Hari ini kita tengok betapa ramai orang yang berjaya dalam kerjaya, sama ada kerja makan gaji dengan syarikat swasta atau gomen, golongan professional, ahli perniagaan, kerja sendiri buat bisnes jadi bos, jadi atlet main bola sepak wakil negara, jadi artis, selebriti, pelakon dan penyanyi tersohor, ahli politik, YAB ahli parlimen, pemimpin2 atasan, menteri dan sebagainya. Ramai yang begitu cemerlang dan menyerlah dalam bidang kerjaya masing-masing, namun kenapa ada di antara kita yang walau hebat dalam kerjaya, namun gagal di rumah. Nampaknya kehebatan kerjaya kita belum lagi menjamin kebahagiaan kita di rumah.

Kita Mungkin Hebat Di Tempat Kerja, Tapi Gagal Dalam Rumah Tangga

Kita berjaya kecapi banyak kejayaan dalam kerjaya kita, begitu hebat mengurus sebuah organisasi dan orang bawahan, semua orang disekeliling respek dan hormat pada kita, dapat naik gaji dan pangkat, berjaya mendapat anugerah pekerja cemerlang, employee of the month, anugerah kakitangan terbaik, gelaran dan pangkat serta mendapat macam2 lagi pengiktirafan di pejabat, namun bila di rumah, kita gagal uruskan rumahtangga kita dengan baik, si isteri tidak menjalankan peranannya dengan baik, sang suami tidak menjalankan tanggungjawab dengan sempurna, kat rumah masing2 nak bertekak je, hilang rasa hormat dan kasih sayang, gagal mendidik, kawal dan control tingkahlaku anak2 sehingga dibiarkan berpeleseran di luar tanpa sebarang kawalan bercampur gaul lelaki perempuan dengan begitu liar sehingga ada yang menjalinkan hubungan luar nikah, minum arak di kelab2 dan sebagainya.

IKLAN
Kita Mungkin Hebat Di Tempat Kerja, Tapi Gagal Dalam Rumah Tangga

Malah lebih teruk apabila di tempat kerja kita bukan main baik, menjalankan tugas dengan begitu berdedikasi dan berprestasi tinggi, tapi selepas sahaja waktu kerja, kita bertukar menjadi durjana berpoya2 menyundal dengan kekasih lain, curang dengan suami atau isteri, abaikan anak2 di rumah dan lain2, gagal mengekalkan keharmonian sebuah rumahtangga dan keluarga sehingga ada yang bercerai-berai laki bini, padahal nak kata mereka tu tak hebat, dalam kerjaya mereka sangat hebat, gaji besar, pangkat tinggi, dapat anugerah macam2, cemerlang sehingga ke peringkat kebangsaan dan persada dunia.

IKLAN
Kita Mungkin Hebat Di Tempat Kerja, Tapi Gagal Dalam Rumah Tangga

Dimanakah silapnya? Banyak juga kes suami mempunyai pekerjaan yang sangat bagus, isteri sangat setia dan kasih pada suami, tetapi kenapakah masing hendak menjadi durjana? Apa lagi yang kita tak puas hati?
Adakah nak menguruskan organisasi yang kecil yang hanya terdiri dari seorang suami, isteri dan beberapa anak lebih susah daripada menguruskan kerjaya serta organisasi yang begitu besar yang punya ratus ribu kakitangan? Itu baru cerita pasal kegagalan mengurus rumahtangga, belum cerita pasal kegagalan mengurus diri sendiri, solat pun ntah ke mana, bagi yang bujang tu masa banyak dihabiskan dengan sia-sia berpeleseran di kelab2 malam dan pusat karaoke.

IKLAN

Apa yang silap sebenarnya? Ada yang hebat di tempat kerja tapi gagal di rumah, ada juga yang hebat di rumah tapi gagal di tempat kerja. Alangkah bagusnya sekiranya kita dapat menjadi orang yang hebat dalam kerjaya dan hebat di rumah. Renung-renungkanlah mana silap kita dan perbaikinya hari demi hari.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI