Ketahuilah Bahawa Suami Teman Terbaik Ketika Isteri Sakit

Petua-petua untuk suami bila isteri demam:

1. Pegang kepala isteri dan baca niat

Pertamanya, suami perlu pegang kepala isteri dan niat di dalam hati supaya tuhan buang sisa bisa dan panas di dalam badannya supaya kembali sihat dan pulih dari sakit.

2. Minta tuhan ampunkan dosa isteri

IKLAN

Berniatlah agar tuhan ampunkan dosa isteri supaya demam dan sakit yang dialami surut dengan sempurna.

3. Masakkan untuk isteri

Basuh beras dan masukkan air. Setelah itu buka api perlahan dan tunggu sampai beras tadi menjadi bubur. Kalau nak lagi sedap tambah isi ayam, daging, lobak merah dan daun sup. Mudah, kan?

IKLAN

Ketahuilah Bahawa Suami Teman Terbaik Ketika Isteri Sakit

4. Air barli untuk kurangkan panas badan isteri

Air penyejuk badan paling mujarab adalah air barli.

IKLAN

Caranya rebus barli dengan air. Lepas itu ambil airnya dan tambah sikit gula atau lemon. Nak lagi sedap letak gula batu, kurma atau buah kembang semangkuk.

Kemudian, minta isteri minum suam-suam, Insyallah segala panas badan boleh keluar.

5. Perhatian dan kasih sayang

Suami kena faham kadang-kadang isteri itu minta di manja dan dibelai terutama bila tengah sakit jadi anda haruslah ikhlas menjaganya dengan baik.

Bukan hari-hari isteri jatuh sakit, jadi tak salahkan anda luangkan sedikit masa untuknya?

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI