
Memiliki pasangan yang lemah lembut dan sopan adalah satu impian setiap lelaki yang ingin mendirikan rumahtangga. Ini kerana bagi mereka wanita yang lemah lembut dan sopan lebih bersifat “mendengar kata” berbanding wanita yang agak kasar.
Mungkin saja kerana mereka tidak tahu apa kelebihan atau sebab kenapa mereka perlu memilih wanita yang perwatakkannya sedikit kasar.
Jujur dalam berkata-kata
Wanita yang mempunyai karekter yang kasar selalunya jujur dalam percakapan dan kelakuannya. Hanya orang yang tertentu sahaja dapat menerima teguran yang jujur. Tiada berselindung dan bercakap di belakang, jika ada sahaja perkara yang tidak baik pada pandangnnya, dia akan terus menegur dan berterus terang.
Cabar anda untuk jadi lelaki lebih baik
Lelaki pantang melihat wanita yang lebih suka melakukan apa sahaja sendiri. Bahkan ada yang mengatakan wanita jenis ini sangat egois. Tetapi dengan perwatakkam begini mampu mencabar lelaki untuk jadi lelaki lebih baik dan mampu untuk melindungi wanita.
Gemar lakukan aktiviti menyeronokkan
Wanita kasar selalunya lebih aktif dalam melakukan aktiviti harian. Ada saja aktiviti yang menyeronokkan untuk dilakukan, samaada ketika berseorang mahupun bersama teman dan keluarga. Mereka nampak lebih cool.
Mereka jenis yang berdikari
Mereka tidak mudah untuk mengalah dengan hal yang remeh, tidak mudah mengharapkan pertolongan lelaki. Selagi mampu lakukan mereka akan terus lakukan.
Wanita kasar kurang membebel
Mereka lebih suka melakukan kerja daripada membebel, jika pasangannya tidak melakukan kerja dengan betul, mereka lebih suka segara menyiapkan kerja tersebut daripada membuang masa membebel.
Anda tak perlu risau tentang keselamatannya
Jika pasangan anda keluar dengan sahabatnya, jangan risau kerana dia mampu menjaga dirinya. Jangan terkejut jika mereka lebih arif tentang kereta berbanding anda.
Hilang Seri Rumah Tangga Bila Suami Isteri Suka Buat Hal Masing-Masing, Makan Asing-Asing

Bagaimana rumah tangga nak berseri jika suami isteri lebih rela pegang telefon bimbit daripada pegang tangan pasangan masing-masing? Malah, ada di antara suami isteri yang hanya berborak sepatah dua dan selebihnya melakukan hal sendiri. Inilah antara punca rumah tangga menjadi semakin hambar.
Sedih kan bila semua ada di depan mata tetapi kalian seakan-akan orang asing yang tidak mengenali antara satu sama lain. Perlu anda ingat bahawa komunikasi adalah penting dalam sesebuah perhubungan. Jika tiada komunikasi, anda sendiri tidak tahu apa yang ada di dalam hati pasangan.
Ya, memang setiap individu perlukan privasi tapi takkanlah sampai makan pun asing-asing? Walhal di meja makanlah antara masa yang sesuai untuk bersembang dengan pasangan selain daripada di dalam bilik tidur. Cuba hayati perkongsian Firdaus Shakirin tentang isu ini. Semoga ia bermanfaat untuk kita semua.
Rumah tangga yang hilang seri…
Zaman sekarang adalah zaman di mana suami dan isteri lebih banyak buat hal sendiri berbanding berkomunikasi sesama sendiri, memahami isi hati, bergurau senda, bantu membantu, tolong menolong, bercerita dan sebagainya…
Dalam rumah ada suami, ada isteri, ada anak-anak…tp suasananya sunyi macam tiada siapa-siapa di dalamnya…
Masing-masing meletakkan diri pada zon selesa masing-masing…isteri di dapur, suami di ruang tamu, anak-anak dalam bilik…isteri dengan kerja-kerja dapur, suami menonton TV, anak-anak main HP…
Ini contoh keluarga zaman moden…
Buat hal masing-masing, makan asing-asing…tiada siapa yang nak memulakan komunikasi antara keluarga, apa jua masalah, sendiri simpan, sendiri selesaikan…
Nampak isteri lalu, nampak suami lalu, nampak anak-anak lalu depan mata, tapi tak ditegur, tak dihiraukan, tak dipanggil untuk bersembang…
Bayangkan, seharian isteri tunggu suami di rumah, suami balik keje ja, sempat bercakap beberapa patah sahaja…seharian suami di tempat keje, sampai ja rumah, sempat bercakap beberapa patah jugak…seharian anak-anak ke sekolah, tuisyen dan sebagainya, bila datangnya malam, berkumpul dengan ibubapa, tapi hanya bercakap beberapa patah dengan mereka…
How sad is life nowadays bila masing-masing lebih memilih utk buat hal masing-masing…
Sumber: Firdaus Shakirin
Salah Satu Rahsia Nak Jadi Kaya Ialah Dengan Berkahwin. Rezeki Orang Berumah Tangga Sangat Diberkati Allah

Semoga rezeki anda kian bertambah, terus diberkati dan dilimpahkan olehNya. Ingat kaya di dunia biarlah selari dengan amalan untuk bekalan ke akhirat. Di sini kami berikan 5 cara untuk menjadi kaya yang semua orang boleh praktikkan dalam kehidupan seharian.
1.Solat
Orang yang sentiasa menjaga solat dengan ikhlas, tawaduk dan khusyuk akan diberi jaminan rezeki oleh Allah.Jaga solat berjemaah dan awal waktu menjadi syarat utama mendapat limpahan rezeki dari Sang Pencipta.
Ayat Al-Quran berikut menjadi bukti bahawa solat adalah amalan yang mendatang rezeki kepada kita.
“ Suruhlah keluargamu untuk solat dan sabarlah dalam mengerjakannya.Kami tidak menuntut rezeki daripadamu.Kamilah yang memberi rezeki. Balasan yang baik akan diberikan kepada orang yang bertakwa” –ayat 132 Surah Thaha

2.Istighfar
Istighfar ialah memohon ampun kepada Allah atas dosa dan kesalahan yang telah kita lakukan.Realiti istighfar mengakui salah diri sendiri dan berazam untuk tidak mengulangi lagi pada masa yang akan datang.
Lafaz istighfar bukan hanya pada mulut tetapi perlu dihayati ke dalam hati.
Rezeki kita terhalang akibat dosa.Sebab itu hilangkan dosa maka rezeki akan masuk dengan mudah dan senang.Malah orang yang Allah terima istighfar mereka, akan mendapat kekayaan dan kejayaan berlipat kali ganda.
Dalam ayat berikut cukup jelas mengambarkan istighfar boleh mendatangkan rezeki yang kita idamkan dalam hidup ini.
“ Maka aku katakan kepada mereka, mohon ampunlah kepada TuhanMu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu serta mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan ( pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai ” –ayat 10-12 Surah Nuh
3.Sedekah
Hanya mereka yang faham konsep sedekah sanggup melakukan amalan ini baik semasa dalam kekurangan maupun ketika lebihan rezeki.
Ada pula orang hanya bersedekah ketika dikurniakan rezeki lebih dan tidak kurang juga yang semakin sukar bersedekah walaupun sudah hidup senang. Itu terpulang kepada iman masing-masing.Sedekah bukan kewajipan sebagaimana zakat.Namun siapa yang bersedekah pasti mendapat balasan daripada Allah.
Ayat berikut boleh menjadi dalil untuk menyatakan apa sahaja yang disedekah akan diberi balasan.
“ Dan apa jua yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya dan Dia Pemberi Rezeki yang sebaik-baiknya.” –ayat 39 Surah Saba’
Sedekah juga sebenarnya amalan murah rezeki dan cepat kaya.
4.Takwa
Takwa adalah matlamat utama orang beriman.Sebab iman dan takwa mesti bergerak sejajar dalam minda dan pemikiran.Maksud termudah takwa ialah buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang.
Hanya dengan bertakwa maka rezeki akan mudah datang.Kedatangan pula mungkin dari tempat atau jalan yang kita tidak sangka-sangka.
Begitulah yang dinukilkan dalam ayat Al-Quran berikut.
“ Sesiapa yang bertakwa kepada Allah nescaya Dia akan memberikan rezeki yang tidak disangka-sangka” –ayat 2-3 Surah al Talaq.
Tidak keterlaluan untuk menyatakan bahawa surah ini adalah surah pembuka rezeki
5.Asmaul Husna
Hanya dengan menyebut nama Allah kita boleh menarik rezeki yang diingini.Bunyinya seperti kurang serius tetapi itulah realiti yang wajar dipercayai.
Asmaul Husna terdiri daripada 99 nama Allah yang sangat indah dan sangat sempurna.Ada yang menjadikan Asmaul Husna sebagai doa pembuka rezeki dan kekayaan
Namun sedar atau tidak, Asmaul Husna mempunyai fadilat yang tersendiri.Antaranya mendatangkan rezeki dan memudahkan doa pengamalnya diterima Allah.
Terdapat dalil yang cukup kuat berkaitan perkara ini seperti berikut.
“ Dan bagi Allah Asmaul Husna, maka mohonlah kepada-Nya dengan menyebut nama-Nya” –ayat 7, Surah al-A’raf

6.Bernikah
Bernikah adalah tuntutan agama bagi mereka yang mampu dan berkeinginan untuk berkeluarga.Membina keluarga yang sakinah, mauwadah wal rahmah jadi impian kebanyakkan orang.
Sungguhpun begitu masih ada yang meletakkan kemampuan kewangan dan harta benda untuk bernikah.Tidak sepatutnya begitu jika bersandarkan dalil Al-Quran berikut.
““Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya – pemberian-Nya), lagi Maha Mengetahui.” – Ayat 32 Surah An-Nuur
Perkara- Perkara Yang Perlu Lakukan Semasa Bertaaruf Bersama Pasangan

Saudaraku, jangan mudah untuk kau mengatakan ta’aruf dengan seseorang.
Fahami duhulu apa erti ta’aruf itu sebenarnya sebelum kau berani mengatakannya.
Jangan dikotori sucinya makna ta’aruf itu sendiri, sebuah syariat harus ditegakkan untuk itu lebih baik diam jika belum sedia untuk menjalaninya.
Mampukah setiap dari kita memikul semua perasaan cinta dan kasih sayang yang benar-benar sesuai dengan syariat?
Cinta harus diuruskan dengan baik, terutama cinta pada Allah SWT, Rasulullah SAW, cinta terhadap orang-orang soleh dan beriman.
Jadi tidak harus memberi cinta secara murahan atau bahkan melanggar syariat Allah SWT.
Bagaimanakah ciri – ciri ta’aruf Islami yang sebenar dalam mencipta rumah tangga?
Disini adalah sesi Bertaaruf yang dianjurkan:
1. Melakukan Istikharah dengan sekhusyuk-khusyuknya
Setelah anda mendapatkan data dan foto, lakukanlah istikharah dengan sebaik-baiknya, agar Allah SWT memberikan jawapan yang terbaik.
Dalam melakukan istikharah ini, janganlah ada kecenderungan pada calon yang diberikan kepada kita. Tapi ikhlaskanlah semua keputusannya pada Allah SWT.
Luruskan niat kita, bahawa kita berkahwin atas alasan benar-benar ingin membentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warohmah.
Seseorang biasanya akan mendapat sesuatu sesuai dengan apa yang diniatkannya.
2. Mewujudkan pertemuan kali pertama
Setelah maklumat peribadi diperolehi, maka perlu wujudkan sebuah pertemuan yang diatur oleh murabbi pihak masing-masing.
3. Gali pertanyaan sedalam-dalamnya
Setelah bertemu, hendaklah didampingi murabbi masing-masing, lalu saling bertanya sedalam-dalamnya, dari maklumat peribadi, keluarga, hobi, penyakit yang diderita, visi dan misi tentang rumah tangga.
Biasanya pada tahap ini, baik perempuan mahupun lelaki agak malu-malu dan gementar, maklumlah sebelum ini tidak kenal.
Tetapi dengan berjalannya waktu, semua akan menjadi lancar.
Peranan pembimbing juga sangat diperlukan untuk mencairkan suasana.
Jadi, suasana tidak akan menjadi kaku dan terlalu serius.
Diperlukan suasana humor, santai namun tetap serius.
Pihak lelaki mahupun perempuan harus bertanya sedalam-dalamnya, jangan disembunyikan.
Pada tahap ini, biasanya pertanyaan-pertanyaan pun akan mengalir.
4. Menentukan waktu Bertemu dengan keluarga perempuan
Setelah melakukan ta’aruf dan menggali pertanyaan-pertanyaan sedalam-dalamnya, dan pihak lelaki merasakan adanya keserasian visi dan misi dengan calon perempuanP, maka pihak lelaki pun harus segera untuk melakukan ta’aruf ke rumah pihak perempuan, untuk berkenalan dengan keluarganya.
Namun ingat, pihak lelaki jangan datang seorang diri, untuk menghindarkan fitnah dan untuk membezakan dengan orang yang bercouple.
5. Keluarga pihak lelaki mengundang silaturahim pihak perempuan ke rumahnya
Dalam hal perkahwinan , adalah wajar jika orang tua pihak lelaki ingin mengenal calon menantunya.
Sebaiknya ketika datang ke rumah pihak lelaki, pihak perempuan juga tidak bersendirian, untuk menghindari terjadinya fitnah.
6. Menentukan Waktu Meminang
Setelah terjadinya hubungan silaturahim dikedua belah pihak, dan sudah ada keserasian visi dan misi dari pihak lelaki dan perempuan, juga dengan keluarganya, maka janganlah tunggu lama-lama.
Segeralah menentukan waktu untuk mengkhitbah akhwat (memimang/melamar pihak perempuan).
Jarak waktu antara ta’aruf dengan pertunangan, sebaiknya tidak terlalu lama, kerana takut menimbulkan fitnah.
7. Tentukan waktu dan tempat pernikahan
Pada prinsipnya semua hari dan bulan dalam Islam adalah baik.
Jadi hindarkanlah mencari tanggal dan bulan baik, kerana takut jatuh ke arah syirik.
Lakukan pernikahan sesuai yang dicontohkan Rasulullah SAW, iaitu sederhana, mengundang anak yatim, memisahkan antara tetamu lelaki dan wanita, pengantin wanita tidak bertabarruj (berdandan), makanan dan minuman juga tidak berlebihan.
Semoga dengan menjalankan ciri – ciri ta’aruf secara Islam di atas, Insya Allah akan terbentuk rumah tangga yang sakinah mawaddah warahmah…
Yang menjadi dambaan setiap keluarga muslim baik di dunia mahupun diakhirat.
Sumber :akuislam.com