Cinta adalah anugerah terindah yang berada dalam diri seorang manusia. Sebagai manusia, kita juga memerlukan cinta agar dapat membahagiakan diri kita. Cinta bukan hanya berlandaskan paras rupa dan fizikal, yang paling penting adalah keikhlasan hati kedua-dua pasangan tersebut, Siti Aisyah Zaid dan Amirul Syahmi Mohd Yazid.
Bila seseorang itu sudah betul ikhlas menyayangi diri kita, segala kekurangan yang ada pada diri pasangan pasti mereka akan menerimanya dengan hati yang terbuka. Itulah cinta yang sejati. Mereka ikhlas menerima diri kita seadanya.
Tular di media sosial baru-baru ini seorang pengantin lelaki tidak menjadikan kekurangan isterinya yang lumpuh kedua-dua belah kaki dan berkerusi roda sebagai penghalang untuk mereka disatukan sebagai pasangan suami isteri.
PUBG satukan cinta
Walaupun kedua-dua kaki isterinya lumpuh selepas motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan di Parit Raja dua tahun lalu, namun ketika itu dia masih belum berkenalan lagi dengan suami walaupun masing-masing tinggal di daerah ini.
Ads
Siapa sangka perkanalan di Player Unknown’s Battleground (PUBG) menyatukan cinta mereka hingga ke jinjang pelamin.
Apa yang menariknya kali ini, kesemua pasangan pengantin ini akan diraikan selama dua hari satu malam dan terdapat banyak pengisian termasuk penginapan di hotel, candle light dinner, cabutan bertuah dan konvoi pengantin.
Ads
Ads
Sumber : Sinar harian, ohbulan
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bertuahnya pelawak, Achey mempunyai isteri yang sanggup susah senang dengannya. Tak semua mampu bertahan tetapi memang ada. Yang dapat pasangan begitu, setialah!
Menerusi Dol’s Podcast mendedahkan Anne pernah bekerja sebagai seorang tukang cuci di sebuah syarikat bank terkemuka selama tiga bulan sewaktu dirinya menyertai program realiti Bintang Mencari Bintang pada tahun 2013.
Dalam audio siar dikendalikan Shuib, Shuk Sahar dan Mamat Sepah itu, Achey memaklumkan isterinya tidak menggunakan sesen pun daripada gaji dan berkorban menyerahkan kesemua untuk kegunaannya.
“Apa yang dia (isteri aku) dapat sekarang adalah hasil titik peluh dia dengan aku selama ini.
“Dia pernah kerja sebagai ‘cleaner’ selama tiga bulan selama aku masuk pertandingan ‘Bintang Mencari Bintang’, semua duit gaji itu dia bagi aku.
“Dia kerja ‘cleaner’ untuk suami dia (Achey) yang tak tahulah menang atau tidak pertandingan pada waktu itu.
“Sebab itu bila ada orang usik isteri aku walaupun sikit, aku tak boleh. Aku paling pantang dengan perkara itu,” katanya dalam sebak.
Kata Achey lagi, susulan pengorbanan isteri kesayangan itulah membuatkan beliau tidak kisah jika ada pihak yang melabel dirinya ‘menunggang’ nama Anne.
“Dan kalau orang nak cakap aku sekarang ini ‘menunggang’ isteri, aku akan cakap, ‘Ya aku menunggang’ sebab aku saja yang ada keistimewaan itu.
“Kalau aku tak buat macam ni, siapa nak ingat dia? Dan sebab apa aku ‘menunggang’ isteri aku sebab nama dia perlu diuar-uarkan supaya orang tahu dia.
“Bila orang ramai tahu, lagi ramai orang akan mendoakan dia,” kongsinya.
Pengorbanan Anne buat Achey menyentuh hati ramai. Kebanyakan warga maya meluahkan rasa kagum dan mendoakan agar pasangan itu dikurniakan kebahagian berpanjangan.
Sekadar info, Achey mendirikan rumah tangga dengan Nor Hasanah Yahaya pada 2011. Pasangan itu mengambil seorang anak angkat, Tiara Zinnirah pada Mei 2018 yang kini berusia empat tahun.
Kadang-kadang apabila keadaan terlalu mendesak, ada orang yang sanggup membuat penipuan dan melibatkan kerugian pada orang lain. Sekarang ini timbul pula kes tok kadi scam yang menikahkan pasangan yang ingin berpoligami tanpa kebenaran.
Menurut laporan daripada Harian Metro, 100 pasangan sudah dinikahkan oleh seorang jurunikah tanpa tauliah yang merupakan bekas kakitangan awam yang bersekongkol bersama isteri dan anak sehingga mampu meraih keuntungan sebanyak RM50,000. Alasan yang diterima daripada sumber JAIS, jurunikah tersebut ingin memudahkan urusan pernikahan ketika PKP ini.
Berikut adalah syarat-syarat poligami
Syarat poligami seperti yang dinyatakan dalam firman Allah di dalam surah An-Nissa’ ayat ketiga, “Maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan lain : dua, tiga atau empat.”
2. Haram menghimpunkan wanita bersaudara sebagai isteri
Janganlah anda mengahwini wanita yang bersaudara. Dalam ertikata lain, mereka mempunyai pertalian adik-beradik, ibu dan anak atau anak saudara dengan emak saudara.
3. Adil
Sekiranya anda mampu berlaku adil kepada kesemua isterimu, bolehlah dipertimbangkan untuk berpoligami. Anda perlu adil terhadap:
4. Tidak merosakkan kehidupan
Sebagai suami, anda harus yakin bahawa perkahwinan seterusnya tidak akan menjejaskan kehidupan isteri dan anak-anak. Ia diukur dari segi kemampuan, akhlak dan peribadi.
5. Mampu memberikan nafkah
Anda perlu lihat dari segala sudut kerana perkahwinan atau poligami ini memerlukan sokongan terbaik dari pelbagai sudut.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam rumah tangga, suami isteri mesti sama-sama memainkan peranan masing-masing kerana masing-masing saling memerlukan. Baik suami mahupun isteri, masing-masing punya kelemahan.
Jika kita hanya mencari kesempurnaan, kita akan mula nampak atau ternampak kekurangan masing-masing. Mulalah nampak perkara-perkara kecil yang menjadi kekurangan seperti sikap malas membantu membuat kerja rumah, suka melawan, suka mengungkit dan sebagainya yang negatif tentang pasangan kita.
Bagaimanapun jika kita fokus pada perkara yang besar dan lebih penting, yakni tentang hala tuju keluarga, maka perkara-perkara kecil itu tidak menjejaskan apa-apa pun dari segi hubungan dan perasaan. Tetapi, kalau kita sibuk dengan perkara yang kecil-kecil dan remeh-temeh, akhir perkara itu menjadi besar dan mendatangkan kesan yang besar.
Istilah ‘Isteri Cerminan Suami’ seakan sudah sinonim dengan masyarakat kita. Bagaimana seorang melayan isteri maka begitulah yang akan dilakukan oleh si isteri. Pendek kata sikap isteri sangat bergantung pada sikap seorang suami.
Namun ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak bersetuju dengan ungkapan ini termasuklah Cikgu Mohd Fadli Salleh
Cukup terkenal menyuarakan pandangan dan kebenaran di dalam sistem pendidikan negara, pendidik ini juga gemar melontarkan pendapatnya berkaitan isu-isu semasa.
Maaf, saya langsung tak setuju dengan ayat ‘isteri cerminan suami.’
Isteri itu ada akal yang waras, segala tindak tanduk mereka bergantung pada cara mereka mengawal emosi, cara mereka berfikir.
Langsung tak boleh nak salah pihak lain terutamanya suami bila seseorang isteri meroyan, merentan, mengamuk dan berkelakuan tidak elok.
Kenapa asal nampak isteri bersikap teruk nak salahkan lelaki atau suami? Tindak tanduk isteri itu terhasil dari sikap dia sendiri, bukan orang lain.
Isteri Nabi Lut a.s dan isteri Nabi Nuh a.s derhaka dan bersikap tidak elok. Adakah ia mencerminkan layanan suami mereka?
Bahkan ramai sahaja pasangan yang suaminya panas baran, sering memukul, tidak solat, suka berjudi, tapi si isterinya begitu sabar dan solehah. Menjaga aib suami, tetap taat dan redha.
Bila isteri solehah dan baik sedangkan suaminya tidak baik, tidak pula keluar kata-kata ‘isteri itu cerminan suami’.
Tapi bila isteri itu meroyan, biadap, melampau batas dan berkelakuan tidak elok, tiba-tiba suami dipersalahkan dan segelintir mereka menuduh isteri menjadi tidak baik kerana cara suami santuni mereka itu tak betul.
Eh, boleh gitu pulak?
Teringat kata-kata Zainuddin dalam filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka,
“Demikianlah perempuan, ia hanya ingat kekejaman orang kepada dirinya walau pun kecil dan ia lupa kekejamannya sendiri pada orang lain padahal begitu besarnya”.
Setiap individu yang akil baligh dan matang fikiran mereka perlu bertanggungjawab terhadap sikap dan kelakuan mereka.
Bila lelaki salah, dia salah. Dan bila wanita salah, mengaku sajalah. Tak perlu salahkan lelaki pula.
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...