Dalam gembira berhari raya tadi, aku terima 1 mesej. Puan ini minta nasihat untuk masalah dia.
Ringkasnya begini;
Dia ini dulu janda. Ada 4 orang anak. Bertahun tanpa suami. Namun akhirnya bertemu dengan seorang lelaki. Lelaki tadi tak cerita latar belakang sebenar. Dah jatuh hati dan rancang nak kahwin baru tahu rupanya suami orang.
Atas pujuk rayu dan janji yang lelaki tadi beri, dia percaya. Berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama. Dekat Thailand sana. Ini berlaku pada tahun 2016 dulu.
Perkahwinan cuma dirasakan baik selama 5 bulan sahaja. Lepas itu isteri pertama tahu. Maka berlaku sengketa. Dia ditinggalkan. Suami dah tak balik bertemu dengan dia. Lebih setahun.
Tapi masih balas mesej. Macam biasa memberi janji itu dan ini. Cuma terbaru ini, dah beberapa bulan suami mendiam terus tanpa berita. Call tak dapat, mesej tak dapat.
Jadi dia tertekan.
“Akak cuba jadi madu yang tak banyak kerenah. Lebih setahun suami tak balik, akak tak paksa. Faham dengan keadaan. Mesej sahaja pun akak masih bertahan dan ok,” kata puan ini.
Dia kata lagi, “Saya cuba minta bantuan JAKIM. Saya hubungi JAKIM. Yang jawab panggilan saya seorang ustazah. Saya kena marah. Hina sangat ke isteri nombor 2 ni?”
Saya cuma balas nanti saya akan tulis sikit untuk puan ini. Sebab saya sendiri terganggu emosi bila ada cerita suami macam ini.
Ikutkan pengalaman cerita sekeliling banyak saya dapat bila berkahwin poligami ini diam-diam, ada 2 keadaan yang selalu berlaku.
Pertama; lepas isteri pertama tahu suami akan tinggalkan terus isteri kedua. Kalau tak secara terus, perlahan-lahan dia akan biarkan isteri kedua.
Ada kes saya jumpa isteri pertama tahu sahaja, tak sampai seminggu terus ceraikan isteri kedua. Dia ingat hati perempuan ni boleh buat main macam tu je. Baler.
Apa sahaja alasan suami ini tadi, dia akan tinggalkan isteri kedua. Yang lagi rumit dan teruk, sudahlah ditinggalkan, tergantung pula. Tanpa ada lafaz cerai. Tinggal begitu sahaja.
Jadi isteri kena tuntut fasakh. Buat semua urusan sendiri. Padahal sebelum itu berjanji macam-macam.
Kedua; lepas isteri pertama tahu, suami bergaduh dengan isteri pertama. Pung pang pung pang entah macam-macam. Sudahnya dia ceraikan isteri pertama.
Tinggalkan isteri dengan anak-anak. Kata isteri tak faham perasaan suami. Ah kau! Geram pula aku.
Jadi dia teruskan hidup dengan isteri kedua. Tanpa pedulikan dah isteri pertama tadi.
Baik, pada aku suami untuk keadaan pertama atau kedua, dua-dua setan.
Haa! Kan dah.
Kau nak kahwin lebih daripada 1, perkara pertama kau kena jaga adalah tanggungjawab. Itu tugas kau terhadap 2 jiwa yang kau kena jaga.
Termasuk dalam hal tanggungjawab juga adalah kau berani nak berdepan dengan isteri beritahu yang kau nak kahwin lagi.
Teringat kata-kata seorang ustaz ni, dia ada 2 isteri. Dua-dua isteri tadi tinggal serumah.
Dia kata, “kalau nak kahwin lebih pun tak berani nak cakap dekat isteri pertama, apa jaminan dia berani nak berdepan dengan banyak lagi ujian dengan isteri-isteri lepas ni?”
Iya, betul lah tu. Sebab tu aku tak sokong kau nak berkahwin lebih tapi diam-diam. Kalau hal sebesar ini kau diamkan, apa lagi pula yang kau diamkan dekat luar sana.
Jadi macam yang aku pesan sebelum ni, nak berkahwin lebih ni, kau bincanglah dulu dengan isteri pertama. Memang ngeri. Aku faham.
Gigil kau akan lebih daripada masa kau nak akad nikah dengan isteri kau dulu. Tapi itulah yang kau kena hadap.
Bagi rasional apa yang kau nak kahwin lebih. Apa pula usaha yang kau akan buat lepas dah hidup ada 2 isteri nanti.
Begitu. Kalau ini kau tak berani nak buat, elok kau tangguh lah hasrat kau tu. Serius ni aku pesan.
Dah, aku nak fikirkan jawapan untuk puan tadi. Kau tolong doakan aku ya.
Kredit : Firdaus Mokhtar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI