Suami atau teman lelaki kaki pukul, berkelakuan kasar dan boleh mencederakan fizikal serta mental anda, adakah yang terbaik untuk anda? Jika anda tergelumang dalam masalah yang mahu dielak dari semua wanita, ini nasihat Wanista untuk anda…

Kena Pukul Suami Pun Masih Setia, Wahai Isteri Awak Dah Kenapa?

Hukum suami pukul isteri dari prespektif Islam

Islam hanya membenarkan suami memukul isterinya dengan bersyarat iaitu memukul bertujuan untuk mendidi tanpa mencederakan serta menjatuhkan maruah isteri. Pukulan berbentuk pengajaran ini adalah cara terakhir yang boleh digunakan jika dua langkah ini gagal iaitu teguran baik dahulu dan kemudian memboikot tempat tidur.

Pukulan juga hendaklah tidak meninggalkan kesan dan tidak memukul di muka.

Langkah awal…

# Berbicaralah mengenainya. Ajak suami untuk menceritakan segala masalah yang mungkin dia hadapi sehingga memilih melakukan kekerasan.

# Pastikan sistem sokongan sentiasa disamping anda. Seeloknya berhubunglah dengan keluarga dan sahabat baik sebagai tempat bergantung jika berlaku sebarang kecemasan. Diingatkan segala aib rumah tangga masih perlu dijaga kerana kebanyakan campur tangan keluarga boleh menutup jalan perdamaian.

Cuba untuk belajar tentang sikap pemarah suami dan kelakuannya. Aturkan sempadan antara kamu dan suami supaya dapat mengelakkan dari membuka pekuk amarahnya.

Namun jika suami terus untuk memukul anda sehingga menjejaskan kesihatan dan mental,

Langkah terakhir…

# Ambil gambar kecederaan yang dialami sebagai bukti.

# Lakukan laporan polis dan minta untuk membuka kertas siasatan serta memohon Perintah Perlindungan Sementara.

# Dapatkan pemeriksaan doktor dari hospital kerajaan dan pastikan anda terima laporan perubatan yang penuh.

IKLAN

Jika perlu, rujuk kes ke Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk bantuan perlindungan.

# Buat keputusan yang tepat untuk berdamai (beri peluang) atau berpisah dengan cara yang baik.

Kena Pukul Suami Pun Masih Setia, Wahai Isteri Awak Dah Kenapa?

10 tanda-tanda pasangan anda seorang yang panas baran;

1. Maki hamun

Penggunaan perkataan kesat kepada anda dan orang lain. Sekiranya semasa bertemu janji pun sudah maki-hamun, apabila sudah berkahwin pasti akan lebih buruk.

2. Serangan fizikal

Lempang, tumbuk, cekik, tarik tudung atau rambut, mencubit serta genggaman tangan secara kasar – Jika pernah terjadi perkara seperti ini, larilah jauh-jauh. Lupakan si dia, keluar terus dari radar kehidupannya. Jika tidak, saya jamin anda akan merana.

3. Marah yang meluap

Pasangan anda penyayang dan baik orangnya tetapi ada ketikanya dia menjadi seorang yang sangat pemarah. Kadang-kadang perkara itu mudah sahaja seperti kenderaan lain potong barisan, tiba-tiba dia jadi terlalu marah, memaki hamun, meludah, bergaduh dan sebagainya.

Perlu tahu yang semasa dia berada dalam keadaan 'normal' itu adalah saat dia 'cover' baran dirinya. Jangan terpedaya.

IKLAN

4. Sering mengeluarkan perkataan menyakitkan hati

Bila anda ada masalah, pasti anda akan diperli sebagai cara untuk si dia melepaskan geram. Kadang-kala dia akan bersembunyi di sebalik ayat "saya bergurau jer" sedang perkara itu sering dilakukannya.

5. Menjerit

Ini selalu disalahertikan sebagai bercakap dengan kuat, tapi sebenarnya tidak. Bila dia panggil anda, dia panggil dengan jeritan terutamanya apabila timbul sesuatu krisis.

Jeritan ini lama kelamaan akan menjadi makian. Jeritan juga menandakan yang dia tidak menghormati anda dan tidak menjaga maruah anda jika ia dilakukan di hadapan orang lain.

6. Tidak boleh bergurau

Ada yang tidak boleh gurau langsung tapi ada yang sekejap boleh, sekejap tidak. Ini yang selalu merunsingkan anda.

IKLAN

Ada hari yang anda boleh bergurau, dia akan ketawa terbahak-bahak tetapi esoknya dia menjeling anda dengan pandangan yang amat tajam dan menakutkan, mendengus dan terus marah dengan gurauan anda.

7. Sentiasa menyalahkan orang lain

Orang yang sentiasa menyalahkan orang lain ini adalah orang yang terlalu ego dan tidak bertanggungjawab. Bila masuk bab marah, makian dan pukulan, dia akan menyalahkan anda atau orang lain di atas kelakuannya sedangkan dia yang memaki dan memukul.

8. Suka mengawal

Dahagakan kawalan dan kuasa – akibatnya anda akan 'terpenjara' walaupun sebelum berkahwin apatah lagi selepas bergelar suami-isteri.

Orang begini boleh menjadi sangat cemburu melampau yang menyesakkan nafas dan membuatkan anda rasa tercekik. Fikir panjang-panjang sama ada anda boleh hidup di 'penjara ini setahun, 10 tahun, 20 tahun? Tepuk dada, tanya selera.

9. Mengharapkan benda tak masuk akal

"Saya nak awak jangan keluar dengan kawan-kawan perempuan lain". "Saya tak nak tengok awak mesej dengan orang lain selain saya".

"Saya tak nak dalam mesyuarat awak duduk sebelah lelaki". "Saya nak awak terus balas mesej saya tak kira waktu, saya tak nak terima apa-apa alasan". – Sangat menyesakkan bukan? Ini perkara biasa yang dihadapi orang yang ada pasangan panas baran.

10. Sentiasa mengadu dan mengeluh

Itu salah, ini salah. "Aku penat kerja, kau ape tahu?". Fokusnya hanya pada diri sendiri, dia sahaja yang betul dan orang lain salah. Ada sahaja yang tidak kena.

Tiada daya usaha, hanya mengeluh, mengadu, menyalahkan orang lain dan marah. Orang sebegini juga tidak peduli pendapat orang lain. Dia tiada empati.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI