ASAL NAIK KERETA JE MESTI TIDUR AWAK NI

MEMANG benar ramai isteri lebih mudah tertidur ketika dalam kereta terutamanya ketika dalam perjalanan jauh. Kami tidak sengaja tertidur walaupun mata sudah cukup ditahan untuk terus berjaga bagi menemankan suami.

Aura tidur di dalam kereta yang menyenangkan itu membuatkan kita rasa tenang. Lagi-lagi apabila anak pun sudah tidur. Maka, mood tenang dan berehat secara automatik diaktifkan!

Jadi, bagi suami yang masih tidak faham kenapa keadaan ini berlaku! Berikut adalah perkongsian suami  Farhad Hassan  bagaimana dia membiarkan isterinya tidur di dalam kenderaan agar isteri mampu berehat sebentar walaupun 5 minit.

 

Kenapa Isteri Suka Tidur Dalam Kereta Ketika Suami Sibuk Memandu?

Tidur sama serentak, sama 8 jam, sama sedar 16 jam, tapi kalau naik kereta, sekejap je mesti wife tertidur. Tak de pun nak teman husband drive ke apa.

Tuan-tuan, fikiran lelaki tak sama dengan fikiran perempuan.

Kita lelaki, tengah2 drive tu pun boleh jadi blank. Kosong. Tau2 je dah sampai destinasi.

Badan jadi auto pilot. Kalau boleh masuk kotak fikiran dalam tu, macam 1 dewan yang besar dan kosong.

IKLAN

Jerit hello pun boleh bergema-gema.

Fikiran perempuan lain.

Sebelum naik kereta, dia fikir suis seterika dah tutup ke belum? Seterika untuk baju. Baju kotor dah basuh ke belum. Nak basuh guna air. Paip air dah tutup ke belum. Bil air dan elektrik naik nanti.

Nak bayar bil kena pakai duit. Duit kena cari. Mana nak cari duit. Kalau tak ada duit, macam mana nak makan. Nak makan kena minum. Minum apa sedap? Bubble tea sedap kot. Nak bubble tea apa eh? Makan apa sedap dengan bubble tea?

Macam tu lah fikiran nya.

Non stop dan sering berkait, umpama wayar yang bercantum tapi terikat sana sini.

IKLAN

Tapi bila keadaan dia “terkepit” tak boleh buat apa duduk dalam kereta..

Waktu tu lah otak mula bagi signal untuk slow down. Rest.

Dengan sejuk aircond, gegar2 kereta mcm massage chair, tak boleh buat apa2 kecuali duduk..

Waktu tu lah yang sebenar2 nya wife sedang berehat. Memang tak fikir apa2.

Wayar2 tadi mula terpisah, keadaan jadi tenang.

Berapa jam sangat. Jangan lah dikacau dia berehat.

IKLAN

Kalau boleh bg kusyen, bantal biar dia peluk. Nanti dah sampai destinasi, otak dia kembali bekerja.

Apalah sangat drive sorang2 tu. Nanti dah bangun dia juga yang fikirkan makan minum kita, hal urusan kita.

Waktu dia tidur la kita bantai lagu2 Metallica, A7X, Trivium yang keras tu, tapi volume slow lah.

Tapi jangan salah sangka, walaupun diaorg tidur, sensor vibration dia tetap on.

Ko tekan sikit 120km/j, nanti akan kedengaran suara sayu2..

“Bangggggggg, slow skit bangggg, bahaya laju2”

Macam tau2 pulak dah lebih had laju 110km/j mamai2 pun..

 

Sumber : Facrbook Farhad Hassan 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI