_Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan._

Semalam cuti sibuk masak untuk bidadari dan anak-anak. Semua anak-anak bersorak sibuk tengok macam kapal terbang mendarat dalam rumah. Sebab jarang-jarang ayahnya masak. Ya Allah. Maafkanlah diriku ini…
.
Kelakar campur sedih sayu sangat…..sebab terbayang bidadari saya hari-hari masak. Mak saya dulu pun begitu.begitulah kebanyakan wanita…anak-anak kata ayah nak ini..nak itu..nak ini..menjerit-jerit. Dia tak tahu ayah dia bukan pandai macam umi dia masak. .
Isteri lak senyum-senyum tengok suami..sibuk rakam suami dia masak. Ambil gambar..hehe…orang bercinta memang macam tu yer..duduk-duduk nak ambil gambar. Sayang, tunggulah di luar biar abang masak..nanti malu.tak jadi.Sayang rehat yer..tengok masa buka nanti..
.
Baru tahu sebab apa wanita suka upload makanan kat fb..yerlah sebab dia masak. Dia penat. Dia seronok. Tu jer.

Cuba tengok isteri, sambil masak boleh layan suami..sambil masak boleh buat susu anak. Sambil masak boleh kemas rumah. Sambil onn mesin basuh. Kutip baju. Beribu kerja satu masa

IKLAN

IKLAN

.
Saya masak macam mengaji. Solat. Betul-betul khusuk. Yerlah macam orang baru ambil lesen kereta. L.dapur pun bersepah..dah siap baru kemas
.
Lihat seorang isteri mereka berpuasa sama dengan kita suami. Mereka bekerja, sama dengan kita cari rezeki. Jika tak kerja di luar, kerja di rumah 24 jam tak habis-habis. .
Tapi bila sampai rumah kebanyakannya isteri jaga anak-anak. Kita sedap-sedap dapat solat isya dan Tarawih di masjid. Jumpa kawan-kawan di masjid. Isteri sibuk urus anak sepanjang malam. Buat yang anak-anak masih kecil. .
Isteri sibuk uruskan anak-anak. Lepas tu mereka juga bangun sahur awal. Ada pula suami pesan isteri jangan lupa kejut sahur. Kalau tak kejut abang tak puasa. Jika tak bangun, marah isteri.
Kasihanilah ibu dan isteri kita. Sayangilah mereka. Mereka tolong kita cari duit tanpa harap balasan. Mereka jadi bibik 24 jam di rumah. Bibik pun ada gaji dan ada waktu bekerja.
.
Isteri jadi tukang masak yang pakar. Masakan mereka dengan doa dan bersih. Sentiasa cari menu baru dan fikir apa nak masak untuk suami.Sebab nak beri yang terbaik buat suami. 24 jam fikir nak masak apa

IKLAN

Kredit IG Ebitlew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI