab, “sudah tentu, wahai suamiku, sebab itu adalah kalamullah” “Lalu, bila kita akan mulakan?” Tanya suaminya “Hari ini juga” kata isterinya
Semenjak hari itu, pasangan suami isteri ini terus melakukan qiyamullail dan beristighfar. Hanya selang 15 hari, sudah kelihatan tanda-tanda kehamilan pada isterinya. Si suami terus membawa isterinya berjumpa doktor. Selepas menjalani pemeriksaan perubatan, doktor mengesahkan isterinya hamil. Abu Mu’adz mengakhiri cerita……
Kembali kepada Abu Mu’adz dengan sahabatnya…
Selepas sahabatnya mendengar kisah tadi, Abu Mu’adz tidak lagi menemuinya kecuali sebulan selepas itu. Demi Allah, Abu Mu’adz lihat diwajah sahabatnya ada cahaya iman dan dia sedang berada dipuncak kebahagiaan. Abu Mu’adz katakan kepadanya, “Masya’Allah, wajahmu memancarkan cahaya.” Sahabatnya menjawab, “Alhamdulillah, semenjak hari itu wahai Abu Mu’adz, aku mengamalkan perubatan yang kamu cadangkan dan aku memberimu khabar gembira bahawa isteriku sekarang positif hamil.”
Abu Mu’adz juga pernah didatangi seorang pemuda yang sudah lebih tiga tahun berkahwin, namun mereka belum juga dikurniakan cahaya mata. Abu Mu’adz menceritakan kisah tadi kepada pemuda itu. Pemuda itu tahu, namun dia belum mempercayainya. Dia menemui isterinya dan menceritakan kisah itu.
Suatu hari, pemuda itu menemui Abu Mu’adz dan berkata “jazakallahu khairan, isteriku sekarang positif hamil padahal aku tidak melakukan amalan perbuatan apapun. Kerana kemiskinan, isteriku bangun sejam sebelum fajar, lalu mendirikan solat dan beristighfar. Sekarang dia positif hamil dan kami rasa sangat bahagia.”
Pesona Pengantin : Sebagai hambanya kita jangan pernah putus asa mahupun saling menyalahkan pasangan, dekatkan diri dengan Allah dan banyakkan berdoa supaya rezeki kita tidak pernah putus. Tahniah buat yang sudah dikurniakan zuriat, yang masih belum diberikan rezeki, cubalah cara ini.