Suami isteri ibarat aur dan tebing. Lumrah hidup berumah tangga pasti ada pahit dan manisnya. Namun, itu bukanlah bermakna anda dan pasangan tidak serasi. Semestinya, anda berdua perlukan masa untuk serasi bersama.
Kalau bergaduh sekalipun jangan sampai melibatkan orang lain untuk masuk campur hubungan rumah tangga anda. Tapi, jika ianya terus berlarutan carilah yang benar-benar faham anda dan pasangan.
Bagi isteri pula, syurga sudah semestinya dibawah tapak kaki suami anda. Walaupun anda bergaduh janganlah sampai tidak hiraukan langsung pasangan anda. Itu bukan jalan penyelesaiannya. Seeloknya berbincang secara elok. Untuk isteri, ini yang patut anda lakukan.
Ads
#1) Jangan lupa ambil tangannya dan kucuplah. Tanda kita bersyukur dengan apa yang Allah berikan.
#2) Suami tak memerlukan maaf kita, tapi kita sebagai isteri sangat perlu kemaafannya.
#3) Hanya dengan restu dan doa suami, Allah meminta malaikat menjaga isteri dari keluar pagi hingga balik nanti.
Ads
#4) Di pejabat, tempat kerja, jalan raya, Allah haramkan segala kejahatan dekat dengan isteri yang selalu meminta izin pada suami.
#5) Bukan soal siapa suami, tapi soalnya, di sisi Allah, apakah yang ada pada suami.
Ads
#6) Belum terlambat , telefon atau mesej lah suami, mohon maaf jika tak salam tadi.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagaimana jika seseorang mempunyai wang yang mencukupi untuk perbelanjaan Haji tetapi dia juga ingin berkahwin?
JAWAPAN
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Perkahwinan atau pernikahan adalah sangat dituntut di dalam Islam. Sudah menjadi fitrah manusia untuk saling berkasih sayang ini diperjelaskan di dalam Al-Quran melalui firman Allah SWT:
Maksudnya:“Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” (Surah al-Zariyaat: 49)
Perkataan nikah berasal dari perkataan Arab (نكح، ينكح، نكحا) yang bermaksud bernikah dan perkataan (الاختلاط) yang bermaksud bercampur. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 34)
Dari istilah syarak, nikah ialah suatu akad yang menghalalkan istimta’ (bersetubuh atau berseronok-seronok) di antara suami isteri dengan cara yang dibenarkan oleh syarak. Masyarakat arab menggunakan perkataan nikah dengan makna akad yang juga mambawa maksud persetubuhan serta berseronok-seronok. (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji ‘ala Mazhab al-Imam al-Shafie, hlm. 671)
Setiap manusia yang sudah dewasa dan sihat dari sudut fizikal dan rohaninya sudah semestinya merasakan keinginan untuk berkahwin yang sangat tinggi disebabkan fitrah untuk saling memerlukan. Perkataan “zawaj” yang digunakan di dalam Al-Quran bermaksud berpasangan dan mengikut konteks penggunaanya ia mambawa maksud perkahwinan. Allah SWT menjadikan perkahwinan untuk menghalalkan perhubungan dan mengelakkan penzinaan kerana manusia itu fitrahnya ingin berpasangan.
Oleh sebab itu, adalah dituntut kepada manusia yang sudah berkemampuan untuk segera melaksanakan sunnah yang dituntut ini, ini juga berdasarkan hadis nabi :
Maksudnya:“Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” Riwayat Muslim (3386)
Hukum Perkahwinan
Jumhur ulama’ telah bersepakat bahawa hukum asal pernikahan adalah sunnah bukannya wajib. Walau bagaimanapun, sebahagian ulama’ telah mambahagikan hukum nikah kepada 5 hukum mengikut kedudukan pelakunya :
Oleh hal yang demikian, jika dilihat hukumnya bergantung kepada individu terbabit, sekiranya dia mampu untuk menahan dirinya dan dia tidak terburu-terburu untuk berkahwin maka hendaklah dia mengerjakan haji terlebih dahulu berdasarkan Firman Allah SWT:
Maksudnya:“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah. Barangsiapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.” (Surah Ali Imran: 97)
Dan ini diperkukuhkan lagi dengan hadis Nabi SAW :
Maksudnya: “Islam dibangun di atas lima perkara: bersaksi tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah dan mengaku Muhammad adalah utusan-Nya, mendirikan shalat, menunaikan zakat, berhaji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” Riwayat al-Bukhari (8) dan Muslim (16)
Walaubagaimanapun, sekiranya dia khuatir tidak mampu untuk menahan dirinya daripada melakukan kemaksiatan maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan bagi mengelakkan kemudharatan yang lebih besar.
Pendapat Ulama’
Syeikh Ibn Qudamah Rahimulllah telah berkata: “Jika dia perlu kepada pernikahan dan dikhuatiri dirinya menghadapi kesulitan (kerana belum bernikah), maka hendaklah dia mendahulukan perkahwinan terlebih dahulu. Hal ini kerana ia (pernikahan itu) wajib kepadanya sekiranya dia mampu untuk memberi nafkah dan sekiranya dia tidak khuatir tentang perkara tersebut maka hendaklah dia mendahulukan menunaikan haji. Hal ini disebabkan (ketika itu) pernikahan adalah sunnah, maka tidak perlu didahulukan daripada haji yang hukum asalnya adalah wajib”. (Rujuk al-Mughni, 5/12)
Syeikh Ibn Uthaiman Rahimullah berkata: “Tidak dapat diragukan lagi bahawa pernikahan adalah diutamakan daipada haji sekiranya seseorang itu telah memiliki dorongan syahwat yang sangat kuat, maka perkahwinan ketika itu padanya adalah merupakan keharusan kepada kehidupannya, dan sekiranya dia mempunyai keinginan untuk berkahwin yang tinggi maka hendaklah dia mendahulukan pernikahan daripada haji. Hal ini disebabkan Allah SWT telah mensyariatkan kewajipan menunaikan haji bagi orang yang “berkemampuan’. Ini berdasarkan firman Allah SWT :
Maksudnya:“Mengerjakan haji adalah kewajipan manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup berjalan menuju ke Baitullah.” (Surah Ali Imran: 97)
Walaupun orang yang masih remaja, dan masih belum mempunyai keinginan untuk bernikah pada tahun ini atau selepasnya, maka hendaklah dia mendahulukan haji. Hal ini kerana dia tidak berada di dalam keadaan terdesak untuk mendahulukan haji daripada pernikahan. (Rujuk Fatawa Manar al-Islam, 2/375)
Kesimpulan
Haji dan perkahwinan merupakan suatu perkara yang sangat dituntut di dalam agama. Walau bagaimanapun haji merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan bagi golongan yang berkemampuan. Dan sekiranya dia tidak berada di dalam keadaan yang terdesak untuk berkahwin dan tidak mempunyai masalah untuk berkahwin sesudah itu, maka hendaklah dia melaksanakan kewajipan haji terlebih dahulu. Sesungguhnya Allah akan memberikan ganjaran kebaikan sebagai gantinya kerana haji merupakan suatu seruan dan suruhan Allah yang agung kepada manusia.
Akhir sekali, marilah kita berdoa semoga kita dijauhi dan dilindungi oleh Allah SWT daripada perkara-perkara yang dimurkai oleh-Nya seterusnya hidup dibawah rahmat-Nya. Amin.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Wanita apabila bermula sahaja alam rumahtangga, banyak urusan melibatkan suami dan anak-anak menyebabkan mereka kadang kala terlupa untuk menjaga kesihatan dan kecantikan dalaman diri sendiri. Perkara ini bukan sahaja merugikan malahan berpontensi menjadi punca kepada gejala suami memandang pada wanita lain.
Untuk memastikan kecantikan dan kesihatan luar dan dalam ini ada wanita yang sanggup berhabisan ratusan ringgit namun adakalanya kesan yang diperolehi kurang memuaskan hati. Lebih malang lagi kalau produk yang dicuba ada kesan sampingan pula. Jadi bagi mereka yang inginkan petua yang bukan sahaja selamat dan berkesan pemilihan petua tradisional adalah yang paling sesuai. Dimana kebanyakkan petua-petua ini telah diguna pakai oleh mereka yang terdahulu. Cuma kadang-kala petua-petua ini agak leceh sedikit.
Perlulah lebih gigih untuk dapatkan kepuasan cantik luar dan dalam, terutama dengan pengambilan makanan atau minuman berkhasiat. Cuba anda buat dan amalkan minuman ini, bukan sekadar kekal jelita tapi juga bagus untuk kesihatan dalaman kaum wanita.
1. Rebusan serai & halia
2. Rebusan sireh
3. Rebusan sireh & daun inai
4. Rebusan halia, serai, cengkih & kunyit
Amalan berkhasiat ini bagus untuk penjagaan kesihatan terutama bagi yang mahu menjaga dalaman badan, segarkan urat saraf serta membuang toksik dan lemak dalam tubuh.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kehamilan merupakan tempoh yang cukup penting bagi seorang wanita. Sebelum tiba waktu untuk bersalin, seorang ibu yang sedang hamil pastinya mengalami perubahan fizikal yang jelas dan nyata.
Perubahan fizikal yang dimaksudkan adalah perubahan bentuk tubuh terutama di bahagian perut iaitu ia akan membesar sehingga pakaian yang biasa dipakai mulai sempit dan tidak selesa seperti biasa.
Tip fesyen kali ini berkongsikan tip memilih busana hamil yang sempurna mengikut usia kandungan.
USIA KEHAMILAN 1-3 BULAN Ketika anda berada di dalam tempoh awal kehamilan, celana atau seluar yang terbaik yang boleh anda pilih ialah daripada pakaian yang diperbuat daripada bahan yang lembut. Ini cukup penting bagi memastikan perut anda tidak melecet dan mengakibatkan luka. Untuk baju pula, anda boleh memilih baju yang lebih longgar agar anda berasa selesa dan nyaman.
USIA KEHAMILAN 4-6 BULAN Pada usis kehamilan yang sudah memasuki trimester kedua ini, perut anda mulai nampak dan tibalah waktu untuk anda mulai membeli beberapa pakaian hamil yang sedikit longgar serta tidak terlalu ketat. Anda boleh memakai seluar denim ataupun legging yang khusus untuk ibu hamil. Ia boleh dipadankan dengan blaus mahupun t-shirt longgar agar memberi lebih keselesaan buat ibu hamil.
USIA KEHAMILAN 6-9 BULAN Pada usia kehamilan yang sudah memasuki trimester ketiga ini, pastinya perut anda jelas kelihatan, Walaubagaimanapun, anda masih boleh memakai seluar denim mahupun legging yang khusus buat ibu hamil. Namun begitu, pastikan bahagian atasnya lebih longgar dan potongannya lebih polos. Bagi mendapatkan keselesaan optimum dan memudahkan pergerakan, anda dinasihatkan untuk memakai busana jenis dress labuh agar anda sentiasa berasa selesa dan nyaman.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...