
Semua manusia telah diciptakan berpasang-pasang supaya dapat hidup dalam suasana kekeluargaan yang sangat indah. Setiap pasangan pastinya akan mengharungi pelbagai ujian dan cabaran disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kesefahaman yang tidak baik.
Namun begitu, tahukah anda bahawa kebanyakan pasangan kekasih yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah tanpa masalah dan ujian yang banyak. Tambah lagi, pasangan kekasih tersebut akan menikmati pelbagai keindahan sebagai pasangan kekasih.
Oleh itu, timbul persoalan ramai orang termasuklah seorang pemilik akaun Twitter Iffatsalleh yang melihat pasangan yang belum berkahwin menjalani hubungan yang indah dan sebaliknya bagi pasangan yang telah berkahwin.
Kredit : IffatSalleh
Jodoh Pilihan Mak. Jangan Tolak Mentah-mentah, Ikut Tip Ini Sebelum Terima/Tolak Calon Suami

Walaupun usia belum cecah senja, tapi awal-awal lagi mak dah cuba carikan calon suami. Nak tolak, mak mesti kecil hati. Nak terima pula, tak kenal langsung dengan dia. Serba salah kan? Apakata kalau kita buat solat istikharah untuk dapat petunjuk Allah. Lebih afdal.
Sebenarnya, ada adabnya jika sebagai ibu bapa kita hendak carikan jodoh buat anak-anak. bukan hanya rupa paras dan kerjaya jadi taruhan tetapi selidik juga soal agama dan keluarganya. Di sini dikongsikan beberapa tips untuk ibu bapa dan anak-anak ‘melihat’ jodoh.
- Solat istikharah
Orang ketiga
Ada juga jodoh yang dipilih bukanlah dicari oleh ibu bapa sendiri namun diperkenalkan oleh pihak ketiga. Sebagai orang ketiga, jika boleh lakukanlah solat sunat istikharah. Satu tanggungjawab yang besar apabila kita menjadi orang tengah untuk satukan pasangan sehingga ke gerbang perkahwinan. Andainya doa kita ‘dijawab’ dengan baik, bolehlah diteruskan niatnya.
Ibu bapa
Kemudian, ibu bapa pun perlu juga solat sunat istikharah. Mohon agar Allah tunjukkan dan berikan jawapan kepada persoalan kita.
Diri sendiri
Kita sendiri pun perlu lakukan perkara sama. Letakkan sepenuh harapan kepada Allah kerana Allah Maha Mengetahui Segala-galanya.
- Pertemuan
Bila sudah sepakat, berjumpalah bakal pasangan anda. Tapi bukan jumpa berdua sahaja. Ibu bapa perlu hadir sekali. Tak manis bila orang tengok ada pasangan bukan muhrim berdua-duaan kan?
- Agama dan akhlak
Bakal pasangan itu biarlah yang menghayati prinsip-prinsip dalam agama dan mempunyai akhlak serta perlakuan mulia.
- Bersifat pengasih dan penyayang
Dari zahirnya kita sudah boleh melihat sifat seseorang. Kita sendiri boleh rasa kasih sayang seseorang dari perlakuannya.
- Keturunan
Anda perlu tahu latar belakang bakal pasangan. Janganlah memilih sampai nak yang hartawan. Asalkan agamanya, kecerdasannya, kesihatannya dan akhlaknya mulia, kan sudah memadai.
Tanpa Isteri Terasa Kosong, Buat Kerja Sendiri Pun Boleh Teringat Bini

Apabila rumahtangga itu dikatakan saling melengkapi antara satu sama lain, tentu setiap perbuatan yang dilakukan akan tinggalkan kenangan manis. Lebih lagi jika hidup bersama setelah bertahun. Tentu janggal jika aktiviti dilakukan sendirian. Pasti rindu kepada pasangan untuk melakukan aktiviti bersama.
Begitu juga dengan perkongsian ini yang menceritakan tentang hidupa rumahtangga ini manisnya apabila aktiviti dilakukan bersama. Jika sebaliknya, tentu akan rindu momen indah ini. Walaupun sekadar membeli barang bersama, momen itu tetap jadi kenangan indah sehingga akhir hayat.
.
PERGI BERSAMA ISTERI JADI RUTIN
Semalam pergi pasaraya nak beli barang dapur. Masuk je pasaraya tu terus jumpa tempat roti. Dalam hati teringat selalu beli ada sejenis roti tu bila pergi pasaraya dengan isteri. Pegang roti tu, tapi tak sampai hati nak ambil. Lepas tu jalan ke depan sikit, lalu bahagian bawang semua. Terbayang bila isteri pilih-pilih bawang, ikan bilis, cili kering, kentang.
Selalunya saya tak tunggu, saya jalan pergi ambil benda lain. Selalunya saya akan ambil lemon untuk dibuat air. Pergi kat bahagian beras. Kami biasanya akan bertembung semula kat kawasan beras ni dan saya akan ambil beras masuk dalam troli sambil dia hulur bawang dan benda lain untuk ditimbang nanti. Selepas tu mesti akan lalu bahagian mee segera. Kebiasaannya akan ambil megi biasa je. Baru-baru ni kami mula beli jenama SAJI.
.
BANTU PASANGAN MELAKUKAN AKTIVITI HARIAN
Kat depan sikit ada tempat kerepek dan jajan. Tersusun rapi Brushette dan seaweed kegemaran isteri. Dua ni je jajan yang dia suka. Teringat saya beli semua jenis Brushette tu untuk hadiah ulangtahun kami bulan 10 baru-baru ni. Ade pizza la, tomato la, bawang putih la. Tersenyum tengok bila dia makan sambil seronok sebab dapat apa yang dia suka. Bila lalu bahagian sayur, sampai sekarang saya tak hafal jenis-jenis sayur.
Sebab saya tak makan sayur. Dia yang akan ambil sendiri dan saya akan pergi timbang. Bahagian ayam pulak, selalunya kami akan ambil dua ekor, potong kecil dan buang kulit. Saya ambil ayam, dia akan ambil ikan. Kadang-kadang dia akan merengek manja nak beli udang. Saya tak kisah pun dia nak beli apa. Tapi dia masih rasa nak minta kebenaran saya dulu.
Termasuklah bila dia teringin nak makan kerang. Lepas selesai barang basah, kami akan ambil telur sepapan dan terus ke kaunter. Di kaunter, saya akan keluarkan barang dari troli dan letak atas kaunter. Dia pula akan masukkan barang yang sudah di”scan” dan letak kembali dalam troli yang dah kosong. Selesai bayar, kami pun keluar. Ada kalanya dia teringin nak makan ais krim dan kadang-kadang dia akan beli ice lemon tea sekali. Dia akan tanya “nak ais krim boleh”.
Saya tak pernah tolak. Sambil tersengih, dia akan masuk dalam kereta dengan anak-anak dan saya akan masukkan barang dalam boot. Semalam, saya lalu semua tempat tu dan keluar dengan troli yang kosong. Tak beli apa-apa pun. Tak tau nak beli apa. Tak tau nak buat apa. Saya tak boleh berfungsi dengan sempurna tanpa isteri saya. Rindu sangat dengan dia. Bila letak balik troli, baru teringat tujuan sebenar saya pergi pasaraya tu sebab nak beli lemon je. Saya pun masuk semula, beli lemon dan keluar.
.
LAKUKAN BERSAMA ISTERI, INI MAKNA SEBUAH RUMAHTANGGA
Apa-apa pun saya buat tanpa isteri saya, saya rasa tak bermakna. Tiada erti keseronokan dan kegembiraan kalau seorang diri. Walaupun hanya ke pasaraya, benda tu jadi istimewa kerana pergi bersama dia. Kesemua jiwa saya ada pada dia.
Bila dia tiada, saya takde mood nak buat apa. Sebab kami memang selalu buat benda bersama-sama. Saya tak tahu macam mana orang boleh tergamak mengkhianati kasih sayang seorang isteri. Saya tak tahu macam mana orang boleh layan seorang isteri dengan buruk. Saya tak dapat bayangkan tidak meneruskan kehidupan setiap hari tanpa niat untuk isteri saya. “Sayang, I sentiasa rindukan u. I rindu nak manjakan u, nak tengok senyuman u, nak peluk u lama-lama.”
Kredit: Akhtar Syamir
Borak Dengan Bakal Suami Perkara Ini. Bimbang Dah Kahwin Nanti Jadi Isu Pula.

Perkahwinan adalah satu perjalanan atau pelayaran dan sudah tentunya perjalanan yang bakal berdepan pelbagai cabaran dan dugaan.
Sebelum kahwin semuanya nampak indah hingga lupa beberapa perkara yang perlu dijelaskan dahulu. Kadang-kadang permasalahan ini juga akan jadi punca pergaduhan dalam rumah tangga.
Dr. Aen kongsikan beberapa perkara yang perlu perempuan jelaskan sebelumnya kahwin
Bukan Kilang Anak
Bekerjalah Wahai Wanita
Jangan Sampai melanggar hukum agama
Penjagaan diri penting