
Sekarang zaman yang pergi kemana-mana sekalipun memerlukan duit, bahkan ke tandas juga perlu bayar. Krisis ekonomi yang teruk membuatkan kita terfikir mahu bekerja walaupun suami sudah mempunyai pekerjaan tetap.
Mungkin bagi sesetengah wanita beranggapan bekerja diluar adalah tugas dan tanggungjawab seorang suami. Tahukah anda, zaman sekarang bukan hanya suami yang keluar bekerja, namun isteri juga perlu keluar bekerja bagi meringankan beban belanja bulanan.

Bagi wanita terutamanya, walaupun gaji suami besar, ada yang lebih suka usaha sendiri untuk dapatkan duit tanpa mengharapkan duit lelaki.
Ini antara sebab munasabah kenapa wanita lebih suka guna duit sendiri dari minta dengan suami!
Tak suka bebankan suami
Banyak mana gaji suami pun, isteri tetap fikir yang suami banyak tanggung jawab dan banyak nak pakai duit. Bagi sesetengah wanita, duit yang suami bagi boleh simpan. Duit sendiri boleh dibelanjakan tanpa segan dan rasa bersalah.
Nak elak berlaku kes ungkit
Bukan minta jadi sampai tahap ini tetapi tak pelik kalau pasangan gaduh, terus ungkit bab duit. Padahal lelaki memang wajib bagi nafkah pun, cuma eloklah beringat sebelum orang macam-macam dan berkira.
Puaskan hati keluarga sendiri
Sesekali nak juga belanja adik beradik sendiri dan mak ayah beli macam-macam. Tambah kalau ada adik yang masih kecil dan perlukan duit. Tak sampai hati nak minta dengan suami semata nak hulur adik beradik sendiri, bukan?
Sayang suami lebih
Cukup bertuah kalau suami mampu tetapi selalunya isteri kadang fikir jauh tentang suami. Tak suka susahkan suami sampai kadang suami terpaksa buat dua kerja dan balik lewat malam. Lebih bahagia kalau wanita cari pendapatan sendiri.
Wanita nafsu mereka hanya untuk shopping
Sekarang ni duduk rumah pun boleh ada nafsu nak bershopping. Maklumlah, dunia di hujung jari je. Memang susah nak mengelak dan nak kawal nafsu. Kalau ada duit sendiri, lebih senang nak tekan-tekan. Tak ada orang marah hak sendiri.
Jika anda rasa dengan bekerja sendiri mampu memberi kebahagiaan kepada anda dan suami, rasanya tidak salah berkongsi rezeki dengan pasangan dan anak-anak.
Sekian petikan ini dari Aliff channel
Gambar hiasan : Tangkap Picture
Cara Mengenali Bakal Suami Anak Mak!

Pasti ramai wanita di luar sana seram apabila sebut ‘mommy’s boy’? Acap kali kita melihat dan mendengar kisah rumah tangga yang bergolak gara-gara berpunca daripada pasangan anda adalah anak mak. Malah dalam drama pun sering sahaja menunjukkan konflik yang berlaku antara si suami dan isteri apabila suaminya terlalu rapat dengan emaknya. Nak kenal pasti ‘mommy’s boy’? Sebelum terlewat Jom baca :
1001 Perkara Di kongsi bersama Mommy
Segalanya ingin diceritakan dan dikongsikan bersama ibunya walaupun hal peribadi yang kadang kala anda berasa tidak perlu dikongsikan bersama ibu. Kadang kala naik hangin tiba-tiba bila telefon berbunyi nama ibunya terpampar, dan mengajaknya berjumpa untuk berbincang hal yang tidak penting langsung. Jika ini berlaku make it clear pada pasangan anda, agar bijak membahagikan masa atau boleh la fikir sendiri ya ‘mommy’s boy.
Manja Kurang Berdikari
Kalau dah sebut anak emak tu pastinya semua mak dialah yang mengatur dalam hidupnya, biar sampai nak minum, makan dan pakai apa pun mak aturkan. Jangan biarkan si dia terus manja begini merana hidup. Sekiranya anda berdua bercadang untuk berkahwin, bentuklah si dia untuk lebih berdikari dan mampu membimbing anda kelak. Kalau anda melihat baju kemejanya nampak licin dan tajam pada lengan baju, sekali sekala tanya la siapa yang gosok baju sayang?, jika jawapan yang diberikan adalah mak! Ambillah kesempatan untuk perli si dia agar lebih matang dan bertanggungjawab selepas ini.
Menghormati Bakal Ibu Mertua
Tunjuk rasa hormat anda pada bakal mertua anda adalah satu perkara yang baik ini akan memberi membuatkan bakal suami anda bertambah sayang. Bila anda menunjukkan sikap prihatin ada terhadap pasangan anda sewaktu adanya bakal ibu mentua anda saat itu mungkin bakal mentua anda akan berasa anaknya ada yang mampu menjaga sama baik seperti dia menjaga dan menatang anak lelakinya.
Cuba Jadikan Ibunya BFF
Bila dan mula menghormati bakal ibu mertua, cuba wjudkan persefahaman bersama wanita yang cukup disanjung bakal suami anda. Ini akan memudahkan kerja anda. Pasangan terlalu mendengar kata ibunya, tetapi jika anda bijak mengatur situasi ini, bakal ibu mertua anda pasti akan mendengar kata anda, jika berlakunya sesuatu.
Pasangan anda mommy’s boy atau anda?
Tangani Rasa Cemburu Dengan Baik, Barulah Hubungan Jadi Mesra

Cemburu adalah lumrah dalam kehidupan suami isteri dan kebiasaannya wanita yang banyak dikaitkan dengan sifat sedemikian. Bagaimanapun, tidak semua sifat cemburu mendatangkan keburukan dan boleh menimbulkan konflik dalam rumah tangga.
Menjaga perasaan pasangan satu daripada sunah Rasulullah SAW dan Baginda memberi garis panduan termasuk menangani rasa cemburu. Caranya, sentiasa menerapkan sifat sabar melayan kerenah isteri dan mengalah demi menjaga perasaan mereka.
Isteri Nabi Muhammad SAW, Saidatina Aisyah RA tidak terlepas menzahirkan perasaan cemburu dan Baginda menangani situasi itu dengan penuh hikmah.
Pendakwah Muhammad Luqman Makhtar, berkata cemburu sebenarnya sifat semula jadi manusia yang diiktiraf bahkan dipuji dalam agama, bahkan Allah SWT menisbahkan sifat cemburu pada zat-Nya.
Beliau berkata, jika difahami kepentingannya, sikap cemburu boleh berperanan dalam memelihara kehormatan diri dan ahli keluarga, mengagungkan syiar Allah SWT, menjaga batasan agama serta membela hak orang lain.
“Cemburu menurut agama adalah perasaan iri atau terasa hati terhadap seseorang berkaitan haknya. Perbuatan salah atau keterlanjuran yang lahir daripada sikap cemburu dimaafkan selagi tidak menzalimi orang lain,” katanya.
Beliau menjelaskan perkara itu dengan merujuk kisah Aisyah RA yang pernah memecahkan pinggan milik madunya, Zainab Jahsy, yang menghantar makanan kepada Rasulullah SAW disebabkan perasaan cemburunya.
.
Dalam satu riwayat menyebut: “Nabi pun meletakkan semula makanan di atasnya. Baginda bersabda: Puan kamu tengah cemburu. Makanlah! Maka sahabat pun makan.” (HR Bukhari)
“Ketika kejadian ini berlaku, ramai sahabat berkumpul bersama Rasulullah SAW di rumah Aisyah RA. Walaupun perbuatan Aisyah itu tidak manis, namun Baginda tidak bersifat menghukum sebaliknya menjaga air muka Aisyah.
“Sabda Rasulullah SAW ‘puan kamu cemburu’ adalah permohonan maaf bagi pihak isterinya dan melalui cara itu Baginda menjelaskan lumrah sifat cemburu boleh berlaku kepada sesiapa sahaja,” katanya.
Muhammad Luqman berkata, dalam kalangan ulama yang mentafsirkan hadis ini turut menerangkan tidak dihukum orang yang sedang cemburu atas tindakannya kerana ketika itu akalnya sedang terhalang disebabkan dibelenggu sifat marah.
Justeru, beliau menasihatkan setiap pasangan untuk mengenali serta memahami personaliti masing-masing sebagaimana yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW yang menyedari sifat cemburu Aisyah berbanding isterinya yang lain.
Katanya, suami isteri yang saling memahami dengan mengamalkan sikap tolak ansur akan dapat menangani krisis rumah tangga lebih baik. Pasangan yang mengikut sunah bukan sahaja boleh bergurau ketika ceria, juga boleh bersabar dan saling memaafkan ketika krisis.
Daripada Ibnu Mas’ud, katanya: “Sungguh Allah sudah tetapkan rasa cemburu pada wanita. Sesiapa yang bersabar dengan mereka baginya pahala orang seorang mati syahid.” (Fath al-Bari)
Bagaimanapun, menurut Muhammad Luqman, terdapat sifat cemburu yang tercela dan perlu dielakkan bagi memastikan keharmonian dalam rumah tangga terutama cemburu yang mengakibatkan perbuatan menzalimi pasangan.
“Cemburu membuta tuli yang sering kali berlaku, biasanya pasangan tidak mahu mendengar penjelasan atau menerima kebenaran. Oleh itu, perlu tahu cara mengawal rasa cemburu supaya tidak menimbulkan kemudaratan,” katanya.
Beliau berkata, perasaan cemburu bukan sebab pasangan tidak bahagia kerana ia bergantung kepada bagaimana mengendalikan hak, perasaan dan kebajikan pasangan supaya tidak timbul konflik dan munculnya cemburu yang tidak sihat.
“Seharusnya kita bersyukur kerana Allah SWT mengurniakan pasangan hidup. Lihat sahaja bagaimana Rasulullah SAW menyantuni, melayani dan menjaga setiap isterinya walaupun terpaksa berdepan pelbagai kerenah mereka.
“Sebaiknya ambillah pedoman dan teladan daripada rumah tangga Rasulullah SAW kerana melaluinya dapat kita mengetahui cara Baginda mendekati isteri-isterinya dengan penuh berhikmah.
“Walaupun kita merasakan keserasian dengan pasangan di tahap yang terbaik, namun realitinya sukar untuk lari daripada berlakunya salah faham dalam rumah tangga yang perlu ditangani mengikut kaedah dianjurkan Islam,” katanya.
Buat Suami Yang Mengeluh Isteri Pjj, Fikirlah Dua Kali Sebelum Bermain Kayu Tiga

Jujur cakap, aku tak tau macam mana nak mulakan cerita ni. Tapi aku bagi pengenalan ringkas. Aku ada dua isteri, Nadia ( isteri pertama) dan Mira ( isteri kedua). Aku dan Nadia kenal tahun 2012. Kami kenal di tempat kerja, salah satu multinational corporation terbesar di Malaysia. Nadia auditor, aku IT technician. Nadia tua 7 tahun dr aku, dia 32 dan aku pula 25.
Sejak aku join company ni, Nadia memang antara staf perempuan yang popular di kalangan semua staff lelaki. Baik yang kahwin sampai la bujang, semua idamkan Nadia sebab dia tinggi, putih melepak dan muka baby face. Nadia ni jenis serius and kurang bergaul sikit.
Satu hari tu Nadia buat audit dekat luar daerah and laptop dia rosak. So aku kne on call repair laptop dia kt site. Da dapat no Nadia, aku mula ngorat sebab aku pun dah lama crush kat dia. Sebulan kami berkawan, aku jatuh hati dengan sifat keibuan Nadia (lelaki baya aku banyak suka sifat ni). Lepas dua bulan, kami kahwin. Tak sempat sgt bercinta tapi aku yang angau teruk masa tu. Tambahan pulak aku tau ramai kenalan aku berebut nak tackle Nadia.
Sepanjang kami kahwin tak pernah ada masalah walaupun Nadia selalu travel sebab kena audit operation company kami di seluruh Malaysia. Paling lama 5 hari and aku akan jaga dua anak kami bila dia outstation. Pertengahan 2018 aku terjebak dengan tinder. Pengaruh kawan tempat kerja. Mula2 sekadar nk chat bila Nadia outstation, sampai la aku jumpa Mira.
Mira muda 10 tahun dari aku. Kali kedua aku jatuh hati sebab perangai manja dan caring Mira (masa ni aku dah 32 dan lelaki baya aku banyak suka anak gadis mcm Mira). Terdesak nak kahwin dengan Mira, aku jujur dengan Nadia. Aku ingat lagi, mula2 Nadia nangis tapi lepas tu dia minta maaf sebab selalu pentingkan kerja dan abaikan aku. Nadia redha je benarkan aku kahwin dengan Mira.
Masa ni aku rasa berbelah bagi sangat2. Tertekan sebab dh janji nak nikahi Mira dan dalam masa yang sama sedih sebab Nadia seolah2 nak lepaskan aku. Sebelum kahwin, Nadia siap pesan jgn risau pasal belanja rumah dan anak2 sebab dia kerja tapi Mira tak. Jarak rumah Mira dan Nadia cuma 5 minit drive.
Mula2 dulu, aku jaga anak2 di rumah Nadia bila dia outstation tapi lepas tu aku minta bawak balik mereka ke rumah Mira. Senang sikit bila aku kerja and Nadia pun tak kisah. Bagi Nadia takpa anak2 kenal Mira tapi dia tak nak face to face berdua dengan Mira. Jadual giliran tak tetap sebab Nadia travel 3-5 hari seminggu. Bila Nadia outstation, aku kt rumah Mira, bila Nadia tak travel aku di rumah Nadia. Namun kdg2 aku sengaja stay dekat 2-3 minggu di rumah Mira sebab nak uji perangai tak kisah Nadia.
Dlm 4 bulan lepas aku kahwin, Nadia resign and kerja di firma akaun. Tak perlu travel dan hanya audit di office. Anak2 Nadia hantar di nursery sampai dia habis kerja. Masa ni aku mula honeymoon dengan Mira sampai 4-5 bulan tak balik ke rumah Nadia. Sekalipun Nadia tak bising mintak aku balik.
Sepanjang ni Nadia banyak spent masa bercuti dengan anak2 tanpa aku. Pergi legoland, singapore dan terbaru ke jepun. Hanya mereka 3 beranak tanpa aku. Hanya sebab tak nak lukakan Mira, aku menolak pergi bercuti dengan mereka.
Lama kelamaan aku jadi sunyi dengan Mira. Manisnya fasa honeymoon dah habis dan aku rindu nk bersama keluarga aku. Mira tak nak berbuka puasa sorang, jadi sepanjang Ramadhan aku tak pernah berbuka dengan Nadia. Baru ni aku blik ke rumah Nadia, sedih sebab Nadia lansung tak expect aku balik. Berbuka masa tu cuma baki makanan anak2 aku, bubur nasi dan nugget.
Lepas anak2 tidur, aku tunggu Nadia lama dalam bilik. Nadia masuk malu2 and kami jadi kekok nak berbual bila berdua. Masa ni aku rasa macam lamanya aku dah abaikan Nadia. Aku terus luahkan apa yang terpendam. Kenapa tak fight hak dia sebagai isteri, kenapa izinkan aku kahwin lain, kenapa bercuti tinggalkan aku, kenapa dia chill sangat hadapi semua ni, kenapa dia redha bermadu, kenapa tak marah aku main kayu tiga dan banyak lagi kenapa.
Lama Nadia diam, pastu dia nangis. Rupanya Nadia dah lama tahu pasal aku dan Mira. Berbulan sebelum aku mintak izin untuk nikah kali kedua. Nadia makan hati dengan aku tapi dia pilih untuk berdiam diri atas rasa bersalah utamakan kerja dari keluarga. Kata Nadia, sepanjang aku kahwin dengan Mira, Nadia dah persiapkan diri untuk jadi ibu tunggal seandainya dia diceraikan.
Masa ni aku rasa sedih sgt. Nadia betul2 dah tawar hati dengan aku. Di saat aku abaikan dia, daripada meratap dia pilih untuk bahagiakan diri dan anak2. Nadia suruh aku cari kebahagiaan dengan Mira dan mintak aku lepaskan dia.
Nadia bukan sekadar isteri, tapi dia juga ibu kepada anak2 aku. Nadia mintak aku jgn persiakan Mira sebab andai kata kami tiada jodoh aku masih ada Mira untuk jaga aku. Berkali aku tanya Nadia, tak sayang aku ke? Tak benci Mira ke? Nadia balas dia dah takde hati untuk sayang and dah takde hati untuk benci.
Aku betul2 buntu dengan Nadia. Sekarang dia buat diri macam patung bila dengan aku. Tak lama nak raya and Nadia siap dah atur jadual balik kampung. Hari pertama dan kedua aku beraya dengan mira di kampung mira. Nadia dan anak2 di kampung aku. Raya ketiga dan keempat aku dan mira di kampung aku, Nadia dan anak2 di kampung Nadia. Kat mana aku di mata dia.
Masih wujud atau tak wujud. Buat para suami yang mengeluh isteri pjj atau isteri doktor, fikir lah dua kali sebelum bermain kayu tiga. Aliff aziz tu untung bella masih nak pertahankan rumahtangga mereka walaupun dah terlerai.
Macam aku Nadia betul2 dah buang aku dekat Mira.
– Amin (Bukan nama sebenar)
sumber : IIUM Confessions