Hubungan jarak jauh ni memanglah susah nak kata lagi, memang mulut kata OK, tiada masalah. Tapi bila dah berjauhan beberapa bulan dengan orang tersayang, siapa tak terasa rindu. Macam manalah perasaan orang yang sudah berkahwin dan terpaksa berjauhan sehingga bertahun-tahun.Tabahnyalah anda ya.

DUGAAN HUBUNGAN JARAK JAUH YANG MENYIKSA MENTAL & EMOSI

Kerinduan Yang Tak Boleh Diungkapkan, Inilah Rasa Bila Terpaksa Jarak Jauh Dengan Pasangan
.

Bagi yang bakal atau sedang mengalami hubungan jarak jauh dengan pasangan, berikut adalah mengapa ia terasa sukar untuk anda.

1. TAK BANYAK PERKARA DAPAT DILAKUKAN BERSAMA

Bila berjauhan, tak banyak yang dapat dikongsi, terutamanya jika kita sentiasa sibuk dan tak dapat berhubung. Benarlah orang kata, sekecil-kecil perkara pun apabila dikongsi akan terasa indahnya.

Kebanyakan masa, kita terlupa untuk memberitahu perkara-perkara kecil yang berlaku dalam hidup kita. Walaupun perkara kecil seperti mencuba makanan baru, menonton siri drama tertentu, atau melakukan kesilapan yang lucu – ia boleh terkumpul dan menjadi sesuatu yang besar. Semua peristiwa ini mungkin terasa sedih apabila diingat kembali kerana anda melakukannya tanpa pasangan anda.

2. MASALAH DAN CABARAN TERPAKSA DIHADAPI BERSENDIRI

IKLAN

Memang setiap manusia perlu belajar untuk berdikari. Namun, ada masanya kita amat memerlukan sokongan apabila ditimpa musibah atau ujian yang hebat. Ia juga amat mencabar wanita yang sedang mengandung. Apabila ia berlaku, mungkin lebih sukar menceritakan keadaan ini apabila berjauhan.

Kadangkala, kita tak mahu bercerita pun tentangnya. Apa yang kita harapkan adalah seseorang di samping kita. Betapa kita ingin merasakan ketenangan dalam kehangatan pelukan mereka!

3. HARI ISTIMEWA TAK DAPAT DIRAIKAN BERSAMA

IKLAN

Ada masanya waktu cuti tak dapat dimanfaatkan bersama atas sebab-sebab tertentu di saat akhir. Hal sebegini tentunya sangat mengecewakan, lebih-lebih bagi pasangan yang mempunyai anak.

Kerinduan Yang Tak Boleh Diungkapkan, Inilah Rasa Bila Terpaksa Jarak Jauh Dengan Pasangan
.

4. DIBELENGGU RASA BERSALAH

IKLAN

Mungkin setiap hari kita mempersoalkan sama ada kita telah melakukan keputusan yang terbaik untuk berjauhan dengan pasangan dan anak-anak. Walau sekuat manapun, perasaan seorang ibu atau ayah tentu akan ‘kalah’ apabila terpaksa melihat anak bersedih dan menahan kerinduan. Bila mereka sakit, kitalah yang asyik tak senang duduk memikirkan mereka.

5. RASA BERAT SEBELAH DALAM PEMBAHAGIAN TANGGUNGJAWAB

Bagi pasangan yang dipertanggungjawabkan untuk menjaga anak, sudah tentulah ia bukan perkara yang mudah untuk melakukannya seorang diri. Ini kerana tugas menjaga anak adalah tugas yang amat mencabar. Beruntunglah kalau ada ibu ayah, pembantu, atau keluarga terdekat yang boleh diharapkan untuk menolong mengasuh dan membesarkan anak.

Namun dalam kebanyakan hal, kita lebih suka melakukannya sendiri kerana tidak mahu menyusahkan mereka. Jika berterusan begini, ia boleh menyebabkan stres dan pemikiran negatif. Sampai satu masa, kita mungkin terasa letih dan fed up.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI