“Sedih pilu menangis sangat bila terbaca kisah sesiapa ceraikan isteri sedang mengandung untuk berkahwin lain.

“Cuba bayangkan kita diuji mak ayah kita bercerai kini. Apa perasaan kita. Jika kita dah tua ini rasa begitu. Bagaimana satu hari nanti anak yang tak tahu apa-apa itu nak faham,”

Hadiah paling mahal ibu bapa kepada anak-anaknya ialah cara didikan agama dan contoh kasih sayang kedua ibu bapanya.

Dalam pada itu, Ebit turut berdoa agar ALLAH menyelamatkan rumah tangga pasangan ini dan rumah tangga kita semua.

Kasihanilah Isterimu, Kenapa Ada Suami Sanggup Kahwin Lain Ketika Isteri Sedang Sarat Mengandung

“Janganlah bina mahligai bahagia atas tangisan air mata isteri yang kita nikahi dan cintai serta tangisan anak-anak,” katanya.

Menurut Ebit lagi, sewaktu beliau turun berdakwah di jalanan, kelihatan wajah sedih anak-anak ini yang datang dari keluarga yang bercerai-berai.

“Buat yang telah diuji terus kuat ya. Kita ada ALLAH. Jadikanlah musibah itu buat kita dekat dengan ALLAH. Semoga ALLAH selamatkan kita semua dari hati yang mati. Hidupkan jiwa kami semua dengan takwa. Doakan yang baik untuk semua,” tulisnya.

IKLAN

Tambah Ebit, untuk ingatan diri sendiri dan semua, isteri merupakan amanah ALLAH untuk dipimpin dan bimbing ke syurga.

Kasihanilah Isterimu, Kenapa Ada Suami Sanggup Kahwin Lain Ketika Isteri Sedang Sarat Mengandung

“Kita mulia dan manusia sebaik-baik kejadian. Kita sayang kerana ALLAH, kalau banyak kekurangan kita tampung dan bina sama-sama untuk reda ALLAH. Lihat isteri, kenangkanlah ibu kita, kenangkan anak perempuan kita, kenangkanlah,”

LAYAN ISTERI MACAM PERMAISURI

Di dalam sesebuah keluarga, isterilah jantungnya. Pernahkah anda mendengar ungkapan ‘layan isteri seperti permaisuri,anda akan rasa hidup seperti raja’.

IKLAN

Ungkapan ini merujuk kepada sikap suami yang sentiasa menghargai isteri dan meraikan isteri mereka pasti akan membawa kebahagian didalam rumah tangga.

Isteri ialah magnet rezeki, jika anda mahu kehidupan yang senang dan mewah, hargailah isteri anda.

Macam-macam kisah sedih rumahtangga sering dikongsikan oleh isteri-isteri yang tertekan dek kerana sikap suami yang langsung tidak pandai menghargai isteri mereka.

Malah dilayan seperti orang gaji, langsung tiada gurauan mesra mahupun gelak ketawa didalam rumahtangga.

IKLAN

Yang mereka tahu, bila balik kerja makanan terhidang, rumah berkemas, baju bercuci dan anak-anak didalam keadaan rapi.

Kasihanilah Isterimu, Kenapa Ada Suami Sanggup Kahwin Lain Ketika Isteri Sedang Sarat Mengandung

Namun tidak pernah sekalipun tampil untuk menghulurkan bantuan bagi meringankan beban isteri mereka.

Tambahan pula, zaman sekarang ramai wanita yang turut sama-sama bekerja mencari rezeki demi kelangsungan hidup. Namun tidak sikit pun tanggungjawab terhadap rumahtangga ingin turut sama dikongsi suami.

Sampai bila mentaliti adat melayu ini akan dihapuskan? Kerana ianya hanya mengundang kemurungan dan keretakan sesebuah rumahtangga.

Jadi wahai suami, jika ingin menikmati kemewahan dunia, rezeki yang mengalir tanpa henti, hargailah isteri anda. Sayangilah mereka seperti mana mereka disayangai ibu bapa mereka. Sanjungilah mereka, kerana merekalah lahirnya zuriat kamu ke dunia. Railah meraka, kerana mereka jantung hati sesebuah keluarga.

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI