Kelebihan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” bila diamalkan dalam kehidupan seharian kita. Antaranya terhapuslah dosa seperti gugurnya daun dari pohon , … Kalimah (ucapan) paling disukai oleh Allah SWT, … kalimat yang ditanam di Syurga..
1. Rasulullah SAW. bersabda, “Lazimkan membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akhbar, kerana semua itu dapat menghapuskan dosa sebagaimana gugurnya daun dari pohon”. (HR Ibnu Majah)
2. Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah SAW. berkata : “Membaca Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar lebih aku sukai daripada seisi dunia.” (Hadith Riwayat Muslim)
3. Dari Samuroh bin Jundub, ia berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda, “Ada empat ucapan yang paling disukai oleh Allah: (1) Subhanallah, (2) Alhamdulillah, (3) Laa ilaaha illallah, dan (4) Allahu Akbar. Tidak berdosa bagimu dengan mana saja kamu memulai” (HR. Muslim no. 2137).
Ads
4. Dari Abu Hurairah, dia berkata, “Rasulullah SAW telah bersabda: ‘Sesungguhnya membaca “Subhanallah walhamdulillah wa laa ilaha illallah wallahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada sesembahan yang berhak disembah selain Allah, dan Allah Maha Besar)” adalah lebih aku cintai daripada segala sesuatu yang terkena sinar matahari.” (HR. Muslim no. 2695).
Al Munawi rahimahullah mengatakan, “Segala sesuatu yang dikatakan antara langit dan bumi, atau dikatakan lebih baik dari sesuatu yang terkena sinar matahari atau tenggelamnya, ini adalah ungkapan yang menggambarkan dunia dan seisinya.” Dari sini menunjukkan bahwa keempat kalimat tersebut lebih baik daripada dunia seisinya.
5. Dari Ummi Hani binti Abu Thalib dia berkata, “pada suatu hari Rasulullah SAW mnghampiriku , lalu aku berkata kepadanya, “Wahai Rasulullah, aku sudah tua dan lemah, maka perintahkanlah kepadaku dengan amalan yang boleh aku lakukan dengan keadaan duduk.” Rasulullah SAW bersabda: “Bertasbihlah kepada Allah seratus kali, umpama kamu membebaskan seratus budak dari keturunan Ismail.
Ads
Bertahmidlah kepada Allah seratus kali umpama kamu menunggang dengan seratus kuda yang dibawa kejalan Allah. Bertakbirlah kepada Allah dengan seratus takbir kerana ia sama dengan seratus unta yang menggunakan tali pengekang dan penurut. Bertahlillah kepada Allah seratus kali.” Ibnu Khalaf berkata; saya mengira beliau bersabda:
“Kerana ia memenuhi di antara langit dan bumi, dan pada hari ini tidaklah amalan seseorang itu diangkat kecuali akan didatangkan dengan sepertimana yang kamu lakukan itu.” (HR. Ahmad 6/344. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan. Lihat Ash Shilsilah Ash Shohihah no. 1316)
6. Dari Abdullah bin Amr, Rasulullah SAW “Tidaklah seorang di muka bumi ini mengucapkan: Laa ilaha illallah, wallahu akbar, subhanallah, wal hamdulillah, wa laa hawla wa laa quwwata illa billah, melainkan dosa-dosanya akan dihapus walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Ahmad 2/158, sanadnya hasan)
Ads
7. Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Aku pernah bertemu dengan Ibrahim pada malam ketika aku diisra`kan, kemudian ia berkata, Wahai Muhammad, sampaikan salam dariku kepada umatmu, dan beritahukan kepada mereka bahwa Syurga debunya harum, airnya segar, dan Syurga tersebut adalah datar, tanamannya adalah kalimat: Subhaanallaahi wal hamdu lillaahi laa ilaaha illaahu wallaahu akbar (Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, dan Allah Maha Besar).” (HR. Tirmidzi no. 3462. Syaikh Al Albani mengatakan bahwa hadis ini hasan)
8. Dari Abu Sa’id Al Khudri dan Abu Hurairah, bahwasanya Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah telah memilih empat perkataan: Subhanallah (Maha suci Allah) dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) dan laa ilaaha illa allah (tidak ada sembahan yang berhak disembah selain Allah) dan Allahu akbar (Allah maha besar). Barang siapa mengucapkan Subhaanallah, maka Allah akan menulis dua puluh kebaikan baginya dan menggugurkan dua puluh dosa darinya, dan barangsiapa mengucapkan Allahu Akbar, maka Allah akan menulis seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan laa Ilaaha illallah, maka sama seperti itu juga, dan barang siapa mengucapkan Alhamdulillahi Rabbil aalamiin dari relung hatinya maka Allah akan menulis tiga puluh kebaikan untuknya dan digugurkan tiga puluh dosa darinya.” (HR. Ahmad 2/302. Syaikh Syuaib Al Arnauth mengatakan bahwa sanadnya shahih)
Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk istiqomah mengamalkan zikir “Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallahu akbar” dalam kehidupan seharian kita. In sya Allah.
– Digital Dakwah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kalau ikutkan, ramai berharap dapat isteri sempurna namun realitinya Allah cipta manusia untuk saling melengkapi. Jadi kena belajar terima seadanya.
Ada sesetengah suami mengharapkan isteri yang dikahwininya mampu melakukan segala kerja rumah dengan baik, menjaga makan pakai dan mendidik anak-anak.
Malah ada suami yang mengharapkan isteri sempurna dalam segala kerja rumah walaupun bekerja. Segalanya diserahkan pada isteri. Lebih teruk lagi, dia mengharapkan isterinya jadi yang terbaik sedangkan dirinya tidak pula menjalankan tanggungjawab seperti yang sepatutnya.
Suami Jangan Harapkan Isteri Sempurna
Kiranya, suami ingin isteri terbaik dalam segala segi dan mungkin juga inilah yang dicari-cari oleh suami. Ketahuilah, tidak semua isteri mampu menjadi ‘perfect’ dalam semua hal. Dia pun ada kekurangan dan kelebihan yang boleh ditampung oleh suami.
Perkongsian daripada Khaulah Al Azwar ada betulnya. Kalau suami ingin isteri hebat. Dia pun kenalah menjadi hebat di mata isteri dan anak-anak. Jangan fikir hanya bagi nafkah dan segala kerja rumah diserahkan sepenuhnya kepada isteri.
Kelebihan Isteri Tak Sama
Ada orang dapat isteri yang pandai memasak.
Ada orang dapat isteri yang tahu menjahit.
Ada orang dapat isteri yang pandai cari duit sendiri.
Ada orang dapat isteri yang boleh berdikari.
Ada orang dapat isteri yang boleh bersabar dengan kerenah anak-anak.
Ada orang dapat isteri yang rajin mengemas rumah.
Ada orang dapat isteri yang pendiam, tak banyak cakap.
Ada orang dapat isteri yang kurang masa di rumah, tapi selalu membantu dari segi kewangan.
Tak semua orang dapat isteri yang cukup lengkap pakejnya, perfect pasti ada yang lebih di sini, kurang di sana. Mengimpikan seorang isteri yang boleh serba serbi itu tidak salah, tapi hendaklah berpaksikan dengan realiti.
Suami Kena Tahu Tanggungjawab
Walau bagaimanapun isteri kita, sebagai suami, kita tetap kena jadi suami, kena tahu apa tugas, tanggungjawab dan kewajipan seorang suami.
Tak bolehlah hanya tahu bagi duit, Tapi dari A to Z urusan keluarga, isteri yang uruskan.
Tak boleh hanya tahu keluar kerja balik kerja, Tapi soal kebajikan hati isteri kita tak ambil peduli.
Tak bolehlah sudah bagi serba serbi selepas itu mengadap handphone sepanjang hari, kena juga tolong isteri buat kerja rumah, layan anak-anak.
Sifat dan sikap suami lebih menyeluruh kerana dia KETUA KELUARGA.
Dia suami, dia ayah, dia pemimpin dan dia bertanggungjawab terhadap mereka yang dipimpinnya. Maka oleh sebab itu, tugas dan tanggungjawab suami itu agak berat berbanding isteri.
Tak boleh bagi isteri ambik alih tugas kita, tak boleh bagi isteri buat tanggungjawab kita, tak boleh bebankan isteri dengan kewajipan kita.
Dosa itu.
Berusaha Jadi Suami Yang Baik
Kita orang lelaki mampu untuk menjadi seorang suami yang baik dan ayah yang baik andai kata kita faham tugas, tanggungjawab dan kewajipan yang perlu dilaksanakan kerana isteri dan anak-anak itu diamanahkan Allah SWT kepada kita.
Kalau kita letak semuanya di bahu isteri, maka baik jangan jadi lelaki.
Perempuan yang hebat mampu mengerjakan segalanya sendiri. Sedangkan lelaki yang betul-betul hebat tidak akan membiarkan itu terjadi.
Sebagai suami isteri yang saling melengkapi, saling membantu itu mengharmonikan rumah tangga. Jangan harapkan isteri seorang yang buat kerja. Dia pun membantu suami untuk mengurangkan beban suami.
Cukup bahaya pasangan narsistik, semua benda dia akan salahkan kita dan walau isu kecil, pada akhirnya kita juga akan salah.
Pernah tak bila anda bergaduh dengan pasangan tentang perkara remeh, dia akan putar belit supaya nampak dia tak bersalah, sampai anda fikir ‘mungkin dia betul, aku yang salah’.
Hati-hati, mungkin pasangan anda seorang narsistik. Inilah yang dikongsi oleh Dr Samhan, jom kita semak!
Bahaya Pasangan Narsistik
Narsistik ialah seorang yang mengalami Gangguan Personaliti Narsis (NPD). Penyakit narsistik biasanya berlaku kepada kaum lelaki dan jarang kepada kaum wanita.
Narsisis tidak sedar bahaya mereka seorang narsisis. Antara ayat yang selalu mereka guna adalah:
1. “You terlalu sensitif.”
2. “Kalau you tak nak percaya tak apa, itu pilihan you.”
3. “Semua benda you nak ajak gaduh.”
4. “You banyak sangat drama.”
5. “Boleh tak jangan ungkit benda lepas.”
6. “Fine. You tak pernah salah. I je yang salah.”
Tanda Pasangan Narsistik
1. Love Bombing
Mereka berikan perhatian dan kasih sayang yang melampau untuk buatkan anda rasa lebih dihargai sehingga mereka boleh kawal perasaan anda.
2. Manipulatif
Contoh manipulasi adalah suka menyalahkan anda walaupun tidak bersalah, sering putarbelitkan cerita, dan buatkan anda rasa bersalah.
3. Gaslight
Menanamkan keraguan dalam diri pasangan dengan memutarbelitkan fakta. Mereka akan buat anda rasa bertindak keterlaluan dan terlalu sensitif.
4. Kurang Simpati
Bila pasangan luah pasangan, mereka kurang beri reaksi, tidak tunjuk minat, perasaan sedih atau marah, dan ambil berat tentang diri sendiri sahaja.
5. Suka Kontrol Pasangan
Mereka suka mengatur hidup pasangan seperti menjaga sosial media pasangan, dan anda perlu memberitahu setiap perkara anda nak lakukan.
Seorang narsisis tidak rasa mereka memberi kesan buruk terhadap mereka sendiri, tetapi orang sekeliling akan menerima kesan buruk daripada mereka.
Jadi sebaiknya, elakkan pilih pasangan narsistik kerana anda boleh terkena gangguan mental seperti ‘depression’.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Majlis perkahwinan merupakan satu detik yang paling bermakna buat pasangan yang bakal berkahwin. Oleh itu, setiap pasangan mesti ada perancangan ‘honeymoon’ bersama setelah bertungkus lumus untuk persiapan majlis perkahwinan mereka.
Bulan madu adalah masa untuk anda berdua mengenali lebih dekat lagi mengenai pasangan anda. Jadi, luangkan masa anda dengan tersayang. Jika anda meracang mahu berbulan madu dalam masa terdekat tetapi mencari negara dengan kos yang rendah dan jimat. Jom kita lihat antara Negara di Asia yang menjimatkan bajet anda untuk berbulan madu.
1. Bali, Indonesia
Mata wang Rupiah yang jauh lebih rendah dari Ringgit menjadikan Bali diantara top destinasi bulan madu untuk rakyat Malaysia. Bila dengar Bali, pasti anda terbayang laut biru dan pantai dengan pasir putih. Jangan cliche sangat, Bali juga mempunyai tarikan tanah tinggi dan pemandangan gunung berapi yang sangat cantik. Jadi rajin-rajin kan membuat carian tentang Bali.
2. Hanoi, Vietnam
Bila bercakap tentang Vietnam mesti anda terbayang bandar sesak Ho Chi Minh. Ya, tetapi anda boleh melihat banyak benda di sana. Mata wangnya juga tidak begitu mahal berbanding Malaysia. Hanoi menjadi tarikan pelancong kerana terdapat banyak reka bentuk bangunan yang bersejarah dari zaman koloial perancis lagi.
3. Chiang Mai, Thailand
Jika kita selalu dengar antara destinasi popular di Thailand ialah Phuket atau Krabi. Apa kata kali ini beralih ke wilayah utara Thailand, Chiang Mai. Destinasi ini antara tercantik di Thailand sebagai lokasi bulan madu, ia masih menyimpan kehijauan alam dan pemandangan indah bukit-bukau. Anda dan pasangan boleh berkongsi keindahan alam pada hari-hari bulan madu. Alami keindahan romantik gaya baru.
4. Shanghai, China
Jika anda dan pasangan sukakan pencakar langit nan indah dengan lampu gemerlapan. Penulis memilih bandar Shanghai sebagai lokasi bulan madu untuk pasangan yang sukakan ala moden. Walau terkenal dengan arus permodenannya, ia masih mengekalkan seni bangunan zaman dahulu kala. Anda boleh menyimpan kenangan bulan madu dalam dua bentuk ala moden dan juga ala klasik.
5. Pulau Jeju, Korea
Pada anda dan pasangan yang mempunyai ‘cita-cita tinggi’, ini adalah satu destinasi istimewa di negara romantis Asia iaitu Korea Selatan. Pulau Jeju bukan sekadar pulau yang menyajikan pemandangan indah lautan luas malah ia mempunyai lokasi pengambaraan yang menarik untuk anda menyimpan memori istimewa bersama tersayang. Waktu terbaik untuk ke Jeju pada musim bunga antara bulan April hingga awal Jun.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!