Perkahwinan, tentu semua orang membayangkan bahawa perkahwinan itu sangatlah menyenangkan, padahal tidak semua perkahwinan itu seindah yang dibayangkan, tidak seindah seperti di foto pre wedding.
Ada rintangan yang biasanya hadir sebagai ujian, ada masalah yang sengaja Allah hadirkan, terlebih diawal-awal perkahwinan.
Tapi itu semua nikmat untuk suami dan isteri, kerana selepas melewati itu semua pasti ada hal indah yang Allah datangkan. Dan kenangan terindah yang sebenarnya adalah saat-saat susah di awal pernikahan.
Kredit: Tangkap Pictures
Perjuangan Dalam Pernikahan Yang Adalah Ketika Ingin Menyatukan Dua Watak Berbeza Untuk Sampai Pada Tujuan Perkahwinan Itu
Mengapa saat itu dikatakan kenangan terindah? kerana di saat semuanya baik-baik saja, dan ingatan kita kembali ke zaman susah, ke zaman yang penuh perjuangan, maka disitulah hati kita akan penuh dengan rasa syukur.
Ads
Kerana perjuangan dalam pernikahan yang sesuangguhnya adalah ketika ingin menyatukan dua watak berbeza untuk sampai pada tujuan yang sama.
Di Awal Pernikahan Biasanya Banyak Masalah yang Hadir, Ada yang Besar dan Mampu Menghancurkan Kebersamaan
Ya di awal pernikahan biasanya banyak sekali masalah yang hadir, banyak sekali perbedaan yang nampak, yang biasanya terlihat baik-baik sahaja, biasanya kelihatan semua buruknya kerana sudah buka-bukaan.
Ads
Masalah yang hadir pun kadang sangat menguji, dan apabila tidak kuat boleh menghancurkan kebersamaan yang mungkin baru sahaja terjalin.
Ads
Ada Juga Masalah yang Bertubi-Tubi, Menyakitkan, Menyesakkan, Tapi Mampu Menjadikan Hubungan Pernikahan Semakin Mesra
Namun ada juga masalah yang bertubi-tubi, menyakitkan, menyesakkan, tapi mampu menjadikan hubungan pernikahan semakin mesra, semakin dewasa, sehingga keduanya lebih kuat mengarungi bahtera rumah tangga yang tengah berjalan menuju masa depan.
Sebab Itu Jika Ada yang Mengatakan Bahwa Kenangan Terindah Pada Pernikahan Adalah Saat-saat Susah Diawal Bersama
Maka pantas saja jika ada yang mengatakan bahwa kenangagn terindah pada pernikahan adalah saat-saat susah diawal bersama, adalah saat-saat berjuang diawal ikatan itu dimulai.
Kerana Saat Dikenang Setelah Sekian Lama, Setelah Semuanya Baik-baik Saja, Semua Itu yang Membuat Kita Bersyukur Pada Allah
Ya itulah kenangan indah yang sebenarnya, kerana saat semua hal sulit itu dikenang ketika semuanya sudah baik-baik saja, tentu ada rasa syukur yang akan menyeruak ke dalam hati kita dan membuat pernikahan itu terasa sangat indah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beberapa orang pelakon lelaki Korea ini memang diketahui sangat mencintai dan menyayangi isteri mereka. Memiliki suami yang setia dan penyayang adalah anugerah yang patut disyukuri oleh setiap wanita bergelar isteri.
Kebanyakan pasangan selebriti bertemu buat kali pertama di set. Kemudian cinta berkembang yang menyebabkan mereka menjalin cinta dalam kehidupan sebenar. Ramai juga antara mereka yang meneruskan ke peringkat perkahwinan.
Berikut antara pasangan selebriti yang menoktahkan hubungan cinta mereka ke gerbang perkahwinan.
RAIN DAN KIM TAE HEE
Kedua-duanya mengesahkan mereka berhubungan cinta pada 2013. Kemudian empat tahun kemudian mereka memutuskan untuk berkahwin. Majlis perkahwinan mereka disambut secara ringkas. Walaupun sudah bertahun-tahun bersama, mereka masih sering mempamerkan rasa sayang di khalayak ramai.
Rain tidak pernah lokek untuk menyatakan cinta kepada isterinya di mana-mana dan pada bila-bila masa. Apabila Kim Tae Hee memuat naik gambar di Instagram, suaminya tidak pernah tidak hadir untuk mengulas dengan tambahan emoji hati. Tidak terhenti di situ, walaupun dia sibuk Rain selalu meluangkan masa untuk pergi ‘dating’ berdua dengan isterinya. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
HYUN BIN DAN SON YE JIN
Pasangan ini secara rasmi melangsungkan perkahwinan pada 31 Mac 2022. Kisah kehidupan pasangan ini sentiasa menarik perhatian umum. Seperti Rain, Hyun Bin kelihatan sangat menyayangi isterinya. Ini dapat dilihat daripada perlakuan Hyun Bin bermula dari merenung, memegang dan cara dia mengambil berat terhadap Son Ye Jin.
Malah sebelum mereka dilaporkan menjalinkan hubungan cinta, Hyun Bin sering terperangkap memandang Son Ye Jin dengan mata penuh cinta dan kasih sayang. Selepas berkahwin, sudah tentu Hyun Bin akan menjadi suami ideal yang boleh menjaga isterinya dengan baik di mana-mana dan pada bila-bila masa.
JI SUNG DAN LEE BO YOUNG
Cinta keduanya bermula semasa mereka berkolaborasi dalam drama “Save Your Last Dance For Me” pada tahun 2004. Ji Sung jatuh cinta pandang pertama dengan pelakon pembantu. Cintanya meluap-luap sehingga dia berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi hati Lee Bo Young selama tiga tahun.
Akhirnya, semua usaha Ji Sung membuahkan hasil. Selepas enam tahun berpacaran, mereka sepakat memutuskan untuk berkahwin pada tahun 2013. Sepanjang melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini masih cool dan tenang tanpa sedikit pun gosip. Ji Sung malah digelar sebagai suami idaman para isteri.
Setiap kali memenangi anugerah, dia tidak pernah lupa menyebut nama isterinya. Malah setiap kali terlibat dengan program wawancara, dia sering memuji isterinya. Ji Sung mengaku bahawa dia mahu bersama Lee Bo Young sehingga mereka tua. So sweet!
Isu tentang siapa yang sepatutnya patut membuat kerja-kerja rumah terus menjadi topik hangat. Suami isteri masing-masing menunding jari antara satu sama lain. Si isteri menganggap kerja-kerja rumah bukan tugas hakiki seorang isteri manakala si suami pula menganggap isteri yang patut membuat kerja rumah apabila si suami menyuruh isteri berbuat demikian.
Berikut ulusan daripada Ustaz Dr. Kamilin Jamilin yang merupakan seorang pensyarah di Fakulti Pengajian Pengajian Al-Quran dan As-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Saya memang cukup tak setuju dengan coretan seperti dalam poster yang tersebar ini. Ia menggambarkan betapa berkiranya kita dengan pasangan dalam rumah tangga. Ia bukan soal tugas siapa, tapi soal persefahaman dan keharmonian melalui interaksi yang baik di antara suami isteri.
Percayalah, kalau masing-masing mula untuk berkira dan bersikap materialistik, rumah tangga pasti akan hilang serinya.
Beginilah saya jelaskan:
1. Asas bagi sebuah rumah tangga sebagaimana yang digariskan oleh Allah ialah:
وَعَاشِرُوهُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِۚ
“Bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu itu) dengan cara yang baik” [al-Nisa’].
“Dan isteri itu mempunyai hak yang sama seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka (terhadap suami) dengan cara yang sepatutnya (dan tidak dilarang oleh syarak)” [al-Baqarah].
2. Kedua ayat di atas ialah asas bagi segala jenis interaksi dalam menunaikan suatu amalan dalam rumah tangga, iaitu suami isteri perlu saling melakukan kebaikan YANG TERBAIK dalam ruang lingkup kemampuan masing-masing terhadap pasangannya selagi tidak melanggar batasan syarak sama ada dari sudut perbelanjaan, interaksi, kegembiraan, kerja rumah dan sebagainya.
3. Rumah tangga ialah sebuah KOMITMEN
Pasangan yang bersedia untuk mendirikan rumah tangga seharusnya sudah memahami pelbagai komitmen yang bakal ditempuhinya baik untuk diri, pasangan, anak-anak, keluarga dan pelbagai lagi. Bukan sekadar ikatan yang menghalalkan antara dua insan atau hanya untuk berjimba sakan.
4. Asas kebahagiaan dalam sebuah rumah tangga ialah PERSEFAHAMAN
Maka tugasan rumah tangga baik sudut luaran dan dalaman perlu kepada komunikasi, persefahaman dan toleransi yang tinggi antara pasangan.
5. Tiada nas yang mewajibkan isteri melakukan kerja-kerja rumah seperti mengemas, memasak, mencuci baju dan seumpamanya, malah Islam tidak mensyariatkan perkahwinan buat lelaki untuk menjadikan isterinya seperti khadam/pembantu rumah, bahkan sebagai tulang rusuk yang perlu didampingi.
Namun ada ketikanya ia menjadi tuntutan atau kewajipan dalam beberapa situasi berikut:
a) Jika wujud perjanjian antara pasangan untuk membahagikan tugasan masing-masing, contoh: Suami berjanji akan berkerja sebaiknya untuk menjana ekonomi rumah tangga, manakala isteri pula menjadi suri rumah dan berjanji akan menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.
b) Jika suami sudah memikul tugasan luaran seperti mencari nafkah, menyediakan keperluan rumah, makanan, menguruskan kenderaan dan seumpamanya, manakala isteri pula sebagai suri rumah. Maka dalam situasi ini wajar untuk isteri membantu menguruskan tugasan dalaman rumah tangga.
Hal ini berdasarkan hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim yang mafhumnya Fatimah RA mengadu kepada Rasulullah SAW akan bebanan menguruskan rumah tangga yang dialaminya, lalu Rasulullah menasihatinya supaya bersabar kerana Ali RA suaminya gigih dan sibuk dengan tanggungjawab urusan luaran rumah tangga.
c) Jika suami mengarahkan isterinya seperti memintanya secara khusus untuk membuat kopi untuknya atau masakkan sesuatu misalnya atau apa-apa sahaja yang makruf, itu merupakan hak suami yang perlu ditunai oleh isteri.
Sama halnya seperti seorang anak lelaki itu perlu taat pada kedua ibu bapanya dalam hal yang tidak melanggar syarak baik dalam keadaan yang senang buatnya atau tidak.
Dalam sebuah hadis: “Jika seorang wanita itu (mampu menjaga) solat 5 waktunya, berpuasa pada bulannya, menjaga kemaluan (maruah)nya, dan taat pada suaminya, nescaya akan masuk syurga dari mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya” [riwayat Ahmad & Ibn Hibban].
d) Jika suaminya seorang yang sangat tidak mahir atau tidak gemar dan tegar tidak mahu melakukan kerja-kerja rumah atau membantu isteri melakukannya. Maka dalam hal ini, jika isteri bertoleransi untuk melakukannya dengan penuh kebijaksanaan, ia akan dianggap satu amalan dan khidmat besar sang isteri kepada keluarganya.
Seorang isteri yang berhadapan dengan suami yang “liat” membantu kerja-kerja rumah tetap perlu menjaga adab interaksi dengan suami tanpa perlu menyindir, memberontak dan sebagainya. Bukan mudah suatu pahala “birr (bakti)” itu dicapai lagi-lagi ketika ia menyelisihi keinginan diri.
6. Suami yang bijak dan baik ialah suami yang sangat perihatin terhadap isterinya. Terutama dalam suasana zaman kini di mana para wanita dan isteri ramai yang berkerja membantu ekonomi keluarga. Maka apa salahnya urusan dalaman rumah tangga juga dikongsi bersama?
Cukuplah Rasulullah SAW sebagai teladan kita. Pernah Aisyah RA ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah di rumah baginda? Jawab Aisyah RA: “Baginda sering berkhidmat untuk keluarganya, lalu jika tiba waktu solat, beginda akan keluar bersolat”.
Dalam riwayat Ahmad mafhumnya: “Baginda juga manusia, yang membasuh bajunya, memerah susu dari kambingnya”.
Dalam riwayat lain: “Baginda juga menjahit bajunya, menguruskan kasutnya, dan melakukan kerja-kerja lelaki di rumah mereka.”
7. Sebahagian ulama juga mengatakan, perlu untuk diperhalusi ‘urf (tradisi) masyarakat setempat, dan keluarga isteri itu sendiri. Jika isteri pilihannya itu sememangnya dari kecil jenis goyang kaki bak puteri yang dikhidmat orang gaji, maka jika mampu, suaminya perlu menyediakan orang gaji juga untuk membantu isteri dan rumah tangganya. Jika tidak, masakan para sahabat RA dahulu mempunyai “jariyah-jariyah” di rumah mereka? Sudah pasti untuk berkhidmat kepada isteri dan rumah tangga mereka.
Jangan lupa para isteri dan wanita itu wasiat Rasulullah SAW buat kaum lelaki dan suami untuk dipelihara sebaik-baiknya.
استوصوا بالنساء خيرا، فإنهن خلقن من ضلع…
“Berpesan-pesanlah untuk berbuak baik kepada wanita, kerana mereka itu diciptakan daripada tulang rusuk..”.
8. Meskipun demikian, biasanya seorang isteri yang pandai menguruskan rumah tangganya dan menyediakan makanan pada suaminya dengan air tangannya sendiri lebih disayangi suami dan membantu mengukuhkan “bonding” suami isteri.
Anak lelaki yang berbakti kepada ibu bapanya insyaAllah akan mendapat isteri yang berbakti kepadanya. Manakala isteri yang berbakti kepada suaminya pula insya-Allah akan mendapat anak-anak yang berbakti kepada mereka jua. Begitulah biasanya kitaran alam ini.
Rumah yang bersih, segar dan diserikan dengan haruman mampu menambah keselesaan buat penghuni kediaman. Sekurang-kurangnya bau-bauan dari bahagian dapur atau bilik air dapat dihindari dengan haruman segar.
Persekitaran yang segar juga mampu memberikan kesan positif kepada mood seseorang. Bau yang harum turut dikatakan boleh menghidupkan suasana ceria di samping memberikan ketenangan sepanjang masa.
Penyegar kediaman boleh membuatkan seseorang lebih tenang di samping meningkatkan daya tumpuan. Kewujudan penyegar udara cukup penting untuk membuatkan kita berasa selesa.
Ruangan yang berbau harum akan mencipta kesan yang menyenangkan dan membuatkan kita berasa selesa berada di dalam rumah.
Melalui perkongsian Wawa Nuralsha, wanita ini berkongsi tip tentang ‘mengitar semula’ pewangi kediaman yang telah habis.
Glade korang habis jangan buang dulu! Dah kering potong kecik kecik. Letak dalam bekas. Masukkan air. Semerbak bau harum balik.
Letak je dalam bilik air, ruang dapur, sudut kabinet. Fuhh segar balik baunya.