Hubungan

“Kalau Kita Nak Jadi Isteri Yang Baik, Kita Kena Bangun malam, Kena Merintih..”

Share

Perkahwinan bukanlah satu kerja mudah. Untuk golongan wanita, kita perlu menjadi isteri dan ibu pada masa yang sama. Kadangkala, kita tertanya-tanya: adakah kita isteri terbaik buat suami?

Mak selalu pesan,

“Kalau kita nak jadi isteri yang baik, kita kena bangun malam. Kena merintih. Banyak menangis. Sebab kita ni lemah. Nak ubah suami pun payah. Nak cakap dengan suami lagi susah. Jadi, kita bercakaplah dengan Allah. Doakan kesalahan suami pada Allah. InsyaAllah, Allah sendiri akan didik suami untuk jadi baik pada anak isterinya”

Tiadalah yang lebih membahagiakan seorang wanita itu melainkan dia memiliki Tuhan didalam hatinya.

Memiliki Tuhan bererti kita ada tempat untuk mengadu, tempat merujuk, tempat meminta tolong, tempat penyelesai masalah dan segala-galanya.

Dua wanita ini, adalah bukti bahawa mereka tak pernah putus bangun di tengah malam, mendoakan suami mereka, lalu mereka dikurnia menjadi wanita yang paling bahagia.

Ibu saya, dan ibu mertua saya.

Wanita solehah.

#sweeterapi

IKLAN