Kebanyakan kaum lelaki yang bergelar suami berkerja siang dan malam demi keluarga. Mereka ini tidak berkira dengan isteri dan anak-anak untuk membelanjakan wang ringgit malahan. Malahan pula tidak kedekut tenaga untuk membantu isteri di rumah. Bak kata orang, isteri juga berperanan dan punca bagi suami murah rezeki. Selain itu, apakah tips dan cara buat suami murah rezeki?

Zaman ini ramai para isteri membantu suami untuk mendapatkan rezeki yang lebih samada turut sama bekerja bagi meringankan beban suami. Bagi yang tidak bekerja mereka akan melakukan cara yang lain seperti sentiasa berdoa agar suami murah rezeki dan sebagainya. Ikuti perkongsian ini mengenai pentingnya menghargai seorang isteri agar rezeki suami terus diberkati.

Kalau Suami Anggap Isteri Itu Beban, Maka Jadilah Beban, Kalau Suami Anggap Isteri Punca Datangnya Rezeki, Maka Jadilah Magnet Rezekimu

“Kalau kau rasa isteri itu beban, maka ia akan jadi beban dalam hidup. Tapi kalau kau anggap isteri sumber asbab rezeki, ia akan jadi 'magnet rezeki'.”
Nak rezeki sentiasa datang, dahulukan isteri lebih dari orang lain. Sebab bidadari kita tak pernah berhenti mendoakan dan dia adalah punca rezeki dalam rumahtangga.

IKLAN

Jantung sebuah rumah adalah seorang isteri. Jika hatinya tak bahagia, maka seisi rumah akan kena tempias nampak tak bermaya. Maka para suami, sayangi isterimu agar di sentiasa gembira dan berdoa untuk kita.
Kata Ustaz Ebit Lew,

Kalau Suami Anggap Isteri Itu Beban, Maka Jadilah Beban, Kalau Suami Anggap Isteri Punca Datangnya Rezeki, Maka Jadilah Magnet Rezekimu

“Syukur pada Allah pemberi rezeki. Tiada yang boleh beri sesuatu melainkan Allah. Terima kasih Allah. Belanja atas isteri dan keluarga sedekah paling besar nilainya. Nafkah wajib. Apa yang kita suka untuk diri, itu juga yang kita kongsikan dengan isteri.” Buat isteri gembira, rezeki datang. Buatkan isteri rasa dihargai, rezeki melimpah. Sentiasa buat isteri seronok, rezeki datang tak disangka.

IKLAN

Kawan-kawan,
Jika terasa rezeki sempit, usah risau. Perbaiki hubungan dengan isteri dulu. Check mana yang terkurang. Gembirakan hatinya. Insha Allah, awak akan lihat rezeki datang dalam bermacam bentuk rupa.

“A successful marriage requires falling in love many times, always with the same person.”
Begitulah.

IKLAN

Kredit: MyRa Nadzri

GAMBAR HIASAN : TANGKAP PICTURES

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI