Bagi mereka yang masih sendiri tentu ada masanya terasa sedikit iri hati melihat kehidupan mereka yang berkeluarga. Terfikir dibenak masing-masing, alangkah indahnya hidup berpasangan. Ke sana ke mari ada berteman.
Tidak seperti mereka yang masih single, semuanya dilakukan sendiri. Kena pula mereka yang jenis tidak ramai kawan, memang hidup terasa sepi dan sunyi. Ketika inilah terasa betapa bahagianya bila hidup berteman tentunya tidak kesepian lagi.
Ada beberapa perkara yang kadang-kadang orang ‘single’ salah faham tentang perkahwinan. Mereka rasa ‘single’ sudah cukup sunyi padahal ramai juga orang yang berkahwin rasa lebih sunyi.
BAHAGIAKAN DIRI SENDIRI DULU SEBELUM NAK MEMBAHAGIAKAN ORANG LAIN
Nama sahaja ada pasangan depan mata, namun tiada kata-kata manis, tiada pelukan, tiada ‘encouragement’. Kesunyian orang berkahwin bahkan lebih ‘sakit’ berbanding orang ‘single’ sebenarnya.
Mereka rasa ‘single’ tak ada orang sayang, tak ada orang tunjuk kasih, tak ada orang pujuk bila merajuk. Padahal ramai juga orang berkahwin merajuk pun pujuk diri sendiri, menangis pun kesat air mata sendiri, sendiri yang kena sayang diri sendiri. No body care.
Ads
Bukanlah semua orang berkahwin melalui hal ini, tetapi ianya berlaku dalam sesetengah perkahwinan yang di dalamnya tiada insan yang mahu saling membahagiakan.
Kadang berlaku di belakang tabir, jadi orang tak nampak ‘kanser’ yang sedang membarah dalam perhubungan suami isteri itu. Orang cuma nampak bahagia walhal yang samada benar-benar bahagia atau tidak, hanya mereka suami isteri yang rasai sendiri.
Ads
Saya suka pesanan Prof Muhaya, “jangan kahwin kalau kamu tak bahagia. Sebabnya kamu takkan jumpa kebahagiaan dalam perkahwinan kalau itu yang kamu cari. Diri sendiri kena bahagia dulu baru mampu rasa bahagia dan membahagiakan.”
Perkahwinan adalah medan memberi, beri bahagia baru dapat bahagia. Suami kena bahagia dan membahagiakan. Isteri kena bahagia dan membahagiakan. Barulah rumahtangga tersebut bahagia dan membahagiakan. InsyaAllah.
Ads
Suami beri kasih sayang, perlindungan, didikan kepada isteri. Isteri membalas dengan rasa cinta dan penghormatan kepada suami. Anak-anak melihat ibubapanya saling bergandingan menjayakan perhubungan, barulah mereka juga menikmati rasa bahagia. Daripada ibu bapalah anak-anak belajar semua itu.
Oleh itu wahai orang ‘single’, jangan tergesa-gesa mahu berkahwin walhal belum bertemu calon yang sekufu dan serasi.
Perkahwinan bukanlah magik. Perkahwinan bukanlah syurga selagi tiada kerjasama antara suami isteri yang berazam mahu menjadikan rumahtangga mereka syurga.
Gunakanlah waktu bertunang dan merisik untuk ‘taaruf’, bukannya sibuk dengan berdating dan bermaksiat kerana rumahtangga bukanlah semata hal yang romantik melainkan amanah berat yang perlu digalas bersama-sama.
Sayunya hati menonton video majlis pernikahan anakanda Datuk Dr Mohamad Zulkifli al-Bakri. Saat beliau menitiskan airmata sebelum memberikan khutbah nikah, terasa kesyahduan seorang ayah yang sedang melepaskan anak lelaki sulungnya menjalani tanggungjawab sebagai seorang suami.
“Khutbah nikah, tulus ikhlas daripada hati abah.” tulisnya.
Menurut perkongsian itu, majlis akad nikah Mohammad Hasanain dan pasangannya Nurul Azzlina Nabilah Abdul Aziz berlangsung awal pagi tadi.
“Alhamdulillah selesai Majlis Akad Nikah anakanda Mohammad Hasanain dan pilihan hatinya, Nurul Azzlina Nabilah binti Abdul Aziz pagi tadi.
Anakku, setiap pasangan yang berkahwin bertekad untuk mendapat kebahagiaan. Tetapi hakikat tidak ramai yang dapat mengecapinya.
Ramai yang ingin menawan hati pasangan tetapi lupa yang hati itu hakikatnya milik Pemilik Segala Hati dan Cinta iaitu Allah SWT.”
Kredit foto: Instagram @drzulkifli.albakri
Dalam perkongsian itu juga, Dr Zulkifli ada meniitipkan pesanan berupa tip baut anaknya. Pesanan dari seorang ayah ini boleh juga diambil sebagai panduan kita yang bakal dan sedang hidup berumahtangga.
Sepanjang pengamatan abah, ada beberapa ramuan penting untuk pedoman anakanda.
1. Kejujuran dalam melayari bahtera kehidupan. 2. Setiap pasangan bertangunggjawab dengan peranan masing-masing. 3. Zahirkan pengorbanan. 5. Sentiasa mengutamakan solat berjemaah dan solat malam. 6. Mengambil iktibar daripada pasangan lain. Yang baik dijadikan teladan dan yang tidak baik dijadikan sempadan. 7. Perbanyakkan doa.
“Dalam bahagia ada ujian. Itulah sunatullah yang mematangkan dan menguatkan ikatan kasih. Selamat melayari alam rumahtangga.”
Tahniah buat Datuk Dr Mohamad Zulkifli al-Bakri dan isteri, Datin Dr. Shereen Binti Mohd Yunos serta pasangan pengantin baharu, Mohammad Hasanain dan Nurul Azzlina Nabilah.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tip nak bersihkan lantai rumah dengan cara jimat tanpa perlu beli pencuci, yang penting hasilnya wangi satu rumah!
Sebenarnya tip ini hanya menggunakan cuka dan pelembut pakaian. Bancuhannya seperti berikut;
Tip Lantai Rumah Berkilat Dan Wangi
1/2 baldi air
1/2 tutup pelembut pakaian/softener
5 titis cuka
Campurkan semua bahan ini dan mop lantai seperti biasa.
Awas, Pastikan Ikut Kuantiti
Cuka yang diperlukan hanya beberapa titis saja yang bukan sampai setengah cawan. Jika guna banyak, nanti lantai akan jadi melekit dan berbau cuka pula.
Jadi, tiada alasan nak kata tak ada bahan pencuci kalau pelembut kain dan cuka pun cukup membantu buat lantai berkilat. Selamat mencuba.
Sumber: Ezy Eizyanie
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cukup romantis majlis perkahwinan pelakon, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, dan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast.
Pasangan mempelai dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang tadi, dengan sekali lafaz.
Intan Najuwa Kahwin Tarikh Hari Lahirnya, Tak Tolak Jika Dapat Anak Awal
Terima Mas Kahwin RM20k
Pada majlis pernikahan bertemakan empat unsur alam itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000.
Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Dalam satu kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.
Intan Bersedia Terima Kehadiran Anak
Menurut satu kenyataan Intan Najuwa dalam temu bual dengan Media Hiburan, jodohnya itu dikenali dalam masa setahun atas ‘kawan kepada kawan’. Bila disoal tentang cahaya mata, Intan dan suaminya tidak menolak untuk terima anak awal.
Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah rakan selebriti termasuk Nora Danish, Datin Elvina Mohamad, Fatin Afeefa dan ramai lagi.
Memakai Busana Rekaan Fizi Woo
Majlis pernikahan mempelai itu dihadiri kira-kira 150 tetamu merangkumi ahli keluarga, saudara-mara, selebriti dan media.
Diijabkabulkan pada hari kelahirannya, Intan menyerlah dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo rona putih yang sedondon dengan suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan pasti mengimpikan hari bahagia yang diingati sepanjang hayat. Momen dua hati disatukan dalam suasana indah, bersama keluarga dan rakan tersayang sudah tentu...