Kena Tahu Kos Guaman Bila Beli Rumah Jenis Sub-Sale

Share

Teringin beli rumah baru, tapi tak mahu tunggu projek baru, rumah sub sale adalah penyelesaiannya. Namun untuk anda yang sudah berumah tangga, perlu lebih mengetahui secara detil perihal ini terutama bab kos-kos yang perlu anda komit supaya tidak membebankan. Antara kos yang perlu anda ketahui ialah kos guaman, di sini Salkukhairi Abd Sukor berkongsi kos urusan pembelian rumah jenis sub-sale, semoga dapat membantu anda.

BERAPA KOS GUAMAN URUSAN PEMBELIAN RUMAH SUB-SALE?

1. Anggaran keseluruhan kos guaman untuk urusan pembelian rumah sub-sale adalah lebih kurang 5% daripada harga jual beli, dimana pecahan kos yang terperinci adalah seperti berikut:-

Lebih kurang 2.5% adalah untuk :-

yuran guaman peguam bagi urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan jual beli dan pindah milik rumah tersebut (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

Lebih kurang 2.5% lagi adalah untuk :-

yuran guaman peguam bagi urusan pinjaman perumahan dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya, perbelanjaan/ kos pengurusan untuk urusan pinjaman dan gadaian hartanah tersebut kepada bank/ pembiaya (dalam bahasa perundangannya dipanggil sebagai “disbursement”).

2. Yuran Guaman untuk urusan jual beli/ pindah milik dan dokumen pinjaman/gadaian adalah mengikut skala yang telah ditetapkan di dalam Solicitors’ Remuneration Order 2005 di bawah Legal Profession Act 1976 seperti berikut:-


3. Perbelanjaan (Disbursement) untuk urusan pembelian rumah sub-sale adalah bagi tujuan bayaran duti setem perjanjian jual beli, bayaran duti stem pindah milik, yuran pendaftaran pindah milik di pejabat tanah, carian rasmi, permohonan kebenaran pindah milik, duti stem dokumen pinjaman dan gadaian, pendaftaran gadaian di pejabat tanah, carian kebankrapan dan lain-lain.

4. Kadar bayaran disbursement tersebut adalah mengikut kadar yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa yang berkenaan seperti Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), pejabat tanah, Jabatan Insolvensi dan lain-lain. Lebih ½ daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk tujuan bayaran disbursement kepada pihak-pihak berkuasa yang berkenaan (dalam bahasa mudah, bayaran kepada Kerajaan).

Hanya tidak sampai ½ sahaja daripada keseluruhan kos guaman tersebut adalah untuk bayaran yuran guaman peguam.

5. Semakin tinggi harga jual beli/ nilaian sesuatu rumah sub-sale, semakin tinggi bayaran disbursement yang terpaksa ditanggung oleh pembeli.

Misalnya, untuk duti stem pindah milik sahaja, kadar duti stem yang dikenakan oleh LHDN adalah seperti berikut:-

Manakala semakin tiggi harga jual beli semakin rendah yuran guaman yang dikenakan oleh

Harga Rumah Sub-sale : RM300,000

Pinjaman : RM300,000

Maka, yuran guaman untuk urusan pindahmilik adalah – RM3000

Yuran guaman untuk urusan dokumen pinjaman (prinsipal document) – RM3000

Duti setem untuk pindahmilik – RM5000

Duti setem untuk urusan dokumen pinjaman (prinsipal document) – RM1500

6. Walau bagaimanapun untuk pembelian rumah pertama, pembeli layak mendapat pengecualian duti setem pindah milik dan duti setem dokumen pinjaman (prinsipal document).

KREDIT : Salkukhairi Abd Sukor
Pengerusi
Gabungan Peguam Hartanah Rakyat (GEMPHAR)

IKLAN