Pasti ramai yang ingin kenali siapa pilihan hati Putera Diraja Pahang, Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah iaitu Tengku Natasya Puteri Tengku Adnan.
Seperti yang dinanti, istiadat perkahwinan pasangan ini bakal berlangsung selama tiga hari pada 24, 25 dan 27 Oktober ini di Istana Abdulaziz, Kuantan.
Majlis Istiadat Perkahwinan Berlangsung 3 Hari
Menerusi hantaran Facebook Kesultanan Pahang, majlis putera kedua Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah itu akan dimulakan dengan Istiadat Meletak Kerja di Istana Abdulaziz.
Istiadat Letak Kerja dimulakan dengan doa selamat dan majlis tahlil dengan seterusnya Istiadat Bernikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan.
Pasangan Pengantin Diraja bakal dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor pada 24 Oktober ini di Balai Mahkota, Istana Abdulaziz.
Seterusnya, istiadat akan diteruskan dengan Istiadat Berinai pada 25 Oktober dan Istiadat Persandingan Diraja pada 27 Oktober.
Ads
Semua istiadat ini akan berlangsung di Istana Abdulaziz pada pukul 8 malam.
Istiadat Akad Nikah, Istiadat Berinai dan Istiadat Persandingan akan disiarkan secara langsung melalui dua buah layar besar yang disediakan di Dataran Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) dan sebuah layar di Dataran Muzium Diraja, Pekan, Pahang.
Pelbagai acara menarik akan diadakan di kedua-dua lokasi iaitu di Dataran MBK dan di Dataran Muzium Diraja sepanjang tarikh Istiadat Perkahwinan Putera Diraja berlangsung.
Istiadat Menutup Kerja Istiadat Perkahwinan Putera Diraja akan diadakan pada Isnin, 28 Oktober.
Ads
Kenali Tengku Natasya Adnan
Tengku Natasya Adnan, yang dilahirkan pada tahun 1995, kini memasuki usia 29 tahun dengan penuh keanggunan. Manakala, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Bin Tengku Abdullah dilahirkan pada 3 Ogos 1997 (27 tahun).
Tengku Natasya merupakan anak kepada Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, seorang tokoh politik terkemuka Malaysia.
Ads
Bapanya, Datuk Seri Utama Tengku Adnan bin Tengku Mansor, lebih dikenali sebagai Ku Nan, merupakan seorang figura politik berpengaruh di Malaysia. Dilahirkan pada 20 Disember 1950, Tengku Adnan telah memainkan peranan penting dalam politik negara, termasuk sebagai anggota Dewan Rakyat Putrajaya sejak 2004. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Menteri Pelancongan Malaysia dari 2006 hingga 2008 dan Menteri Wilayah Persekutuan Malaysia dari 16 Mei 2013 hingga kejatuhan pemerintahan Barisan Nasional (BN) pada 2018.
Ibunya yang dilahirkan pada 23 Mei 1966, adalah seorang pelakon terkenal dari Indonesia yang dikenali sebagai bintang besar perfilman Indonesia pada tahun 1980-an.
Kecantikan Tengku Natasya Adnan tidak hanya terletak pada penampilannya tetapi juga pada darah kacukan Indonesia yang mengalir dalam dirinya. Gabungan warisan Melayu dan Indonesia memberikan wanita hebat ini aura keunikan dan keanggunan yang memikat, menambah pesona dan karisma yang dimilikinya.
Untuk rekod, ini merupakan istiadat perkahwinan diraja kedua pada tahun ini selepas Tengku Puteri Raja, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan pasangannya, FD Idzham FD Iskandar pada Ogos lalu.
Bertemu jodoh kali kedua, kakak kepada penyanyi Dafi iaitu Nina Ismail Sabri selamat mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Hafiz Osman, Ahad lalu.
Dengan tenang, pereka fesyen terkenal iaitu Datuk Jovian Mandagie mengucapkan tahniah buat bekas isterinya kerana sudah kembali bergelar isteri.
Menerusi posting di Instagram Story, Jovian memohon maaf kerana tidak dapat menghadirkan diri semasa majlis perkahwinan Nina dan Hafiz.
Tambah Jovian, dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat Nina dan Hafiz.
Semoga kalian gembira dan bahagia sentiasa. Kita akan makan malam bersama selepas saya balik semula ke Kuala Lumpur dalam masa terdekat.
Sementara itu, di posting yang berlainan, Jovian berkata, perpisahan bukan pengakhiran tetapi permulaan untuk mencari kebahagiaan yang lebih indah. Ujar Jovian, dia dan Nina masih berhubung baik dan saling menghormati antara satu sama lain demi masa depan anak mereka.
Pelakon dan pelawak Ardini Angeline Tan berharap agar rumah tangga yang baru dibina bersama pengarah dan aktor Sabri Yunus akan kekal hingga akhir hayat. Itu doanya.
Angeline atau nama Islamnya Ardini Angeline berkata, dia percaya dengan pengalaman terdahulu, dirinya mampu untuk melayari bahtera rumah tangga kali kedua ini dengan lebih baik.
Ardini Angeline Tan Harap Perkahwinan Kekal
“Betul ini bukan perkahwinan pertama untuk kami berdua, saya dan suami tidak merancang apa-apa, tapi saya percaya kami berdua mampu untuk membina rumah tangga ini dengan baik dan aman berbanding rumah tangga saya yang dahulu.
“Dengan pengalaman yang saya ada dahulu dan dengan kehadiran pasangan yang lebih memahami serta menyayangi, diikuti dengan doa-doa orang ramai, peminat-peminat, semoga rumah tangga kami ini tenang dan bahagia selamanya,” kata Angeline.
Kenangan Ini Mahal
Sementara itu, Sabri atau nama lengkapnya Mohd Sabri Yunus , 62, menyifatkan perkahwinannya bersama Angeline sebagai satu kenangan termahal dalam memori hidupnya.
Ardini Angeline Tan Dan Sabri Yunus 30 Tahun Berkawan
Semoga perkahwinan ini menjadi satu perkahwinan yang mahal dalam memori hidup kami berdua.
Sehingga ke hari ini kami bergelar suami isteri, tiada satu perkara pun yang tak manis, sentiasa manis. Selama 30 tahun bersahabat dan kemudian memasuki fasa percintaan, kemanisan itu bertambah.
Pada 14 Oktober lalu, pasangan itu selamat dinikahkan Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin atau Dr Maza.
Sekadar info, Sabri sebelum ini kehilangan isteri, Norraya Mohd Yusuf pada 2007 akibat kanser. Menerusi perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Saidi, 32, Syamimi, 30, dan Syazni, 28.
Sementara itu, Angeline pula memiliki dua anak daripada perkahwinan terdahulu.
Allah SWT berfirman: “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui” (QS. Al Baqarah: 216).
Setiap orang akan mendapat jodoh masing-masing sama ada dari pilihan sendiri atau pilihan keluarga. Yang pasti, pilihan itu adalah dengan jalan yang diredhai-Nya.
Cinta tidak mengenal usia dan akal untuk mendirikan rumah tangga kerana jika kita bersedia, maka segalanya akan menjadi lancar dan sempurna. Itulah yang terjadi kepada Ameera Nadia, 17 dan pasangannya, Muhammad Khaldun, 18.
Awal perkenalan Nadya & Khai since 2015. Masa tu baru je kenal. Nadya pun baru form 3. kitaorg jadi kawan rapat and selalu juga contact each other. Dalam diam rupanya dua dua ada simpan perasaan suka sama suka. Setahun lepastu Nadya fly ke Mesir dan lupakan perasaan pada Khai. Benda ni berlalu selama 2 tahun.
Dalam masa 2 tahun, Nadya ada juga stalk Khai sebab nak tahu life dia macam mana & hampir give up sebab orang yang kita sayang bukan milik kita. Tapi one day Nadya dapat satu ws. Baru nadya perasan, orang ni selalu ws benda yang sama. Bila check balik, dia dah ws dari 5 bulan yang lepas. Setiap bulan ws benda yang sama. Rupanya khai ? hati dah rasa berbunga masa tu. Ada ke Khai ws tanya nak ke dia ajar macam mana nak buat bussines. Mana la nadya nak layan. Ingatkan siapa la ws. Nasib tak block ?
Kitaorg pun deal untuk jumpa somewhere lepas masing masing dah habis job. Malam tu juga khai confess selama ni dia dah simpan perasaan kat Nadya. Ya Allah masa tu rasa macam Allah dah kabulkan doa aku selama 2 tahun. Khai siap cakap nak halalkan Nadya sebab dia taknak Nadya jadi milik sesiapa.
Malam yang kitaorg jumpa tu, Nadya cakap dengan Khai, “Kalau kau betul betul nak kat aku, kau jumpa mama aku. Kalau kau dapat ambil hati mama means kau mmg boleh jaga aku” . Malam tu juga Nadya terus jumpa mama and minta pendapat mama sebab seorang ibu lebih tahu apa yang terbaik untuk anaknya kan ? Akhirnya mama setuju untuk jumpa Khai.
Waktu pertemuan mama dan khai, mama rasa senang hati sangat sebab khai memang pandai ambil hati mama. So time ni la kitaorg dah start jadi sangat rapat dan share bisnes. Nadya dan Khai sama sama jatuh bangun dalam bisnes. Waktu ni nadya spm and dalam masa yang sama buat juga part time makeup artist. Tapi bila dah hari hari keluar buat bisnes, tak manis mata memandang so kedua dua belah pihak bagi cadangan untuk terus nikah.
Khai ni memang idola Nadya dari dulu sebab dialah yang ajar Nadya pasal bisnes. Khai selalu pesan masa muda ni, jangan banyak fikir untuk enjoy, kita muda banyak tenaga. Gunakan tenaga yang Allah bagi untuk cari rezeki. Biar susah sekarang jangan susah kemudian. Yang penting jaga solat jaga hubungan dengan ibu ayah dan orang sekeliling.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!