Bila wanita bujang berkahwin dengan suami orang, kata-kata orang mengenai dirinya pasti di pandang serong. Ini adalah pendapat Haryani Ithnenmengenai perihal poligami.
Seorang wanita bujang, janda atau balu..
Bernikah dengan seorang lelaki bujang atau duda..
Selesai majlis akad nikahnya..
Ramai la yang berkata..
“alhamdulillah dah jodoh dia kan..
“walaupun macam-macam rintangan, kalau dah dinamakan jodoh tu.. Jadi juga depa suami isteri”
Semua ahli keluarga, jiran tetangga, sahabat handai dan seluruh masyarakat bersetuju..
Itu adalah jodoh mereka..
===============================
Seorang wanita bujang, janda atau balu bernikah dengan lelaki yang telah punyai isteri..
Selesai majlis akadnya..
Orang akan berkata..
“dia yang pilih laki orang!
“benda boleh elak.. Dia gatal juga nak!
“takdir tu.. Benda yang kita boleh ubah..bukankah Allah suruh kita doa minta ubah.. Pilih yang baik-baik
“pegi pilih suami orang tu kenapa?
================================
Respon kak yani..
1)Jodoh itu eklusif milik Allah..
Ini adalah ketentuan takdir..
Terima dengan yakin dan percaya ini
Adalah sesuatu yang Allah telah tetapkan..
Wajib kita mengimani takdir kita..
Kerana Allah suruh kita percaya dengan yakin
Ketentuan darinya.. (qada dan qadar)
2)Jodoh itu perlu dicari dan diusahakan bermatlamatkan lelaki yang baik.
Sebagai hamba Allah..
Kita diminta agar berdoa sungguh-sungguh..
Untuk dapatkan suami yang terbaik..
Sebagai hamba Allah…
Kita faham apabila Allah mengatakan..
‘Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik’
Maka.. Kita usaha menjadikan diri kita baik..
Dalam memilih calon suami atau isteri yang baik.
Hatta telah ditulis di luh mahfuz..
Siapa jodoh kita..
Siapa suami kita..
Kita perlu berdoa.. Minta Allah datangkan lelaki yang terbaik buat kita..
(yang terbaik dimata Allah, barangkali buruk dimata kita)
Setelah semua usaha mendapatkan jodoh yang terbaik..
1.. Kita dah doa yang terbaik
2.. Kita dah tanya perihal jodoh kita tu, pada
sahabat baik dia.. Dalam usaha memastikan
dia adalah calon terbaik buat kita
3.. Kita dah usaha jadi baik, agar Allah datang-
kan lelaki yang seperti kita..
Kemudiannya..
Dengan takdir Allah..
Lelaki itu adalah ‘suami’ orang..
Maka..kita wajib mengimani..
Jodoh itu adalah pilihan Allah buat kita
(ketentuan takdir)
Setelah kita usaha pelbagai cara temasuk doa..
(ini adalah suatu bentuk pilihan yang boleh berubah)
==================================
Soalan kak yani..
Kenapa bujang kahwin bujang..
Itu namanya jodoh..
Kenapa bila poligami, susah sungguh untuk
Mengakui.. Ini juga adalah jodoh..
#yaninen
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI