Kasih sejati tidak mementingkan diri kerana seseorang yang benar-benar mengasihi pasangannya akan berusaha membuat pasangan gembira dan berasa dihargai. Ingatlah walau bagaimana situasi anda, penat atau sulit, layan pasangan sebaik mungkin kerana percaya atau tidak, mereka jugalah antara pengubat segala kekusutan anda. Tidak ada alasan bagi membolehkan mana-mana suami atau isteri bersikap acuh tidak acuh kepada pasangannya.

Kaya Itu Bukan Bahagia, Tapi Bila Kita Ingat Dan Hargai Orang Di sisi Kita
.

Tunjukkan kasih sayang dan menghargai pasangan ini bukan hanya sesekali atau ketika anda dalam keadaan gembira saja namun ia perlu dilakukan setiap hari dan setiap masa. Paling utama senyum, sentiasa mesra dengan pasangan walaupun anda dalam keadaan penat atau marah. Jaga hatinya dan jika keluar berdua atau bersama anak-anak cari peluang untuk berpegangan tangan.

Kebanyakan pasangan terutamanya yang sudah berkahwin melebihi lima tahun memberi alasan malu atau tidak biasa berkelakuan mesra dengan pasangan di hadapan orang lain apatah lagi apabila berada di tempat umum. Mesra yang saya maksudkan ini bukanlah mengada-ngada yang keterlaluan atau perlu berkelakuan kurang sopan di khalayak, cukuplah sekadar jalan berpimpin tangan sambil berbual mesra atau bergelak tawa.

Kaya Itu Bukan Bahagia, Tapi Bila Kita Ingat Dan Hargai Orang Di sisi Kita
.

Biasakan situasi itu tidak kiralah berapa lama tempoh perkahwinan anda. Siapa kata hanya golongan muda boleh berkelakuan sedemikian? Hakikatnya usia atau tempoh perkahwinan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk anda mempamerkan kasih sayang.

Kaya Itu Bukan Bahagia, Tapi Bila Kita Ingat Dan Hargai Orang Di sisi Kita
.

Menjadi antara figura yang paling disenangi oleh rakyat Malaysia, kiriman Ebit Lew sentiasa menjadi perhatian warganet terutama mengenai kerja dakwah dan sumbangan yang dilakukannya. Terbaru, Ebit Lew memuatnaik satu kiriman mengenai ulang tahun kelahiran isterinya yang akan tiba tidak lama lagi.

Bidadari saya lahir 17 Jun. Sebab PKPB ini hari-hari saya fikir tak sabar nak cakap selamat hari lahir. Anak perempuan sulung 27 Jun. Berdebar fikir nak beri hadiah apa. Saya tanya nak hadiah apa? Kata bidadari saya nak doa abang jer. Betullah doa tulah hadiah paling berharga. Anak perempuan nak minta setiap hari ada dirumah buat Talim macam biasa.

Kata bidadari saya. Nak abang senyum selalu. Jangan menangis jer. Dulu mak saya selalu ucap selamat hari lahir. Walau tiada hadiah. Ucapan itu saya rindu sampai sekarang. Rindu mak. Ramai orang ingat bahagia itu bila ada duit banyak dan beri segalanya. Itu nikmat. Tapi bahagia ini sebenarnya bila kita ingat dan hargai orang disisi kita. Sebut nama mereka dalam doa. Beri walau sedikit ucapan yang ikhlas. Orang yang kita sayang.. Subhanallah. Alhamdulillah. Allahuakbar. Besar nilainya kan.

Terima kaseh sayang bidadariku bahagia sayang ada disisi abang. I love u sayang. Selamat hari lahir sayang. Ucap awal sebab dah tak sabar. Boleh ker ucap awal-awal. I love u bidadariku sayang-ebitlew

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI