pic-pinterest

Apabila dapat tahu rakan rapat kita sendiri sedang bercinta dengan bekas kekasih, sememangnya perasaan kecewa akan timbul. Ia lebih teruk jika kita berpisah dengan bekas kekasih dengan cara yang menyedihkan.

Ramai yang rasa dikhianati apabila rakan sendiri bercinta dengan bekas kekasih kita. Namun, adakah kita perlu membuang persahabatan yang terjalin kerana cinta baru mereka itu dan jika kita masih menghargainya, apakah yang perlu kita lakukan dalam situasi ini? Memang ia sukar, namun perlu dihadapi untuk ketenangan hati dan diri kita sendiri.

Kawan Baik Bercinta Dengan Bekas Kekasih, Nak Mengamuk Atau Biarkan?

Tenangkan perasaan

Apabila memikirkan situasi ini, tarik nafas sedalam-dalamnya dan tenangkan minda juga hati kita. Fikir dan ingatkan diri bahawa si dia menjadi bekas kekasih kerana diri kita dan dia tidak serasi dan ada sebabnya kenapa berpisah. Kita tahu perangai sebenarnya dan kita tidak perlu rasa rugi apa pun, apatah lagi cemburu dengan rakan kita.

Bincang dengan rakan

Jangan abaikan perasaan sendiri dan bersedihlah jika perlu. Namun selepas itu kita perlulah berbual daripada hati ke hati dengan rakan yang sedang bercinta dengan bekas kekasih kita itu. Tanyakan bagaimana ia boleh berlaku dan apa pendiriannya sekarang. Jangan suruh dia memilih antara kita atau bekas kekasih kita itu kerana ia akan memburukkan lagi keadaan. Beritahu perasaan kita dan cuba fahami perasaan masing-masing.

Kawan Baik Bercinta Dengan Bekas Kekasih, Nak Mengamuk Atau Biarkan?

Masa dan ruang sendiri

Berikan diri masa dan ruang untuk diri sendiri. Jika kita masih berkawan dengan mereka, agak baik untuk kita tidak selalu berjumpa dengan mereka. Cukuplah jika anda berbual menerusi aplikasi perbualan di telefon saja. Tidak perlu untuk kita mengintai apa yang mereka buat dan katakan di laman sosial kerana akan membuatkan kita berfikir mengenainya. Masa tentunya akan membuatkan kita melupakannya dan lebih tabah.

Jangan sabotaj

Memang jika ikutkan perasaan kita rasa seperti dikhianati, namun ia bukanlah alasan untuk kita sabotaj hubungan percintaan mereka. Jangan menghasut atau mencalarkan imej rakan pada bekas kekasih. Kita juga usah bercerita mengenai bekas kekasih pada rakan kita itu. Anggap saja itu mungkin jodoh mereka atau mungkin juga ia tidak akan kekal lama pun. Apapun mereka berhak mencari kebahagiaan. Kita juga boleh bahagia dengan kehidupan kita dengan fokus pada diri sendiri.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI