Menjadi seorang suri rumah merupakan antara pilihan yang dibuat oleh wanita. Bukan tidak mahu untuk menjadi wanita bekerjaya, mereka lebih memilih untuk menjadi suri rumah supaya dapat ‘berkhidmat’ di rumah dan menjaga anak-anak dengan sendiri. Namun, pilihan ini bukan semua digemari dan menjadi kebanggaan ramai orang kerana masih mempunyai anggapan yang rendah terhadap kerjaya sebagai seorang suri rumah.

Oleh itu, buat ibu-ibu yang merupakan suri rumah di luar sana, jangan segan dan malu dengan kerjaya anda seperti apa yang dikongsikan oleh wanita ini.

Kita Bukan Menantu Yang Berpangkat, Sekadar Suri Rumah Sahaja. Salah Ke Tak Bekerja?

JANGAN MALU MENJADI SURI RUMAH

Pergi menemani suami ke mana-mana, pasti ada makcik-makcik (biasa di masjid) akan bertanya, Ustazah kalau kerja anak sapa jaga, saya tersenyum dan kata saya jaga sendiri, tak kerja. Macam-macam feedback dapat.

“ohh rugilah tak kerja”

“oh mudahlah, senang gitu, laa ni payah nak cari pengasuh”

Kadang bila tengok muka makcik yang tanya berubah, saya akan sambung juga,

“Sambil-sambil duk sambung belajar”

“Oh yaa ka..”muka depa bercahaya kembali tak tipu hehe

Mula-mula tak nafi, ada terdesit di hati, lintas sahajalah tak masuk ke hati sangat, malulah tak kerja, belajar habis degree tapi bila orang tanya macam tu, ehh tak ada usaha ke nak bina kerjaya sendiri.

Saya pernah masuk ke alam kerja, itupun chambering ja hampir setahun, tapi saya tak dapat bayangkan kemana anak saya jika saya bekerja ketika itu jika saya sudah ada anak, balik pun maghrib masih di atas bas. Dunia peguam memang sibuk, kawan-kawan saya yang kuat memang saya salute (ramai classmate saya yang dah jadi lawyer dan dah ada keluarga) memang power!

Jadi saya belajar berdamai dengan ketentuan, Allah meletakkan saya ditempat yang paling indah buat saya, di masa depan belum tahu, paling diperlukan keluarga atau masyarakat. Jadi suri rumah jangan MALU.

Kita Bukan Menantu Yang Berpangkat, Sekadar Suri Rumah Sahaja. Salah Ke Tak Bekerja?

JANGAN MALU BILA BALIK KAMPUNG JUMPA SAUDARA…

Anda suri rumah yang berniaga online, atau anda tidak berniaga pun, jangan MALU, yang penting anda tahu apa yang anda buat. “Meniagalah,tak adalah melangut ja kat rumah tunggu duit suami” . Tidak, bagi saya berniaga atau tidak, awak lebih tahu situasi awak, jangan rasa bersalah jika awak tak berniaga, boleh jadi awak dah berbincang dengan suami awak, untuk fokus pada anak-anak sahaja untuk beberapa tahun ini, JANGAN MALU dengan keputusan itu.

Jangan malu, bila balik kampung, adik beradik semua kerja, awak tak kerja jangan malu!sebab banyak kelebihan yang Allah beri pada awak. Situasi kita semua lain-lain, kita yang tahu apa yang terbaik untuk keluarga kita.

Suri rumah sekarang semua cantik-cantik, mengalahkan wanita bekerja hehe, tandanya stigma wanita suri rumah kotor, busuk, minda tertutup, semua dah tak boleh guna, bahkan ramai suri rumah sudah lebih produktif, menulis buku,banyak membaca,buat aktiviti homeschool dengan anak-anak,bahkan lebih bahagia.

Kita Bukan Menantu Yang Berpangkat, Sekadar Suri Rumah Sahaja. Salah Ke Tak Bekerja?

Berdamailah dengan ketentuan Allah.

Masa saya kecil, saya gembira bila balik dari sekolah kebangsaan, bau masakan mak di dapur, rasa bahagia sekali, makan kenyang-kenyang, kemudian bersiap ke sekolah agama pula, memori yang sangat indah, walaupun saya tak tahu di masa depan Allah takdirkan saya bekerja atau tidak, semoga saya dapat wujudkan memori indah-indah semuanya untuk anak-anak,amin.

Sumber : Nurul Hanisah Ahmad

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI