

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!


Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!

Bertempat di Grand Ballroom, New World Hotel Petaling Jaya berlangsung pada 7 Julai 2019 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang, satu acara yang hebat telah dikendalikan oleh New World Hotel buat bakal pengantin yang ingin meraikan hari bahagia mereka disini dengan suasana yang tenang dan boleh melihat dari sudut yang tinggi suasana kota bandar yang cantik.
Ia boleh menempatkan sehingga 1,000 orang tetamu. Di wedding showcase ini tetamu berpeluang untuk bertemu dengan 34 profesional tempatan dalam dunia perkahwinan termasuk jurugambar, ahli muzik, penata majlis dan dekorasi serta penjual bunga.
Di sini juga tetamu boleh melihat idea-idea baru khas untuk majlis anda sendiri selain mendapatkan khidmat profesional yang boleh membantu anda merealisasikan majlis perkahwinan yang penuh unik dan peribadi.
Selain itu juga, tetamu yang hadir turut berpeluang untuk menyertai sesi perbincangan oleh perancang perkahwinan terkenal Stephen Foong yang berkolaborasi dengan organisasi persekitaran WWF tentang trend perkahwinan mesra alam serta mampan.
Magical Wedding Showcase turut dimeriahkan dengan persembahan live band dan pemberian cabutan bertuah khas buat pengunjung yang hadir. Malah 10 pasangan pertama yang menghantar RSVP di Magical Wedding Showcase dalam talian juga bakal menerima sesi penggambaran 30 minit secara percuma bernilai RM800.
Antara vendor yang membuka booth di acara ini adalah Acadia, Arifah Hot Oven, Bridals & Makeup by Eleena Lamat, Click4Loves Photography, Dennis Yap Photography, Evangeline Craft, Forever Valentine Weddings, Hooray Decoration & Design, Pernod Ricard,Stephen Foong Wedding Planner, Tagbooth Photobooth, Te’amo MY dan ramai lagi.
Bagi bakal pengantin yang meraikan hari perkahwinan mereka disini, mereka berpeluang untuk melihat dari sudut yang berbeza yang akan diberi oleh New World Hotel sendiri disamping dewan yang mewah serta keluasan yang besar dan dekorasi yang cantik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

Hanya dengan sekali lafaz, Harris atau nama penuhnya Mohammad Harris Shahrul Annuar, 29, selamat bergelar suami kepada Asha Merican, 25, juga merupakan seorang pelakon yang sedang meningkat naik. Pasangan ini jarang berkongsi kisah peribadi mereka di laman sosial.
Pada majlis ijab qabul yang disaksikan keluarga dan rakan-rakan terdekat, bekas peserta Hero Remaja edisi 2017/2018 itu menyerahkan mas kahwin berjumlah RM1000 kepada pengantin perempuan.
Pasangan pengantin baru kelihatan berseri dalam persalinan serba putih di majlis pernikahan yang diadakan di Magica Events. Baju nikah pasangan ini mendapats entuhan dari pereka fesyen terkenal, Hatta Dolmat manakala solekan oleh @aqilasriii.
Dalam kemeriahan majlis tersebut, Harris bagaimanapun tidak menahan emosi saat menerima ucapan tahniah dan pelukan daripada ibunya yang juga merupakan seoarang usahawan terkenal, Zaiton Hassan atau lebih mesra disapa Kak Ton.
Majlis pernikahan tersebut turut dikongsikan secara Live menerusi Instagram Harris Annuar.
Difahamkan Harris dan Asha telah menjalinkan hubungan cinta secara diam-diam sejak empat tahun lalu dan saling menyokong dalam kerjaya masing-masing. Laman Instagram Harris mahupun Asha dipenuhi ucapan tahniah dan mendoakan rumah tangga yang dibina kekal hingga ke akhir hayat.
Foto: Instagram @nadiaannuar & harrisannuar
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!

Tak semua dapat rezeki kahwin muda tetapi kalau sudah jodoh, apa salahnya. Kalau zaman dulu, perkara ini nomal. Tetapi zaman sekarang orang rasa macam, “Eh, mudanya dah kahwin!” Begitulah pandangan orang.
Seperti yang dilalui pasangan muda ini, gambar mereka tular di media sosial apabila ramai menganggap suami isteri ini seolah-olah adik-beradik yang masih bersekolah kerana faktor tubuh dan ketinggian.
Syarah Aliya Ahmad, 19, dan suami, Muhammad Naqib Mohamad Nasir, 20, memilih menamatkan zaman remaja mereka dengan memikul tanggungjawab besar sebagai suami isteri pada 2 Mac lalu.
Kisah mereka mendapat perhatian di TikTok apabila Syarah Aliya berkongsi video perkahwinan yang meraih 1.3 juta tontonan dan pelbagai reaksi netizen, baru-baru ini.
Syarah Aliya berkata, dia hanya mengikut trend TikTok yang berkongsi perbandingan usia dan sikap suami isteri, namun tidak menyangka akan mendapat perhatian warganet.
“Banyak juga komen yang cakap kami beruntung kahwin muda dan ada juga sangka kami masih sekolah lagi selain cakap seperti kakak dan adik.
“Lucu juga tetapi saya tak ambil hati mungkin orang nampak kami seperti adik dan kakak sebab suami rendah sedikit daripada saya. Tinggi saya 160 sentimeter (cm), manakala suami 156 cm.
“Tetapi itu tak jadi masalah sebab yang penting kami perlu sepakat dan saling bertolak ansur sepanjang perkahwinan ini dan harap ia berkekalan selamanya,” katanya tinggal bersama mentua di Kampung Telok Durian, Kupang, di sini.
Mereka berkawan sejak dia berusia 14 tahun selepas berkenalan di Lata Celak, Kupang dan sepakat membina hidup bersama kerana tidak mahu terlalu lama berkawan, selain mengelak perkara tidak baik.
“Suami sudah ajak bertunang dan berkahwin sejak saya berusia 17 tahun tetapi saya pilih untuk menamatkan persekolahan dulu, malah keluarga kami juga berpendapat sama.
“Saya anggap berkahwin awal ini adalah rezeki kerana saya belum ada rezeki menyambung pelajaran tetapi bersyukur perkahwinan ini banyak mendidik saya ke arah lebih baik,” katanya memberitahu suaminya menguruskan perniagaan makanan ternakan haiwan milik keluarga mentua.
Katanya, usia remaja bukan penghalang untuk mereka memikul tanggungjawab sebagai suami isteri dan mereka disokong keluarga terutama ibu bapa, Maznah Hassan dan Ahmad Abd Rahman serta mentua, Robaayah Abdul Karim dan Mohamad Nasir Khamis.
“Sejak berkahwin saya sematkan dalam fikiran yang saya ini isteri orang dan perlu menjaga nama keluarga dan mentua. Kalau dulu bangun pagi mesti lambat tetapi sekarang perlu bangun awal untuk sediakan sarapan buat suami sebelum dia pergi kerja.
Haaa… satu rezeki kahwin muda, kalau anda pun ada jodoh awal, teruskan. Minta doa dan restu daripada orang tua, itu lebih dari cukup. Pasal kewangan atau masalah lain boleh sama-sama usahakan yang terbaik. Hidup ini lebih bahagia jika kita abaikan kata-kata dan pandangan orang. Betul tak?
Sumber berita: Harian Metro
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download sekarang!
© Hakcipta Terpelihara Nu Ideaktiv Sdn. Bhd ❤️ Dikendali Oleh Astro Group
