
Siapa yang tidak mahu jadikan wanita solehah sebagai isteri? Mudah untuk anda membimbing mereka dan ramai menganggap memiliki isteri solehah ini ibarat memiliki bidadari dunia. Auranya mampu menenangkan hati sesiapa yang melihatnya.
Buat kaum wanita, jadilah wanita yang menenangkan hati bakal suami dan juga ibu bapanya. Wanita yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu juga sebaliknya. Buat lelaki, tidak mengapa jika tidak memiliki wanita solehah asalkan anda ada pengetahuan agama yang tinggi supaya mudah mendidik isteri anda untuk menjadi wanita idaman anda.
Bukan mudah mahu jadi seorang yang solehah. Namun, ini antara sebab mengapa wanita solehah menjadi idaman para lelaki untuk dijadikan isteri.
1. Pandai Jaga Maruah Diri

Lelaki lebih tertarik dengan wanita yang memiliki akhlak yang baik dan terpuji bila memilih isteri. Sebagai seorang wanita, janganlah berbangga bila diri didampingi ramai lelaki kerana lelaki sebegitu hanya mahukan keseronokan. Pastikan anda menjaga maruah dan harga diri anda sebagai seorang wanita.
2. Menjaga Tutur Kata

Tipulah kalau tiada lelaki yang tergoda dan tertarik dengan wanita yang mempunyai suara yang lunak dan merdu. Jagalah tutur kata anda sebagai seorang wanita. Ucapkan perkataan dengan sopan dan teratur.
3. Berpakaian Menutup Aurat

Pakaian yang terbaik untuk wanita muslimah adalah pakaian yang menutup keseluruhan tubuh badannya. Pakaian haruslah longgar dan tidak jarang hingga boleh menampakkan bentuk tubuh. Pakailah stokin untuk menutup bahagian kaki.
4. Jaga Tingkah Laku

Wanita yang solehah akan menjaga penglihatan mereka. Jangan melihat atau mendekati perkara-perkara yang boleh mendatangkan kesan tidak baik pada diri anda.
Lelaki Ini Kongsi 7 Pengajaran Yang Kita Boleh Ambil Dari Kisah ‘Isteri Kaabah’ Baru-Baru Ini

Kes Daie Farhan yang kecoh teruk ni banyak juga pengajaran yang kita boleh ambil.
1. Bila dilamar berkali-kali, iman ustaz pun teruji. Jadi yang masih bujang, cubalah tanpa putus asa. Mana tahu cubaan ke 19 berjaya.
2. Cuba elakkan melamar suami orang. Satu Malaysia tak suka dengan sikap itu. Melainkan isteri pertama itu sendiri yang melamar kita, itu lain cerita.
3. Jika jodoh tidak panjang, selesaikan dengan cara baik dan berdepan. Sebagai mana kita masuk untuk meminta, seperti itu juga kita pulang si dia sepatutnya. Dengan penuh hormat dan adab.
4. Kerana orang agama bergelar PU, Daie dan ustaz buat kontroversi dengan isu 18-19, wanita Kaabah dan cerai saat isteri hamil, golongan agamawan diperlekehkan dan dipandang serong.
5. Tanah suci Mekah dijadikan asbab untuk menerima lamaran. Seolahnya apa jua lamaran di tanah suci patut kita terima. Sedangkan ia berbalik pada hati kita dan setinggi mana setia yang tersisa.
6. Ramai orang berlebihan dalam mengulas isu ini termasuk orang agama (terutamanya perempuan). Emosi dan perasaan diutamakan sehingga ada memaki hamun secara terus sedangkan jalan teguran yang lebih baik itu terbuka luas.
Ingat, kita juga ada keluarga. Ada suami, ada isteri, ada anak-anak, ada adik-beradik. Perkara yang sama tidak mustahil terkena pada keluarga kita juga. Berpada dalam menegur dan mengkritik.
7. Paling bagus, ramai yang dapat ilmu munakahat tentang hukum cerai isteri masa hamil, cerai isteri melalui aplikasi wasap dan hukum isteri melarang suami kahwin lain.
Rujuk kenyataan mufti Wilayah di pautan berikut :
ULANGSIAR
13 Disember 2018
AL-KAFI #956: HUKUM MENCERAIKAN ISTERI KETIKA HAMIL
https://muftiwp.gov.my/…/2871-al-kafi-955-hukum-menceraikan…
31 December 2018
AL-KAFI #1014: CERAI MENGGUNAKAN APLIKASI WHATSAPP
https://muftiwp.gov.my/…/2967-al-kafi-1014-cerai-menggunaka…
15 Oktober 2019
AL-KAFI #1398 : HUKUM ISTERI MELARANG SUAMI BERKAHWIN LAIN
https://muftiwp.gov.my/…/3742-al-kafi-1398-hukum-isteri-mel…
Sahibus Samahah Dato' Seri Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
#DoneIntoScene
#MFS
Kredit : Mohd Fadli Salleh
Kerana Kata-Kata Orang, Ramai Pasangan Sampai Tak Bertegur Sapa

Punca remeh-temeh dan ada yang tidak masuk akal menyebabkan berlakunya perceraian seperti suami menceraikan isteri kerana rupa bentuk badan isteri tidak cantik dan kurang menyenangkan suami dan punggung isteri menggerutu.
Sebab lain, isteri suka makan dalam kereta dan ia menimbulkan kemarahan suami, isteri suka membasuh baju pada waktu malam yang mungkin menyebabkan suami ingin tidur bersamanya menjadi marah dan tidak dapat bersabar.
Berlaku perceraian kerana isteri lambat menyediakan makanan hingga menimbulkan kemarahan suami. Isteri suka membeli-belah dan mengikuti rombongan golongan ibu menyebabkan timbul ketegangan serta tidak disukai suami, berebut siaran televisyen dan pelbagai alasan lain yang dianggap remeh.
.
Cerai seperti perkara mainan
Apakah yang terjadi dalam masyarakat sehingga perceraian menjadi seperti perkara mainan sahaja. Apabila berlaku perceraian, sama ada kita ingin akui atau tidak, anak yang paling kuat menerima kesannya. Anak mangsa cerai terpaksa tinggal dengan ibu atau bapa.
Keadaan menjadi lebih menyedihkan jika ayah tidak mengambil tanggungjawab berjumpa, memberi kasih sayang dan menyara mereka dengan sebaiknya. Banyak kajian menunjukkan anak yang kehilangan kasih sayang ini terjerumus ke lembah negatif, bersikap pemarah dan jiwa bercelaru.
Jika tiada sokongan psikologi, bayangkan apa yang bakal terjadi kepada negara pada masa akan datang. Kajian menegaskan ramai dalam kalangan mereka akan mengambil pendekatan hampir sama dengan ibu bapa mereka iaitu tidak berusaha menjaga rumah tangga dan amat senang mencari jalan untuk bercerai.
Perkembangan ini harus dipandang serius. Apabila perceraian menjadi pilihan pertama walaupun kerana sebab kecil, ia menunjukkan kedudukan perkahwinan yang lemah. Perkembangan ini seharusnya menyentak kita untuk berusaha memperbaiki keadaan masyarakat yang semakin membimbangkan.
Kerajaan seharusnya meletakkan perkahwinan rakyat dan keutuhan kekeluargaan sebagai agenda negara. Peruntukan kewangan harus diberikan dengan menjadikan keluarga penyayang dan utuh sebagai agenda pembangunan insan.
Membina Pusat Hubungan Keluarga (Family Relation Centre) sebagai tempat pasangan yang tidak mempunyai skil perhubungan dalam rumah tangga mendapatkan khidmat nasihat dan bantuan psikologi. Kempen menjaga rumah tangga demi kesejahteraan generasi anak haruslah dilancarkan.
.
Program TV harus ditapis
Program televisyen seperti drama yang melebihkan keruntuhan rumah tangga, suami ganas dan pendera serta isteri jahat harus ditapis. Kajian mengesahkan apabila semakin banyak program seperti itu ditonton maka ia menjadi perkara biasa dalam pemikiran penonton.
Ilmuwan Islam sewajarnya menjadikan isu keutuhan rumah tangga dalam program dakwah menerusi khutbah Jumaat, ceramah maghrib dan tazkirah di masjid untuk menyedarkan masyarakat. Perhubungan adil dan saksama serta penyayang antara suami isteri serta ibu bapa dengan anak wajar ditekankan.
Suami seharusnya belajar bersabar dalam menghadapi kesilapan isteri mesti dipertingkatkan. Isteri seharusnya ditegur supaya bersabar dengan masalah yang berlaku dalam rumah tangga juga digiatkan dalam kuliah wanita.
Tanpa menafikan telah ada usaha dilakukan, perkembangan perce-raian yang membimbangkan wajar diambil perhatian khususnya oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam supaya ditangani sebaiknya. Kempen keluarga berkasih sayang dan cemerlang hendaklah digerakkan selain dianjurkan seminar dan ceramah di sekolah atau pusat kemasyarakatan dengan lebih kerap.
Apabila ia menjadi agenda besar, kita berharap masyarakat umum akan melihat perkahwinan adalah ikatan murni yang dalamnya sudah pasti ada masalah, tetapi kesabaran serta kesungguhan mempertahankan keutuhan rumah tangga hendaklah menjadi keutamaan semua.
Jadi Suri Rumah Bukanlah Mudah, Wanita Ini Kongsi Perasaan Sebenar Yang Tak Ramai Orang Tahu

Semua ibu yang bekerja tiada hasrat lain yang diimpikan melainkan ingin meluangkan masa bersama keluarga terutamanya dengan anak-anak. Namun harus diingatkan, menjadi suri rumah bukan mudah seperti yang disangka. Ia menuntut pengorbanan yang tiada waktu rehat atau kurang ‘ME TIME’, selain berdepan dengan banyak cabaran.
Wanita bernama Intan Dzulkefli ini berkongsi realiti menjadi seorang suri rumah berdasarkan cabaran pengalaman yang dihadapinya. Mungkin ceritanya tidak sama dengan wanita, namun perkongsiannya ini boleh dijadikan panduan.
Bila suami dapat gaji, benda yang paling best ialah pergi supermarket beli barang dapur. Walau cuma pergi Tesco ke Econsave, tapi itulah… rasa syok sungguh.
Sebab kadang dalam seminggu, terutamanya suami kerja lebih masa memang tak ada peluang keluar rumah. Itulah realiti seorang wanita yang menjadi suri di rumah. Jadi bila suami ajak keluar beli barang, dia punya feeling, yeay bestnya macam nak melompat bintang 3x. Sebab dapat rasa fresh air (fresh la sangat), cuci-cuci mata & ada orang boleh tolong tengok-tengokkan anak-anak juga (beza dengan outing sendiri dengan anak-anak).
Jangan tak percaya, ramai je mak-mak yang tak berani nak drive keluar sendiri dengan anak-anak. Macam nak keluar, tapi nanti tak jadi bila mengenangkan kegetiran yang mungkin terjadi. Huuu… sayalah antara orangnya tu. Hihi.
Kadang kalau seharian anak-anak asyik mengamuk, sampai kita sendiri muka pun da takleh nak senyum, suami balik saya terus request kat dia, nak keluar satgi. Dia tanya nak pergi mana? Pergi guardian. Nak beli apa? Nak beli shampu. Lepas tu muka suami saya macam; “Eh bukan kat kedai runcit depan rumah pun ada shampu?” ? Tapi syukurlah dia tetap ikut je tanpa banyak soal. Haha.
Sebenarnya mungkin ramai suami tak tahu, ramai isteri (especially stay home mother) bila dapat keluar pergi Watson sekadar dapat try tester perfume, pergi cuci mata kat Tesco tengok nonstick pan atau ke Indexliving tengok decoration ruangan rumah, walau tak beli pun dah rasa happy sangat dah. Serius. Aktiviti window shopping ni ibarat terapi untuk mengurangkan stress & menceriakan emosi.
Pernah sekali kami pergi beli barang di Econsave, saya berpisah dengan suami cari barang, ternampak seorang wanita yang juga sedang pilih-pilih barang, tup tup kena tengking dengan suaminya yang tiba-tiba muncul.
“Puas cari kat sini rupanya… Belek apa lagi tu! Menghabiskan duit je tahu. Dah jom balik lah!” Lepas marah terus dia berpaling pergi.
Air muka isteri yang ceria tadi tu terus berubah. Saya pun tiba-tiba serba salah untuk respons bagaimana, sebab saya sedar isteri itu rasa malu & nampak seperti sudah mahu menangis. Terus dia beredar.
Sedihnyalah… kadang hanya sebab isteri duduk di rumah, ada jenis suami yang sewenangnya pandang rendah pada isteri. Anggap isteri duduk rumah rehat-rehat, makan & tercongok depan tv saja agaknya. Bila isteri minta apa-apa dianggap menyusahkan & menghabiskan duit. Allah…
Ketika Mu’awiyah bin Haidah RA bertanya kepada Rasulullah SAW; “Wahai Rasulullah, apa hak isteri terhadap suaminya?”
Baginda menjawab, “Engkau beri makan isterimu bila engkau makan & engkau beri pakaian bila engkau berpakaian. Jangan engkau pukul wajahnya, jangan engkau jelekkan (mencerca, mencela) & jangan engkau boikot kecuali di dalam rumah.” (HR. Abu Dawud & Ibnu Majah)
Maka hendaklah para suami sedar bahawa apa yang dia nafkahkan kepada isteri & anak-anaknya tidaklah bernilai sia-sia di sisi Allah.
Hargailah para isteri, isteri bukan beban. Bahkan jika suami berbuat baik kepada isteri, isteri senang hati sentiasa mendoakan. Doa tulus itulah magnet rezeki buat kalian.
Alhamdulillah ‘ala kulli nikmah.